Journey of life: Tips parenting
Showing posts with label Tips parenting. Show all posts
Showing posts with label Tips parenting. Show all posts

Monday, January 14, 2019

5:27 PM

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?
      Haa cuaca dah kembali panas dan membahang. Siap-siap la sesiapa yang alah kepada cuaca macam ni.

      Macam ibuElly cuaca panas macam ni akan membuatkan ibuElly CEPAT BERPELUH dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan jerawat di belakang badan dan akan rasa gatal-gatal merenyam macam tu.

Sungguh tak selesa!

      IbuElly ni kerja sendiri. Jenis selalu ke sana dan ke mari. Mengajar tuisyen kat rumah pelajar. Biasa la rumah kita tak sama macam rumah orang lain. Adakalanya ibuElly akan mudah berpeluh bila berada di tempat yang bagi orang lain takde la panas mana. Tapi bagi ibuElly, sampai boleh tadah sebaldi tau peluh tu! Fuhhh!

      Bila dah naik jerawat kat belakang badan, mulalah rasa gatal-gatal dan tak selesa. Ini yang ibuElly tak suka! Korang suka tak?

Biasanya apa yang korang akan buat bila dalam keadaan macam ni?

1) Belasah je menggaru di khalayak ramai? 

2) Menggesel badan sana sini? 

3) Mandi dengan kerap? 

4) Sapu losyen atau krim untuk kurangkan kegatalan? 

      Bagi ibuElly, semua tu adalah salah satu usaha yang boleh kita cuba selagi tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, ada petua lain yang lebih sesuai ibuElly nak kongsikan dengan korang kali ni.

APA NAK BUAT YE? 

a) Boleh letakkan tuala basah atau pek ais di atas permukaan kulit

Pek tu korang boleh beli kat farmasi juga. Rasa nak guna untuk sejuk, letak dalam peti ais. Rasa nak panas, rendam je dalam air panas. Mudah!

b) Lembapkan kulit

Boleh guna losyen yang sesuai dan krim yang tak berminyak serta melekit. Ini bagi mengelakkan lebih banyak kawanan jerawat tumbuh di belakang badan awak nanti!

c) Boleh cuba sapukan krim penyejuk yang ada kandungan MENTHOL dan CALAMINE. 

Yang ini best! IbuElly nak tunjuk kat korang nanti.

◾◾◾◾◾◾◾

Ni antara cara mudah la nak atasi masalah kegatalan dan jerawat badan tu. Korang boleh cuba nanti.

      Tapi kalau korang tanya rahsia ibuElly, ibuElly lagi suka guna ni. 😋

Sabun mandi dan juga losyen.

Losyen ni best sangat bila dapat sapu selepas mandi. Rasa sejuk dan dingin satu badan tu, arghhhh! Buatkan kita berada di awangan tau. 

      Rasa macam taknak buat apa-apa satu hari tu. Nak rileks je. Kihkih. 

Ok yang atas ni sesuai untuk dewasa lah. 

Yang ni Lotion Talc sesuai untuk kanak-kanak 

      Losyen ni pun sejuk juga. Masa anak-anak ibuElly kena demam campak haritu, ibuElly sapu jugak losyen ni ke badan anak-anak. Memang best! 

      Dah la MURAH  lepas tu tahan lama pulak. Rasa berbaloi sangat la dengan harga rm13.90 tu. Tahan sampai 2-3 bulan.

      Dengan dua jenis losyen ni, in shaa Allah badan takkan gatal-gatal lagi dah. Ibu ayah pun seronok sebab belanja bawah rm50 dah dapat 2 jenis losyen. 

Yang penting HALAL, BEBAS PARABEN & SLS/SLES dan yang paling best, Cosmoderm ni PRODUK BUATAN MALAYSIA! 

Korang boleh tengok banyak lagi dekat 

Page facebook : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 017-5604426

Wednesday, September 19, 2018

8:22 AM

Pengalaman anak kena chicken pox by ibuElly

Pengalaman anak kena chicken pox by ibuElly
      Assalamualaikum wbt.

