September 2017 - Journey of life

Saturday, September 30, 2017

9:30 AM

penyelesaian BENGKAK SUSU..

penyelesaian BENGKAK SUSU..
      assalamualaikum korang.. ya Allah lamanya tak godek blog ni haa.. dah bersawang pun.. ibuElly demam smpai tak boleh nak bangun kelmarin tau, tak tau la ape sebab, anak2 nasibbaik takde ape.. ibu je teruk sikit..

      sehari sebelum kena demam tu, ibuElly pi la COD vitamin untuk IBU BERPANTANG ni haa kat Manjoi nun.. tau aje la kome Manjoi tu beso kampungnye.. kalau tak kerana google maps memang dah tah ke mana hala dah ibuElly pun.. dah la berdua ngan Dahlia, hahaha..



      ibu ni wasap ibuElly ahad malam tu untuk masalah BENGKAK SUSU & NAIKKAN BERAT.. aishh ibuElly punya struggle nak turunkan berat, ibu ni nak tambah pulak.. hahaha.. ok gurau! makanya si ibu ni pun setuju lah nak cuba LECITHIN untuk masalah bengkak susu beliau.. itu yang paling utama yang beliau nak selesaikan pun.. tak tahan dah katanya tanggung sakit bengkak susu tu..



      sampai je kat umah beliau, ibuElly kena explain pulak pasal Shaklee ni kat suami beliau, sebab akak ni tengah dalam pantang, tak larat la nak keluar rumah kan.. so panjang lebar ibuElly dok cite pasal Shaklee dan juga vitamin yang isteri dia bakal makan ni haa.. menggeletar jugak wei first time ni cakap panjang lebar pasal Shaklee face to face depan muka orang lain,,pengalaman yang sangat best sebenarnya tau! asah kita punya ilmu dalam bidang vitamin2 ni. hahaha..



      al kisahnya ibuElly cite la jadual makan, khasiat produk bagai.. asal usul Shaklee ni kan.. seronok la sebab kita sendiri memang makan dan jual pulak kan.. konfiden tu datang sendiri tau! 

      dan alhamdulillah sangat! 2 hari lepas ibuElly cod kat akak berpantang tadi tu, dia mesej macam ni.. tengok gambar kat bawah ni..



      haa terkejut dan happy tak terkata la bila akak ni mesej macam ni.. dah la masa ni tengah struggle nak baik daripada demam ni.. dapat feedback positif macaam ni pulak kn.. lagi best lah!! terus je update kat fb dan ig.. bagi orang tengok sendiri yang Shaklee ni bukan produk cikai.. produk kajian saintis dan memang terbukti halal dan semulajadi tau..

      seronok bukan main la hati akak yang tengah dalam pantang ni tadi.. dapat la beliau enjoy waktu berpantang dengan hati yang gIrang lagi riang,,ewahhh! ehh korang apa tau, sakit tauu bengkak susu ni! ibu boleh menangis sampai demam2 tau tahan sakit punya pasal..

      ok tu je testimoni yang ibuElly nak cite.. next entry ibuElly cite lagi apa kelebihan Lecithin selain untuk melegakan bengkak susu ni.. tatatata..

boleh contact ibuElly kat medium2 ni tau.. paling cepat, wasap la.. hahahahahahah!

no tel : 0175604426
page FB : Pengedar Shaklee Ipoh
ig : elifaismail

       
9:21 AM

Shaklee VS Cosmoderm

Shaklee VS Cosmoderm
      assalamualaikum.. aduh2 terima kasih bebanyak pada korang yang sudi singgah blog ibuElly yang tak seberapa ni.. rajin memblog skang semenjak dah ada wireless mouse ni hahahahahha.. memudahkan keje betoi!

      ibuElly kekadang tak tau jugak nak cite pasal apa, al maklum lah masih lagi baru dalam dunia penulisan ni kan.. menulis pun sekadar suka2 dan excited nak cite tentang produk SHAKLEE dan juga COSMODERM je.. hehehe



      Shaklee takyah cite panjang la kot sebab ramai antara kenal kan apa benda Shaklee tu.. hehehe.. produk Shaklee ni dah 60 tahun kot dalam pasaran.. ibuElly pun dah setahun amalkan.. alhamdulillah kulit dan kesihatan pun makin baik..






