Journey of life: Alfalfa complex
Showing posts with label Alfalfa complex. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa complex. Show all posts

Monday, December 25, 2017

3:15 PM

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?
Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, ibuElly dah capai tahap phD dah dalam penyusuan ni. Kihkih. Alhamdullah, dikLia full menyusu badan sampai umo 2 tahun. Time Is je tak dan sebab masa Is setahun lebih, Dahlia dah ade dalam perut. So otomatik susu tak keluar dah. 😣

      Mommies yang baru bersalin, cuba sedaya susukan baby tau. Banyak sangat kebaikan yang babies bakal dapat kalau menyusu full selama 2 tahun ni. Anak² pun jadi lebih bijak in shaa Allah.

      Ni ibuElly nak share tips untuk BANYAKKAN SUSU BADAN  bagi mommies baru atau mommies lama. Tips ni universal tau, semua golongan mommies boleh pakai no worries.

1) TERUS MENYUSUKAN BABY SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN.

IbuElly dulu masa sampai je kad wad, terus bagi susu kat baby. Takde tunggu-tunggu dah. Haha. Sebenarnya ni petua ibu kepada ibuElly jugak ni. Kata beliau, ' kalau baby tu hisap je, in shaa Allah susu memang keluar '

      Memang betul pun! Kan kadang bila awal² menyusu dia keluar macam kuning² tu kan. Bukan warna putih? Haa yang tu dipanggil KOLESTRUM. Kolestrum tu bagus tau untuk kuatkan imun baby.

      Jangan rasa macam, ' eh keluar kuning² ni boleh bagi ke baby menyusu ni ' jangan! Just bagi je baby hisap. Mommies pun takde kena bengkak susu nanti tau.

2) RAJIN PAM DAN SUSUKAN BABY

Macam yang ibuElly bagitau tadi lah, bila rajin susukan baby, in shaa Allah susu tu akan sentiasa ada je tau. Sama jugak macam kita pam. Penuh je pam, pam je penuh. In shaa Allah susu akan sentiasa mengalir.

      Ni daripada pengalaman ibuElly sendiri eik. Kena ada konsep SUPPLY & DEMAND. Baby menangis je, terus sumbat bagi susu. Jangan dok bertangguh, dok nanti. Tu yang susu pun segan² je nak keluar.

3) BANYAKKAN MINUM AIR DAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Kalau ibuElly, air masak jela. Memang tak suka pun minum manis². Banyak buruk je dari elok tau. Alhamdulillah, minum air masak cukup, susu pun memang akan banyak.

      Makan makanan berkhasiat sikit eik mommies. Jangan makan benda bukan², takut anak tu tak tahan. Contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ni nasi, badam, bayam, susu ehhh macam² lagi lah!

      Lagi bagus kalau mommies dapat kenal pasti apa makanan yang menjadi MILK BOOSTER mommies. Macam ibuElly dulu, asal dapat makan nasi, memang susu akan mengalir dengan meriahnya!

      Ada yang makan lobak putih, susu dia banyak. Terpulang. Once dapat kenal pasti, amalkan terus sampai anak tu 2 tahun. In shaa Allah mommies akan dapat phD dalam penyusuan susu badan secara eksklusif ni!

4) KAWAL MINDSET

ehh, penting ke?! Haa jangan ingat menyusu baby ni senang ye. Penyusuan ni sebenarnya adalah permainan emosi antara ibu dan anak tau. Semua bergantung kepada emosi si ibu.

      Tu sebab, mommies kena enjoy dalam perjalanan hidup sebagai BF (Breast Freeding) ni. Memang bukan senang, tapi tak mustahil!

      Ubah mindset. Selalu cakap pada diri sendiri yang mommies boleh buat, yang mommies boleh susukan baby sampai lah cukup 2 tahun. Semuanya boleh jadi kalau kita serius fokus pada MINDSET kita tau.