Korang ibuElly sebenarnya nak cite benda ni lama dah. Tapi asyik tertangguh je atas kekangan masa. Now dah berapa bulan dah since anak-anak dan ibuElly skali kena demam campak. Uhukuhuk

      Ingat lagi rasanya masa bulan Jun aritu la kot. Kami sekeluarga pi mandi kat Hotspring Sungai Klah, Sungkai masa tu. Ramai-ramai la adik beradik somi, mak ngan pak mentua semua ikut.

      Masa tu takde la ramai sangat orang. Tapi yela, dah kata nak kena demam campak tu, bila-bila pun akan kena juga. Tambah-tambah anak-anak ibuElly memang belum pernah kena demam campak lagi dua-dua.


Ni masa ni Dahlia kena. Naik biji-biji berair

      Masa ni tak expect lagi demam campak. Ingatkan ruam biasa je. Buat bodoh jela masa hari pertama kena. Tapi masuk hari kedua dah makin banyak, terus bawak pi klinik. Sah la Dahlia dijangkiti demam campak 😣

      Masa ni dia tak merengek sangat tau. Yela belum pecah lagi, gatal tu tak rasa lagi. Tapi memang kesian la tengok dia adehhh.

      IbuElly dapat tau je anak kena campak, terus get ready dua benda ni 👇🏽👇🏽


Sabun ni hospital Pantai Putri bagi. Memang bagus sangat untuk kurangkan kegatalan

      IbuElly seriously memang tak pernah tengok atau jumpa item Cetaphil yang ini. Yang lain tu biasala nampak. Sabun ni memang bau ubat, cecair warna putih dan tak berbuih. IbuElly memang tak berapa gemar bau ni. Tapi tengok Dahlia kurang gatal, haa on jela.

      Brand ni kome boleh cari kat farmasi. Drugstores tak pasti la ada ke tak, boleh la kot cuci mata sambil cuci dompet. Ala kau tak usah nak gebang, ibuElly tau kome bukan boleh nampak Watsons atau Guardian tu haaa!

      Benda kedua yang ibuElly sediakan adalah benda ni 👇🏽👇🏽👇🏽


Lotion Talc Cosmoderm


Herbal blend tu haa atau nama glemer, HB

      Herbal Blend tu brand Shaklee, Lotion Talc tu brand Cosmoderm. Actually korang boleh je nak guna mana-mana pun janji sesuai dengan bujet korang. IbuElly guna dua-dua sebab masa guna Cosmoderm, kebetulan abeh pulak dan stok takde. Maka bukak la herbal blend pulak.

      Lotion Talc Cosmoderm dia tak panas dan berangin. Cuma macam krim biasa, bila sapu kat kulit jadi sejuk je kulit badan. Krim ni sesuai digunakan pada kanak-kanak sebab bahan-bahan yang digunakan dalam tu lebih selamat untuk anak-anak. Yang penting, BEBAS PARABEN.

      Manakala Herbal Blend ni pulak macam berangin sikit. Bila sapu kat kulit rasa best je, rasa segar! Bau pun macam bau mint-mint sikit. Tapi tak la panas macam bila sapu minyak panas tu haa. Biasa-biasa jela.

      Dua-dua pun ibuElly jual. Dua-dua pun ibuElly guna. Sebab ibuElly lagi selesa guna barang yang selamat dan mudah dapat macam Shaklee dan Cosmoderm ni haa. Tak payah susah-susah nak cari kat farmasi ke kan. Sebab sentiasa ada ready stock kat tangan kita. 

      Alhamdulillah dalam masa 3 hari surut semua demam dan biji-biji. Tiap-tiap kali masa mandi, mandi dengan Cetaphil pastu lepas mandi sapu pulak Lotion Talc atau Cosmoderm. Setel masalah!

      Ada la pegi klinik sebab nak sahkan sama ada tu campak ke tidak. Doc ada bagi calamine lotion tu. IbuElly guna jugak. Selang-selang. Sebab Iskandar tak suka pakai tu. Dia rimas. So ibuElly ganti la pakai dengan Herbal Blend atau Lotion Talc tu haa.

      Masa ibuElly kena campak pun (yakni lepas Iskandar punya campak surut, dia beralih ke ibuElly pulak) ibuElly pun tumpang sekaki mandi ngan mandian Cetaphil tu hahah. Memang best, badan pun takde gatal-gatal. 