      malam tadi ada tanda2 sakit tekak dan batuk, telan Vita C Shaklee 3 biji pagi ni takde rasa dah sakit tekak tu! Vita C ni bab2 menguatkan imun tubuh badan memang serah kat dia la.. laju betul buat kerja!!



      sekarang ni nak cerita pasal Cosmoderm.. Cosmoderm ni ada banyak la juga skincare yang bersesuaian dengan korang.. dia ada set untuk KULIT BERJERAWAT, KULIT BERMINYAK, KULIT KERING, KULIT KUSAM, KULIT NORMAL, KULIT SENSITIF, NAK CERAHKAN KULIT & KULIT BERJERAGAT.








       haa agak banyak kan set2 dia? currently ibuElly guna FULL SET ANTI JERAWAT TEA TREE tau.. memang terbaik lah, muka pun dah tak berminyak dan kurang la sikit naik jerawat berbanding dulu! dia punya bb cream pun best, tak berminyak langsung muka ni tau! 


    korang tak payah la gatal2 nak cuba produk karut yg korang sendiri tak tahu keberkesanan dan sumber nye.. muka kome jugak yg merana tak berlagu nnti kan.. syukur lah dengan kulit korang skang dan cari hanya produk yang memang dijual di drug store je.. mudah kan?

      tak jumpa produk Cosmoderm atau susah nak cari pengedar Shaklee kawasan Ipoh ni? klik je kat 0175604426 ni tau.. wasap cepat sikit respon berbanding benda lain.. hahaha.. ok bye!

Friday, September 22, 2017

4:34 PM

servis pemasangan internet terbaikk!!!!

servis pemasangan internet terbaikk!!!!
assalamualaikum korang.. sihat ke? IbuElly alhamdulillah sihat je dengan anak2, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup lagi atas muka bumi ni.. syukur alhamdulillah..

      ok ibuElly nak cite pasal macam mana proses installation streamyx haritu.. memang pantas dan terbaik servis diorang ni tau! ibuElly apply hari SABTU, hari ISNIN diorang dah datang dan pasang!

      wah wah wah, memang gumbira la hati mak mentua ibuElly tu tengok internet dah pasang.. mak bukan apa, gemar tengok youtube dan gemar berbalas wasap dengan anak menantu dia.. hehe.. mak dok sembang dalam group keluarga, katanya, ' terima kasih elly, internet dah pasang semalam lagi, terima kasih mudahkan kerja mak'

      Allah, padahal ibuElly just klik klik je pun.. hehe.. tup2 dah sampai kat rumah dan terus pasang.. tak payah kita susah2 keluar ke office TM pun! nasib la mintak nasihat adik lelaki ibuElly tu.. beliau memang kerja di TM, bahagian yang selalu kena panjat2 tiang atau betulkan internet kat rumah orang tu..

      katanya, 'cuba kamu google je Long, aku tak boleh buat dah sebab borang tu dah takde'
borang yang dia maksudkan adalah internet murah dalam rm70 je sebulan & FREE TABLET PC.. tapi tu dulu lah, rasanya adalah 2 tahun dah kot..

      makanya tak boleh la dia buatkan untuk umah mak mentua ibuElly ari tu.. tu yang google je dan jumpalah web ni : Unifi packages haa senang sangat dah kan?? klik klik, masukkan details yang diorang nak dan puffftt siap!!

      menurut mak mentua ibuElly, masa diorang dah siap pasang tu diorang hanya mintak upah pasang rm50.. lepas tu kata deme tunggu je bil sampai ke rumah nanti untuk this month punya bayaran.. ibuElly pilih yang 8Mbps (rm140 sebulan) sebab konon nak yang laju la..kihkih..

      lepas tu kata mak mentua ibuElly dapat juga siaran tv FREE, hypp tv kot ejaannya.. katanya hypp tv ni pun banyak siaran, tak yah pasang Astro dah pun takpe.. itulah ibuElly suh tengok dulu ok ke tak, kalau ok boleh la potong je Astro tu kan.. buat apa bayar bil bebanyak dan menambahkan kos kan..

      alhamdulillah, tercapai jugak hajat mak mentua ibuElly nak tukar internet baru.. sebab sebelum ni atas nama somi ibuElly, susah kalau ada sebarang urusan.. internet yang lama tu nak terminate dah nanti..

      korang jangan lupa tau klik aje pada link kat atas yang ibuElly bagi tadi kalau nak mudahkan pemasangan streamyx kat rumah.. mudah sesangat la takyah keluar rumah dah! isi je borang online dan diorang yang akan datang terus ke rumah korang tau!

      apa yang ibuElly boleh simpulkan, servis diorang ni TERBAIK & A+! 