      Mommies jugak takleh stress setiap kali nak menyusu baby. Benda² negatif yang mommies pikir masa susukan baby akan menyekat pengeluaran susu nanti. Pandang dan tatap babies korang dengan penuh kasih sayang.

      Bina pandangan dari hati ke hati dengan babies masa menyusu. In shaa Allah, susu akan otomatik jadi banyak bila mommies sendiri enjoy journey itu sendiri. 🤗

5) AMALKAN SUPPLEMEN YANG BETUL DAN BERKUALITI

Macam ibuElly sendiri masa aktif menyusukan Dahlia, ibuElly amalkan ESP & ALFALFA. Dua beradik ni sebenarnya juga merupakan SET ASAS PENYUSUAN tau. Ada yang amalkan Alfalfa je, ade jugak yang hanya amalkan Esp.

      Mana² pun takpe. Janji kena ada konsep SUPPLY & DEMAND tu. Kalau takde yang tu makanlah supplemen mahal macam mana pun memang takkan nampak hasil.

ESP ni sedap sebab boleh campur dalam minuman kegemaran mommies. 


Selain untuk merangsang pengeluaran susu, Alfalfa juga ada banyak khasiat lain tau. 

      Haa, tu antara tips yang ibuElly share kat korang. Benda² ni semua memang ibuElly amalkan masa dalam tempoh penyusuan badan secara eksklusif. Skang Dahlia pun dah 2 tahun 6 bulan dah. Dah capai phD! 

      Tips² ni hanya sebagai salah satu ikhtiar je tau. Semua result tak sama untuk setiap individu. Lain usaha lain resultnya. 

      Jadi mommies jangan putus asa eik. Teruskan perjuangan hingga anak capai 2 tahun! Bayangkan pahala yang bakal mommies dapat nanti! Good luck!

Kalau taktau nak cari Shaklee, pesan di SINI
Korang boleh juga terjah page fb ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh




   

Friday, December 22, 2017

2:54 AM

Tempat makan best di Ipoh!

Tempat makan best di Ipoh!
Assalamualaikum. 

      Korang yang bercadang nak datang ke Ipoh, mesti nak cari tempat makan best kan? Ni haa salah satu tempat makan yang korang WAJIB cuba! Nak² pulak kalau korang jenis yang sangat suka makan MEGGI! 

      tempat ni dekat sangat dengan Taman Meru. Meru skang maju woO! Ada Mydin, ada Bulatan Aman Jaya, ada MAPS, heii macam² lah! Bulatan Aman Jaya tu best, meriah sangat nak² kalau waktu malam! Dah kenyang makan kat kedai ni, menyinggah la kat Bulatan Aman Jaya ni pulak. 💖

Kedai ni biasa je. Dekat taman perumahan jugak, area rumah² kayu

      Kat sini memang menu utama dia meggi. Tapi ada je nasi². Sebab dengar ada orang order. Hahaha. Kami anak beranak biasanya memang makan meggi jela kalau datang sini. IbuElly paling suka meggi udang dia. Somi pulak suka meggi ketam. Renyah la nak makan ketam ni, tu pasal ibuElly lebih rela makan udang. 😝

Boleh tahan banyak la udang dia. Ni udang yang nampak, udang yang tak nampak kome tak tau

Air lemon. Dahlia suka sangat tau air ni. Sebab ada nata de coco

      Gambar meggi ketam tak dapat nak tunjuk sini. Sebab ada dalam fon somi. Somi pulak dah ke kl. Hahaha. Nak kena update cepat, nanti mulalah rasa malas. Harga dia ok la. Kami makan meggi ketam, meggi udang, meggi sup, meggi goreng, air lemon 2 gelas, air milo satu gelas dalam rm60+. Lupa dah harga sebab somi yang bayo. Hahaha

      Dah 2 3 kali jugak kami ke sini. Kalau teringin nak makan mwggi yang best, mesti mai sini. Meggi dia rasa macam mana tah. Taktau la nak gambarkan macam mana. Sedap lah! Korang boleh google je untuk location ke kedai ni. Taip MAGGI KETAM SHAM IPOH  

      penah jugak bawak family makan kat sini. Diorang semua puas hati! Memang terbaik sangat! 
Rumah hujung. Memang luas lah. Ni keadaan di tempat kejadian. Memang luas lah. Boleh bawak sdare mara dari jauh datang makan kat sini. Best tau. 

      Kami memang suka sangat keluar makan malam². Maklong lah, malam je sejuk dan nyaman sikit. Heiii kalau dah risau makan memalam tu telan aje lah HERB LAX & ALFALFA COMPLEX  . Sure pagi tu membuang dengan penuh nikmat! Dia keluarkan balik sisa yang tertinggal dalam usus dan juga toksin² yang berjaya dikumpul asbab makan memalam buta. Kahkah! 

      Tu pasal ibuElly steady kalo somi ajak makan memalam. Dah ade protection kata orang Thailand. At least, apa yang tak perlu dalam badan tu, Shaklee dah tolong singkirkan. Hehe. 

Terbaik! 

Ni pun best. Pegi mana² mesti bawak. 

Kalau korang berminat nak beli Shaklee, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 . IbuElly sedia membantu. 🤗





Tuesday, October 31, 2017

9:04 AM

Nasi Goreng Udang thorbaikk di Ipoh!

Nasi Goreng Udang thorbaikk di Ipoh!
      assalamualaikum sahabat2 blogger ibuElly.. alahai lamanya tak menulis, kejung dah jari jemari ni, hehehe.. ibuElly busy la sikit uruskan urusan harian.. kat fb dan ig rajin juga update, so pape korang boleh juga terjah fb ibuElly tu tau..

      tengok tajuk terliur tak?? ni bagi korang yg sangat2 menggemari udang la.. mana yg TAK BOLEH makan seafood tu, haa siap2 Alfalfa dan Omega Guard Shaklee sebagai pendinding.. in shaa Allah, takde ape yang teruk sangat kalau dah bersiap siaga dengan 2 perisai ni.. hehehe..

       ni lahh dia NASI GORENG UDANG power dulu, kini dan selamanya in shaa Allah.. kedai ni ibuElly ngan somi pegi sejak zaman kami boypren gepren lagi tau! dah 5 tahun, rasa dan warna MASIH SAMA! baru2 ni kami pegi makan sana, sikit pun tak berubah rasa dia.. udang pun gebu gebas macam udang ni dok telan ESP Shaklee hari2.. kahkah!

Rasanya dah jadi rm17.50/pinggan kot skang

      cuma harga lah dah naik gila2.. ingat lagi dulu masa 5 tahun lepas kalau tak silap harganya dalam rm7.XX something la sepinggan.. ni kelmrin somi kata dah nk dekat rm20 sepinggan! omg! tengok, nasi goreng udang legen ni pun dah naik harga.. apatah lagi kos sara hidup kita skang  ni kan,,

      mana ada yang murah lagi skang  ni.. melainkan BARANGAN COSMODERM je.. kahkah! so korang kena cuba tau nasi goreng udang ni kalau mai Ipoh.. landmarknya kedai ni BERHADAPAN DENGAN BANK ISLAM AREA PANGLIMA BUKIT GANTANG tu.. kedai dia memang tepi jalan je.. ada banyak deretan kedai kat situ, tapi kedai ni yang paling hujung, sebelah jalan raya tau..

      rugi tak try tau.. kawan2 ibuElly kalau ade yang datang dari jauh memang ibuElly akan bawak diorang datang makan kat sini.. hehe..cubalah nanti!

page Shaklee : Pengedar Shaklee Ipoh
page Cosmoderm : Cosmoderm IPOH
fb personal :  Elifa bt Ismail

Thursday, August 24, 2017

8:03 AM

vitamin SERBA BOLEH!

vitamin SERBA BOLEH!
      Assalamualaikum korang! Harini ibuElly nk cerita stu persatu ttg vitamin Shaklee.. Tapi bukanlah semua sekaligus dalam satu entry ni je. Jenuh tau nk taip! Hahahahahaha! 😝 so tgk pada tajuk, harini ibuElly nk cite ttg ALFALFA COMPLEX  .. ade yg penah mkn ke??

      Ramai juga dlm kalangan cust ibuElly yg amalkan Alfalfa ni.. Ada yg makan utk tambahkan susu badan, untuk turunkan berat, untuk ikhtiar atasi senggugut  dan mcm² lagi lah! Sebab vitamin Shaklee ni kebanyakannya semua punyai fungsi tersendiri tau.. Tu yg tak rasa rugi beli.. 😆

APA ITU ALFALFA??  

Alfalfa ni sebenarnya adalah tumbuhan tau.. Dulu² masa baru² kenal Shaklee haram tau pun Alfalfa ni tumbuhan.. Ingatkan binatang ke, pasir ke kan.. 😜 rupanya bila dh join biz, baca buku nutrisi Shaklee barulah tau ia adalah TUMBUHAN..

Ni haa rope Alfalfa Complex.. Mcm peronah nampak kat pasar raya. Ke ilusi semata? 

      ALFALFA - dikenali sebagai ' RAJA SEGALA TUMBUHAN '

alfalfa yang digunakan untuk menghasilkan ALFALFA COMPLEX SHAKLEE diambil dari tanaman di California yang BEBAS PESTISID, HERBASID dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia je tau. .

      Tumbuhan ni ambik masa sekurang-kurangnya 2 tahun tau untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk MENYERAP PELBAGAI NUTRISI! Haa kalau korang nak tau, semakin dalam tumbuhan atau akar tu ke dalam tanah, semakin banyak nutrien yg dapat diserap oleh tumbuhan tersebut.  

      Alfalfa ni juga berfungsi tau untuk membantu seimbangkan tahap keasidan dalam tubuh.  Badan kita ni kalau terlalu berasid sgt, tak bagus tau.. Haa mula la mcm² toksin akan melekat pastu mcm² la penyakit kronik dok dtg.. 

      Alfalfa ni sangat BERALKALI  dan sebab tulah ia berupaya menyingkirkan lebihan toksin yg tak diperlukan oleh tubuh badan kita ni.. Yela kau dh mkn mcm², badan pun kdang² dh x mmpu nak tolong singkir sama, so kena minta bantuan juga.. 

TESTIMONI PENGAMAL ALFALFA  

Kena konsisten la ye.. Makan seminggu pehtu nk flawless mana maunya! 

Cust ibuElly yg amalkan Alfalfa

      Ada lagi, malas btul nk scroll cari balik.. Hahaha.. Tak kurang juga ada yg bagi testimoni time sembang²..😝 ate mana nk ade testimoni bertulis dh kalau ckp mulut je kan.. Kihkih.. Ade cust bagitau :

' Kak, Alfalfa tu mmg boleh turunkan berat eikk? Tak sangka makan untuk lain, benda lain yg dapat.. Alhamdulillah sgt la kak.. '

      Kihkih.. Cust ni asalnya nk mkn untuk kurangkan masalah senggugut dia.. Masalah senggugut masih lagi tak berapa ok, tapi berat dia pulak yg turun! Untuk senggugut ibuElly cadangkan ambil GLA COMPLEX & OSTEMATRIX.  dua ni mmg bagus utk PMS 😉

      Untuk Alfalfa ni, ibuElly rasa korang yg nk turunkan berat, nak singkirkan toksin bagus sangat cuba Alfalfa ni tau.. Bukan untuk tu je, untuk ibu menyusu  pun boleh tau! Bantu TAMBAHKAN SUSU BADAN IBU²..

KHASIAT DAN MANFAAT ALFALFA COMPLEX SHAKLEE  

Tak larat dah nak taip.. Hahahahahah! Hopefully korang boleh paham ye

Ok lahh.. Koranng boleh like page fb Shaklee ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh

ATAU 

boleh contact ibuElly kat wasap 0175604426 tau.. Tatatatatatata!