Korang kalau nak dapatkan produk Cosmoderm dan Shaklee, boleh la dapatkan di 017-560 4426 tau. Kol atau wasap je ibuElly terus. Produk Cosmoderm tu kalau ada instagram, boleh la cuci mata kat cosmoderm_personalcare atau facebook page, Cosmoderm IPOH . Jangan lah cuci mata je, cuci la dompet skali. Kihkih. 

K bye!


Monday, September 10, 2018

4:40 AM

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?
Assalamualaikum wbt.

      Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa 🎶🎶🎶 ehh menyanyi pulak kau ehh. 

      Actually ibuElly kat bengkel ni haa menggantikan brake pad kete yang dah haus ni. Sian dia dah 6 tahun rupanya tak pernah tukar. Ehh rasa kejap pulak ye. Lagi 3 tahun in shaa Allah habis la bayar cik Viva sayang ni.

      Korang kenal ke sapa ibuElly ni? Apa dia buat? Keje apa je dia buat untuk cari rezeki? 

      Haaa kalau korang nak tau, ibuElly tu ialah seorang ibu, anak, isteri, penjual online, cikgu tuisyen (full time) dan manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. 

Haaa nampak macam senang je keje ibuElly ni kan? Yeka dok rumah, jaga anak. Bukan buat apa sangat pun kan? 

Emmm yela, orang yang tak tau, memang boleh cakap cenggitu. Padahal, orang yang dah merasa dan tempuh je tau! Apa korang ingat senang nak bahagikan masa di rumah, ngan anak lagi, keje tuisyen lagi, senang?

      IbuElly mula buat tuisyen lama dah. Sejak November  2013 lagi. Bulan 11 tahun 2018 ni genap 5 tahun berkecimpung dalam bidang home tutoring ni tau. Alhamdulillah, dengan izin Allah. IbuElly dapat la meneruskan hidup dengan membayar segala hutang yang ada (PTPTN, kereta, insurans, Coway, tadika anak dan pelbagai lagi) dengan hasil usaha mengajar tuisyen ni haa. 

      Masa tu ramai sangat yang kondem. Yela bunyi dia lebih kurang gini eik, ‘ ehh kau belajar tinggi-tinggi sampai degree, alih-alih buat keje merapu macam ni je? ‘

Masya Allah, masa tu newbies lagi. Apa orang cakap semua nak sentap! Sikit-sikit nak emo sikit-sikit nak nangis. Ate lantakkan aje la kan orang nak cakap apa pun. Bukan diantau apa yang kita tengah buat dan apa result yang kita bakal dapat.

      Masa tu memang hati tisu. Tapi awas sekarang ibuElly dah berhati sado! Lantak kau lah Labu apa yang korang nak cakap. Yang penting hasil duit mengajar tuisyen ni ibuElly mampu bayar hutang bulanan tanpa culas, mampu bawak mak ayah pi jalan-jalan, mampu gembirakan hati anak-anak dan somi, semuanya dengan duit hasil titik peluh sendiri. Padahal asalnya SURI RUMAH je pun!

      See, nampak tak kalau kita susah sekarang, tak semestinya selama-lama kita susah? Dan orang yang kaya sekarang tak selalunya mereka di atas? 

Itulah kehidupan. 


Alhamdulillah, now dah ada Pusat Belajar sendiri. Dulu buat kat rumah, sempit. Now luas sikit dan boleh ambil lebih lagi student.

      

Wednesday, May 2, 2018

2:55 AM

Kedai bundle best di Ipoh

Kedai bundle best di Ipoh
      IbuElly nak share kedai bundle best kat Ipoh. Kat Medan Gopeng. Sapa orang Ipoh? Mesti tau Medan Gopeng ni kat mana.


Luas weh kedai dia

Ni kalau masuk, mau tak jumpa jalan keluar ni. Hahah. Macam-macam ada wei. Baju budak pun ada.

      Ni somi ibuElly la bawak ke sini. Katanya dia ada port baik punya untuk beli baju anak-anak. IbuElly pun suka wei! Murah nau!


Elok-elok dan cantik-cantik lagi wei. Memang berbaloi sangat, tak macam bundle pun


Tak sedo nak dekat rm100! IbuElly punya yang rm7 tu je. Hahahahaha

      Medan Gopeng ni asalnya dulu stesen bas sebelum jadi bangunan kerajaan macam ni. Now dah ada Terminal Bas Amanjaya Meru Raya nun haa. Memang maju betul dah Meru tu. Macam-macam ada!