Thursday, September 21, 2017

8:32 AM

buat apa pegi Penang kalau segalanya di Ipoh!

buat apa pegi Penang kalau segalanya di Ipoh!
      ibuElly ni bukanlah sejenis manusia yang amek port pasal tempat makan best ke atau tempat2 best pun.. kalau bukan kerana adik ibuElly atau suami ibuElly yang bagi maklumat, memang tak tau pun wujudnya tempat sebegitu kat Ipoh ni.. wakakakakak!

      kisahnya semalam lepas habis urusan di pekan, adik ibuElly ajak g makan,, konon nak makan kat kedai KOrea kat Menglembu ke mana tah katanya.. tapi kedai tu bukak 11.30 pagi.. kami masa tu dah habis urusan pukul 10.30.. memang tak lah nak tunggu sampai 11.30, kul 12.30 nak amek Iskandar dari tadika pulak nanti kan..

      makanya kami pun pegi lah ke IPOH PARADE je.. sebab masa tu singgah juga KEDAI RM2 SEBELAH IPOH PARADE tu.. sebab situ banyak barang ada tau..ritu beli goodies untuk kawan2 iskandar sempena birthday party pun ibuElly beli kat sini.. punyalah cerdik beli kat kawan2 Is je, untuk deme adik beradik takde.. tu yang repeat balik ke kedai tu beli untuk Is sekali ngan adik dia.. hahahha

Antara goodies ganti jajan untuk birthday party Is kat tadika

      masuk konon nak beli tu je, alih2 terjebak jugak beli sampai rm20 lebihh.. menci tau masuk kedai rm2 ni!!!😭😭😭 banyak sangat benda ase tak penting pun, tapi beli jugak!

TEMPAT MAKAN BEST DALAM IPOH PARADE 

dalam Ipoh Parade tu memang banyak sangat kedai rare yang menarik dan sentiasa menarik-narik pandangan dan tumpuan ibuElly untuk masuk ke situ tau..kalau duit tak bawak banyak, memang jimat perbelanjaan.. hahahah

      antara kedai baru yang ada dalam tu adalah, mini market korea (jual makanan, supplemen, dan sebagainya) kedai makan dari serata negara dan negeri, kedai barangan jual barang-barang dari Korea, dan banyak lagi la taktau nama la.. korang datang la sendiri nanti.. hahahha..

Lemak berkrim disukai ramai susu pisang maveles ni tau! 

      semalam ibuElly teringin nak makan laksa, tu yang adik ibuElly bawak g makan kat ' Penang ' tu.. hahahahah.. ingatkan betul ke Penang.. rupanya Penang Street kat Ipoh Parade tu je..

       Adik ibuElly ni la yg tau aje tempat menarik ataupun tempat makan best.. Yela, kami dulu susah.. So skang bila dah mampu sikit memang kalau rasa nak makan tu, terus je pegi or beli.. Duit banyak habis tang makan je bukan shopping sangat.. Hahahahahah!

Enakk bangat Mee Kari ni!! Mula² kuah putih je, bila dah gaul baru jadi warna kari 😀

      So korang yang malas nak pegi banyak² tempat untuk cuba makanan try je masuk dulu dalam Ipoh Parade ni.. Sebelah dia ade Kedai Eco Rm2  tau.. Macam² ade oiii! 

     

Wednesday, September 20, 2017

7:46 AM

Nikmat Alllah bagi..

Nikmat Alllah bagi..
      assalamualaikum korang.. alhamdulillah, banyak betul nikmat yang Allah bagi semalam.. antaranya adalah dapat meluangkan masa dengan my son, Muhammad Iskandar pegi panjat Bukit Kledang, Ipoh.. kihkih!

Ibu bangga dengan Is, berjaya redah jalan hutan dengan jayanya! 

      sebelum tu, ibuElly pegi Shaklee dulu setelkan order customer.. bukan orang lain pun, kawan ibuElly masa skolah dulu.. nak ikhtiar dengan Shaklee untuk mak dia.. terima kasih ingat lagi kat ibuElly ni haa.. dan lagi terima kasih ingat ibuElly yang jual Shaklee.. hahah

Dan menyinggah beli order customer sebelum g Kledang

      semalam tak dirancang pun nk g panjat Bukit Kledang tu.. ala, korang yang dok Ipoh tau kot yang Bukit Kledang ni memang popular dengan tempat riadah kan?? kakak ipar dan adik ipar ibuElly slalu panjat bukit ni, nak kurus kata deme..

      last ibuElly naik Bukit Kledang ni pun masa 4 TAHUN LALU.. masa ni Iskandar belum ada lagi, tapi dah kawen la.. sebab masa tu pegi dengan husband, kakak ipar dan adik ipar.. ya Allah pancit jugak la semalam, al maklum la, badan dahberat pastu terus naik jalan yang mencabar, ni makan dia!
Berjujuran peluh, sampai masam bau baju.. Kahkah! 

      Bukit Kledang ni ada banyak jalan bagi korang yang dah biasa naik kan.. ada jalan 42, 49, dan juga 53 tak silap.. danboleh juga pilih sama ada nak ikut jalan tar, tangga atau jalan hutan.. kami bertiga, sekali dengan adik perempuan ibuElly naik ikut hutan semalam..

      dengan hujannya, tapi redah jugak!! dah sampai kot! Iskandar pun tak sabo2 nak naik jugak.. alhamdulillah, dia behave jugak, tapi biasa la mulut bising cakap penat la, haus la.. hahaha.. bising2 pun, berjaya jugak dia naik jalan curam dan banyak anak tangga tu.. semua uncle dan aso yang kagum tengok dia.. good job son!!

      tapi lagi suku nak smpai ke atas, adik ibuElly decide nak dukung dia.. hahah.. adik ibuElly tu dah la kurus kering, tapi ehh mampu kot dia mengangkat Iskandar tu semalam tau!! kuat betoi stamina beliau.. hahahaha.. alongnya nanti pun in shaa Allah akan menyusul stamina yang kuat gituu. kena rajin la lepas ni. hihi

KEADAAN KAMI LEPAS SAMPAI KE RUMAH 

Iskandatr dah tertido sekejap dalam kete masa on the way balik.. ibuElly tak yah cakap la kelas tuisyen pun terpaksa ganti hari lain,, hahahah..  lemah lutut oii!! sebelum tu g amek Dahlia dari umah pengasuh, kesian dia lama kena tinggal.. rindu betoi dia kat ibu..

      sampai je di rumah, kami 2 beranak terus mandi la.. gila punya lega dapt mandi.. mandi pulak dengan TEA TREE SHOWER GEL, COSMODERM memang nyaman gila la cite dia..ase segar badan ni haa.. haa ayah diorang tak ikut semalam, biasa la busy outstation je semedang.. tu yang kami je pegi tu,,
Tea tree shower gel

      lepas Iskandar makan, ibuElly bagi siap2 vitamin C 2 biji, kasi boost up imun dia.. semalam kan hujan, takut dia demam ke selsema ke.. sebab biasa la kalau budak2 sakit ni deme nak memerap lebih.. macam bayi baru lahir la gituu.. hahahahah..

      ibuElly pun siap2 telan SUSTAIN RELEASE VITAMIN C & OSTEMATRIX SHAKLEE nak bagi taknak demam jugak dan supaya badan tak lenguh melampau! alhamdulillah, bangun pagi ni kaki lutut semua steady lagi! terbaik lah Shaklee! ( tu yang dapat update blog tu, hahahahahhah)

Favourite supplemen! 

Terbaik! Lenguh² takde sangat tau! Berak pun laju je! 

