kisahnya semalam lepas habis urusan di pekan, adik ibuElly ajak g makan,, konon nak makan kat kedai KOrea kat Menglembu ke mana tah katanya.. tapi kedai tu bukak 11.30 pagi.. kami masa tu dah habis urusan pukul 10.30.. memang tak lah nak tunggu sampai 11.30, kul 12.30 nak amek Iskandar dari tadika pulak nanti kan..
makanya kami pun pegi lah ke IPOH PARADE je.. sebab masa tu singgah juga KEDAI RM2 SEBELAH IPOH PARADE tu.. sebab situ banyak barang ada tau..ritu beli goodies untuk kawan2 iskandar sempena birthday party pun ibuElly beli kat sini.. punyalah cerdik beli kat kawan2 Is je, untuk deme adik beradik takde.. tu yang repeat balik ke kedai tu beli untuk Is sekali ngan adik dia.. hahahha
Antara goodies ganti jajan untuk birthday party Is kat tadika
masuk konon nak beli tu je, alih2 terjebak jugak beli sampai rm20 lebihh.. menci tau masuk kedai rm2 ni!!!ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ banyak sangat benda ase tak penting pun, tapi beli jugak!
TEMPAT MAKAN BEST DALAM IPOH PARADE
dalam Ipoh Parade tu memang banyak sangat kedai rare yang menarik dan sentiasa menarik-narik pandangan dan tumpuan ibuElly untuk masuk ke situ tau..kalau duit tak bawak banyak, memang jimat perbelanjaan.. hahahah
antara kedai baru yang ada dalam tu adalah, mini market korea (jual makanan, supplemen, dan sebagainya) kedai makan dari serata negara dan negeri, kedai barangan jual barang-barang dari Korea, dan banyak lagi la taktau nama la.. korang datang la sendiri nanti.. hahahha..
Lemak berkrim disukai ramai susu pisang maveles ni tau!
semalam ibuElly teringin nak makan laksa, tu yang adik ibuElly bawak g makan kat ' Penang ' tu.. hahahahah.. ingatkan betul ke Penang.. rupanya Penang Street kat Ipoh Parade tu je..
Adik ibuElly ni la yg tau aje tempat menarik ataupun tempat makan best.. Yela, kami dulu susah.. So skang bila dah mampu sikit memang kalau rasa nak makan tu, terus je pegi or beli.. Duit banyak habis tang makan je bukan shopping sangat.. Hahahahahah!
Enakk bangat Mee Kari ni!! Mula² kuah putih je, bila dah gaul baru jadi warna kari 😀
So korang yang malas nak pegi banyak² tempat untuk cuba makanan try je masuk dulu dalam Ipoh Parade ni.. Sebelah dia ade Kedai Eco Rm2 tau.. Macam² ade oiii!
No comments:
Post a Comment