Journey of life: Tips Bisnes
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Sunday, November 25, 2018

8:29 PM

Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI!

Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI!
Assalamualaikum wbt.

Ramai orang nak murah rezeki. Tapi ada pernah terikir tak macam mana nak tarik rezeki tu sendiri?

      Kita rasa macam hidup kita sentiasa dirudum masalah. Ada je yang tak kena. Ada je benda yang rasa tak cukup. Pernah tak rasa macam tu?

      Well, kalau pernah. Ayuh kita muhasabah balik diri kita. Selama ni kita jauh ke atau dekat dengan Allah? Selama ni dalam urusan harian kita. Kita selalu utamakan Allah tak? Ada kita Fikir sebab dan akibat daripada perbuatan kita tak?

Kalau selama ni kita jauh sangat terpesong dan sesat dari landasan yang Allah gariskan, haa ayuh! Mula perlahan-lahan untuk betulkan balik apa yang kurang. In shaa Allah, perubahan yang sedikit tu lama-lama akan mendatangkan perubahan yang besar dalam hidup kita.

Apa dia tips MURAH REZEKI yang ibuElly amalkan selama ni?



  1. BERSEDEKAH

    Kadang-kadang, kita ni sayang sangat nak keluarkan duit. Sayang sangat nak belanjakan duit untuk dapat redha dan berkat daripada Allah SWT. Dia tak tahu yang sedekah-sedekah ni semua la nanti yang akan tolong dia masa di alam kubur dan masa di akhirat kelak.

    Orang-orang yang pernah merasa hasil sedekah dia tu nanti akan turut bantu kita masa kat akhirat. Bukan tu je, hidup di dunia pun dipermudahkan oleh Allah. Buat apa pun lancar je. Ada je rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Ada je kesenangan dan kemudahan yang Allah bagi dalam menguruskan hal seharian. Tak nk ke macam tu?

    Apabila kita bersedekah, ia dapat menyucikan harta kita, minda  kita dan juga jiwa kita. Kita akan rasa lebih bersyukur sebab bila kita sedekah, baru kita akan nampak yang bahawasanya, ada lagi yang alami kesusahan lagi sukar daripada kita. Hidup ni bukan hanya tentang kita sahaja.
  2. BERHENTI BERKIRA DENGAN ORANG LAIN

    Menakjubkan! Adik lelaki ibuElly sakit baru-baru ni. Demam campak. Berhari-hari jugak la dia duduk di rumah ibuElly. Mak ibuElly takde, ada di Kuala Lumpur. Rumah ayah tiri kami. Adik ibuElly call ibuElly malam tu bagitau yang dia tak sihat. IbuElly mintak dia duduk ri rumah ibuElly untuk sementara.

    Bukan nak bangga diri tau. Tapi sepanjang dia duduk di rumah ibuElly, segala perbelanjaan dia ibuElly tanggung. Nak buah lemon, buah kelapa, bahan-bahan masak nak buat sup kegemaran dia guna duit ibuElly. Walaupun rasa macam banyak sangat dah duit keluar, tapi rasa macam duit makin banyak.

    Seluk sini ada rm60. Raba-raba dalam seluar ada rm10. Tu belum tempat lain lagi. Rupa-rupanya minggu ni banyak COD produk COSMODERM kat luar. Postage ada jugak. Tapi tak sebanyak COD. Means, duit kat tangan tu hari-hari ada. Hari-hari boleh beli air kelapa untuk surutkan demam campak adik ibuElly tu. Ada duit untuk beli bahan masak. Heheheh. Bukan mengungkit tau. Tapi kagum dengan kebesaran Allah.

    Saat kita rasa macam tak mampu dan tak mungkin, tapi dengan kuasa Allah. Allah sebut JADI, maka JADILAH! Srronok ksn kalau kita betul-betul pegang dan yakin dengan kuasa Allah?
  3. SELALU BELANJA SUAMI DAN ANAK-ANAK SERTA IBU BAPA DAN ADIK BERADIK

    IbuElly memang hobi suka makan tapi cita-cita nak kurus! Kahkahkah! Moga-moga suatu hari nanti tercapai la hendaknya. Hehehehe. IbuElly suka luahkan rasa gembira dan bersyukur dengan cara belanja ahli keluarga makan.

    Yela, nak taja sorang-sorang pi umrah belum cukup mampu. Hanya mampu taja makan je. Hehehehe. IbuElly puas hati sangat dapat tengok oahli keluarga makan dengan duit hasil titik peluh yang ibuElly cari sendiri. Duit tuisyen, cosmoderm. Hasil kerja keras ibuElly, ibuElly dapat tengok orang lain happy.

    Ni pun sama. malam tadi baru je belanja husband KFC. Terigin katanya. Dah belanja, tup-tup masuk lagi order Cosmoderm. Nak COD SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL. Best dan girangnya hati IbuElly bila bukak fon pepagi!
  4. DOA DENGAN SPESIFIK

    Hati-hati juga dengan cara kita berdoa pada Allah tu. Doa kena spesifik, kena hit terus pada fokus yang kita nak. Allah bukannya manusia korang nak kena cakap berkias, cakap bunga-bunga baru orang boleh paham. Cakap terus je senang. Rasa lega sangat tau.

    Nak order berapa banyak, nak untung berapa banyak setiap hari, kena push diri sendiri. Jangan malas-malas. Korang tengok orang lain rajin post kat pesbuk, instagram, blog. Tapi korang tau ke apa dia kena korbankan untuk jadi rajin macam tu? Heheheh. Tak tau memang senang bercakap. Kena tempuh sendiri dulu baru tau.
  5. RAJIN SOLAT SUNAT DHUHA DAN AMALKAN AL-WAQIAH SETIAP PAGI

    Tak dinafikan,ada orang yang akan cakap, ' eleh, buat semua ni sebab duit. Bukan sebab Allah! '

    Ye, mula-mula memang macam tu. Tapi nanti lama-lama, korang akan grow rasa sayang kalau tak buat dalam sehari tau. Korang akan rasa macam ada yang tak kena kalau sehari tak mengaji, sehari tak buat solat sunat, sehari tak berdoa sunguh-sungguh kat Allah. Allah ni sebenarnya sayang sangat kat kita. Kita je yang selalu siaa-siakan peluang yang Allah bagi pada kita.