      Vitamin C bese la nak kuatkan imun badan supaya tak demam la nanti, semalam kan hujan, so risau juga la kalau ibuElly un sakit sama kan. Ostematrix pulak untuk kuatkan tulang belulang ni supaya takde lah lenguh2 yang melampau atau sakit badan yang teruk..

       alhamdulillah la, memang ok sangat rasa badan setakat ni.. lenguh2 biasa je, xde sampai satu badan rasa sengal.. nasib baik la ade stok ostematrix kat umah.. membuang pun lancar sangat subuh tadi tau!! memang terbaik semua vitamin Shaklee! hahahahahhahaahhaha..

      jadi korang tak perlu risau nak bawak anak kecil naik bukit ke Gunung ke.. tambah2 anak lelaki, bagi diorang merasa dan explore dunia luar lebih lagi.. of course kalau pegi dengn ayah lagi bagus kan, tapi tak salah pun ibu sendiri yang bawak anak tu.. lagi bermakna gituu..😍😍

korang boleh jugak lawat2 page ibuElly di facebook tau :

Pengedar Shaklee Ipoh
Cosmoderm IPOH 

 

Monday, September 18, 2017

1:44 AM

temPaT makan BEST di Manjung, Perak

temPaT makan BEST di Manjung, Perak
semalam, ibuElly balik ke kampung di Beruas sbb somi nak bawak balik skuter yg dah lama tersadai kat sana.. amek dan bawak repair, kena rm1500! 😅😅

      amek kau, nak repair sgt kan.. hahaha.. sabo jela dgr harga mcm tu.. tapi kalau baru of course lagi mahal kan.. berbaloi juga repair, boleh guna lagi.. harta keluarga la katakan.. kihkih..

      ibuElly nk cite pasal tempat makan kami pegi semalam sebenarnya.. mak mentua dan adik ipar semua ke Kedah melawat saudara yg sakit.. jadinya kat kg ada Abah je.. pastu abg ipar ajak kami keluar makan sempena birthday Iskandar smlm..

      alhamdulillah moga murah rezeki abg ipar sekeluarga.. sedap betul la makan smlm.. mmg selera dinosour betul..😂😂

Sedap dan berbaloi kami makan berempat
BEFORE

AFTER
wakakakakakakakkakak! 


   ni lah yg ktorang makan semlam.. patut lah biras ibuElly suh jgn mkn lagi ptg tu.. hahaha.. mmg bnyk kot even 4 org mkn.. siap bungkus bwk balik lagi bagi kat abah yg dok sorang kat umah tu.. abah xnk ikut katanya sbb xde org jaga rumah..

      mak mentua ibuElly niaga kedai runcit.. dah mak mentua n adik2 ipar semua ke kedah, makanya tggallah abah je kat rumah tu.. abah bukan xnk ikut g kedah katanya, tapi dia dah pegi melawat haritu sblm mak pegi..

      pegi sorang je sbb abah mmg ape2 hal terus smpai je,, jnji ngan ank2 payah katanya ank slalu sibuk,,hahahaha.. sabo jela.. total yg ktorng mkn ni kata abg ipar rm50/talam sebab dia order utk 6 org mkn.. takut xckup katanya..

Anak² kalau makan kat luar, memang tak ganggu ibuElly langsung.. Hahaha.. Rezeki juga ni dapat kesenangan gini bila setiap kali keluar jenjalan.. 😝😝


      sebab ibuElly nampak kat menu dia tulis ade yg rm23/talam dan rm30/talam.. makanya rm50 ni pun kira berbaloi la jugak.. patut la lalu nk ngabeh kan.. hahaha..

      tempat ni kata somi ibuElly nun di SEBELAH JKR MANJUNG, BERHADAPAN MASJID, PERAK.. jadi kalau ade rezeki korang ke Perak datanglah Manjung rasa tau.. ibuElly x ingt nama kedai, tapi nama De'laila Western kot gitu la namanya..

