Journey of life: Awesomenye berShaklee!
Showing posts with label Awesomenye berShaklee!. Show all posts
Showing posts with label Awesomenye berShaklee!. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

9:45 PM

Betul ke tanda putih kat kuku ni, orang suka kat kita?

Betul ke tanda putih kat kuku ni, orang suka kat kita?
      Selalu dengar dulu-dulu. ' Eh, banyaknya tanda putih kat kuku kamu? Mesti ramai peminat ni! '

Hampeh! Dulu-dulu memang tak tahu. Main percaya je mitos tu kan. Hahahaha. Tapi sebenarnya korang tau tak kenapa kuku kita ada keluarkan warna putih-putih gitu?

Jom kita check it out!


Ni memang kuku ibuElly, tpi dah iolss ni sihat walafiat alhamdulillah, iolss edit la bagi kaler putih. Kihkih

APA SEBABNYA ADA BINTIK-BINTIK PUTIH DI KUKU NI YE? TANDANYA KITA SIHAT KE TIDAK?

  1. Tanda kekurangan zinc di dalam badan

    - Kekurangan Zinc di dalam badan boleh menyebabkan depresi
    - Lemah daya ingatan
    - Mudah dapat sakit
    - Luka lambat pulih
    - Pembengkakan prostat
    - Anemia
    - lemah penglihatan
    - hilang daya ingatan
      Haa tu yang ibuElly baca la. Ada betulnya juga kan? badan kita menunjukkan perubahan, bukan saja-saja tau. Ada sesuatu yang badan kita nak bagitahu. Yela badan kita bukan macam mulut murai ttu kan. Yang boleh inform kita kalau ada apa-apa jadi. Jadi dengan cara inilah badan kita cuba berkomunikasi dengan kita tau.

      ibuElly nak cerita pasal zink la sebenarnya. Hahah. Sebab sekarang ni ibuElly pun makan Zink ni. Memang sejak makan Zink ni kan, takde dah tau nampak kuku ibuElly ni putih-putih macam dulu-dulu. Pink-pink je sentiasa kukuku. Yummy!


Stok makan sendiri

      Apa yang membuatkan Zink Shaklee berbeza dengan Zink jenama lain di luar sana?

Zink dari Shaklee ni dirumus dari zink glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Zink sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ia berkesan tau dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. Jadi takde la toksin-toksin ni bersarang lama dalam tubuh kita. Korang pun tau kan, toksin tak elok lama-lama di dalam badan. Lama-kelamaan dia akan merosakkan sel dan fungsi organ dalaman kita.

Apa manfaat zink ni ye untuk tubuh badan kita?

Mengaktifkan 200 jenis enzim : 
Zink ni berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Kiranya macam dia bantu bagi sel ni cepat tumbuh balik. Ia juga mengaktifkan lebihh 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk kolagen :
Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

Memperbaiki diabetes :
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Mempertingkatkan sistem imun :
Membantu pengeluaran kalenjar thymus. kalenjar ni dapat mempertigkatkan sistem imun atau antibodi badan dengan pengeluaran T cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Owh patutlah stok zink ni dah sold out kat HQ!

Mempercepatkan pemulihan luka :
cMempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, haa yang kalau lepas bersalin secara normal amhupun czer tu elok sangat la makan zink ni haa. Ia juga boleh memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zink dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan lagi pemulihan luka tu tau. (tips bagus ni)

Memperbaiki masalah prostat :
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh  keadaan kerap kencing. Kalau korang nak tau ibuElly memang sejak dari bangku sekolah lagi jenis kerap kencing. memang renyah weh tapi nak buat macam mana kan. Kalau tahan lagi la sakit. Patut lah sejak makan zink 3-4 bulan ni dah takde dah rasa kerap nak kencing! Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%!

Kemampuan seks lelaki :
Pengambilan zink untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Ovulasi wanita :
Wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu PENGUCUPAN UTERUS serta mengembalikan daya ketahanannya.

Memperbaiki radang kulit :
Kajian menunjukkan pengambilan zink sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Wow, ni iolss suka!

Mengekalkan deria bau :
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

      Selain dari tu, ibuElly nak tegaskan yang zink ni memang sangat bagus kalau diambil oleh kaum lelaki. Sebab apa? 

Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi (pengurangan) yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan keguguran rambut. Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Jadi korang yang rasa nak cuba bantu badan korang baikpulih kesihatan diri sendiri, boleh cuba ambil zink dulu. Zink dalam produk Shaklee ni pun murah je weh tak mahal mana pun. Apalah sangat melabur untuk kesihatan diri kan. Emas yang berpuluh puluh ribn mampu, Shaklee yang puluh-puluh atau ratus-ratus takkan tak mampu. Hehehe

So korang rasa sekarang ni bintik-bintik putih pada kuku tu tanda ramai peminat ke? Korang fikir lah sendiri ye 


packaging lama


Jangan ingat barang tiruan pulak,. Shaklee tak pernah ada produk tiruan ok!

ibuElly agen Shaklee kawasan Ipoh Perak tau. Waktu PKP ni jangan la menaruh harapan tinggi nak produk cepat melainkan ibuElly memang ada ready stok produk tu. Hehe. Korang boleh contact ibuElly kat SINI tau. Jangan malu-malu ye. ibuElly makan nasi je. Tak makan orang. Hehe. Instagram ibuElly korang boleh tengok kat profile blog tau. kat facebook pun korangboleh cari ibuElly kat SINUN . Nak lagi? Ok2 boleh scroll page facebook juga tau kat SININ. Ok bye!
 
DAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA DI SINI

Saturday, April 11, 2020

7:40 AM

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?
      Assalamualaikum korang. Apa khabar? Sihat ke semua? Duduk rumah je tau. PKP dilanjutkan lagi haa sampai 28 April 2020. Bertabah jela kita semua. IbuElly pun keje sendiri je ni haa dengan suami. Kami patuh pada PKP. Daripada anak-anak jadi mangsa kan, Baik kita beringat. Virus ni tak kenal budak-budak ke dewasa ke  orang kaya ke miskin ke. Dia rasa senang, haa dia masuk je dalam badan orang tu.

      Eh, maaf lah. Panjang pulak bebel. Hahahaha. IbuElly ada berita baik untuk korang ni. IbuElly ambil keputusan nak buat comeback! Yer, ibuElly nak onz balik produk Shaklee yang terkubur sekejap masa 2019 itu hari. Malas nak cerita banyak. Asal korang tahu yang ibuElly  jual Shaklee sudah. kalau nak, jangan lupa roger ibuElly kat LINK ni tau?

      Dah setahun ibuElly tak aktif berShaklee, rupa-rupanya banyak yang dah terjadi tau. Salah satunya adalah KEAHLIAN SHAKLEE YANG SEKARANG MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA! Haa, best kan? Sebab dulu harga dia rm68 tau tak silap ibuElly dulu. Dah la tu, KEAHLIAN SHAKLEE PUN PERCUMA je sekarang ni. Dengan syarat, MESTI BUAT BELIAN 3 BULAN SEBELUM BULAN BIRTHDAY korang. Haa baru korang layak claim renewal Shaklee secara percuma!


See, mudah kan sekarang?

      Haa korang nak tak join member Shaklee dengan ibuElly? ibuElly boleh guide dari alif sampai ya tau. Nak tanya apa, tanya je. Bukan itu je, promosi tiap-tiap bulan masih ada macam biasa. Tiap-tiap bulan promo lain-lain tau. Sangat-sangat beruntung korang grab vitamin Shaklee dengan harga ahli. Sangat jimat!


Haa lupa nak inform korang. Vitamin Shaklee sekarang ni pun banyak yang dah tukar baju baru tau. Hehehe. Setelah beberapa zaman mereka asyik berbaju lama. Kini mereka tampil dengan baju baru. Lebih seksi dan comel. Hehehe. Ni order repeat customer ibuElly . Beliau memang rajin repeat dua-dua vitamin ni tau. Umur dah 50-an pun, kulit sangat dia cantik sangat. Licin mulus je tau! dari ibuElly aktif berShaklee, stop kejap, sampai la ibuElly buat comeback. Masih setia repeat vitamin Shaklee dengan ibuElly!

      ibuElly tak sangka juga beliau ni masih amalkan vitamin. Ingatkan dah stop. Heheh. Btw, customer ni ada pangkat Datin tau. Tapi sangat low profile dan lembut tutur kata. Memang rezeki sangat ibuElly dapat customer Shaklee baik macam beliau. Dan beliau dah selamat register ahli Shaklee. Hehehe. Alhamdulillah, syukur nikmat!


Haa, comel kan baju baru Vitamin C SR? Aummm!!

      Amacam? korang takkan tak tergoda dengan Shaklee versi baru? Harga ahli dah murah, renew percuma, vitamin dah banyak tukar baju baru. Nampak lebih comel dan eksklusif sangat! Jom kalau nak daftar Shaklee, cari ibuElly ye?

Jom contact ibuElly kat nombor 017 560 4426 atau boleh scroll ig yang ada kat page utama tu tau.. Daaaaa



Monday, April 30, 2018

6:29 PM

Sakit pinggang datang. Dah ada senjata perang?

Sakit pinggang datang. Dah ada senjata perang?
      Assalamualaikum korang. Alhamdulillah, Allah bagi lagi kesempatan untuk bertemu 26 April. Tarikh seketul ibuElly dilahirkan.

      Terima kasih ibu berpenat lelah keluarkan along 27 tahun yang lalu. Kalau ibu takde, along pun tak kuat dan boleh menulis dalam ni haa 🤣

      Al kisah nya nak cerita la sehari sebelum birthday ni masya Allah. Sakit pinggang yak amat! Tak tau apa punca dan silapnya (tapi rasanya sebab salah posisi masa tidur ni) sampai sakit begitu sekali.

     Masalahnya sakit sebelah je wei. Dia macam salah urat tau. Ishh tah la taktau nak describe macam mana sebab sakit pun dah hilang kan. Haah ibuElly kalau sakit ni memang tak penah makan minggu.

      Paling koman 3 hari je. Tapi sakit pinggang ni tak sampai sehari dah ok. IbuElly nak share la ni apa rahsianya. Jom cekidaut!


Ni haa senjata terhebat!
 IbuElly pekena Ostematrix Shaklee la kasi semua anasir jahat nyah! Sekejap je wei hilang terus sengal-sengal badan tau. Masa telan ni ibuElly gogop 6 biji terus. Sebab tak tahan sakit sangat ☹️

     Tapi kalau Shaklee ni ibuElly tak risau pun. Sebab produk Shaklee memang terbukti berkesan dan tiada bahan kimia merbahaya tau. Sangat selamat untuk dimakan dalam jangka masa panjang.

      Ostematrix ni jugak sangat bagus untuk ibu mengandung & berpantang tau. Memang tak rugi beli bebanyak buat stok.

      Selain untuk melegakan sakit-sakit tulang, pinggang, lenguh badan dan senggugut, ia juga sangat bagus untuk MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR sama ada bagi golongan ibu berpantang dan hamil mahupun golongan lain. 🤗

      Ni yang ibuElly paling suka tentang Ostematrix ni tau. Tu sebab lama sangat dah amalkan Ostematrix. Sebab pagi-pagi mesti dia bagi mudah membuang. Tak payah buang masa lama-lama kat toilet. Masuk-masuk terus melabur.

