April 2020 - Journey of life

Thursday, April 16, 2020

9:45 PM

Betul ke tanda putih kat kuku ni, orang suka kat kita?

Betul ke tanda putih kat kuku ni, orang suka kat kita?
      Selalu dengar dulu-dulu. ' Eh, banyaknya tanda putih kat kuku kamu? Mesti ramai peminat ni! '

Hampeh! Dulu-dulu memang tak tahu. Main percaya je mitos tu kan. Hahahaha. Tapi sebenarnya korang tau tak kenapa kuku kita ada keluarkan warna putih-putih gitu?

Jom kita check it out!


Ni memang kuku ibuElly, tpi dah iolss ni sihat walafiat alhamdulillah, iolss edit la bagi kaler putih. Kihkih

APA SEBABNYA ADA BINTIK-BINTIK PUTIH DI KUKU NI YE? TANDANYA KITA SIHAT KE TIDAK?

  1. Tanda kekurangan zinc di dalam badan

    - Kekurangan Zinc di dalam badan boleh menyebabkan depresi
    - Lemah daya ingatan
    - Mudah dapat sakit
    - Luka lambat pulih
    - Pembengkakan prostat
    - Anemia
    - lemah penglihatan
    - hilang daya ingatan
      Haa tu yang ibuElly baca la. Ada betulnya juga kan? badan kita menunjukkan perubahan, bukan saja-saja tau. Ada sesuatu yang badan kita nak bagitahu. Yela badan kita bukan macam mulut murai ttu kan. Yang boleh inform kita kalau ada apa-apa jadi. Jadi dengan cara inilah badan kita cuba berkomunikasi dengan kita tau.

      ibuElly nak cerita pasal zink la sebenarnya. Hahah. Sebab sekarang ni ibuElly pun makan Zink ni. Memang sejak makan Zink ni kan, takde dah tau nampak kuku ibuElly ni putih-putih macam dulu-dulu. Pink-pink je sentiasa kukuku. Yummy!


Stok makan sendiri

      Apa yang membuatkan Zink Shaklee berbeza dengan Zink jenama lain di luar sana?

Zink dari Shaklee ni dirumus dari zink glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Zink sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ia berkesan tau dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. Jadi takde la toksin-toksin ni bersarang lama dalam tubuh kita. Korang pun tau kan, toksin tak elok lama-lama di dalam badan. Lama-kelamaan dia akan merosakkan sel dan fungsi organ dalaman kita.

Apa manfaat zink ni ye untuk tubuh badan kita?

Mengaktifkan 200 jenis enzim : 
Zink ni berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Kiranya macam dia bantu bagi sel ni cepat tumbuh balik. Ia juga mengaktifkan lebihh 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk kolagen :
Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

Memperbaiki diabetes :
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Mempertingkatkan sistem imun :
Membantu pengeluaran kalenjar thymus. kalenjar ni dapat mempertigkatkan sistem imun atau antibodi badan dengan pengeluaran T cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Owh patutlah stok zink ni dah sold out kat HQ!

Mempercepatkan pemulihan luka :
cMempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, haa yang kalau lepas bersalin secara normal amhupun czer tu elok sangat la makan zink ni haa. Ia juga boleh memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zink dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan lagi pemulihan luka tu tau. (tips bagus ni)

Memperbaiki masalah prostat :
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh  keadaan kerap kencing. Kalau korang nak tau ibuElly memang sejak dari bangku sekolah lagi jenis kerap kencing. memang renyah weh tapi nak buat macam mana kan. Kalau tahan lagi la sakit. Patut lah sejak makan zink 3-4 bulan ni dah takde dah rasa kerap nak kencing! Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%!

Kemampuan seks lelaki :
Pengambilan zink untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Ovulasi wanita :
Wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu PENGUCUPAN UTERUS serta mengembalikan daya ketahanannya.

Memperbaiki radang kulit :
Kajian menunjukkan pengambilan zink sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Wow, ni iolss suka!