Keadaan masa mula² datang.. Kedai dia kecik je


      tapi mmg ramai la org masa kami pegi smlm.. dah makan mcm2 apa lagi balik rumah sebelum tidur telan dulu HERB LAX dan juga OMEGA GUARD SHAKLEE kasi singkirkan segala toksin dan kolestrol yg tak diperlukan dalam badan ni haa..

      pagi tadi amek kauu 3 kali membuang!! lega asenye tau sbb dah xde rasa mcm banyak sgt benda dlm perut yg tak keluar.. hahahah.. so korang jgn lepaskan peluang kalau dtg Manjung, Perak ni tau.. kena rasa!!   
1:33 AM

tempat riadah cantik untuk bawa anak2..

tempat riadah cantik untuk bawa anak2..
      assalamualaikum.. fuh, penat betul if keluar jalan ngan nak2 tanpa ayah diorang.. hahaha.. ayah semedang sibuk, so ibu la yg bertanggungjawab luangkan lebih masa bersama anak2 supaya nnti tak lah jadi mcm katak bawak tempurung pulak kan..

      kena la bg deme tgk dunia luar sama.. asyik terperuk je dlm rumah xbuat apa.. hari2 dgr lagu nursery pun bosan juga 😄😄

Guna adik ipar punya member kad.. Rm8 je seorang.. Kat Tesco St18

ibuElly just bawak dioang g main dalam tesco pastu g taman botani je.. sebab tu je yg dekat.. yg lain jauh pulak plus adik ipar ibuElly pun ada sama bawak anak dan ank2 buah jalan-jalan.. sekali sekala hang out bersama-sama, best jugak.. 😛

Garang sangat anak dara sorang ni


      alhamdulillah dapat tgk kegembiraan anak2 tu satu kepusan bg ibuElly sebenarnya.. tu lah hasilnya bila kita dah penat usaha keras time weekdays, dihadiahi pulak dgn senyuman dan gelak tawa ank2 di waktu weekend ..

      barulah rasa berbaloi bekerja kan..hihi.. ibuElly bawak anak2 buah sama skali ngn adik ipar.. alhamdulillah bbudak2 seronok sgt.. alhamulillah dikurniakan rezeki tengok senyuman dan tawa anak2..


Cantik pemandangan kat sini.. Masa pegi ni ada 2 pengantin datang untuk PHOTOSHOOT.. 



Friday, September 15, 2017

8:00 PM

segalanya di hujung jari..

segalanya di hujung jari..
      assalamualaikm.. apa program harini kome?? ibuElly mcm biasa la, sepatutnya kelas penuh harini.. tapi pengasuh anak2 cuti.. first time diorang cuti lama semenjak 4 tahun gunakan perkhidmatan diorang.. ok la kan..hihi..

      pagi tadi mak mentua kol.. bgtau internet kat kg dah kena potong.. dia suruh amek yg baru sbb yg lama ni atas nama anak beliau, a.k.a en somi ibuElly.. kihkih.. agak susah urusan sbb kami di Ipoh, mak di beruas nun.. so better la tukar atas nama mak terus senang kan..

      sekarang ni memang mudah betul, nak shopping, nk topup sume online je kan.. hahaha.. mak mentua mintak daftarkan streamyx baru.. so kita pun google la mana yg snang.. jumpa web ni : streamyx online klik aje kat link tu kalau korang nk daftar online..

      nak topup pun mudah, pegi je kat online banking yg korang ada.. asal ade duit je dlm bank tu haa boleh je topup terus.. xyah keluar rumah.. 

mudah kan???


2:10 AM

cikgu Elly ajar tuisyen :)

cikgu Elly ajar tuisyen :)
      assalamualaikum w.b.t

adehh mcm ormal sgt pulakk kan.. hehe.. ok ibuElly sebenarnya nk cite ttg kerjaya ibuElly sebagai PRIVATE HOME TUTOR ni selama hampir 4 tahun dahh..

      alhamdulillah, ibuElly masih diberikan kesempatan oleh Allah lagi  untuk cari rezeki di bumiNya yg luas ni.. betul la kalau kita percaya pada rezeki dan Allah tu sndri mmg kita akan dapat benda tu.. but of course kena ada usaha la!

      ibuElly start buat hometuition ni masa November 2013.. masa tu baru je grad dr USM, tak pegi konvo pun sbb terberanakkan Iskandar masa tu.. makanya transkrip ibuElly semua pihk universiti pos je ke rumah.. sadis!!