    Dah la peluang tu bukan kena bayar pun. Free je! Tu pun ada ramai yang suka abaikan dan tak peduli akan kasih sayang dan cinta Allah pada kita. Tua nak buat benda yang Allah tak suka je. 
So ingat lah korang. Tak susah pun sebenarnya nak tarik rezeki. Asalkan tau macam mana nak kawal diri sendiri. Jaga pertuturan, jaga adab dan jaga semuanya supaya disenangi manusia dan lebih-lebih lagi Allah. 

      Ibaratnya, kalau nak Allah kurniakan rezeki yang luas pada kita, kita sendiri dulu kena korbankan seluruh jiwa raga kita untuk Allah. Mudah kan? 


Saturday, November 24, 2018

4:43 AM

Pengalaman mengikuti kelas Shopee ( Intermediate Class)

Pengalaman mengikuti kelas Shopee ( Intermediate Class)
Assalamualaikum wbt.

      Alhamdulillah, ibuElly diberi peluang untuk join kelas Shopee (kelas intermediate) masa hari Rabu lepas, 21 November 2018. Kelas ni grand jugak weh. Buat kat Weil Hotel, sebelah Ipoh Parade tu.

      ibuElly pergi sorang je masa ni. Sebab takde kawan yang kenal yang dapat invitation daripada Shopee. Makanya, kena la beranikan diri pegi jugak sorang-sorang masa ni. Alhamdulillah, ibuElly selamat pergi dan balik dan berpeluang ceritakan untuk bacaan korang sekarang ni. 😬

Invitation dari Shopee via email 😋

      Ok first impression ibuElly is like, WOW! Ramai Chinese la masa ibuElly sampai kat sana. Even staf yang handle registeration pun Chinese jugak. Hahahahah. So memang masa ni kena tebalkan muka, kena beranikan diri speaking dengan diorang. Well, we have to act confident kan? We are just amazing as we are!

      So, ibuElly daftar kehadiran dulu. Kelas start pukul 7 malam. IbuElly sampai pukul 6.10 petang. Saja datang awal sebab nak cek la tempat nak solat jauh ke dekat. Berapa lama masa diambil kalau ibuElly boleh solat awal sejurus lepas masuk waktu pukul 6.59 petang masa tu. Hehehe.

      Well, ibuElly kau ni memang jenis seorang yang punctual dan suka bersedia untuk sebarang kemungkinan. Entah lah, mungkin ibu kepada ibuElly dah ajar macam tu sejak kecil lagi. Kihkih.

Nama pun kelas intermediate. So diorang ajar dan terangkan benda-benda yang sedikit advance. macam ADS, CAMPAIGN, HOW TO BE A PREFERRED SELLER, HOW TO GET THE ' LOWEST PRICE GUARANTEE ' TAG, macam-macam lagi la benda-benda berkaitan.

      ibuElly bersukur sangat sebab terpilih untuk join kelas ni tau. Padahal ibuElly pun baru bilis je dalam Shopee. Belum pernah lagi capai tahap PREFERRED SELLER macam semua orang idamkan tu.

      Tapi ibuElly kagum sebab Shopee nak jugak bagi peluang kat ibuElly untuk join kelas ni topup ilmu. Lepas ni akan terus buat dan buat sampai dapat result. Tak susah pun sebenarnya. Janji kena rajin.

      Diorang pun sebenarnya takde la bagi banyak sangat tips. Kebanyakannya diorang cuma bagi hint. Kita sendiri kena usaha selesaikan teka-teki tu. Hehehe. Yela, mana ada benda FREE dalam dunia ni weh. kau nak, kau kena usaha la kan??

Sijil penyertaan

      Kelas tu dalam masa 2 jam. Mula pukul 7, habis pukul 9 malam. Ala mula pun takde la tepat pukul 7. Masa tu kan waktu solat Maghrib. Diorang hormat la waktu tu dan tunggu sampai semua orang datang. Hehehe. Bagus sangat tau!

      Lagi best, last sebelum habis kelas diorang edarkan plastik kurier Shopee dan juga SIJIL PENYERTAAN. Best sangat. Tak sangka pegi kelas macam kelas Shopee ni pun layak dapat sijil. Gila terharu weh!

      Lepas ni kalau Shopee ada bagi invitation untuk event-event macam ni lagi, CONFIRM ibuElly akan pegi lagi! Pengalaman tu! Tak dapat nak beli kat mana-mana tau. Sangat berharga.

Korang kena selalu check notification kat apps Shopee tu. Apa-apa diorang akan update kat apps. Lepas tu baru diorang akan bagi email untuk kita confirm boleh datang ke tak. Yela nak print sijil kan.

      Korang kena grab tau peluang cam gini kalau dapat. Jangan sia-siakan tau! Janji eik?





Monday, September 10, 2018

4:40 AM

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?
Assalamualaikum wbt.

      Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa 🎶🎶🎶 ehh menyanyi pulak kau ehh. 

      Actually ibuElly kat bengkel ni haa menggantikan brake pad kete yang dah haus ni. Sian dia dah 6 tahun rupanya tak pernah tukar. Ehh rasa kejap pulak ye. Lagi 3 tahun in shaa Allah habis la bayar cik Viva sayang ni.

      Korang kenal ke sapa ibuElly ni? Apa dia buat? Keje apa je dia buat untuk cari rezeki? 

      Haaa kalau korang nak tau, ibuElly tu ialah seorang ibu, anak, isteri, penjual online, cikgu tuisyen (full time) dan manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. 

Haaa nampak macam senang je keje ibuElly ni kan? Yeka dok rumah, jaga anak. Bukan buat apa sangat pun kan? 

Emmm yela, orang yang tak tau, memang boleh cakap cenggitu. Padahal, orang yang dah merasa dan tempuh je tau! Apa korang ingat senang nak bahagikan masa di rumah, ngan anak lagi, keje tuisyen lagi, senang?