      Bangunan ni dari luar nampak je macam krik-krik. Tapi cuba masuk dulu. Banyak lagi kedai-kedai kat dalam ni. Kitorang tak round pun tengok. Sebab masa ni kelam kabut nak balik kampung. Memang niat asal nak singgah bundle tu je.


Bukak hari-hari rasanya


Ni ada lagi cawangan lain sekain di Medan Gopeng. Boleh la terjah


Offer ni tak pasti sampai bila. Lupa pulak nak tanya.


Bawah khemah tu pun bundle jugak. Tapi ikut kilo. Pilih sampai 2 kilo, rm20 aje. Siap penimbang bawah tu


Bawah tu ada kedai buah. Boleh la try jus buah asli pakcik ni. Memang takde tambah gula tau 😋


Dulunya stesen bas tersohor di Ipoh. Kihkih.


Berbaloi-baloi shopping di sini

      Ni ibuElly share bagi korang yang memang suka bundle tau. Yang rasa bundle ni LOW CLASS tak payah cakap banyak. Pegi main guli sana. Baju branded dan high class ni sementara je, dunia semata 🤣🤣

      Ni kang dah pegi beringat sikit. Kang tak sedo poket makin kempis 🤣🤣










Saturday, April 21, 2018

9:48 AM

Anak kecil nak demam, apa bantuan kecemasan yang kita boleh buat?

Anak kecil nak demam, apa bantuan kecemasan yang kita boleh buat?
Assalamualaikum korang. Haa kali ni ibuElly nak share tentang bantuan kecemasan di rumah kalau anak-anak mak demam.

      Tips ni mungkin ada parents yang dah tau tapi ibuElly nak share pada korang yang BELUM TAU je. Yang nak membawang duduk je diam2.

     IbuElly kalau boleh suka handle dengan cara alami dulu, kalau 2 3 hari tak ok lagi baru lah bawak ke hospital/klinik. Tapi kena pantau sama wei. Kalau dah TERLALU TINGGI suhunya better la kome jangan tunggu lagi.

      Ni pengalaman ibuElly sendiri je selama 5 tahun beranak kecik yang rapat-rapat ni. Mana yang baik amek iktibar, yang rasa tak boleh follow abaikan je. Sebab masing-masing ada cara tersendiri kan untuk anak.

IbuElly share bagi korang yang baru nak belajar jadi ibu atau ayah.

Tips penting bila anak kecil ada tanda-tanda nak DEMAM : 

1) Simpan dalam setiap rumah, satu TERMOMETER

      Benda ni sangat penting tau. Untuk kita pantau suhu anak tu. Kalau masih dalam kawalan, boleh teruskan bagi ubat macam biasa dan pantau di rumah je.

      Namun, kalau dah suhu tu TERLALU TINGGI, better siap-siap bawak diorang ke hospital. Bahaya kalau suhu terlalu tinggi, boleh jadi tarik.

2) Aloe Vera ada?

      Tau ke aloe vera ni yang macam mana? Kalau kome ada tanam pokok ni, boleh terus petik je dari pasu. Tapi oleh sebab ibuElly ni terlebih ‘rajin’ nak tanam, beli siap je.


Somi beli kat Elianto baru bukak ritu, BUY 3 FREE 1.

      Terkejut kucing ibuElly bila dia bawak balik aritu. Punya lah banyak sampai 4 bekas. Tapi ibuElly memang suka simpan benda alah ni. Kalau sniri tak guna pun, anak guna.

      Sangat sejuk tau aloe vera ni tambah kalau letak lam peti. Aloe vera ni korang boleh lumur kat badan anak untuk TURUNKAN SUHU BADAN ANAK masa siang mahupun malam.

      Sapu kat bahagian pelipat especially ketiak, kaki, tengkuk, belakang telinga, tapak kaki. Sapu dan sapu sambil cek suhu badan setiap sejam.

3) Letak TUALA BASAH atas kepala dan badan

      Ni biasa kan kita buat. IbuElly walaupun dah sapu aloe vera, tapi masih letak kat atas kepala anak-anak tuala basah ni tau. 