      Amacam best ke tak best Ostematrix ni? Asalnya makan untuk tulang je, alih-alih berak pun senang. Rugi sangat kalau korang tak cuba Ostematrix ni tau.


Set asas berpantang Shaklee




      Ok la kalau korang berminat, boleh je roger ibuElly. Kita guide lebih lagi. 🤗

Ni details ibuElly pape boleh rojer :

No tel - 017-5604426
Instagram - elifa_ismail

Monday, March 12, 2018

5:46 PM

Gla Complex untuk Keputihan??

Gla Complex untuk Keputihan??
Biasa tak alami KEPUTIHAN ni? Ke rasa macam, ' Emm, tak penah tau pun. ' ?

      Keputihan ni boleh jadi pada bila-bila masa je. Masa hamil, aktif, tak aktif. Kadang kalau kita terlalu aktif dalam satu-satu hari pun boleh menyumbang kepada keputihan.

      IbuElly pun penah kena. Masa hamilkan Dahlia la paling teruk rasanya. Gatal-gatal, tak selesa, berdarah-darah (sebab garu), dan berbau.

      Ish ish, sangat tak selesa tau! 😣 Nak kua umah pun rasa tak best, pakai baju pun rasa tak kena, kalau boleh taknak buat pape.

      Keputihan ni kalau tak dibendung, teruk tau korang. Ni ibuElly nak share suplimen Shaklee yang SANGAT BAGUS  untuk keputihan! 💪

1) Gla Complex



Gla ni memang KAWAN BAIK semua wanita di luar sana tau! Bukan setakat keputihan je dia boleh hilangkan.

      ibuElly pun amalkan Gla ni masa kulit breakout teruk dulu. Upline ibuElly kata Gla nii ada kandungan Vitamin E yang boleh bantu pudarkan parut, seimbangkan hormon dan  jugak bantu untuk kawal kolestrol dalam darah.

      Gla Complex ni jugak bagus untuk kawal gula dalam darah t au. ada satu lagi suplimen yang lebih kurang sama macam ni, pun bagus untuk orang perempuan jugak, Kalau korang penah dengar, EPO yakni Evening Primrose Oil. 

      Haa Gla ni lebih kurang sama la functionnye macam EPO tapi kandungannya lagi tinggi dan pekat. Makanya ia lebih bagus dan lebih efektif dalam menangani masalah berkaitan kewanitaan.

Selain tu, apa lagi fungsi Gla ni ye?

Herba tradisi yang dipercayai - Borage merupakan herba kegemaran orang Barat kerana ia boleh MERAWAT UKSER, MENGELUARKAN VIRUS, MELEGAKAN KELESUAN, MEMBERSIHKAN KAHAK, MERINGANKAN KEBAS URAT SARAF dan MENINGKATKAN STAMINA

Mengawal selia Estrogen dan Testosteron - GLA mmebentuk prostaglandin untuk MENGAWAL SELIA HORMON LELAKI dan WANITA, MEMPERBAIKI SIMPTOM PMS seperti KESAKITAN, MOOD SWING, RETENSI AIR dan SAKIT PAYUDARA

Melambatkan Menopouse - pengambilan jangka panjang akan melambatkan PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, MEMBERI TONE kepada uterus untuk kulit lebih muda

Memperbaiki Prostatomegaly - memperbaiki masalah prostat lelaki dan MASALAH KERAP KENCING

Memperbaiki Inflamasi Kulit - mengurangkan ECZEMA, ALERGI, KEGATALAN, KULIT KERING, MEMPERBAIKI BINTIK PENUAAN, TINEA, KURAP. Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada RHEUMATISMA, ARTRITIS

Menentang kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang sel tumor dan kanser

Menghalang Komplikasi Diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi,mengelak masalah jantung seperti  arterioklerosis dan myocardial infraction

      Haa, bukan saja LELAKI dan WANITA boleh amalkan GLA COMPLEX ni. IBU HAMIL pun boleh amalkan tau. Maklumlah masa pregnant kan kita lebih cenderung untuk dapat KENCING MANIS la, DARAH TINGGI la danmacam-macam lagi penyakit lain,

      Tapi yang peliknya, masa hamil je macam tu, Lepas bersalin takde ape dah. Hehehe.Ok ibuElly dah terangkan sedikit sebanyak pasal Gla Complex ni, korang yang berhajat nak ikhtiar dengan Gla untuk masalah korang, boleh je roger ibuElly tau.

ni ibuElly tinggalkan no telefon, 0175604426 so boleh je wasap bila bila masa tau. Jangan lupa jugak ollow ig ibuElly, elifa_ismail dan like page fb ibuElly Pengedar Shaklee Ipoh tau. hehehe.tatatatatata....

Wednesday, February 14, 2018

8:12 PM

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!
Assalamualaikum korang

Masya Allah sibuk minggu ni. Anak masuk wad pulak. Paru-paru dan darah dijangkiti kuman. Alhamdulillah tak teruk. Sebab cepat bawak ke hospital.

      IbuElly dah 4 hari di hospital Pantai ni haa. Letih sebab duduk wad keje nak terlepek je. Haha. Kat umah ade jugak buat zumba dan exercise. Berpeluh sikit. Dok wad ni memang bersenang-lenang sungguh!

     Sungguhpun dok lam spital lama, ibuElly tetap tak lupa. Tak lupa bawak Cosmoderm dan Shaklee lah! Yela, dah biasa kot buat hari-hari. Takkan kerana warded di hospital, terus tinggal semua tu pulak kan!