Mengekalkan deria bau :
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

      Selain dari tu, ibuElly nak tegaskan yang zink ni memang sangat bagus kalau diambil oleh kaum lelaki. Sebab apa? 

Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi (pengurangan) yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan keguguran rambut. Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Jadi korang yang rasa nak cuba bantu badan korang baikpulih kesihatan diri sendiri, boleh cuba ambil zink dulu. Zink dalam produk Shaklee ni pun murah je weh tak mahal mana pun. Apalah sangat melabur untuk kesihatan diri kan. Emas yang berpuluh puluh ribn mampu, Shaklee yang puluh-puluh atau ratus-ratus takkan tak mampu. Hehehe

So korang rasa sekarang ni bintik-bintik putih pada kuku tu tanda ramai peminat ke? Korang fikir lah sendiri ye 


packaging lama


Jangan ingat barang tiruan pulak,. Shaklee tak pernah ada produk tiruan ok!

ibuElly agen Shaklee kawasan Ipoh Perak tau. Waktu PKP ni jangan la menaruh harapan tinggi nak produk cepat melainkan ibuElly memang ada ready stok produk tu. Hehe. Korang boleh contact ibuElly kat SINI tau. Jangan malu-malu ye. ibuElly makan nasi je. Tak makan orang. Hehe. Instagram ibuElly korang boleh tengok kat profile blog tau. kat facebook pun korangboleh cari ibuElly kat SINUN . Nak lagi? Ok2 boleh scroll page facebook juga tau kat SININ. Ok bye!
 
DAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA DI SINI

Saturday, April 11, 2020

7:40 AM

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?
      Assalamualaikum korang. Apa khabar? Sihat ke semua? Duduk rumah je tau. PKP dilanjutkan lagi haa sampai 28 April 2020. Bertabah jela kita semua. IbuElly pun keje sendiri je ni haa dengan suami. Kami patuh pada PKP. Daripada anak-anak jadi mangsa kan, Baik kita beringat. Virus ni tak kenal budak-budak ke dewasa ke  orang kaya ke miskin ke. Dia rasa senang, haa dia masuk je dalam badan orang tu.

      Eh, maaf lah. Panjang pulak bebel. Hahahaha. IbuElly ada berita baik untuk korang ni. IbuElly ambil keputusan nak buat comeback! Yer, ibuElly nak onz balik produk Shaklee yang terkubur sekejap masa 2019 itu hari. Malas nak cerita banyak. Asal korang tahu yang ibuElly  jual Shaklee sudah. kalau nak, jangan lupa roger ibuElly kat LINK ni tau?

      Dah setahun ibuElly tak aktif berShaklee, rupa-rupanya banyak yang dah terjadi tau. Salah satunya adalah KEAHLIAN SHAKLEE YANG SEKARANG MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA! Haa, best kan? Sebab dulu harga dia rm68 tau tak silap ibuElly dulu. Dah la tu, KEAHLIAN SHAKLEE PUN PERCUMA je sekarang ni. Dengan syarat, MESTI BUAT BELIAN 3 BULAN SEBELUM BULAN BIRTHDAY korang. Haa baru korang layak claim renewal Shaklee secara percuma!


See, mudah kan sekarang?

      Haa korang nak tak join member Shaklee dengan ibuElly? ibuElly boleh guide dari alif sampai ya tau. Nak tanya apa, tanya je. Bukan itu je, promosi tiap-tiap bulan masih ada macam biasa. Tiap-tiap bulan promo lain-lain tau. Sangat-sangat beruntung korang grab vitamin Shaklee dengan harga ahli. Sangat jimat!