      Takpe lah, in case kan kalau panas tetiba boleh juga tusla basah tadi ni cover. Buat la sedaya upaya bagi badan sejuk dan suhu turun. 

4) On vitamin dan ubat

      Sungguhpun ibuElly dah bagi ubat, vitamin terutama vitamin C ibuElly tetap beri pada anak-anak. Vitamin C tu untuk BOOSTKAN imun anak-anak.

      Pun sama terpulang pada ibu bapa nak follow ke tidak. Tapi bagi ibuElly, apa salahnya cuba kan. Taknak buah, ganti dengan vitamin la jawabnya.

      Bagi yang just bagi ubat dari farmasi je, kena pantau anak betul-betul. IbuElly akan beri ubat dalam 3 kali je sehari.

      Ikut saranan daripada ahli farmasi. Macam biasa nampak teruk dan berlanjutan terus bawak gi hospital. Biasa kalau bayi bawah 2 tahun ibuElly memang tak bagi ubat. Guna cara alami je dan alhamdulillah memang sangat berkesan pada mereka. Yang ni rasanya ibuElly ada share pada entry lepas.

Jadi ni 4 cara ibuElly handle anak-anak kalau mereka ada tanda-tanda nak demam. So far alhamdulillah memang berkesan cara ni.

IbuElly pun takde asyik nak ulang alik klinik. Ada tak kena terus bawak ke hospital. 

Ok moga sharing ibuElly ni bermanfaat bagi parents baru dan lama yang memang cari alternatif untuk atasi atau cegah demam pada anak-anak. 

Good luck!

Tuesday, March 13, 2018

8:29 PM

Anak AMANAH ALLAH.

Anak AMANAH ALLAH.
Anak- anak zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu kan? Anak sekarang lagi bijak, lagi advanced dan lagi cerdik mengalahkan mak ayah pulak.

      Satu cabaran yang besar bagi ibu bapa untuk didik anak-anak zaman sekarang. kalau salah langkah, emm memang boleh jadi lain anak-anak tu.

      So far, ibuElly cuba didik anak-anak agar masih lagi berada dalam landasan dan syariat Allah. Sekurang-kurangnya, didik dari sekarang anak-anak akan cenderung ingat semua tu sampai la diorang besar in shaa Allah.

      Kita kalau boleh, nak anak tu dapat jadi saham akhirat kita. Bukan hanya berjaya di dunia semata kan. IbuElly akan share sedikit sebanyak mengenai didikan ibuElly untuk anak-anak. Mungkin boleh jadi rujukan pada korang yang bakal jadi ibu ayah tak lama lagi ke kan.

      Tapi benda ni bukanlah 100% korang kena tiru. Mana yang korang rasa baik dan boleh ambil, ambillah. Mana yang korang rasa tak suka dengan cara tu, cukuplah hanya sekadar baca aje. 😁

MENDIDIK ANAK PADA ZAMAN MILLENIUM. MENCABAR?? 

1) SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK 
      Emm, memang ibu bapa zaman sekarang, letak tugas untuk berkomunikasi tu pada SMARTPHONE, IPAD, KOMPUTER dan macam-macam lagi alat canggih lain. Ibu bapa kini semakin sibuk mengejar kemewahan dunia.
     
      Ibu bapa sekarang ni nak senang. Yelah, balik keje penat, penat-penat lagi best scroll facebook, instagram, baca gosip dari layan kerenah anak-anak kan,😅

      Jangan macam tu tau ibu ayah. Anak ni sekejap sangat membesarnya. Jangan lepaskan peluang untuk berada di memori anak-anak masa diorang kecik-kcik ni. Hargai setiap masa dan saat bersama anak-anak walau di mana dan apa-apa saja kerjaya kita.  

                               
                             Iskandar gendut

2) MINIMUMKAN PENGGUNAAN GADGET
      Yang ni tak boleh nak kata. Anak kita membesar dalam zaman ni. Tapi semua tu kita sendiri yang tentukan. IbuElly sendiri kat rumah, memang takde bagi gadget kat anak-anak.

      Gadget diperlukan bila nak kawal diorang time makan kat luar. kalau kami pegi bercuti ke, berjalan hujung minggu ke, haa time nak makan la yang paling mencabar. Jadi, kami suami isteri akan gunakan henfon untuk bukak nursery songs dan senyapkan anak-anak.