Serum takde, dah bagi ibu. Nanti kita bukak baru

Disebabkan ibu kepada ibuElly pun terpegun dengan kulit ibuElly baru-baru ni, ibuElly pun bagi lah SERUM merah yang baru bukak tu kat ibu. Sebab masa tu stok dah habis semua. 

      Kena tunggu stok sampai baru boleh bagi ibu. Lama la pulak. Tu yang bagi terus ibuElly punya yang baru bukak tu. 

     Untuk Shaklee pulak, ibuElly bawak HERB LAX, LECITHIN & VITA C  buat bekalan kat sini. Tu pun tak makan dah 2 hari. Lepas tu mintak somi bawakkan dari rumah semua vitamin tadi. 

      Yela, tak boleh tahan wei. Tak makan vitamin TAK BOLEH nak membuang! Sebab ibuElly kurang minum air masak kat sini. Yela, wad ni sejuk wehh! Tak gamak nak minum banyak, konfem ke tandas je keje. 

      Alhamdulillah, malam tadi telan lecitihin dan Herb Lax, pagi ni membuang dengan jayanya! 2 kali pulak tu! Kalau tidak jenuh la parasit semua berkerak dalam usus ni wei. IbuElly memang tak boleh kaalu tak membuang sehari. Rasa tak keruan! Hahaah

      Anak ibuElly ni masuk dari Isnin malam lagi. Now dah khamis. Adeh da lah cuti Chinese New Year ni. Banyak aktiviti yang family dah plan. Tapi nampak gayanya memang kena mereput kat umah jela. 

      Doc dah pesan jangan asyik keluar sangat, udara tak bersih. Puncanya sebab demam dia la on off dah 4 hari. Tu yang bila suhu naik mendadak ibuElly terus bawak ke hospital. Kang jadi benda lain pulak kan. Tapi alhamdulillah sebab bawak cepat, takde yang serius pun. 

      Alhamdulillah, dalam dok lam wad pun. Ada juga customer bank in untuk beli barang. Terima kasih la ye sudi bermuamalah dengan ibuElly. Allah saja yang dapat balas budi! 

Thursday, January 18, 2018

1:12 AM

Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana?

Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana?
Assalamualaikum.

      Siapa yang ada masalah macam ni selalu angkat kaki? masalah badan lesu dan tak bermaya ni rasanya semua orang akan rasa kan. ada yang tahap bese-bese je lesunya. Ada yang sampai tak boleh buat apa pun.

      Ingat best ke lesu-lesu je sentiasa? Dah la banyak lagi keje nak buat. Dah tu badan asyik lemau je. Acane kan? Jadinya korang boleh je follow simple tips daripada ibuElly yang tak seberapa ni haa.

      Benda ni kadang-kadang ibuElly skip kan. tapi most of the time memang akan buat. Hehe.



1) TIDUR AWAL 
 
 Benda ni selalu orang amek ringan je. Yela, banyak kerja nak kena setel, kalau tak siap rasa tak lengkap jiwa raga. Jangan macam tu!!

      Kalau nak rehat yang berkualiti, korang WAJIB tido awal tau. Maksudnya, tidur awal sekarang, lepas tu nanti boleh bangun awal sikit dan siapkan kerja.

      IbuElly memang sejenis makhluk yang tak boleh tido lambat. kalo lambat tido, bersiap sedia lah pening-pening kepala sepanjang hari. Ye, pening macam nak demam tu. Padahal, kisahnya tak cukup tido je pun. Haishh!

      Jadi, sekarang ni ubah habit korang. Lepas Isyak ke gitu atau dalam pukul 9.30 ke dah boleh tidur. Ajak anak kecik tido skali. Nanti lama-lama diorang biasa lah.

2) RAJIN BERSENAM

Ya, nampak remeh.tapi ni lah yang paling ramai tak suka buat. Laa, tak semestinya korang kena hiking (kalau minat tu lain lah) ke, keluar rumah ke. Dalam rumah je pun boleh la!

      IbuElly slalu bukak je youtube, taiplah yoga ke zumba ke dance ke yang boleh bagi keluarkan peluh. Dok umah sambil tengok anak-anak pun boleh bersenam. Apa yang susahnya?

      Badan kita ni kalau nak sihat, mesti keluarkan peluh. barulah toksin-toksin dalam badan yang menyebabkan lesu tu puffttttt ditiup ombak laut di Pulau Langkawi (tak boleh move on lagi).

      Sel-sel dalam badan kita perlukan oksigen yang segar untuk diorang boleh menjalankan proses pernafasan tu.Bila oksigen-oksigen dah diganti barulah badan kita pun rasa bertenaga dan tak cepat letih. Macam kita la dapat air sejuk panas-panas ni rasa lega sangat kan. Macam tu jugak lah sel kita! 

3) MINUM AIR SECUKUPNYA
 
Ni tak, asyik mentekederah air manis, air starbuck, air gas aje. Minuman macam tu SANGAT TINGGI KANDUNGAN GULA tau! Sebab tu anak-anak kecik pun sangat tak digalakkan minum air gini masa dalam lingkungan bulan-bulan umurnya.

      IbuElly sendiri pun, takde air manis kalau di rumah. Kalau di luar jela tak dapat nak elak kan. Yela, nak-nak kalau balik kampung, memang enjoy sakan anak-anak sebab mak mentua ada kedai runcit. Dok berulang la ke kedai amek air kotak.

      So, korang yang taknak ase lesu sokmo, kenalah minum air masak yang bersih secukupnya. macam mana dikatakan air masak yang bersih?

Menurut dalam buku kesihatan yang ibuElly baca, air bersih ni maksudnya air yang telah ditapis. Bukan yang kita masak dari air paip tu. Haa, nampak tak? Air yang bersih pun mempengaruhi tau.