Haa lupa nak inform korang. Vitamin Shaklee sekarang ni pun banyak yang dah tukar baju baru tau. Hehehe. Setelah beberapa zaman mereka asyik berbaju lama. Kini mereka tampil dengan baju baru. Lebih seksi dan comel. Hehehe. Ni order repeat customer ibuElly . Beliau memang rajin repeat dua-dua vitamin ni tau. Umur dah 50-an pun, kulit sangat dia cantik sangat. Licin mulus je tau! dari ibuElly aktif berShaklee, stop kejap, sampai la ibuElly buat comeback. Masih setia repeat vitamin Shaklee dengan ibuElly!

      ibuElly tak sangka juga beliau ni masih amalkan vitamin. Ingatkan dah stop. Heheh. Btw, customer ni ada pangkat Datin tau. Tapi sangat low profile dan lembut tutur kata. Memang rezeki sangat ibuElly dapat customer Shaklee baik macam beliau. Dan beliau dah selamat register ahli Shaklee. Hehehe. Alhamdulillah, syukur nikmat!


Haa, comel kan baju baru Vitamin C SR? Aummm!!

      Amacam? korang takkan tak tergoda dengan Shaklee versi baru? Harga ahli dah murah, renew percuma, vitamin dah banyak tukar baju baru. Nampak lebih comel dan eksklusif sangat! Jom kalau nak daftar Shaklee, cari ibuElly ye?

Jom contact ibuElly kat nombor 017 560 4426 atau boleh scroll ig yang ada kat page utama tu tau.. Daaaaa



Saturday, April 4, 2020

10:05 PM

Staycation in Ipoh! ❤️

Staycation in Ipoh! ❤️
Assalamualaikum korang? Apa khabar? Ya Allah lega sangat lepas dapat recover blog lama ke blog baru. Gara-gara kuterlupa nak renew domain tempoh hari. Adeh. Tak pasal-pasal semua entry dari blog lama dah tak boleh jumpa kalau orang cari. Nasib baik ada adik Nurul yang expert guna blog ni ajarkan kakak yang buta IT ni. Kihkih. Makanya, selamat lah semua entry lama ditransfer ke blog baru ni!

      Haa, happy tak dapat tengok ibuElly balik? kihkih. Ala gurau pun tak boleh la korang ni. Emm tak sangka tahun 2020 ni tahun satu dunia kena berkurung duduk di rumah. Satu dunia ok, bukan satu Malaysia je. Kat sini ibuElly pun tak pasti dah masuk minggu ke berapa dah PKP a.k.a Movement Restriction Order (MRO) ni haa. Hadap jela kan. Duduk rumah je pun, bukan kena kerah buat kerja berat-berat.

      Haa alang-alang takde buat apa sangat di rumah ni pun, ibuElly ambil kesempatan untuk update entry tahun lalu. (sebab dalam draft lagi). Hahaha. Tapi waktu sekarang tak dapat la nak staycation ye. Duduk je rumah tu diam-diam. Jangan nak menggatal keluar kalau takde urusan penting nak buat. Nak tengok tak hotel menarik dan mampu bayar yang ibuElly pergi hujung tahun lepas? 

jom cekidaut!

 

kat Ipoh je ni tau. Dekat-dekat dengan roundbout stadium Ipoh


Masa nak masuk ni kan, rasa macam tetamu VIP sangat. Dia tak macam hotel, lebih kepada macam rumah. Bukan homestay ye. Homestay lain. Kinta Bali Villa ni tak tahu nak describe macam mana.


Lepas habis PKP ni teringin nak staycation satu dua malam kat luar, boleh try pi sini. IbuElly book kat Agoda. Dapat harga rm142/night. Ok la kan setakat nak release tension. Hihi.


Reception

Ok mula-mula memang ibuElly bayang ni hotel biasa yang bertingkat-tingkat. Sebab masa book kat Agoda tak perasan dia tulis perkataan ' Villa ' tu tau. Memang tak sangka gila la bila sampai-sampai je, macam tu keadaan dia. Bayangkan masa ibuElly check in pukul 3 petang tu, TIADA TETAMU LAIN DALAM VILLA TU OK SELAIN KAMI 3 BERANAK (ayah deme masa tu di carwash, belum tutup kedai lagi). Maka kami pun selamba jela masuk, Nasib baik masa tu ada adik ibuElly yang kerja di hotel berdekatan situ (Mroof Hotel). Dia pun baru habis shift, so ajak dia teman jap sementara tunggu somi ibuElly sampai.