      Bukan apa, senang nak suap anak-anak makan jugak. Kahkah! Kesimpulannya, nak guna boleh gadget ni, tapi biarlah bertempat.

3) TERUS BETULKAN KESILAPAN KALAU TERNYATA APA YANG DIORANG BUAT TU, SALAH! 
      Haa, ni bukanlah semua. Tapi kebanyakan parents tend to just look at their child's mistakes and didn't even correct them on the spot. Bagi IbuElly, budak-budak umur 2-6 tahun ni sangat fragile dan mudah serap apa saja yang kita ajarkan kat diorang.

      IbuElly memang akan terus betulkan kesilapan anak kat situ jugak, tapi buat bagi tak obvious sangat. Budak kecik pun ada rasa malu tau. Jangan pukul atau marah depan kawan-kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja lah yang ada kat situ.

      Kalau dia salah, cakap elok-elok dan terangkan sebab kenapa dia tak boleh buat macam tu. jangan terus marah atau pukul KALAU BOLEH la. hehe. IbuElly sendiri pun kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Kalau kat rumah kadang tu terlepas jugak marah dulu instead of tanya dulu.

      Tapi jangan buat selalu, tak baik gituu tau. kalau jenis degil tu, haa cubitan ibuElly akan sampai dulu then barulah diikuti dengan sebab! 😄 Pun sama jangan buat selalu. hahaha.

4) DARIPADA TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' UBAH KEPADA, ' KENAPA NI SAYANG? ' 
       Haa ibuElly rasa yang ni ramai sangat yang buat macam ni, IbuElly pernah dengar dalam satu ceramah agama ke ceramah kesihatan kalau tak silap. Betul-betul lupa.

      Seelok-eloknya kalau anak bergaduh dengan kawan atau adik beradik sekalipun, JANGAN TERUS TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' Sebab menurut kata penceramah tu, soalan yang kita tujukan pada anaktu akan membuatkan anak-anak SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DI MASA HADAPAN. 

                                                          Throwback Dahlia masa baby 
 
      Yela kan, asyik dok tanya siapa buat je. Nanti anak tu akan terbiasa menudingkan jari ke arah orang lain instead of sedar kesilapan sendiri. Nak ke ibu ayah anak kita jadi macam tu?

      Dalam Islam pun tak salah kalau kita beralah dan tak mulakan pergaduhan. Yelah, dunia je pun. Nanti akhirat sana dia akan mendapat jugak balasannya kan? Tak gituu?

      So, mulai saat ni ubah ye ibu-ibu. Anak nangis lepas bergaduh ngan kawan atau adik beradik, peluk dia dan tanya, ' kenapa ni sayang, cerita kat ibu meh ' Nampak tak, benda simple je, tapi tu yang akan mempengaruhi pemikiran anak sehinggalah diorang dewasa tau.

5) JANGAN MALU MINTAK MAAF DENGAN ANAK
      Ye, ibuElly akan selalu mintak maaf kalau terlepas kata atau perbuatan masa terlalu marah pada anak-anak. 😢 Kita manusia biasa, ibu biasa, tak sempurna. Kadang terlepas jugak marah yang melampau sangat sampai anak betul-betul terluka,

       jadi, lepas ibu dah reda sikit, mintak maaf la dengan anak. Jangan malu nak kata kita mintak maaf. IbuElly selalu cakap macam ni pada anak-anak, ' abang, adik, ibu mintak maaf ye. Ibu mintak maaf sebab selalu marah adik ngan abang. Ibu manusia biasa, ibu mintak maaf ye '

      Hari-hari sebelum tidur ke, mintak maaf pada anak-anak. Bagitau apa salah kita pada dia. Anak akan paham. Dan akan teruskan budaya mintak maaf ni pada orang lain sampai dia dewasa in shaa Allah. Tak salah kan kalau kita yang mintak maaf dulu? Allah pun suka pada manusia yang selalu mintak maaf.

      Tapi kalau ternyata bukan anak kita yang salah tapi dia still nak mintak maaf, haa korang bolehla ajar dia self defense dari segi emosi ni sendiri nanti ye. Yang ni ibu la kena take note. Yela, nak baik dengan orang atau nak mintak maaf pada orang ada hadnya jugak tau.

      Pandai-pandai la ye susun ayat untuk diceritakan pada anak-anak. Hehe.    

6) AJARI ANAK-ANAK UNTUK INGAT ALLAH SELALU SEBELUM BUAT SESUATU
      Nak makan, nak minum, nak mandi, nak baca buku, nak tengok tv, nak naik kereta, nak keluar berjalan, ehhh semualah! Ingatkan diorang untuk baca doa.

      Biar diorang tau, hidup ni kita memang kena selalu bergantung pada Allah. Tak boleh lalai, tak boleh sombong, tak boleh bongkak.

      Kenapa IbuElly kata sombong? Yela, buat apa-apa taknak ingat Allah. Buat apa-apa taknak berharap pada Allah. Sedangkan semua ni pun Allah yang bagi kan?

      Jadi, mula ubah cara kita berkomunikasi dengan anak mulai sekarang tau. Tak susah pun ibu ayah. Kena banyak membaca dan cari ilmu kalau kita nak didik anak supaya boleh jadi saham akhirat kita.

      Anak-anak kan AMANAH ALLAH yang kita WAJIB jaga dan bentuk sebaiknya kan? Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah beri pada kita sebagai ibu bapa. Tak semua pasangan tau yang dapat merasa semua ni.

 

      Kita yang Allah dah bagi rezeki ni, kena sentiasa bersyukur dan manfaatkan sebaiknya.  

Ok lah, tu sedikit sebanyak perkongsian ibuElly. ibuElly takde la education background tentang early childhood pun. Ni semua atas pengalaman sendiri dan pemerhatian sendiri. Hope bermanfaat untuk ibu bapa baru di luar sana,

 Enjoy your life as parents! Appreciate it! 
       
    
       

   

Sunday, November 19, 2017

8:53 AM

Didik akhlak mulia dari kecik 🤗

Didik akhlak mulia dari kecik 🤗
' ala, nape nangis ni? Siapa buat? ' ATAU ' napa nangis ni? Cite kat ibu kenapa? '

Korang ibu yang macam mana? Yang pertama atau kedua? Ni ibuElly nak cite pasal nasihat seorang ustaz (serius tak ingat ustaz ke pakar motivasi) tak lama dulu. Memang lama dah pun benda ni, tapi tertarik nak cerita harini. 

      Menurut daripada apa yang ibuElly dengar (dalam televisyen je, bukan pegi dengar live pun) pertanyaan kita pun akan beri impak besar kepada personaliti dan moral anak². Contoh eikk kalau anak² nangis, kita akan otomatik pegi dekat anak dan terus tanya siapa buat dia kan ataupun kenapa dia nangis. 

      Individu yang ibuElly dok dengar ni bagitau, seelok-eloknya kita TAK PERLU  tanya siapa yang buat dia. Cukup hanya sekadar tanya KENAPA. Tau tak apa sebabnya? Ok kata beliau, kalau kita biasakan tanya pada anak SIAPA YANG BUAT, anak² akan cenderung untuk MENYALAHKAN ORANG LAIN & TAKNAK CUBA PERBAIKI DIRI SENDIRI. Dan ada kemungkinan juga anak² ni tadi akan cenderung untuk MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. 

      Semestinya kita taknak benda macam ni jadi kan? Kita kalau boleh nak anak² kita jadi orang yang baik², orang berakhlak mulia, yang tinggi sifat mahmudah daripada mazmumah. Kan? Maka, ibu bapa perlu ubah cara kita tangani masalah anak².

      Cukup kalau kita hanya kata, ' kenapa ni sayang? Meh cite kat ibu/mama/mak/umi ' . ELAKKAN daripada tanya, ' kenapa ni sayang? Siapa yang buat anak ibu nangis ni? ' tak ke nampak perbezaannya di situ kan? Cara kita tanya pn dah sopan kalau ikut cara pertama tadi. Tak perlu tanya anak siapa yang buat. Nanti sampai ke besar anak² biasa menuding jari kat orang lain. 

      Hati nurani anak kecil ni suci sangat. Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkan nilai-nilai murni dalam diri anak². Ayuh ibu bapa, kita boleh lakukannya! 💪💪