Staycation in Ipoh! ❤️ - Journey of life

Saturday, April 4, 2020

Staycation in Ipoh! ❤️

Assalamualaikum korang? Apa khabar? Ya Allah lega sangat lepas dapat recover blog lama ke blog baru. Gara-gara kuterlupa nak renew domain tempoh hari. Adeh. Tak pasal-pasal semua entry dari blog lama dah tak boleh jumpa kalau orang cari. Nasib baik ada adik Nurul yang expert guna blog ni ajarkan kakak yang buta IT ni. Kihkih. Makanya, selamat lah semua entry lama ditransfer ke blog baru ni!

      Haa, happy tak dapat tengok ibuElly balik? kihkih. Ala gurau pun tak boleh la korang ni. Emm tak sangka tahun 2020 ni tahun satu dunia kena berkurung duduk di rumah. Satu dunia ok, bukan satu Malaysia je. Kat sini ibuElly pun tak pasti dah masuk minggu ke berapa dah PKP a.k.a Movement Restriction Order (MRO) ni haa. Hadap jela kan. Duduk rumah je pun, bukan kena kerah buat kerja berat-berat.

      Haa alang-alang takde buat apa sangat di rumah ni pun, ibuElly ambil kesempatan untuk update entry tahun lalu. (sebab dalam draft lagi). Hahaha. Tapi waktu sekarang tak dapat la nak staycation ye. Duduk je rumah tu diam-diam. Jangan nak menggatal keluar kalau takde urusan penting nak buat. Nak tengok tak hotel menarik dan mampu bayar yang ibuElly pergi hujung tahun lepas? 

jom cekidaut!

 

kat Ipoh je ni tau. Dekat-dekat dengan roundbout stadium Ipoh


Masa nak masuk ni kan, rasa macam tetamu VIP sangat. Dia tak macam hotel, lebih kepada macam rumah. Bukan homestay ye. Homestay lain. Kinta Bali Villa ni tak tahu nak describe macam mana.


Lepas habis PKP ni teringin nak staycation satu dua malam kat luar, boleh try pi sini. IbuElly book kat Agoda. Dapat harga rm142/night. Ok la kan setakat nak release tension. Hihi.


Reception

Ok mula-mula memang ibuElly bayang ni hotel biasa yang bertingkat-tingkat. Sebab masa book kat Agoda tak perasan dia tulis perkataan ' Villa ' tu tau. Memang tak sangka gila la bila sampai-sampai je, macam tu keadaan dia. Bayangkan masa ibuElly check in pukul 3 petang tu, TIADA TETAMU LAIN DALAM VILLA TU OK SELAIN KAMI 3 BERANAK (ayah deme masa tu di carwash, belum tutup kedai lagi). Maka kami pun selamba jela masuk, Nasib baik masa tu ada adik ibuElly yang kerja di hotel berdekatan situ (Mroof Hotel). Dia pun baru habis shift, so ajak dia teman jap sementara tunggu somi ibuElly sampai.

      Tak lama pun, lepas beberapa jam suami ibuElly pun sampai dan adik pun balik. Asalnya saja nak buat surprise sebab malam tu kami gaduh teruk. Hahaha. Tu fikir apa la salahmya kalau ibuElly beralah dan cuba untuk pulihkan keadaan. Well, anak sulung kan, sentiasa cuba cari jalan keluar untuk taknak lama-lama sangat dalam masalah. Hahaha.

      Ada lagi gambar meh layan dulu,


Kami ambil bilik double aje, 


Keadaan ruang tamu. Adeh terbalik pulak, patutnya letak gambar yang ini dulu. Tapi belasah jela. hahaha.


Design dindinh ni nampak macam kat mana tah. Macam rumahlama pun ada. Tapi serius cantik tau.



Rasanya korang memang boleh tempah tempat ni untuk buat majlis. Sebab memang ada je props dan tools menarik. Meh cuci mata lagi tengok gambar gambar yang lain.



barang-barang lama dan rare ada kat belakang villa ni, Kena rajin berjalan dan explore. kami pusing sampai habis. Hahaha.


Zaman bila punya radio daaa.


Ni kat sebelah villa yang kitaorang book. ada satu lagi villa besar kat sebelah. Yang ni rate dia mungkin mahal sikit. Memang nampak seram sebab takde orang. Tapi actually ok je.


Pemandangan belakang villa atas tadi ni. 


Nampak tak Viva putih tu? Haa tu kereta ibuElly. Villa yang ibuElly book yang itu. Ni pemandangan dari villa satu lagi.


Ni view dalam villa yang ibuElly book


View dalam villa. Dalam villa ni ada banyak lagi bilik lain. 



Kunci pintu utama

      Ok, ni lagi satu ibuElly nak cerita. Memandangkan kami check in waktu weekdays (Isnin), Jadi memang kami lah satu-satunya keluarga yang menginap kat sini. Serius mula-mula rasa pelik sebab takkan takde orang lain kan. Hotel kot! Tapi tu lah setelah berfikir dengan waras, kami decide untuk buat tak tau je.

      Kami kunci je pintu dan buat hal kami je dalam bilik. Memang malam tu ada kami je, Takde orang lain yang check in. Baca macam seram kan? Receptionist dia pun takde. Balik rumah gamaknya. Malam tu dalam pukul 10 malam lebih kami keluar ambil angin jalan-jalan Ipoh. Memang lengang sikit sebab hari orang bekerja. Bukan weekend kan. Lagi satu even dalam villa ni ada lagi bilik lain, tapi tetamu takde kunci atau access ke bilik lain tau. Kunci bilik yang kita dapat tu hanya boleh bukak bilik kita je. So obviously dia BUKAN HOMESTAY YE!

      Receptionist dah bagi kami siap-siap remote pagar dan kunci pintu utama. So bila kami balik hotel tu kan, dengan pagar buka sendiri lepas ibuElly tekan remote, feeling macam balik rumah sendiri pulak. Hahahaha. memang pengalaman yang sangat berharga. Tak perlu ke luar negeri pun nak release stress. Dekat dengan rumah pun boleh, janji kau ada duit. Hihihi.

      Review ibuElly, ibElly bagi 4.9 bintang kat sini! Memang sangat tenang dan nyaman bagi korang yang taknak serabut dan nak tenangkan fikiran lepas stress dengan hidup. Kihkih.

      Nanti dah habis PKP, boleh search kat Agoda KINTA BALI VILLA dan check in satu ke dua malam ke. Kalau ada rezeki, boleh la korang sekeluarga je check in kat situ tanpa ada gangguan daripada manusia lain. Ala korang baca-baca la apa-apa doa sikit sebelum masuk tu. Macam tak biasa kan. Im shaa Allah makhluk-makhluk halus yang lain takde kat sini. Banyak-banyakkan berdoa dan baca ayat-ayat suci ye.

Ok, sekian sahaja cerita sempena meraikan blog baru ni. nanti ada masa kita cerita lagi ok? Jaga diri, daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


No comments:

Post a Comment