Bukan saja-saja nak minum sampai nak terkencing. Tapi sebab nak singkirkan toksin dari dalam badan. Sebenarnya badan lesu ni bukan apa sangat pun. Sebab toksin dah banyakkkkkkk sangat dalam badan tau tak!

Bila dah banyak, dia akan kacau lah segala mak nenek hormon yang ada dalam badan tu. TU yang selalu letih, penyakit datang, kulit kusam.

Nampak tak permainannya kat situ?

4) SUPPLEMEN YANG BERKUALITI
 Haa, yang ni pun penting! Amalkan supplemen atau vitamin yang berkualiti je tau. Maklong lah, skang ni banyak sangat lambakan produk. Semua orang nak kaya. 😄😄

      Kita yang sebagai pengguna  ni je nak kena pandai memilih. IbuElly memang taknak lain dah. Memang Vita C, Esp dan Vita lea Shaklee lah jawapannya!


      Tambah-tambah Vita Lea tu. Dalam tu ada lebih 20 jenis mineral penting dalam tu tau. Apa yang kita tak dapat daripada makanan harian kita, Vita Lea boleh tolong cukupkan.

ibuElly ni pun bukan makan vitamin untuk suka-suka tau. makan sebab nak jaga dalaman kita supaya tak mudah sakit sana sakit sini. IbuElly ni ada banyak benda nak kena capai. nak  jaga anak-anak sebaik mungkin, taknak lah disebabkan asyik sakit je, anak-anak pun terabai gitu.

Vita C pulak walaupun dia lebih sinonim untuk kulit, tapi ada jugak customer mengadu makin bertenaga amalkan dia ni. IbuElly memang makan Vita C untuk kulit. Untuk elakkan kulit dari cepat sangat naik jerawat, jeragat.

Maklong lah, dah masuk 27 ni, kena jaga lah segenap benda. Tapi alhamdulillah masih ramai yang kata ibuElly ni tak nampak macam ada anak pun. Kihkih! Itu yang nak dengar tu!

      Esp pulak, memang super duper best untuk kembalikan tenaga korang. Sebab protein dia tinggi. memang Esp ni soya, tapi soya jenis non-gmo tu. Bukan soya biasa tau. Jarang ada produk berasaskan soya ada bagitau yang soya tu soya non-gmo.


Soya NON-GMO (non genetically modified origin) haa gitu lah kot maksudnya. Means that para saintis yang buat takde pun ubah genetik asal soya tu sendiri, masih mengekalkan kesemulajadian dan keoriginalan soya tersebut.

Berbelit lidah nak sebut kan. Hahahaha. So sebab tu ibuElly kata tiga ni BAGUS UNTUK ELAKKAN LEMAU badan kita ni. Tak caya korang boleh cuba dulu. Dah cuba jangan lah expect makan seminggu nak ada perubahan ketara. Produk semulajadi kan, akan ambil masa sikit.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Ok ni antara tips yang ibuElly amalkan lah. Tak susah, ada 4 benda je pun. nak ikut ikut, taknak ikut sudah. IbuElly tak paksa pun. kihkih. Mana yang rasa sesuai dengan korang, boleh cedok dan cuba amalkan. 

Ubah ikut keserasian masing-masing tau. Buat lah inovasi sikit. Pasal Shaklee tu, kalau nak tanya  lebih lagi, boleh je klik 017-5604426

Boleh jugak jengah-jengah ke Pengedar Shaklee Ipoh
 

           

Wednesday, January 10, 2018

8:45 AM

Daftar Ahli Shaklee secara online lebih mudah ke???

Daftar Ahli Shaklee secara online lebih mudah ke???
      Ye, betul lah tu. Apa susah² nak kena isi borang bagai. Korang bagi je details seperti yang ibuElly mintak.

      Lepas tu kami SID ni key in online dan belikan member kit. Setel! Dah boleh beli terus dengan harga ahli. 

      Yang penting korang jumpa SID yang betul la. Tanya abeh² apa yang korang tak paham. In shaa Allah, semua akan berjalan lancar nanti. 💪

      Tu pasal ibuElly kata, Shaklee ni senang sangat nak buat. Boleh buat belian online, daftar ahli secara online, nak apa² jelah, kol je HO (home Office) Shaklee. Biar semua diorang buatkan. 

      IbuElly pun kalau tak dapat pegi kat branch, kol je branch dan mntak tolong adik amekkan. Kita bagi la no id bagai suh diorang tunggu adik ibuElly tu. Alhamdulillah, mudah! Kol aje tau. 

      Jadi takde maknanya korang kata, Shaklee ni susah nak beli dan susah kalau nak masuk ahli. Apa yang susah, tanya je pada SID yang kome dok beli tu. Kalau dia taknak bagitau, haa jangan segan silu klik kat SINI ok? 

      Dijamin akan dilayan dengan baik! 💪💪

Comey tak seketul ibuElly? Kihkih

Monday, January 8, 2018

8:25 AM

Daftar sebagai ahli Shaklee? Mudah sangat sekarang ni!😍

Daftar sebagai ahli Shaklee? Mudah sangat sekarang ni!😍
Assalamualaikum 2018!

Masya Allah, lamanya rasa tak menulis. IbuElly ni amek mood lama sangat. 😝 maaf lah ye, sibuk bercuti, setup kelas tuisyen, ngan anak nak tadika.

      Banyak sebenarnya yang ibuelly nak share. Tapi pelan² ye. Kang semput ibuElly kang. Hahaha. IbuElly nak cite MACAM MANA NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE  ngan ibuElly (orang lain pun sama je kot 😝)

      Susah sangat ke nak jadi ahli Shaklee ni? Macam banyak je nak kena buat? Laa, tu lah gunanya SID (Shaklee Independent Distributor) macam ibuElly ni! 