      masa mula2 nk start buat tuisyen tu rasa tak yakin sesangat, yela NAK AJAR BUDAK2 kot!!  boleh ke aku ni mengajar?? tak ke bagi ajaran sesat kat budak2 tu nanti kan?? itu la dia, belum cuba, belum tahu.. dah cuba rasa mcm syg nk tinggalkan pulak.. hahahha..

ok ape buat hometuition ni.. lumayan jugak la bergantung kepada berapa cas yg korang kenakan.. ibuElly buat murah2 je xde la smpai rasa mcm tercekik darah kan.. sbb ibuElly sndri pun seorang ibu, tau mcm mana susahnya cari duit.. jadi seboleh-bolehnya ibuElly mmg xnk bebankan ibu bapa..

name card lama.. hehe..

ibuElly boleh ajar kimia

fizik pun boleh (dah dulu major fizik kan kihkih)

UPSR pun ada ajar..smpai ke SPM

keadaan kelas kat dalam rumah ibuElly, buat kat ruang tamu je..

buku ni bagus tau..warna warni

interframe masa hari Guru tadika Iskandar

      in shaa Allah kalau xde halangan, nak bukak cawangan Elly Hometuition  kat area umah ibuElly ni je..nak tambah lagi bilangan student dlm satu2 masa.. berkolaborasi dengan jiran sebelah umah.. jiran ibuElly cikgu tadika, nak berenti keje dah sbb gaji ciput.. x berbaloi dgn kerja dan gaji katanya..
xpe lah, kita usaha ikut lain pulak kan.. mana tau rezeki anak2 kan.. yg penting kita usaha je yg terbaik.. Allah tu Maha Kaya, Dia akan bagi jugak pd mreka yg berusaha in shaa Allah..😍
      jadi ibu bapa yg nkanta anak2 tuisyen SEKITAR IPOH ni boleh la contact ibuElly terus di 0175604426  tau.. klik terus je kat nombor tu eikk..
ok tatatatatatatatatatat................................................. 





Thursday, September 14, 2017

5:00 PM

mudahnya shopping!!

mudahnya shopping!!
      shopping masa kini jadi lebih mudah kan dengan ONLINE?? ibuElly sendiri akui yg sekarang ni jarang sgt dah keluar rumah semata-mata utk shopping!

      daripada bersesak sesak dan berpanas/berhujan, ibuElly lebih selesa di rumah sendiri santai dan baring sambil scroll2 LAZADA, 11STREET SHOPEE dan seangkatan dengannya.. 😆😆

      ibuElly tau, korang pun mesti cmni kann?? tambah yg ada anak2 kecik tu, lagilah bermalas-malasan nk keluar dari teratak kesayangan masing2 kan? 😝 sama la kita!!


ibuElly suka shopping kal 11street sbb deme rajin bagi kupon 😍

      11street ni semedang bg kupon bila ibuElly nk shopping.. so jadi lagi murah la berbanding harga yg diorang pampangkan kat skrin tu.. ibuElly memang suka offer! selain 11street, apps lain yg best utk shopping adalah ⤵⤵⤵

shopee!!

      ni pun best! lepas kita beli brg, kita akan dapat reward dalam bentuk COINS tau.. coins yg kita kumpul2 selepas pembelian ni, kita boleh gunakan nanti utk deduct harga asal.. sama jugk, dapat lagi murah!!!😬😬
 
      kita wajib jadi pengguna bijak di zaman kos hidup yg semakin meningkat sekarng ni.. bagi ibuElly, 11street dan Shopee ni memang best sebab deme rajin bagi kupon dan rewards supaya kita boleh berjimat cermat..
 
      lagi satu apps shopping yg best dan tmpat suami ibuElly selalu shopping adalah LAZADA.. hehe.. kalau parcel ada lambang Lazada yg sampai, sure bukan belian ibuElly!😂😂😂
 
LAZADA ni pun ade jugak kupon tapi kita kena selalu tengok2 kat bahagian atas tu

tapi ibuElly dah kurang dah shopping kat Lazada ni.. sebelum kenal Shopee dan 11street rajin jugak.. hahahaha.. tapi, yang penting PENJIMATAN tu yg kita nakkan! kihkih! so, enjoy your shopping yaa!