      IbuElly mula buat tuisyen lama dah. Sejak November  2013 lagi. Bulan 11 tahun 2018 ni genap 5 tahun berkecimpung dalam bidang home tutoring ni tau. Alhamdulillah, dengan izin Allah. IbuElly dapat la meneruskan hidup dengan membayar segala hutang yang ada (PTPTN, kereta, insurans, Coway, tadika anak dan pelbagai lagi) dengan hasil usaha mengajar tuisyen ni haa. 

      Masa tu ramai sangat yang kondem. Yela bunyi dia lebih kurang gini eik, ‘ ehh kau belajar tinggi-tinggi sampai degree, alih-alih buat keje merapu macam ni je? ‘

Masya Allah, masa tu newbies lagi. Apa orang cakap semua nak sentap! Sikit-sikit nak emo sikit-sikit nak nangis. Ate lantakkan aje la kan orang nak cakap apa pun. Bukan diantau apa yang kita tengah buat dan apa result yang kita bakal dapat.

      Masa tu memang hati tisu. Tapi awas sekarang ibuElly dah berhati sado! Lantak kau lah Labu apa yang korang nak cakap. Yang penting hasil duit mengajar tuisyen ni ibuElly mampu bayar hutang bulanan tanpa culas, mampu bawak mak ayah pi jalan-jalan, mampu gembirakan hati anak-anak dan somi, semuanya dengan duit hasil titik peluh sendiri. Padahal asalnya SURI RUMAH je pun!

      See, nampak tak kalau kita susah sekarang, tak semestinya selama-lama kita susah? Dan orang yang kaya sekarang tak selalunya mereka di atas? 

Itulah kehidupan. 


Alhamdulillah, now dah ada Pusat Belajar sendiri. Dulu buat kat rumah, sempit. Now luas sikit dan boleh ambil lebih lagi student.

      

Sunday, December 24, 2017

8:22 AM

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Diari Seorang Pengedar Shaklee
APA YANG PENGEDAR SHAKLEE KENA BUAT UNTUK RUN BISNES?

      Diari seorang pengedar Shaklee takde lah serumit yang ramai orang lain bayangkan. Shaklee ni produk kajian Saintis, jadi pengedar² yang serius berbiz WAJIB berilmu jugak.

      Macam ibuElly sendiri, memang ada buat bacaan sendiri. Bukan setakat BUKU NUTRISI tentang Shaklee, malah ada juga bahan bacaan lain untuk memenuhkan sedikit ruang di dada.

      Selain tu, yeahhh! UPDATE BLOG! Terus menerus konsisten share tentang kebaikan Shaklee pada yang memerlukan khasiatnya di luar sana. Tak salah kan kalau kita berikhtiar. Segalanya tetap Allah yang bagi.

      Bagi ibuElly sendiri, rutin harian sebagai Pengedar Shaklee simple je. Macam Quran, ibuElly jugak peruntukkan at least satu muka surat sehari untuk bacaan ilmiah. Benda² ni penting supaya kita ada point untuk menulis nanti.

      Bukan tu je, kita juga akan rasa lebih yakin nak bercakap dengan bakal customer kan. Benda lain yang ibuElly buat, cuba update existing customer at least sekali seminggu. Yela kadang kita sibuk dengan urusan hakiki. Jadi peruntukkan at least sekali.

      Jugak, sentiasa update prospek² yang pernah mesej ibuElly sebelum ni. Konsisten je sharententang kebaikan Shaklee dan vitamin berkaitan yang diorang tanya itu hari. In shaa Allah kalau kita konsisten dan niat yang betul, ada tu rezeki.

      Supplemen Shaklee, memang ibuElly masih makan hingga ke hari ini. Alhamdulillah banyak kesan positif yang ibuElly dapat bila konsisten amalkan Shaklee. TAK MUDAH DEMAM/BATUK/SELSEMA, sakit pinggang dan belakang berkurang akibat czer semasa bersalin, senang membuang (sehari 2-3 kali tau), kulit pun makin ok.

      Korang tau kan dalam previous entry, ibuElly ada cerita pasal kulit ibuElly yang breakout teruk setahun lepas. Now asbab ber Shaklee, alhamdulillah semuanya dalam kawalan. 🤗

      Bukan tu je tau, seorang pengedar Shaklee yang serius berbiz mesti sentiasa kena update dan tengok progress GUV masing². Kena selalu bukak online distributor website tu. Macam² info tau ada dalam tu.

      Zaman dulu, kata diorang takde sistem online. Kalau nak beli barang memang kena pegi branch atau hq je. Susah sikit la dulu. La dah senang. Klik-klik aje dah setel postage. Takyah pikir dah. Gituu!

      Dengan Shaklee jugak, bantu ibuElly jumpa balik dengan kawan² lama. Ade yang kawan skolah rendah, kawan skolah menengah, mesej ibuElly tanya pasal Shaklee. Kadang tu takde niat nak menjual sangat. Banyak nak tau perkembangan diorang.

       Macam tu lah kehidupan ibuElly sejak jadi pengedar Shaklee ni. IbuElly seronok dapat bergaul dengan circle yang positif, saling mengingatkan, dan banyak lagi tips lain yang mereka kongsikan. Korang kalau nak tau lebih lagi apa sebenarnya yang dilakukan oleh pengedar Shaklee ni, haa kena alami dulu!

     

Tuesday, August 22, 2017

10:56 PM

betul ke Vitamin ni memudaratkan?

betul ke Vitamin ni memudaratkan?
      Ada banyak jenama vitamin kat farmasi dan pasaran sekarang ni kan.. Tak kurang juga vitamin² atau supplemen yg bnyk dijual secara online ni.. Yg kita sndri tak tau sama ada betul² selamat atau tak.. Ada juga yg terlampau murahh! Mcm tak logik pulak kan.. 🤔

      Ramai usahawan skang nak dapat duit cepat, nak buat produk sendiri.. Buat produk lagi senang nk kaya kata deme.. Terpulanglah, kalau produk korang dapat memberi manfaat kepada org lain, dipersilakan.. Kalau semata-mata nakkan keuntungan semata-mata, sila berhenti sekarang!

      Namun, dalam bnyk² jenama kat pasaran skang ni kan.. IbuElly hanya percaya pada satu jenama sahaja, iaitu SHAKLEE.  alhamdulillah, dah hampir setahun ibuElly setia dengan Shaklee.. Banyak sgt perubahan yg Shaklee dah berikan pd ibuElly.. Serius talkk!


      Dan yg bestnya, dengan Shaklee ni kita bukan hnya dapat manfaat vitaminnya, kita juga boleh mulakan perniagaan kita tau.. Korang tau tak, asalnya ibuElly join Shaklee ni utk makan sendiri je.. Sebab ada masalah kulit masa tahun lepas.. Tak caya korang boleh tgk. Imej² kat bawah ni tau.. 

Teruk kan muka ibuElly? 

Ni kat tepi yg dicover dgn tudung.. 

      Masa ni, Allah je tau perasaan ibuElly tau.. Mmg mula² ibuElly beli Sustain Release Vitamin C  je tau.. Sebab masa tu belum cukup bujet, so beli vitamin yg HOT SELLING dan TAHAN LAMA je dulu.. Lepas tu baru add on Vitamin E  untuk PUDARKAN PARUT.. 

      alhmdulillah, mmg slow² nmpak perubahan walaupun ambil masa lama sangat! Korang jgn ingat senang eikk nk cantikkan kulit balik, makan masa tau.. So korang jgn lahh nak cuba² skincare yg tah ape² kat pasaran tu tau.. Pastikan skincare tu selamat dn ada KELULUSAN KKM tau.. 

Tak dinafikan juga ada yg dengki dengan Shaklee ni.. 😆

      Ye ibuElly akui, ada suatu ketika ibuElly down juga sbb ada viral tentang Shaklee.. Asalnya page tu nk attack SID (shaklee independent distributor) yg OVERCLAIM je.. Tapi mcm makin serius pulak.. Dok kata Shaklee tak bagus, Shaklee itu Shaklee ini.. 

      Down tu bkn mksd nk stop buat biz Shaklee tau.. Down skjp sbb diorang tak pernah pun cuba lagi Shaklee ni.. Tapi dah kutuk bukan² dan sebarkan fitnah pulak.. IbuElly tak kata la Shaklee ni bagus, tapi disebabkan Shaklee juga ibuElly boleh jimat bnyk drpd belanjakan ke KLINIK PAKAR KULIT.. tak rugi ibuElly cuba Shaklee dulu.. 

      Dan sekarang, hampir setahun dah ibuElly dengan Shaklee.. Rasa mcm Shaklee WAJIB kena ada kat rumah tau.. Yela, ibuElly juga dah setahun TAK AMBIL PANADOL tau.. Nak demam ke, selsema ke, batuk ke, ibuElly akan telan Vita C Shaklee cecepat sebelum lagi teruk.. 

      Dah la sebotol tahan 6 bulan pulak tuu.. Kiranya korang hanya belanjakan setiap 6 bulan sekali je.. Bukan kena beli tiap² bulan pun kan.. Dah la tu, dpt points lagi.. Mana tau points tunakan melayakkan korang utk terima bonus stp 15 haribulan kan.. Berbaloi tau!

      Bonus Shaklee ni kita sndri yg tentukan nk banyak mana tau.. Lagi rajin korang, lagi besarlah bonus korang tu nnt.. Ni BONUS tau, bukan sale.. Haa, best kann?? IbuElly pun bru nak aktif balik group coaching sbb baru je lepas setel banyak masalah ni haa.  Korang nk join ibuElly ber biz Shaklee juga? 

      Bukan susah, tak perlu simpan stok pun.. Korang hanya promote dan lepas tu HO Shaklee yg akan uruskan semua.. Ala² dropship la gituu.. Haaa best kan?? If korang nk tau bnyk lagi, korang boleh je contact ibuElly kat no ni 0175604426 tau.. Klik je kat no tu dan korang akan direct terus ke whatsapp ibuElly.. 

IbuElly dah mudahkan utk korang.. Sekarang ni bergantung pada korang la ye utk bertindak! 🤗

Korang boleh juga follow page fb ibuElly ni Pengedar Shaklee Ipoh dan fb personal ibuElly Elifa bt Ismail tau.. Klik je kat nama tu takyah susah² nak taip.. 




Saturday, June 17, 2017

8:17 AM

hebatnya memberi.. 🤗🤗

hebatnya memberi.. 🤗🤗
      Assalamualaikum korang.. Kejap beno asenye dah weekend balik kan.. Asenye baru je lagi cuti hujung minggu.. Harini ibuElly nak g amek report card Iskandar di tadika.. Terasa tua dah ibuElly ni haa padahal baru je 26 tahun.. Hahahahahahahahahahaha perasan muda lagi tu!!! Hari ni pun birthday Dik Lia yg ke-2 tahun.. Alahai ape hal cepat sangat membesar anak² ibu! 😦😦😦😦

POWER OF GIVING 

      pernah tak korang terfikir, hebatnya kuasa memberi ni?? Ke korang rasa makin banyak korang memberi, makin miskin? Dalam Islam, ada pepatah yg berbunyi, ' tangan yg di atas lebih baik daripada tangan yg di bawah '.. Means tgn yg memberi lebih baik drpd tgn yg menerima.. Bukanlah maksud tgn yg asyik terima je tu x baik kan.. Jgn salah Paham pulak, point kat sini nak cerita ttg the power of sadaqah ..


      Korang kena rasa sendiri tau kuasa sedekah ni.. Dah tau dan rasa sendiri kan, baru tau mcm mana perasaan dan rasa puas hati tu bila kita memberi pada org lain.. Paling best, bila pemberian kita tu sedikit sebanyak dapat bantu org lain utk jalani kehidupan dengan lebih baik.. Tak kisah korang nk kena Sedekah brp sebenarnya, apa yg ada dlm Purse/akaun bank, haa bagi jela.. Percayalah, rezeki korang akan mencurah-curah kalau korang amalkan sedekah ni tau.. Niatkan dan redha atas sedekah kita tu..  Kat suami ibuElly pun, ibuElly bagitau die gini.. Lagi² lelaki kan, tanggungjawab pada mak ayah, adik beradik lagi lah kena utamakan.. 