      Korang hanya perlu bagi details yang diperlukan je. IbuElly boleh buat semua tu secara online je tau! Tak payah susah² nak isi borang bagai pun. 

      Masa pun jimat. Lepas daftar, akaun korang akan jadi PREACTIVE. Means korang belum lagi beli MEMBER KIT Shaklee dan masih belum boleh beli dengan harga ahli. 

      Once dah beli MEMBER KIT, baru akaun membership korang aktif. Haa boleh la menyoping vitamin Shaklee dengan harga lagi murah! 

      Bukan tu je, korang pun boleh kumpul² point jugak untuk layak terima bonus bulanan. Bonus ni Shaklee sendiri yang akan bank in ke akaun korang tau. Bukan melalui orang tengah ke apa. 

      Dan paling penting, ibuElly tak ade amek komisyen sesen pun masa korang daftar jadi ahli Shaklee. Best sangat kan? Nampak sangat Shaklee ni bukannya MLM yang hanya mementingkan keuntungan sendiri je. 

      Bila orang ramai jadi Ahli Shaklee, diorang pun akan dapat manfaat sama. Boleh beli dengan harga jauh lagi murah + dapat kumpul point untuk bonus dan juga dapat manfaat daripada Shaklee. 

Semua tu lebih mudah kalau jumpa SID yang betul. 😋

Jangan tertipu ye. Korang WAJIB dapat harga lebih murah. Tapi syaratnya, kena daftar sebagai AHLI la. Kalau nak harga ahli tapi takmo daftar, alahai maaf lah. IbuElly nak rezeki yang BERKAT. Duit oii, jadi DARAH DAGING nanti tau. 

      Not good jual harga murah dan nak stok jalan cepat tapi cara tak betul. 😣

Korang boleh like page fb ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh atau nak lagi cepat boleh direct wasap ibuElly di SINI . Ok daa, ingat Shaklee ingat ibuElly ya. 

Monday, December 25, 2017

3:15 PM

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?
Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, ibuElly dah capai tahap phD dah dalam penyusuan ni. Kihkih. Alhamdullah, dikLia full menyusu badan sampai umo 2 tahun. Time Is je tak dan sebab masa Is setahun lebih, Dahlia dah ade dalam perut. So otomatik susu tak keluar dah. 😣

      Mommies yang baru bersalin, cuba sedaya susukan baby tau. Banyak sangat kebaikan yang babies bakal dapat kalau menyusu full selama 2 tahun ni. Anak² pun jadi lebih bijak in shaa Allah.

      Ni ibuElly nak share tips untuk BANYAKKAN SUSU BADAN  bagi mommies baru atau mommies lama. Tips ni universal tau, semua golongan mommies boleh pakai no worries.

1) TERUS MENYUSUKAN BABY SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN.

IbuElly dulu masa sampai je kad wad, terus bagi susu kat baby. Takde tunggu-tunggu dah. Haha. Sebenarnya ni petua ibu kepada ibuElly jugak ni. Kata beliau, ' kalau baby tu hisap je, in shaa Allah susu memang keluar '

      Memang betul pun! Kan kadang bila awal² menyusu dia keluar macam kuning² tu kan. Bukan warna putih? Haa yang tu dipanggil KOLESTRUM. Kolestrum tu bagus tau untuk kuatkan imun baby.

      Jangan rasa macam, ' eh keluar kuning² ni boleh bagi ke baby menyusu ni ' jangan! Just bagi je baby hisap. Mommies pun takde kena bengkak susu nanti tau.

2) RAJIN PAM DAN SUSUKAN BABY

Macam yang ibuElly bagitau tadi lah, bila rajin susukan baby, in shaa Allah susu tu akan sentiasa ada je tau. Sama jugak macam kita pam. Penuh je pam, pam je penuh. In shaa Allah susu akan sentiasa mengalir.

      Ni daripada pengalaman ibuElly sendiri eik. Kena ada konsep SUPPLY & DEMAND. Baby menangis je, terus sumbat bagi susu. Jangan dok bertangguh, dok nanti. Tu yang susu pun segan² je nak keluar.

3) BANYAKKAN MINUM AIR DAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Kalau ibuElly, air masak jela. Memang tak suka pun minum manis². Banyak buruk je dari elok tau. Alhamdulillah, minum air masak cukup, susu pun memang akan banyak.

      Makan makanan berkhasiat sikit eik mommies. Jangan makan benda bukan², takut anak tu tak tahan. Contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ni nasi, badam, bayam, susu ehhh macam² lagi lah!

      Lagi bagus kalau mommies dapat kenal pasti apa makanan yang menjadi MILK BOOSTER mommies. Macam ibuElly dulu, asal dapat makan nasi, memang susu akan mengalir dengan meriahnya!

      Ada yang makan lobak putih, susu dia banyak. Terpulang. Once dapat kenal pasti, amalkan terus sampai anak tu 2 tahun. In shaa Allah mommies akan dapat phD dalam penyusuan susu badan secara eksklusif ni!

4) KAWAL MINDSET

ehh, penting ke?! Haa jangan ingat menyusu baby ni senang ye. Penyusuan ni sebenarnya adalah permainan emosi antara ibu dan anak tau. Semua bergantung kepada emosi si ibu.

      Tu sebab, mommies kena enjoy dalam perjalanan hidup sebagai BF (Breast Freeding) ni. Memang bukan senang, tapi tak mustahil!

      Ubah mindset. Selalu cakap pada diri sendiri yang mommies boleh buat, yang mommies boleh susukan baby sampai lah cukup 2 tahun. Semuanya boleh jadi kalau kita serius fokus pada MINDSET kita tau.

      Mommies jugak takleh stress setiap kali nak menyusu baby. Benda² negatif yang mommies pikir masa susukan baby akan menyekat pengeluaran susu nanti. Pandang dan tatap babies korang dengan penuh kasih sayang.

      Bina pandangan dari hati ke hati dengan babies masa menyusu. In shaa Allah, susu akan otomatik jadi banyak bila mommies sendiri enjoy journey itu sendiri. 🤗

5) AMALKAN SUPPLEMEN YANG BETUL DAN BERKUALITI

Macam ibuElly sendiri masa aktif menyusukan Dahlia, ibuElly amalkan ESP & ALFALFA. Dua beradik ni sebenarnya juga merupakan SET ASAS PENYUSUAN tau. Ada yang amalkan Alfalfa je, ade jugak yang hanya amalkan Esp.

      Mana² pun takpe. Janji kena ada konsep SUPPLY & DEMAND tu. Kalau takde yang tu makanlah supplemen mahal macam mana pun memang takkan nampak hasil.

ESP ni sedap sebab boleh campur dalam minuman kegemaran mommies. 


Selain untuk merangsang pengeluaran susu, Alfalfa juga ada banyak khasiat lain tau. 

      Haa, tu antara tips yang ibuElly share kat korang. Benda² ni semua memang ibuElly amalkan masa dalam tempoh penyusuan badan secara eksklusif. Skang Dahlia pun dah 2 tahun 6 bulan dah. Dah capai phD! 

      Tips² ni hanya sebagai salah satu ikhtiar je tau. Semua result tak sama untuk setiap individu. Lain usaha lain resultnya. 

      Jadi mommies jangan putus asa eik. Teruskan perjuangan hingga anak capai 2 tahun! Bayangkan pahala yang bakal mommies dapat nanti! Good luck!

Kalau taktau nak cari Shaklee, pesan di SINI
Korang boleh juga terjah page fb ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh




   

Sunday, December 24, 2017

8:22 AM

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Diari Seorang Pengedar Shaklee
APA YANG PENGEDAR SHAKLEE KENA BUAT UNTUK RUN BISNES?

      Diari seorang pengedar Shaklee takde lah serumit yang ramai orang lain bayangkan. Shaklee ni produk kajian Saintis, jadi pengedar² yang serius berbiz WAJIB berilmu jugak.

      Macam ibuElly sendiri, memang ada buat bacaan sendiri. Bukan setakat BUKU NUTRISI tentang Shaklee, malah ada juga bahan bacaan lain untuk memenuhkan sedikit ruang di dada.

      Selain tu, yeahhh! UPDATE BLOG! Terus menerus konsisten share tentang kebaikan Shaklee pada yang memerlukan khasiatnya di luar sana. Tak salah kan kalau kita berikhtiar. Segalanya tetap Allah yang bagi.

      Bagi ibuElly sendiri, rutin harian sebagai Pengedar Shaklee simple je. Macam Quran, ibuElly jugak peruntukkan at least satu muka surat sehari untuk bacaan ilmiah. Benda² ni penting supaya kita ada point untuk menulis nanti.

      Bukan tu je, kita juga akan rasa lebih yakin nak bercakap dengan bakal customer kan. Benda lain yang ibuElly buat, cuba update existing customer at least sekali seminggu. Yela kadang kita sibuk dengan urusan hakiki. Jadi peruntukkan at least sekali.

      Jugak, sentiasa update prospek² yang pernah mesej ibuElly sebelum ni. Konsisten je sharententang kebaikan Shaklee dan vitamin berkaitan yang diorang tanya itu hari. In shaa Allah kalau kita konsisten dan niat yang betul, ada tu rezeki.

      Supplemen Shaklee, memang ibuElly masih makan hingga ke hari ini. Alhamdulillah banyak kesan positif yang ibuElly dapat bila konsisten amalkan Shaklee. TAK MUDAH DEMAM/BATUK/SELSEMA, sakit pinggang dan belakang berkurang akibat czer semasa bersalin, senang membuang (sehari 2-3 kali tau), kulit pun makin ok.

      Korang tau kan dalam previous entry, ibuElly ada cerita pasal kulit ibuElly yang breakout teruk setahun lepas. Now asbab ber Shaklee, alhamdulillah semuanya dalam kawalan. 🤗

      Bukan tu je tau, seorang pengedar Shaklee yang serius berbiz mesti sentiasa kena update dan tengok progress GUV masing². Kena selalu bukak online distributor website tu. Macam² info tau ada dalam tu.

      Zaman dulu, kata diorang takde sistem online. Kalau nak beli barang memang kena pegi branch atau hq je. Susah sikit la dulu. La dah senang. Klik-klik aje dah setel postage. Takyah pikir dah. Gituu!

      Dengan Shaklee jugak, bantu ibuElly jumpa balik dengan kawan² lama. Ade yang kawan skolah rendah, kawan skolah menengah, mesej ibuElly tanya pasal Shaklee. Kadang tu takde niat nak menjual sangat. Banyak nak tau perkembangan diorang.

       Macam tu lah kehidupan ibuElly sejak jadi pengedar Shaklee ni. IbuElly seronok dapat bergaul dengan circle yang positif, saling mengingatkan, dan banyak lagi tips lain yang mereka kongsikan. Korang kalau nak tau lebih lagi apa sebenarnya yang dilakukan oleh pengedar Shaklee ni, haa kena alami dulu!

     

Saturday, December 23, 2017

6:16 AM

Bagus sangat ke Shaklee?

Bagus sangat ke Shaklee?
Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, setahun lebih rupanya dengan Shaklee. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Daripada muka ibuElly breakout teruk, sampai lah alhamdulillah baik dah kulit. 🤗

      Banyak sangat pengalaman dan benda yang ibuElly dah dapat dengan shaklee. Benda yang ibuElly rasa mungkin susah nak dapat dengan biz lain. Kenapa Shaklee masih kekal utuh dalam hati ibuElly hingga kini?

      Pertama skali, of course sebab Shaklee dah tolong pulihkan kulit wajah ibuElly. Daripada takde keyakinan diri, sampai lah sayangkan kulit sangat skang ni. Korang takkan tau kalau korang tak alaminya sendiri. Perit menanggung bila kulit muka jadi macam tu.

Dalam gambar macam ok skit, kalau tengok depan² dulu ase teruk sangat muka! Dengan berminyaknye! 

      
      Mana lah tak sayang dengan Shaklee, tengok apa yang Shaklee dah buat kat ibuElly! Alhamdulillah, disebabkan tu ibuElly tak jadi ke klinik kulit yang agak mahal tu. Pernah terfikir tau nak g Klinik Doktor Ko kot. Ala, yang femes dengan masalah kulit tu lah.

      Dok nampak signboard dia merata. Tu yang macam nak try. Tapi bila pikir balik, mestilah harganya mencekik darah. Tu yang ibuElly try alternatif lain dulu.

      Selain tu, Shaklee ni dah tolong ibuElly dari segi masalah kewangan. Bonus Shaklee saja ibuElly pernah dapat rm1000+ tau. Ni serius talk! Masa tu bulan April, time ibuElly naik rank as SUPERVISOR Shaklee.

      Alhamdulillah, memang masa tu rasa macam mimpi je. Tak sangka Shaklee boleh bagi bonus sebanyak tu kat ibuElly. Tak bukak kedai, tak bukak booth. Based online saja tau! Tu yang buatkan ibuElly lagi semangat nak sebarkan kebaikan Shaklee kat orang ramai!

      Apa lagi eik? Emm, Shaklee juga bantu customer² ibuElly yang ada masalah kesihatan jugak. Alhamdulillah dengan izin Allah. Rasanya kalau Allah tak izin, memang takkan jadi pun kan.

      Ni juga salah satu sebab, KENAPA SHAKLEE. Bukan vitamin lain. Kerana Shaklee jugak lah, ibuElly banyak buka mata pasal masalah kesihatan. Baca buku² kesihatan, pemakanan seimbang dan bagus untuk badan, banyak sangat rupanya yang ibuElly tak tau.

      IbuElly juga lebih berhati-hati untuk suapkan anak dengan makanan. Lepas baca buku² tu semua. Yela, dari kecik nak kena jaga. Penyakit kronik ni semua berpunca daripada apa yang kita makan dari muda tau.

      Apa yang bezakan Shaklee dengan yang lain jugak adalah disebabkan jangka hayat untuk aebotol vitamin tu TAHAN LAMA! Paling lama VITAMIN C dialah ibuElly rasa. 6 bulan kot paling lama tahan!

      Mana ada vitamin lain kat pasaran yang tahan lama macam tu kan? Berbaloi gila, bukan kena topup tiap² bulan pun. Jimat pun jimat kan. VITAMIN E dia pun sama. Tahan sampai 4 bulan kot!

Set kecantikan kulit paling laris! Untuk hilangkan jerawat dan pudarkan parut! 

      IbuElly makan vitamin E lepas beberapa bulan makan vitamin C. Sebab bujet tak berapa nak ada ambik dua² skaligus masa tu. Hahaha. Tapi at least ade jugak effort kan. Nak cantik untuk somi dan anak² jugak. Dan nak build up balik self-confidence. Bukan senang tau. 

      Korang yang kulit memang halus mulus dari baby, tahniah la ye. Jaga kulit bagi lagi elok dan jangan guna benda² merapu. Sian kulit tau. 

      Dan paling last, Shaklee ni terbaik sebab Shaklee dah banyak ubah hidup ibuElly. Upline dan super upline (Master Lyna & kak Rose) selalu sangat bagi kata² semangat dan share info bermanfaat. 

      Bukan calang² tau Master Lyna tu. Bekas engineer kot! Ilmu yang dia share kat fb terasa macam, ' eh, aku pun baru tau benda ni wujud ' . Gituu! Tengoklah betapa luasnya ilmu orang bijak pandai ni kan. Sentiasa ada je yang nak dikongsi dalam penulisan dia. 

      Terima kasihlah korang yang sudi baca cekoteh ibuElly ni. Rugi rasanya kalau tak share tentang Shaklee yang awesome ni dengan korang! Sebab ibuElly dah rasa sendiri tau betapa berkesannya Shaklee ni. Ternyata ia bukan hanya fantasi! 

      Sebenarnya Shaklee ni ada banyak je vitamin lain. Bukan untuk kulit je. Untuk IBU HAMIL, IBU NERPANTANG, KANAK-KANAK, MASALAH PENYAKIT BERANGKAI pun ada tau. SUSAH BERAK, SUSAH MAKAN, SUSAH TIDO, SUSAH CANTIK pun ado! 

      Pilih aje ikut bujet korang. Ada yang murah dan tahan lama, ada juga yang mahal tapi tahan kurang 2 bulan. Nak tau semua kena lah bisik² ngan ibuElly kat no ni, 017.560.4426 tau. Korang pun boleh juga jenguk² kat fb ibuElly, Elifa bt Ismail dan juga instagram, elifaismail. 

      Jangan jemu eik baca kisah² ibuElly kat sini. Sayang korang. 💖