Journey of life: Info Agama
Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Sunday, November 25, 2018

8:29 PM

Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI!

Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI!
Assalamualaikum wbt.

Ramai orang nak murah rezeki. Tapi ada pernah terikir tak macam mana nak tarik rezeki tu sendiri?

      Kita rasa macam hidup kita sentiasa dirudum masalah. Ada je yang tak kena. Ada je benda yang rasa tak cukup. Pernah tak rasa macam tu?

      Well, kalau pernah. Ayuh kita muhasabah balik diri kita. Selama ni kita jauh ke atau dekat dengan Allah? Selama ni dalam urusan harian kita. Kita selalu utamakan Allah tak? Ada kita Fikir sebab dan akibat daripada perbuatan kita tak?

Kalau selama ni kita jauh sangat terpesong dan sesat dari landasan yang Allah gariskan, haa ayuh! Mula perlahan-lahan untuk betulkan balik apa yang kurang. In shaa Allah, perubahan yang sedikit tu lama-lama akan mendatangkan perubahan yang besar dalam hidup kita.

Apa dia tips MURAH REZEKI yang ibuElly amalkan selama ni?



  1. BERSEDEKAH

    Kadang-kadang, kita ni sayang sangat nak keluarkan duit. Sayang sangat nak belanjakan duit untuk dapat redha dan berkat daripada Allah SWT. Dia tak tahu yang sedekah-sedekah ni semua la nanti yang akan tolong dia masa di alam kubur dan masa di akhirat kelak.

    Orang-orang yang pernah merasa hasil sedekah dia tu nanti akan turut bantu kita masa kat akhirat. Bukan tu je, hidup di dunia pun dipermudahkan oleh Allah. Buat apa pun lancar je. Ada je rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Ada je kesenangan dan kemudahan yang Allah bagi dalam menguruskan hal seharian. Tak nk ke macam tu?

    Apabila kita bersedekah, ia dapat menyucikan harta kita, minda  kita dan juga jiwa kita. Kita akan rasa lebih bersyukur sebab bila kita sedekah, baru kita akan nampak yang bahawasanya, ada lagi yang alami kesusahan lagi sukar daripada kita. Hidup ni bukan hanya tentang kita sahaja.
  2. BERHENTI BERKIRA DENGAN ORANG LAIN

    Menakjubkan! Adik lelaki ibuElly sakit baru-baru ni. Demam campak. Berhari-hari jugak la dia duduk di rumah ibuElly. Mak ibuElly takde, ada di Kuala Lumpur. Rumah ayah tiri kami. Adik ibuElly call ibuElly malam tu bagitau yang dia tak sihat. IbuElly mintak dia duduk ri rumah ibuElly untuk sementara.

    Bukan nak bangga diri tau. Tapi sepanjang dia duduk di rumah ibuElly, segala perbelanjaan dia ibuElly tanggung. Nak buah lemon, buah kelapa, bahan-bahan masak nak buat sup kegemaran dia guna duit ibuElly. Walaupun rasa macam banyak sangat dah duit keluar, tapi rasa macam duit makin banyak.

    Seluk sini ada rm60. Raba-raba dalam seluar ada rm10. Tu belum tempat lain lagi. Rupa-rupanya minggu ni banyak COD produk COSMODERM kat luar. Postage ada jugak. Tapi tak sebanyak COD. Means, duit kat tangan tu hari-hari ada. Hari-hari boleh beli air kelapa untuk surutkan demam campak adik ibuElly tu. Ada duit untuk beli bahan masak. Heheheh. Bukan mengungkit tau. Tapi kagum dengan kebesaran Allah.

    Saat kita rasa macam tak mampu dan tak mungkin, tapi dengan kuasa Allah. Allah sebut JADI, maka JADILAH! Srronok ksn kalau kita betul-betul pegang dan yakin dengan kuasa Allah?
  3. SELALU BELANJA SUAMI DAN ANAK-ANAK SERTA IBU BAPA DAN ADIK BERADIK

    IbuElly memang hobi suka makan tapi cita-cita nak kurus! Kahkahkah! Moga-moga suatu hari nanti tercapai la hendaknya. Hehehehe. IbuElly suka luahkan rasa gembira dan bersyukur dengan cara belanja ahli keluarga makan.