      Tak lama pun, lepas beberapa jam suami ibuElly pun sampai dan adik pun balik. Asalnya saja nak buat surprise sebab malam tu kami gaduh teruk. Hahaha. Tu fikir apa la salahmya kalau ibuElly beralah dan cuba untuk pulihkan keadaan. Well, anak sulung kan, sentiasa cuba cari jalan keluar untuk taknak lama-lama sangat dalam masalah. Hahaha.

      Ada lagi gambar meh layan dulu,


Kami ambil bilik double aje, 


Keadaan ruang tamu. Adeh terbalik pulak, patutnya letak gambar yang ini dulu. Tapi belasah jela. hahaha.


Design dindinh ni nampak macam kat mana tah. Macam rumahlama pun ada. Tapi serius cantik tau.



Rasanya korang memang boleh tempah tempat ni untuk buat majlis. Sebab memang ada je props dan tools menarik. Meh cuci mata lagi tengok gambar gambar yang lain.



barang-barang lama dan rare ada kat belakang villa ni, Kena rajin berjalan dan explore. kami pusing sampai habis. Hahaha.


Zaman bila punya radio daaa.


Ni kat sebelah villa yang kitaorang book. ada satu lagi villa besar kat sebelah. Yang ni rate dia mungkin mahal sikit. Memang nampak seram sebab takde orang. Tapi actually ok je.


Pemandangan belakang villa atas tadi ni. 


Nampak tak Viva putih tu? Haa tu kereta ibuElly. Villa yang ibuElly book yang itu. Ni pemandangan dari villa satu lagi.


Ni view dalam villa yang ibuElly book


View dalam villa. Dalam villa ni ada banyak lagi bilik lain. 



Kunci pintu utama

      Ok, ni lagi satu ibuElly nak cerita. Memandangkan kami check in waktu weekdays (Isnin), Jadi memang kami lah satu-satunya keluarga yang menginap kat sini. Serius mula-mula rasa pelik sebab takkan takde orang lain kan. Hotel kot! Tapi tu lah setelah berfikir dengan waras, kami decide untuk buat tak tau je.

      Kami kunci je pintu dan buat hal kami je dalam bilik. Memang malam tu ada kami je, Takde orang lain yang check in. Baca macam seram kan? Receptionist dia pun takde. Balik rumah gamaknya. Malam tu dalam pukul 10 malam lebih kami keluar ambil angin jalan-jalan Ipoh. Memang lengang sikit sebab hari orang bekerja. Bukan weekend kan. Lagi satu even dalam villa ni ada lagi bilik lain, tapi tetamu takde kunci atau access ke bilik lain tau. Kunci bilik yang kita dapat tu hanya boleh bukak bilik kita je. So obviously dia BUKAN HOMESTAY YE!

      Receptionist dah bagi kami siap-siap remote pagar dan kunci pintu utama. So bila kami balik hotel tu kan, dengan pagar buka sendiri lepas ibuElly tekan remote, feeling macam balik rumah sendiri pulak. Hahahaha. memang pengalaman yang sangat berharga. Tak perlu ke luar negeri pun nak release stress. Dekat dengan rumah pun boleh, janji kau ada duit. Hihihi.

      Review ibuElly, ibElly bagi 4.9 bintang kat sini! Memang sangat tenang dan nyaman bagi korang yang taknak serabut dan nak tenangkan fikiran lepas stress dengan hidup. Kihkih.

      Nanti dah habis PKP, boleh search kat Agoda KINTA BALI VILLA dan check in satu ke dua malam ke. Kalau ada rezeki, boleh la korang sekeluarga je check in kat situ tanpa ada gangguan daripada manusia lain. Ala korang baca-baca la apa-apa doa sikit sebelum masuk tu. Macam tak biasa kan. Im shaa Allah makhluk-makhluk halus yang lain takde kat sini. Banyak-banyakkan berdoa dan baca ayat-ayat suci ye.

Ok, sekian sahaja cerita sempena meraikan blog baru ni. nanti ada masa kita cerita lagi ok? Jaga diri, daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.