Journey of life: Herb Lax
Showing posts with label Herb Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb Lax. Show all posts

Wednesday, February 14, 2018

8:12 PM

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!
Assalamualaikum korang

Masya Allah sibuk minggu ni. Anak masuk wad pulak. Paru-paru dan darah dijangkiti kuman. Alhamdulillah tak teruk. Sebab cepat bawak ke hospital.

      IbuElly dah 4 hari di hospital Pantai ni haa. Letih sebab duduk wad keje nak terlepek je. Haha. Kat umah ade jugak buat zumba dan exercise. Berpeluh sikit. Dok wad ni memang bersenang-lenang sungguh!

     Sungguhpun dok lam spital lama, ibuElly tetap tak lupa. Tak lupa bawak Cosmoderm dan Shaklee lah! Yela, dah biasa kot buat hari-hari. Takkan kerana warded di hospital, terus tinggal semua tu pulak kan!

Serum takde, dah bagi ibu. Nanti kita bukak baru

Disebabkan ibu kepada ibuElly pun terpegun dengan kulit ibuElly baru-baru ni, ibuElly pun bagi lah SERUM merah yang baru bukak tu kat ibu. Sebab masa tu stok dah habis semua. 

      Kena tunggu stok sampai baru boleh bagi ibu. Lama la pulak. Tu yang bagi terus ibuElly punya yang baru bukak tu. 

     Untuk Shaklee pulak, ibuElly bawak HERB LAX, LECITHIN & VITA C  buat bekalan kat sini. Tu pun tak makan dah 2 hari. Lepas tu mintak somi bawakkan dari rumah semua vitamin tadi. 

      Yela, tak boleh tahan wei. Tak makan vitamin TAK BOLEH nak membuang! Sebab ibuElly kurang minum air masak kat sini. Yela, wad ni sejuk wehh! Tak gamak nak minum banyak, konfem ke tandas je keje. 

      Alhamdulillah, malam tadi telan lecitihin dan Herb Lax, pagi ni membuang dengan jayanya! 2 kali pulak tu! Kalau tidak jenuh la parasit semua berkerak dalam usus ni wei. IbuElly memang tak boleh kaalu tak membuang sehari. Rasa tak keruan! Hahaah

      Anak ibuElly ni masuk dari Isnin malam lagi. Now dah khamis. Adeh da lah cuti Chinese New Year ni. Banyak aktiviti yang family dah plan. Tapi nampak gayanya memang kena mereput kat umah jela. 

      Doc dah pesan jangan asyik keluar sangat, udara tak bersih. Puncanya sebab demam dia la on off dah 4 hari. Tu yang bila suhu naik mendadak ibuElly terus bawak ke hospital. Kang jadi benda lain pulak kan. Tapi alhamdulillah sebab bawak cepat, takde yang serius pun. 

      Alhamdulillah, dalam dok lam wad pun. Ada juga customer bank in untuk beli barang. Terima kasih la ye sudi bermuamalah dengan ibuElly. Allah saja yang dapat balas budi! 

Friday, December 22, 2017

2:54 AM

Tempat makan best di Ipoh!

Tempat makan best di Ipoh!
Assalamualaikum. 

      Korang yang bercadang nak datang ke Ipoh, mesti nak cari tempat makan best kan? Ni haa salah satu tempat makan yang korang WAJIB cuba! Nak² pulak kalau korang jenis yang sangat suka makan MEGGI! 

      tempat ni dekat sangat dengan Taman Meru. Meru skang maju woO! Ada Mydin, ada Bulatan Aman Jaya, ada MAPS, heii macam² lah! Bulatan Aman Jaya tu best, meriah sangat nak² kalau waktu malam! Dah kenyang makan kat kedai ni, menyinggah la kat Bulatan Aman Jaya ni pulak. 💖

Kedai ni biasa je. Dekat taman perumahan jugak, area rumah² kayu

      Kat sini memang menu utama dia meggi. Tapi ada je nasi². Sebab dengar ada orang order. Hahaha. Kami anak beranak biasanya memang makan meggi jela kalau datang sini. IbuElly paling suka meggi udang dia. Somi pulak suka meggi ketam. Renyah la nak makan ketam ni, tu pasal ibuElly lebih rela makan udang. 😝

Boleh tahan banyak la udang dia. Ni udang yang nampak, udang yang tak nampak kome tak tau

Air lemon. Dahlia suka sangat tau air ni. Sebab ada nata de coco

      Gambar meggi ketam tak dapat nak tunjuk sini. Sebab ada dalam fon somi. Somi pulak dah ke kl. Hahaha. Nak kena update cepat, nanti mulalah rasa malas. Harga dia ok la. Kami makan meggi ketam, meggi udang, meggi sup, meggi goreng, air lemon 2 gelas, air milo satu gelas dalam rm60+. Lupa dah harga sebab somi yang bayo. Hahaha

      Dah 2 3 kali jugak kami ke sini. Kalau teringin nak makan mwggi yang best, mesti mai sini. Meggi dia rasa macam mana tah. Taktau la nak gambarkan macam mana. Sedap lah! Korang boleh google je untuk location ke kedai ni. Taip MAGGI KETAM SHAM IPOH  

      penah jugak bawak family makan kat sini. Diorang semua puas hati! Memang terbaik sangat! 
Rumah hujung. Memang luas lah. Ni keadaan di tempat kejadian. Memang luas lah. Boleh bawak sdare mara dari jauh datang makan kat sini. Best tau. 

      Kami memang suka sangat keluar makan malam². Maklong lah, malam je sejuk dan nyaman sikit. Heiii kalau dah risau makan memalam tu telan aje lah HERB LAX & ALFALFA COMPLEX  . Sure pagi tu membuang dengan penuh nikmat! Dia keluarkan balik sisa yang tertinggal dalam usus dan juga toksin² yang berjaya dikumpul asbab makan memalam buta. Kahkah! 

      Tu pasal ibuElly steady kalo somi ajak makan memalam. Dah ade protection kata orang Thailand. At least, apa yang tak perlu dalam badan tu, Shaklee dah tolong singkirkan. Hehe. 

Terbaik! 

Ni pun best. Pegi mana² mesti bawak. 

Kalau korang berminat nak beli Shaklee, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 . IbuElly sedia membantu. 🤗





Saturday, December 2, 2017

7:53 AM

Arghh sembelit! Apa nak buat??

Arghh sembelit! Apa nak buat??
      Aduh, rasa sebu je perut bila 2 3 hari tak membuang kan. Rasa tak tentu arah je kalau sehari tak membuang. Tu lah yang ibuElly rasa skang sejak amalkan Shaklee. 😝

      Alhamdulillah, sejak amalkan Shaklee ibuElly rasa membuang pagi² tu dah jadi rutin WAJIB! Sehari tak membuang mesti resah gelisah je rasa. Rasa tak sempurna hidup ni sehari tu tau kalau tak ke jamban. 😝

      Tu yang bestnya Shaklee! Korang akan dapat rasa kesan positif bila konsisten amalkan vitamin Shaklee ni. Ingat ya, ubat kita makan ketika sakit, manakala vitamin kita amalkan setiap hari untuk cukupkan nutrisi dalam badan kita. Kalau diizinkan Allah, dapat cegah penyakit merbahaya juga.

      IbuElly nak share 2 jenis vitamin yang kalau korang makan, mesti akan membuang serta merta esoknya. 💪 Memang tak mengecewakan ibuElly langsung lah sejak setahun lepas. 😍

      Dua vitamin tu adalah : Herb Lax & Ostematrix.  Dua² ada keistimewaan dan kelebihan masing². Dua² ibuElly dah makan dan rasa macam mana kesannya kat badan ibuElly ni haa. Memang terbaik sangat² Ostematrix dan Herb lax ni tau! Setiap kali habis, WAJIB segera topup.

      Untuk Herb Lax  ni, lelaki dan perempuan boleh amalkan. Tambah² korang yang memang sejenis makhluk yang sangat² susah nak membuang tu. Recommended sangat! Herb Lax ni yang tak boleh makan IBU HAMIL & IBU BERPANTANG.  Bukan apa sebab Herb Lax ni fungsi dia agak kuat sikit, lebih kurang macam julap la. Sebab bila makan malam tu esok paginya mesti lebih 2 kali la membuang. Kalau ibuElly la. Kihkih.

Nak senang membuang, sila amalkan Herb Lax

      Ostematrix  pulak lebih sesuai untuk IBU HAMIL & BERPANTANG serta mereka yang ada masalah lenguh² badan, kebas², sakit² & lenguh² tulang. Apa yang bestnya pasal Ostematrix ni dia BUKAN hanya kalsium semata-mata tau. Dia ada sekali Vitamin D yang mana membolehkan kalsium diserap dengan baik oleh tulang² kita. Bahan lain pun ada jugak ibuElly tak ingat la sebab dok kat kampung ni. Hahaha. So tulis apa yang terlintas di kepala je. Makan Ostematrix ni jugak akan buatkan korang SENANG SANGAT MEMBUANG KEESOKAN PAGINYA. 🤗🤗 Means 2 in 1 la. Sakit² pinggang pun berkurang, membuang pun girang!

Favourite sekarang! Sebab sakit² pinggang kesan epidural bersalin czer hilang! 

      Macam mana la ibuElly tak sayang dengan Shaklee ni kan. Makan untuk benda lain, tapi manfaat lain yang kita boleh dapat. Memang terbaik lah habaq ang! Mak mentua dan adik ipar ibuElly pun makan tau. Bila kita dah pernahp

Korang boleh je contact ibuElly kat 017.560.4426 atau like page di facebook Pengedar Shaklee Ipoh atau ig, @elifaismail 🙋🙋