      Cumanya, org kita ni anggap makin banyak kita dok bagi pd org makin sikit harta kita tu.. Salah sama sekali!!  Jadi, tu sebab ibuElly anjurkan korang buat dulu, hayati dulu apa makna sedekah ni.. Nanti korang sendiri akan rasa ketagih tau, trust me! Apa yg membuatkan ibuElly lagi yakin dengan kuasa sedekah ni, bila dok dgr ceramah Ustaz Kazim, ceramah ustaz²/ustazah² (serius tak ingt nama)  lain, dgn penceritaan diorang, dgn cara penyampaian diorang, tu yg membuatkan ibuElly rasa tertarik utk jadikan sedekah ni sbg satu amalan harian. .. IbuElly sndri pun, akan peruntukkan sedikit payment tuition utk tujuan sedekah ni.. Bonus Shaklee simpan nk buat travel.. Kihkih! Tapi kdang² trguna juga sikit kan, time sesak² tu.. 

      

Saluran Sedekah ni banyak.. Korang boleh pilih apa saja jenis sedekah janji tak melanggar hukum syarak.. 🤗

        Korang, sedekah tak semestinya dengan duit semata.. Banyak lagi sebenarnya Cara lain utk kita smpaikan sedekah tu kpd org ramai.. Salah satunya guna fizikal dan tubuh kita lah! Ilmu Allah tu kan luas, jadi jgn spesifikkan sedekah tu hanya pd wang ringgit.. Even kata² kita yg dpt menenangkan dan menggembirakan hati org lain pun dianggap bersedekah tau.. Tolong alihkan objek tajam yg ada di atas jln, bg kucing mkn, pun dikira sedekah.. Jadikan benda² baik yg kita buat, yg dpt memberikan manfaat kpd org lain tu Sbg salah satu cara utk kita bersedekah juga.. Jgn sempitkan fikiran kita tau.. 


Alhamdulillah jika ini yg dijanjikan Allah.. 😻

      Perasaan ibuElly bila amalkan sedekah dlm kehidupan seharian ni, Allah je tau! Serius sekarang ibuElly rasa lgi tenang, lebih bertawakal pada Allah, lebih menghargai insan lain, lebih syg dan ada sifat empati yg tggi ehh mcm² lagi lahh kesan positif yg ibuElly dpt rasa.. Alhamdulillah sgt! Sale Shaklee pun alhamdulillah tiap² bulan mmg akan ade je bonus tunai.. Point ibuElly la yg banyak ye bukan harap downline punya point semata.. Nnt ada masa ibuElly cite pasal sistem dlm Shaklee.. Totally bukan macam sistem piramid iaitu kita akan terima point drpd downline utk selama-lamanya, sama sekali tidak!!  Jadi bila kita rajin bersedekah, tawakal dan serah bulat² pd Allah setelah kita usaha sekerasnya, maka mmg kita akan terima something yg lebih besar daripada Allah.. Something yg kita sndri takkan jangka dan takkan pernah terlintas pun! 

     Salah satu rezeki Allah yg ibuElly tak terlintas langsung di fikiran, adalah harini.. Ya Allah mmg ibuElly sebak dan menangis dlm kete sorang² mengenangkan sygnya Allah pd ibuElly dn masih lagi nak beri ibuElly kebahagian dan kegembiraan walau diri ini terlalu banyak khilafnya.. 😢😢😢


Ni salah satunya.. Asalnya pergi kedai emas nak tindik subang utk Dahlia (because today is her birthday) tapi tup² ibu yg dpt hadiah.. 😄😄😅😅

      Syukur tak terhingga, sebak pun ada.. Kita nak tgk² je, husb dok tanya nak ke.. IbuElly biasa lah gelak² jelakan.. Harga beribu kot, mmg ibuElly xde pun rasa membuak-buak nakKn jugak gelang tu.. Dok la belek² konon mcm nk beli, pdhal saja je nk menerai satu² gelang emaa tu kahkah! Rupa²nya encik suami SERIUS!!  tak sangkanya dapat gelang emas harini.. Tak penah terfikir pun tau nak ada brg kemas yg nilai ribuan ringgit.. 😢😢 pernah belikan cincin emas hadiah  ibu pun takat rm500 lbh sikit gituu je..  Sbb dulu husb belikan gelang gini, tapi ZHULIAN lah! Kihkih! Hbis naik merah² dan gatal² pergelangan tgn ibuElly ni.. Means dia taknak emas tipu lah nak emas ori.. Kahkahkah! Tu yg husb beli juga gelang ni tadi.. Katanya, "kalau kali ni pun gatal lagi tgn tu, jual terus gelang tadi".. Kahkah! Sangat kejam!

      Selain gelang comel ni, dapat juga hadiah dari parents student yg ibuElly dok ajar.. Student ni dari Pakistam, menetap kat Malaysia sbb parents dia sambung bljr rasanya.. Sbb nampak paper² lambang USM kan.. Universiti ibuElly dulu.. 😍😍


Ni haa mak dia bagi.. Terharu sgt tau.. Dlm beg putih tu mak dia hadiahkan telekung.. Sweet gila mak dia tu.. 😘

      
      Mengenangkan semua rezeki yg ibuElly dpt harini, ibuElly betul² rasa yg amalan sedekah yg ibuElly slalu amalkan tu Allah dh lipatgandakannya.. Taktau lah nk explain mcm mana tapi rasa mcm Allah dah balas semuanya secara tunai.. Sbb Allah tau sama ada hati kita ikhlas atau tak dgn pemberian kita tu.. So itU sbbnya kita disarankan niat yg baik² aje dlm melakukaN setiap perkara yg baik.. In shaa Allah, Allah akan balas segala keikhlasan kita tu berlipat ganda malah kurniakan rezeki yg sangat² kita tak jangka.. IbuElly harap, korang akan sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam memberi dan dikurniakan rezeki yg mencurah dan tak terduga daripada Allah S.W.T..