    Yela, nak taja sorang-sorang pi umrah belum cukup mampu. Hanya mampu taja makan je. Hehehehe. IbuElly puas hati sangat dapat tengok oahli keluarga makan dengan duit hasil titik peluh yang ibuElly cari sendiri. Duit tuisyen, cosmoderm. Hasil kerja keras ibuElly, ibuElly dapat tengok orang lain happy.

    Ni pun sama. malam tadi baru je belanja husband KFC. Terigin katanya. Dah belanja, tup-tup masuk lagi order Cosmoderm. Nak COD SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL. Best dan girangnya hati IbuElly bila bukak fon pepagi!
  4. DOA DENGAN SPESIFIK

    Hati-hati juga dengan cara kita berdoa pada Allah tu. Doa kena spesifik, kena hit terus pada fokus yang kita nak. Allah bukannya manusia korang nak kena cakap berkias, cakap bunga-bunga baru orang boleh paham. Cakap terus je senang. Rasa lega sangat tau.

    Nak order berapa banyak, nak untung berapa banyak setiap hari, kena push diri sendiri. Jangan malas-malas. Korang tengok orang lain rajin post kat pesbuk, instagram, blog. Tapi korang tau ke apa dia kena korbankan untuk jadi rajin macam tu? Heheheh. Tak tau memang senang bercakap. Kena tempuh sendiri dulu baru tau.
  5. RAJIN SOLAT SUNAT DHUHA DAN AMALKAN AL-WAQIAH SETIAP PAGI

    Tak dinafikan,ada orang yang akan cakap, ' eleh, buat semua ni sebab duit. Bukan sebab Allah! '

    Ye, mula-mula memang macam tu. Tapi nanti lama-lama, korang akan grow rasa sayang kalau tak buat dalam sehari tau. Korang akan rasa macam ada yang tak kena kalau sehari tak mengaji, sehari tak buat solat sunat, sehari tak berdoa sunguh-sungguh kat Allah. Allah ni sebenarnya sayang sangat kat kita. Kita je yang selalu siaa-siakan peluang yang Allah bagi pada kita.

    Dah la peluang tu bukan kena bayar pun. Free je! Tu pun ada ramai yang suka abaikan dan tak peduli akan kasih sayang dan cinta Allah pada kita. Tua nak buat benda yang Allah tak suka je. 
So ingat lah korang. Tak susah pun sebenarnya nak tarik rezeki. Asalkan tau macam mana nak kawal diri sendiri. Jaga pertuturan, jaga adab dan jaga semuanya supaya disenangi manusia dan lebih-lebih lagi Allah. 

      Ibaratnya, kalau nak Allah kurniakan rezeki yang luas pada kita, kita sendiri dulu kena korbankan seluruh jiwa raga kita untuk Allah. Mudah kan? 


Tuesday, March 13, 2018

8:29 PM

Anak AMANAH ALLAH.

Anak AMANAH ALLAH.
Anak- anak zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu kan? Anak sekarang lagi bijak, lagi advanced dan lagi cerdik mengalahkan mak ayah pulak.

      Satu cabaran yang besar bagi ibu bapa untuk didik anak-anak zaman sekarang. kalau salah langkah, emm memang boleh jadi lain anak-anak tu.

      So far, ibuElly cuba didik anak-anak agar masih lagi berada dalam landasan dan syariat Allah. Sekurang-kurangnya, didik dari sekarang anak-anak akan cenderung ingat semua tu sampai la diorang besar in shaa Allah.

      Kita kalau boleh, nak anak tu dapat jadi saham akhirat kita. Bukan hanya berjaya di dunia semata kan. IbuElly akan share sedikit sebanyak mengenai didikan ibuElly untuk anak-anak. Mungkin boleh jadi rujukan pada korang yang bakal jadi ibu ayah tak lama lagi ke kan.

      Tapi benda ni bukanlah 100% korang kena tiru. Mana yang korang rasa baik dan boleh ambil, ambillah. Mana yang korang rasa tak suka dengan cara tu, cukuplah hanya sekadar baca aje. 😁

MENDIDIK ANAK PADA ZAMAN MILLENIUM. MENCABAR?? 

1) SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK 
      Emm, memang ibu bapa zaman sekarang, letak tugas untuk berkomunikasi tu pada SMARTPHONE, IPAD, KOMPUTER dan macam-macam lagi alat canggih lain. Ibu bapa kini semakin sibuk mengejar kemewahan dunia.
     
      Ibu bapa sekarang ni nak senang. Yelah, balik keje penat, penat-penat lagi best scroll facebook, instagram, baca gosip dari layan kerenah anak-anak kan,😅

      Jangan macam tu tau ibu ayah. Anak ni sekejap sangat membesarnya. Jangan lepaskan peluang untuk berada di memori anak-anak masa diorang kecik-kcik ni. Hargai setiap masa dan saat bersama anak-anak walau di mana dan apa-apa saja kerjaya kita.  

                               
                             Iskandar gendut

2) MINIMUMKAN PENGGUNAAN GADGET
      Yang ni tak boleh nak kata. Anak kita membesar dalam zaman ni. Tapi semua tu kita sendiri yang tentukan. IbuElly sendiri kat rumah, memang takde bagi gadget kat anak-anak.

      Gadget diperlukan bila nak kawal diorang time makan kat luar. kalau kami pegi bercuti ke, berjalan hujung minggu ke, haa time nak makan la yang paling mencabar. Jadi, kami suami isteri akan gunakan henfon untuk bukak nursery songs dan senyapkan anak-anak.

      Bukan apa, senang nak suap anak-anak makan jugak. Kahkah! Kesimpulannya, nak guna boleh gadget ni, tapi biarlah bertempat.

3) TERUS BETULKAN KESILAPAN KALAU TERNYATA APA YANG DIORANG BUAT TU, SALAH! 
      Haa, ni bukanlah semua. Tapi kebanyakan parents tend to just look at their child's mistakes and didn't even correct them on the spot. Bagi IbuElly, budak-budak umur 2-6 tahun ni sangat fragile dan mudah serap apa saja yang kita ajarkan kat diorang.

      IbuElly memang akan terus betulkan kesilapan anak kat situ jugak, tapi buat bagi tak obvious sangat. Budak kecik pun ada rasa malu tau. Jangan pukul atau marah depan kawan-kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja lah yang ada kat situ.

      Kalau dia salah, cakap elok-elok dan terangkan sebab kenapa dia tak boleh buat macam tu. jangan terus marah atau pukul KALAU BOLEH la. hehe. IbuElly sendiri pun kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Kalau kat rumah kadang tu terlepas jugak marah dulu instead of tanya dulu.

      Tapi jangan buat selalu, tak baik gituu tau. kalau jenis degil tu, haa cubitan ibuElly akan sampai dulu then barulah diikuti dengan sebab! 😄 Pun sama jangan buat selalu. hahaha.

4) DARIPADA TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' UBAH KEPADA, ' KENAPA NI SAYANG? ' 
       Haa ibuElly rasa yang ni ramai sangat yang buat macam ni, IbuElly pernah dengar dalam satu ceramah agama ke ceramah kesihatan kalau tak silap. Betul-betul lupa.

      Seelok-eloknya kalau anak bergaduh dengan kawan atau adik beradik sekalipun, JANGAN TERUS TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' Sebab menurut kata penceramah tu, soalan yang kita tujukan pada anaktu akan membuatkan anak-anak SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DI MASA HADAPAN. 

                                                          Throwback Dahlia masa baby 
 
      Yela kan, asyik dok tanya siapa buat je. Nanti anak tu akan terbiasa menudingkan jari ke arah orang lain instead of sedar kesilapan sendiri. Nak ke ibu ayah anak kita jadi macam tu?

      Dalam Islam pun tak salah kalau kita beralah dan tak mulakan pergaduhan. Yelah, dunia je pun. Nanti akhirat sana dia akan mendapat jugak balasannya kan? Tak gituu?

      So, mulai saat ni ubah ye ibu-ibu. Anak nangis lepas bergaduh ngan kawan atau adik beradik, peluk dia dan tanya, ' kenapa ni sayang, cerita kat ibu meh ' Nampak tak, benda simple je, tapi tu yang akan mempengaruhi pemikiran anak sehinggalah diorang dewasa tau.

5) JANGAN MALU MINTAK MAAF DENGAN ANAK
      Ye, ibuElly akan selalu mintak maaf kalau terlepas kata atau perbuatan masa terlalu marah pada anak-anak. 😢 Kita manusia biasa, ibu biasa, tak sempurna. Kadang terlepas jugak marah yang melampau sangat sampai anak betul-betul terluka,

       jadi, lepas ibu dah reda sikit, mintak maaf la dengan anak. Jangan malu nak kata kita mintak maaf. IbuElly selalu cakap macam ni pada anak-anak, ' abang, adik, ibu mintak maaf ye. Ibu mintak maaf sebab selalu marah adik ngan abang. Ibu manusia biasa, ibu mintak maaf ye '

      Hari-hari sebelum tidur ke, mintak maaf pada anak-anak. Bagitau apa salah kita pada dia. Anak akan paham. Dan akan teruskan budaya mintak maaf ni pada orang lain sampai dia dewasa in shaa Allah. Tak salah kan kalau kita yang mintak maaf dulu? Allah pun suka pada manusia yang selalu mintak maaf.

      Tapi kalau ternyata bukan anak kita yang salah tapi dia still nak mintak maaf, haa korang bolehla ajar dia self defense dari segi emosi ni sendiri nanti ye. Yang ni ibu la kena take note. Yela, nak baik dengan orang atau nak mintak maaf pada orang ada hadnya jugak tau.

      Pandai-pandai la ye susun ayat untuk diceritakan pada anak-anak. Hehe.    

6) AJARI ANAK-ANAK UNTUK INGAT ALLAH SELALU SEBELUM BUAT SESUATU
      Nak makan, nak minum, nak mandi, nak baca buku, nak tengok tv, nak naik kereta, nak keluar berjalan, ehhh semualah! Ingatkan diorang untuk baca doa.

      Biar diorang tau, hidup ni kita memang kena selalu bergantung pada Allah. Tak boleh lalai, tak boleh sombong, tak boleh bongkak.

      Kenapa IbuElly kata sombong? Yela, buat apa-apa taknak ingat Allah. Buat apa-apa taknak berharap pada Allah. Sedangkan semua ni pun Allah yang bagi kan?

      Jadi, mula ubah cara kita berkomunikasi dengan anak mulai sekarang tau. Tak susah pun ibu ayah. Kena banyak membaca dan cari ilmu kalau kita nak didik anak supaya boleh jadi saham akhirat kita.

      Anak-anak kan AMANAH ALLAH yang kita WAJIB jaga dan bentuk sebaiknya kan? Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah beri pada kita sebagai ibu bapa. Tak semua pasangan tau yang dapat merasa semua ni.

 

      Kita yang Allah dah bagi rezeki ni, kena sentiasa bersyukur dan manfaatkan sebaiknya.  

Ok lah, tu sedikit sebanyak perkongsian ibuElly. ibuElly takde la education background tentang early childhood pun. Ni semua atas pengalaman sendiri dan pemerhatian sendiri. Hope bermanfaat untuk ibu bapa baru di luar sana,

 Enjoy your life as parents! Appreciate it! 
       
    
       

   

Tuesday, August 22, 2017

6:02 PM

alam MISTIK, wujud atau takk? PART 1

alam MISTIK, wujud atau takk?  PART 1
      Assalamualaikum dan selamat pagi korang.. 2 3 harini rasa stress sangat sbb masalah ibu kepada ibuElly.. Sedih dan ralat, tapi biasalah. Ada cerita yg lebih baik kita smpan sendiri je kan.. Biarlah org yg buat terima balasan setimpal..

      Harini mcm tertarik pulak nk cerita ttg dunia mistik ni.. Alam makhluk² halus, korang ada yg pernah kena ke? Atau ada yg percaya? Ke ada juga yg kata mistik ni memgarut je?? Hihihihihi.. Belum kena, belum tau..


      Benda² mcm ni dh penah jd masa ibuElly sekolah rendah lagi.. Masa arwah atuk dok ade lagi.. Bukanlah nk kata arwah atuk buat benda² tak elok, tapi tah la. Org tua kata benda tu berkenan kat ibuElly kan.. Takleh buat apa la.. Hihi.. 

      Sehinggalah ibuElly kawen, sebelum tu mmg kerap sgt bdan lebam².. Kalau duduk asrama, hostel, bgn pagi mesti ada la lebam².. Tapi sejak ibuElly kawen dgn husb, dah takde lebam² tu.. Smpai la skang umur pun dh 26..


      Benda ni biasalah kan, peak hour nya tgh² mlm.. Tu sbb org dulu² kata, x usah dok keluar rumah malam², benda² gitu bnyk berkeliaran.. Better duduk rumah diam² dan baca Quran ke lagi bagus.. 

      Tapi kan, berdasarkan kata² ustaz yg ibuElly selalu dok rujuk tu.  Katanya kalau waktu Subuh tu waktu bangun kita, bagi benda² halus ni, waktu Maghrib tu adalah waktu pagi diorang.  Itu lah sbbnya masa ibuElly kecik², ibu x bagi keluar time maghrib.. Menjerit dari dalam rumah suh masuk dah.  

     Dulu² xtau.. Tapi bila dh besar baru tau.. Pasal ustaz yg ibuElly dok sebut ni, ustz ni dh bnyk sgt tolong ibuElly masa lepas pantangkan Dahlia.. Lepas abeh pantang, ibuElly balik ke rumah sendiri.. Start duduk rumah sendiri, Dahlia mula kena kacau.. 

      Time Maghrib je, dia akan mula menangis smpai hilang sore la.. Lepas tu berjangkit pulak dgn si abg.. Iskandar lagi la, kalau nangis smpai sore pun dh jadi garau, bukan sore dia dah.. 

      Tu yg ikhtiar jumpa ustz tu.. Ustz ni pun ibu yg kenalkan. Sbb dok berubat makcik ibuElly skali masa tu.. Ustz ni so far mmg ibuElly percaya.. Sebab beliau hanya gunakan ayat Quran dan buat solat sunat depan kami.. 

      Masa adik ipar ibuElly lebam² badan pun, ibuElly bawak jumpa ustaz yg sama.. Alhamdulillah, adik ipar ibuElly pun makin baik skang.. Semua tu ikhtiar je, Allah juga yg menyembuhkan.. Betul tak?? 

      Ada banyak lagi ibuElly nk citekan.. Drpd yg tak seram sgt, smpai la yg meremang.. Korang nak ibuElly sambung tak?? 😬

Eh, ni kisah benar tau. Bukan rekaan.. Mmg real pengalaman drpd ibuElly sendiri.. 

Sunday, May 21, 2017

8:24 AM

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??
Nak Cegah Osteoporosis, Jangan Bersenam!!



      Memang ramai orang berpendapat suplemen tak diperlukan untuk cukupkan nutrisi, sebab boleh dapatkan daripada makanan. Fair enough kalau u setiap hari betul-betul makan ikut piramid makanan. Seimbang dengan karbo nya, proteinnya cukup, zat dan vitaminnya. Teruskan dengan diet anda.

      Dan kalau boleh educate masyarakat macammana bentuk makanan seimbang dan sihat tu. Sebanyak mana nak makan, apa makanan yang patut makan, apa yang patut ditinggal. Sebab dah banyak kajian membuktikan penyakit-penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis disebabkan oleh kekurangan zat, mineral dan antioksida dalam makanan.

      Satu lagi, kalau ya pun tak nak bagi orang makan suplemen, cakaplah fakta yang betul. Ada orang cakap, orang tak bersenam tak perlu ambik kalsium berlebih. Tak tahu maksud dia berlebih tu sebanyak mana. Sebab orang bersenam pun perlu ambil kalsium ikut keperluan.

      Fungsi kalsium untuk badan kita sangat banyak. Bukan untuk tulang saja. Dan banyak cara kalsium hilang dari badan, bukan dengan cara bersenam. As if orang tak bersenam, kalsium akan stay je dalam tulang dia. Kalau gitu senanglah nak CEGAH OSTEOPOROSIS, JANGAN BERSENAM.



      Tulang adalah sel hidup. Dia akan mati, dan ada sel baru akan dibuat. Tulang tu macam bank kalsium. Kalau tisu lain tak dapat kalsium yang dia nak, dia akan ambik daripada tulang. Jadi sapa nak ganti kalsium yang tisu lain dah guna tu?

       Nampak tak beza antara tulang sihat dan tulang org yg ada OATEOPOROSIS ni?? Takut kan tengok?? Punya lah banyak lopong² dalam tulang kita tu kalau tak dijaga dengan baik.. Sebab tulang ni sel hidup, benda  memang akn mati.. Apatah lagi tulang.. Bila dah banyak lopong², mulalah tulang pun dah tak berfungsi dengan baik.. 🙄🙄 apa yang kita boleh buat untuk isi balik lopong² tu?? Kena mula dari muda la ye.. Dah tua² dan sakit² teruk baru terhegeh² cari takde gunanya dah.. Bukan tak boleh, cuma kesannya lambat.. Pastu mula la org dok kata Shaklee ni tipu lah, tak berkesan lah.. Ate dah teruk baru cari, bila dh sakit cari UBAT aje, bukan SUPPLEMEN lagi dah!




      Antara supplemen yang bagus untuk elak OSTEOPOROSIS.. Kita ni kenalah jaga amanah yg Allah bagi iaitu nikmat kesihatan dan tubuh badan ni haa.. Ibarat org dah bagi pinjam, lepas tu korang tak jaga betul², konfim lah org tu marah kan?? Biasa kalau kita pinjam  org ke, atau ape² aje lah mesti kita jaga elok² dan pulangkan dlm keadaan elok dan bersih kan? Tu sebab masa kita meninggal pun, diri kita ni dibersihkan, dimandikan, celah² digosok kasi nersih, siaP buh pewangi lagi.. Ishhh, bukanlah pewangi or perfume yg kita dok pakai tu.. Nampak tak nak kembali pada Allah balik pun kena berwangi-wangian dan bersih?? Gitulah juga diri kita masa hidup di dunia.. 

      Nak makan apa saja boleh, tapi pastikan makanan sihat, seimbang, cukup semua zat supaya badan kita tak terdedah dengan penyakit merbahaya.. Tau tak punca² penyakit kronik adalah disebabkan kita yang tak jaga pemakanan?? Main hentam je makan, dah tu tak penah pulak buat detoks ke ape ke kan..  Toksin berkumpul banyak Sgt dlm badan.. lagi satu biarlah kita gemuk ke, comel Ke, gempal ke, jnji dalaman kita sihat.. Amalkan supplemen atau jamu kasi kuatkan metabolisma badan kasi senang turun berat.. Makin berusia metabolisma badn kita makin rendah tau..bila. metabolisma badan rendah, mmg susah sgt nk trunkan berat sbb toksin banyak sesangat dah dlm bdn dan usus tu.. Tak takut ke korang?? 

      Jadi jom, ubah gaya hidup Kome skang.. Mcm ibuElly yg mmg sibuK dgn urusan harian dan tak sempat  nk keluar beriadah dn setakat senam di rumah aje, bolehlah amalkan supplemen juga bagi bantu tingkatkan metabolisma badan dr dalam.. Memang bg sesetengah org, supplemen tak pentinG pun.. Membazir dan cukuplah setakat jaga makan aje.. Ok terpulang kalau boleh makan makanan seimbang dan cukup portion drpd PIRAMID NAKANAN, takyah la membazir beli supplemen kan.. 😆

      Nak tanya lebih lagi?? SambunG kat wasap ehh 017.560.4426.. Nitez! 

Pengedar Shaklee Ipoh
#ibuElly
017.560.4426
Shaklee Supervisor

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail