Diam seorang Isteri - Journey of life

Tuesday, November 12, 2019

Diam seorang Isteri

Sering para suami abaikan diamnya seorang isteri ni. Isteri yang sebelum-sebelum ni seorang yang ceria, happy go lucky, sentiasa tersenyum, tibatiba bertukar  menjadi seorang yang pendiam, dan suka marah-marah.

      Tidakkah suami mengerti sang isteri memerlukan perhatian? Tidakkah suami-suami mengerti bahawa isteri anda terlalu letih dan penat? Tidakkah suami-suami cakna akan emosinya yang sudah semakin tenat?

      Menjadi seorang wanita bergelar isteri sama ada isteri bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa, bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Luarannya, semua wanita nampak gagah. Mampu menggendong seorang bayi selama 9 bulan, mampu menahan sehingga kebih 50 del kesakitan, yakni bersamaaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Setelah melahirkan, kena berpantang pula. Menyusukan bayi, menjaga anak-anak kecil yang lain, dan dalam masa yang sama, harus bertungkus-lumus menyediakan keperluan keluarga. Berehat namun otak dan fizikalnya ligat!

      Itu lah keajaiban wanita! Dunia harus mengiktiraf LAPAN PERKARA AJAIB DI DUNIA dan bukannya hanya tujuh. Perkara ajaib yang ke-8, merupakan WANITA!! 

      Sunnguh aku kagum dengan ibuku, opahku, nenekku dan semua wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu di luar sana. Sanggup berkorban apa-apa sahaja demi menjaga keluarga. Walaupun kadang kala, sesiapa pun tidak cakna, apatah lagi menghargai.

      Tatkala seorang isteri diam dan mengambil keputusan untuk membisu, yang mana, ia lain daripda kebiasaannya, para suami tolong. Tolong ambil tahu. Jangan lah dibalas diam isteri dengan diam juga. Cubalah sedaya upaya membantu isteri apa-apa yang patut, sekali-sekala hadiahkan si isteri dengan apa-apa sahaja hadiah yang mungkin disukainya (sebenarnya si isteri suka apa-apa sahaja yang dihadiahi suaminya walau hanya sekadar sekuntum bunga plastik beserta note rm20)

Isteri anda penat. Lelah. Tangki emosinya mungkin sudah pecah. Barangkali penat dengan segala kerenah. Kerenah anak-anak, kerenah suami, kerenah ahli keluarga suami mahupun kerenah ahli keluarganya sendiri. Semuanya isteri hanya simpan sendiri. Kerana si suami mengambil keputusan berdiam diri.

      Di manakah rasa kasih dan cinta sewaktu kali pertama perkenalan kalian berdua? Di manakan 'affection' yang pernah diberikan kepada si isteri ketika pertama kali ingin menawan hatinya? Di manakah pandangan rasa penuh cinta yang pernah dihalakan pada si isteri sewaktu pertama kali diijabkabulkan? Di mana? Di mana?

      Para isteri tidak memerlukan seseorang yang sempurna. Kerana kesempurnaan hanyalah pada Allah S.W.T sahaja. Namun,cubalah. Cubalah sekurang-kurangnya mengerti perasaan mereka, selami emosi mereka, berada bersama-sama dengan mereka ketika diperlukan. Hanya semudah itu sahaja yang dipinta.

      Tidak kasihankan para suami kepada suri hati yang pernah menjadi tarikan paling utama suatu ketika dahulu? Sudah hilangkan 'affection' yang dulu? Sudah bosankah melayan kerenah suri hati yang merengek inginkan perhatian suaminya yang hanya sibuk denga telefon bimbit, kerja dan juga  kawan-kawan?

      Jika begitu, baiklah tiada daripada ada. Baiklah si isteri berusaha merawat hati sendiri, cari duit sendiri, jaga hati dan perasaan sendiri tanpa suami. Ada pun seperti tiada. Hanya menangguk di air yang keruh.

Maka, diamnya seorang isteri tidak perlukah perhatian daripada suami?

Bukan kisah sebenar, hanya gambaran kehidupan dan pengalaman melihat sekeliling...
 

No comments:

Post a Comment