Percayalah bila kita jadikan Allah sebagai yg utama, Allah memang takkan pernah lupa dan abaikan kita.. In shaa Allah semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah selalu.. 😇😇








Thursday, June 1, 2017

7:25 AM

selamat ulang tahun, bye bye kulit bermasalah! 😝

selamat ulang tahun, bye bye kulit bermasalah! 😝
Kenapa #ibuElly pilih untuk bisnes??

      First sekali, sebab nak bantu orang lain yang ada masalah terutama masalah macam #ibuElly hadapi ni.. Dah banyak perhabis duit, guna yang homemade la yang farmasi la masih susah nak baik tau..


Setahun dah mimpi ngeri ni.. Hihi.. Tapi belum setahun lagi makam Shaklee😝


      Hanya yang mengalami sendiri je paham macam mana perasaan bila kulit tiba² jadi gini.. Dulu jual juga produk kecantikan yang semulajadi punya, pakai juga tapi tah la mungkin sebab hormon yang sangat² ting tong waktu tu.. Tapi #ibuElly tegaskan bukan sebab produk yang #ibuElly jual tu ye.. Sebab customer #ibuElly elok je repeat order siap repeat botol besar lagi..

      Selain tu, #ibuElly mula biz Shaklee ni sebab tertarik dengan bonus dia.. 2 in 1 la, bonus tunai setiap 14 haribulan dapat, untung runcit pun dapat.. Lepas lah beli cekelat anak² dan topup barang dapur.  Perasaan yang sangat best bila dapat cari duit sendiri tanpa susahkan orang lain, hutang bulanan pun bayar sendiri siap ada lebih lagi..


Bonus bulanan yang ibuElly maksudkan.. Sikit pun sapa nak bagi kan??


      Bisnes apa pun, nak berjaya bukan senang.. Ada turun naik, pasang surut yang perlu kita hadap.. Hati tak kental, memang dah lama berenti buat Shaklee ni.. #ibuElly takkan jual kalau suatu barang tu ternyata memudaratkan.. KURUS DALAM MASA SEMINGGU TANPA BERSENAM, CERAH DAN LICIN DALAM MASA 3 HARI, ohh tidak ku percaya lagi.. Lepas apa yang berlaku pada kulit sendiri..

      Apa yang #ibuElly buat setiap kali rasa down?? Pejamkan mata 5 minit, istighfar, dan berzikir sebanyak 33 kali setiap satu (subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, ar-Razak, ar-Rahman, ar-Rahim) lepas tu semangat la balik.. 🤗
#ibuElly memang minat pasal supplemen dan badan manusia, tu yang boleh go jual² ni.. #ibuElly bukan consult suka², ada rujukan daripada pakar nutrisi dan doktor lagi.. Dan #ibuElly takde pun nak OVERCLAIMED produk melambung-lambung..


Jangan down lelama tau! Cukup 5 minit je..


      Motivasi #ibuElly, bila customer yang dah cuba bagi feedback positif dan repeat order.. Semangat nak sebarkan manfaat produk Shaklee ni pada orang ramai.. In shaa Allah #ibuElly ada di sini jual Shaklee selagi korang perlukan bantuan #ibuElly.. Happy Annivessary kulit ku, alhamdulillah beransur pulih (parut je lagi)



Selamat ulang tahun kulit..😅

* sebelum dan selepas hanya guna pelembap dan bedak anti jerawat nipis je.. NO MAKEUP, NO EDIT, NO FILTER, foundation pun tak pakai.. Hahahahaha!

#tsunamishaklee

Tuesday, May 30, 2017

8:58 AM

tangga ke Supervisor Shaklee..

tangga ke Supervisor Shaklee..
      Boleh ke ber biz ni?? Soalan pertama yang melayang-layang dalam fikiran bila #ibuElly serius nak join mak biz berShaklee juga.. Masa tu makan untuk masalah kulit, nyaris nak ke klinik Dr Ko yang deme kata famous dan bagus sangat tu.. Tapi tudiaaa la bayarannya tak mampu iolsss..


Hey this is me with my BIL


      Jadinya ikhtiar lah dulu dengan supplemen.. Sebelum konsisten dengan Shaklee, ada juga cuba vitamin lain.. Online mahupun farmasi, duit dah perabih banyak.. Tapi kurang memuaskan la bagi #ibuElly.. Tak ingat macam mana boleh terfikir nak cuba Shaklee semula, terus cari di instagram SID yang boleh cod di sekitar Ipoh..

      Alhamdulillah, produk pertama yang #ibuElly cuba masa tu adalah Sustained Release Vita C.. Sebab tu je item paling murah dalam set kecantikan.. Kahkah! Tapi berbaloi la, kurang 2 bulan makan habis semua jerawat kecut.. Tinggal parut je lagi..lepas tu baru add on VITA E dan ESP.. lagi superbb la kesan dia kan!


Favourite product!


      Bila dah nampak kesan, terus bagitau mak biz yang kita pun nak join biz.. Bermulalah episod #ibuElly sebagai SID pro.. Kihkih.. Ingat lagi masa 2 bulan pertama mula biz Shaklee (#ibuElly mula Oktober), takde buyer dan customer pun.. Sebab #ibuElly memang takde modal nak ambil stok, yela barang Shaklee bukannya murah.. Nak² kita pun tak tau lagi produk apa yang selalu customer nak, jadinya ada order barulah gigih drive beli di Cawangan Shaklee Ipoh.. Habis kelas tuisyen terus g beli.. Tak kisah la perabih duit minyak, minat dan nak tambah pendapatan punya pasal ni kan!


      Group kami tak dididik untuk naik rank express semata-mata dengan modal banyak sekaligus..sbb tak ada pembelajaran dalam progres untuk rank up dan akhirnya kalau tak dapat buat sale untuk semua stok yang dibeli, leader tu sendiri akan  merana dek stok yg berlambak bawah katil.. tak ke hangus gituu je modal kau nakk?? Boleh nak rank up segera, tapi pastikan kita yakin boleh jual SEMUA stok kita dalam masa sebulan (sebab nanti nak rolling modal tu jugak buat beli stok baru pada bulan berikutnya)..


      Makin lama makin ramai yang kenal #ibuElly sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) dan makanya ramailah buyers (tak kurang juga ada yang backout buyers) kihkih! Well, semua tu lumrah.. Nak berjaya kena hadap la sikit sebanyak rintangan dan dugaan kan.. Gituuu! Dan alhamdulillah, daripada 2 angka dapat lah income 3 hingga 4 angka.. Sikit² lama² jadi bukit juga kan.. Sapa nak bagi free² je oii even rm38 je?? Bersyukur lah kan Shaklee nak bank in terus ke akaun haa..


Nk dekat closing kita suka sangat tenung ni..kahkahkah!


      Ingat lagi banyak sangat suka duka yang #ibuElly hadap sementara nak naik rank ke SUPERVISOR.. antaranya kena perli gini, ' eli tu jual produk Israel, tu sebab saya taknak jual, kalau tak dah lama saya join ' lebih kurang ginilah ayatnya.. Masa tu sedih sangat, pegi lah wasap merengek kat mak biz.. Bila mak biz explain, barulah tau rupanya Shaklee bukan produk Israel, SID die aje yang menyumbang ke Israel.. Macam kita la kan suka hati kita nak sedekah kat sapa pun..  Sama la macam SID yang menyumbang ke Israel tu..

      Mula dari tu rasa macam, eh baik buat betul².. Buktikan kat deme yang suka sangat pandang rendah pada aku.. Yela dulu hidup susah.. Naik darjah 4 ayah diisytihar bankrup.. Kami sekeluarga berpindah ke kawasan perumahan setinggan sebab tak mampu lagi dah nak duduk di kawasan perumahan teres ke ape.. Duduk umah kayu, minum air telaga, elektrik tarik dari umah mak saudara (masa tu dalam tahun 2002)..

      Masa susah takyah cakap, siapa pun tak sudi jenguk.. Terpulang, lumrah manusia pandang hina orang susah kan.. Ini juga salah satu BIG WHY #ibuElly join biz Shaklee, nak buat betul² dan tunjuk pada diorang yang #ibuElly takkan SUSAH selamanya.. Semua orang boleh ubah hidup masing² bila kita sendiri nekad..


Kita sendiri yang tentukan nak berjaya atau tak.. Kita buat kita dapat!

      Macam mana #ibuElly bahagikan masa dengan kelas tuisyen, anak², dan tulis blog?? Anak² ni amanah terbaik Allah bagi pada kita, utamakan anak² dulu melebihi segalanya..bila kita baru nak update status fb, buat entry blog, letak tepi dulu fon dan layan kerenah anak dulu..sebab rezeki yang kita dapat pun daripada anak² juga, jangan taksub sangat nak kejar sale sampai anak² pun layan tak layan aje.. time diorang dah tidur barulah tenang nak buat entry blog.. selagi diorang tak tidur, layankan aje perangai masing², ada yang suka baca iqra', baca buku english, hafal doa².. LAYAN MEREKA.. jangan diabai atau terlalu asyik dengan HANDPHONE!


      Dalam perjalanan menuju ke rank SUPERVISOR Shaklee, apa yang #ibuElly buat adalah ICU (ikut cakap upline).. Tak faham terus tanya, sentiasa wasap mak biz tanya soalan.. Ulangkaji buku nutrisi, lepas tu follow master Lyna Noh (Master Coordinator) a.k.a SUPER UPLINE #ibuElly dalam biz Shaklee.. Masya Allah, setiap posting Master Lyna sangat mnyentuh jiwa rapuh #ibuElly ni..

      Lepas tu, bila dah ada anak biz sendiri #ibuElly buat benda yang sama.. Niatnya sama, nak anak² biz dapat yang terbaik dalam biz Shaklee sama macam apa yang #ibuElly dapat daripada mak biz #ibuElly yang awesome tu! Dan kalau boleh #ibuElly nak diorang terima lebih lagi! Bukan mudah tapi tak mustahil..

      Mak biz dan super upline banyak sangat tolong #ibuElly dalam proses nak naik rank ni.. Ingat lagi malam akhir closing April aritu tak senang duduk.. Sebab sikit lagi je point nak melayakkan #ibuElly nak naik rank tu.. Abes je solat memang mintak sungguh² dengan Allah nak naik rank.. Gandakan usaha, tanya customer, tanya prospek diorang nak beli ke tak.. Sebab nak beli stok banyak semata-mata nak naik rank memang #ibuElly TAK MAMPU!
alhamdulillah, dalam melayan ipar duai di kampung sambil merintih sayu dalam hati, Allah izinkan juga #ibuElly naik rank.. Syukur syukur sangat²..

      Kepercayaan tu kena letak 200% pada Allah.. Yakin yang Allah memang akan bagi pada kita, cuma Allah nak tengok kita ni sesabar mana, sekuat mana berusaha.. KONFEM Allah akan bagi.. Bukan susah pun, kita buat keje kita, biar Allah uruskan selebihnya.. Yang penting kita kena sentiasa berani buat sesuatu, tambahkan ilmu tambah² nak jual supplemen ni tak boleh main hentam je bagi kat customer.. Kelas² di telegram sangat² membantu #ibuElly.. Senang, takyah keluar rumah pun nak ke kelas..

      Ni dah naik rank, banyak peluang yang kita boleh capai.. Shaklee bagi macam² once kita dah naik rank ke supervisor sekurang-kurangnya.. Kena usaha buat sale je.. Bukan maksud bila dah naik rank, kita dah boleh goyang kaki makan point downline ye.. NO! Korang akan faham bila korang join family Shaklee nanti.. Even downline korang banyak point tapi point dari sale kau korang sendiri pun TELUR AYAM, kau tak dapat pape pun.. Adil kan?


Ni yg ibuElly nak kejar sgt²! Nak merasa!


      Rasanya takde lah banyak tips sangat kot kan.. Banyak merapu je.. Kahkah! Yang paling penting, HUBUNGAN DENGAN ALLAH dan IBU BAPA kena jaga.. Jaga dua² tu, in shaa Allah semuanya mudah bagi korang.. Jangan kecilkan hati orang tua, jangan bagi banyak alasan nak berjaya.. Barulah aura positif je datang kat korang....

      Thank you la korang yang berjaya baca sampai habis.. Lain kali boleh buat cerpen lagi.. Kahkah! Semoga SID yang membaca ni juga akan dapat naik rank dalam cycle ni, doakan #ibuElly juga! Pada korang yang bukan SID, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. 💪💪😘

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
No tel : 017.560.4426

Sunday, May 21, 2017

8:24 AM

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??
Nak Cegah Osteoporosis, Jangan Bersenam!!



      Memang ramai orang berpendapat suplemen tak diperlukan untuk cukupkan nutrisi, sebab boleh dapatkan daripada makanan. Fair enough kalau u setiap hari betul-betul makan ikut piramid makanan. Seimbang dengan karbo nya, proteinnya cukup, zat dan vitaminnya. Teruskan dengan diet anda.

      Dan kalau boleh educate masyarakat macammana bentuk makanan seimbang dan sihat tu. Sebanyak mana nak makan, apa makanan yang patut makan, apa yang patut ditinggal. Sebab dah banyak kajian membuktikan penyakit-penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis disebabkan oleh kekurangan zat, mineral dan antioksida dalam makanan.

      Satu lagi, kalau ya pun tak nak bagi orang makan suplemen, cakaplah fakta yang betul. Ada orang cakap, orang tak bersenam tak perlu ambik kalsium berlebih. Tak tahu maksud dia berlebih tu sebanyak mana. Sebab orang bersenam pun perlu ambil kalsium ikut keperluan.

      Fungsi kalsium untuk badan kita sangat banyak. Bukan untuk tulang saja. Dan banyak cara kalsium hilang dari badan, bukan dengan cara bersenam. As if orang tak bersenam, kalsium akan stay je dalam tulang dia. Kalau gitu senanglah nak CEGAH OSTEOPOROSIS, JANGAN BERSENAM.



      Tulang adalah sel hidup. Dia akan mati, dan ada sel baru akan dibuat. Tulang tu macam bank kalsium. Kalau tisu lain tak dapat kalsium yang dia nak, dia akan ambik daripada tulang. Jadi sapa nak ganti kalsium yang tisu lain dah guna tu?

       Nampak tak beza antara tulang sihat dan tulang org yg ada OATEOPOROSIS ni?? Takut kan tengok?? Punya lah banyak lopong² dalam tulang kita tu kalau tak dijaga dengan baik.. Sebab tulang ni sel hidup, benda  memang akn mati.. Apatah lagi tulang.. Bila dah banyak lopong², mulalah tulang pun dah tak berfungsi dengan baik.. 🙄🙄 apa yang kita boleh buat untuk isi balik lopong² tu?? Kena mula dari muda la ye.. Dah tua² dan sakit² teruk baru terhegeh² cari takde gunanya dah.. Bukan tak boleh, cuma kesannya lambat.. Pastu mula la org dok kata Shaklee ni tipu lah, tak berkesan lah.. Ate dah teruk baru cari, bila dh sakit cari UBAT aje, bukan SUPPLEMEN lagi dah!




      Antara supplemen yang bagus untuk elak OSTEOPOROSIS.. Kita ni kenalah jaga amanah yg Allah bagi iaitu nikmat kesihatan dan tubuh badan ni haa.. Ibarat org dah bagi pinjam, lepas tu korang tak jaga betul², konfim lah org tu marah kan?? Biasa kalau kita pinjam  org ke, atau ape² aje lah mesti kita jaga elok² dan pulangkan dlm keadaan elok dan bersih kan? Tu sebab masa kita meninggal pun, diri kita ni dibersihkan, dimandikan, celah² digosok kasi nersih, siaP buh pewangi lagi.. Ishhh, bukanlah pewangi or perfume yg kita dok pakai tu.. Nampak tak nak kembali pada Allah balik pun kena berwangi-wangian dan bersih?? Gitulah juga diri kita masa hidup di dunia.. 

      Nak makan apa saja boleh, tapi pastikan makanan sihat, seimbang, cukup semua zat supaya badan kita tak terdedah dengan penyakit merbahaya.. Tau tak punca² penyakit kronik adalah disebabkan kita yang tak jaga pemakanan?? Main hentam je makan, dah tu tak penah pulak buat detoks ke ape ke kan..  Toksin berkumpul banyak Sgt dlm badan.. lagi satu biarlah kita gemuk ke, comel Ke, gempal ke, jnji dalaman kita sihat.. Amalkan supplemen atau jamu kasi kuatkan metabolisma badan kasi senang turun berat.. Makin berusia metabolisma badn kita makin rendah tau..bila. metabolisma badan rendah, mmg susah sgt nk trunkan berat sbb toksin banyak sesangat dah dlm bdn dan usus tu.. Tak takut ke korang?? 

      Jadi jom, ubah gaya hidup Kome skang.. Mcm ibuElly yg mmg sibuK dgn urusan harian dan tak sempat  nk keluar beriadah dn setakat senam di rumah aje, bolehlah amalkan supplemen juga bagi bantu tingkatkan metabolisma badan dr dalam.. Memang bg sesetengah org, supplemen tak pentinG pun.. Membazir dan cukuplah setakat jaga makan aje.. Ok terpulang kalau boleh makan makanan seimbang dan cukup portion drpd PIRAMID NAKANAN, takyah la membazir beli supplemen kan.. 😆

      Nak tanya lebih lagi?? SambunG kat wasap ehh 017.560.4426.. Nitez! 

Pengedar Shaklee Ipoh
#ibuElly
017.560.4426
Shaklee Supervisor

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail