March 2018 - Journey of life

Wednesday, March 14, 2018

7:05 PM

Apa lagi Cosmoderm ni ada?

Apa lagi Cosmoderm ni ada?
      Haa mesti korang ingat Cosmoderm ni just ada skincare je kan? Yela, jarang nampak produk Cosmoderm lain selain skincare kat farmasi or drugstores.

      IbuElly amek je semua stok. Ada untuk intim,mata,sabun mandi badan,losyen badan,losyen panas dan skincare lah. IbuElly dah try semua item daripada produk Cosmoderm ni tau. Tade satu pun tertinggal. Hehe.

       Jom cekidaut apa yang ibuElly dah try. Memang tak menyesal tau.

rasa dah ok muka, boleh la upgrade. setiap warna function berbeza tau.

Item dari produk Cosmoderm ni paling murah ialah rm11.90. Tu, pencuci intim Manjakani 150 ml ni haa. Pencuci ni ada saiz besar jugak, 400 ml cuma rm17.90 je. Tak mahal kan? Sebab tu lah ibuElly jatuh cinta sangat dengan produk Cosmoderm ni tau.

 

      Dia bagi kita peluang rasa semua produk dengan harga yang sangat berpatutan tau. ibuElly skang still konsisten guna shower gel tea tree oil dan body scrub dia. Masya Allah! Fresh sangat!

       Bukan tu je tau, produk untuk mata 🐼 pun ada tau. Lingkaran gelap bawah mata, mata sembap, mata letih, boleh guna gel ni. Gel ni sejuk je rasa bila sapu kat bawah mata tu. Wah, rasa macam taknak bangun dari tidur la lepas sapu gel ni.

ni rm32.90 aje

       Sama jugak macam losyen panas dia. Losyen ni kan kalau korang rasa lenguh-lenguh ke sakit sendi ke, boleh jugak sapu. Ehh, pening kepala pun boleh tau! Tapi jangan la sapu banyak wei sebab losyen ni panas tau.

      Haa, losyen dan mandian Vanity's  Favourite ni pun sama. bau ni macam bau bunga tau. Lepas pakai, rasa macam tenggelam dalam dunia korang sendiri. Rasa Fresh, wangi dan segar sepanjang hari. Harga pun murah sangat! Of course, kat drugstores takde jual kan.

losyen dan shower gel wangiii!!

       Best la, bukan untuk skincare je, from HEAD TO TOE la kata omputih. Puas hati sangat. Korang kalau tak jumpa semua produk ni kat luar, boleh jugak beli kat ibuElly tau. 

 krim terapi untukkulit badan yang kering, tumit, siku dan etc.

 my favourite!

 losyen panas. Best sangat losyen ni

 tak ingat berapa bulan dah guna. Best sangat!

Meh, wasap ibuElly kat 017.560.4426 pastu jangan lupa jengah kat ig ibuElly @cosmoderm_personalcare dan page fb Cosmoderm IPOH. haa boleh jugak kalau korang nak jengah fb personal ibuElly, Elifa bt ismail 

ok tatatatatatatatatatatatatata..........................

Tuesday, March 13, 2018

8:29 PM

Anak AMANAH ALLAH.

Anak AMANAH ALLAH.
Anak- anak zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu kan? Anak sekarang lagi bijak, lagi advanced dan lagi cerdik mengalahkan mak ayah pulak.

      Satu cabaran yang besar bagi ibu bapa untuk didik anak-anak zaman sekarang. kalau salah langkah, emm memang boleh jadi lain anak-anak tu.

      So far, ibuElly cuba didik anak-anak agar masih lagi berada dalam landasan dan syariat Allah. Sekurang-kurangnya, didik dari sekarang anak-anak akan cenderung ingat semua tu sampai la diorang besar in shaa Allah.

      Kita kalau boleh, nak anak tu dapat jadi saham akhirat kita. Bukan hanya berjaya di dunia semata kan. IbuElly akan share sedikit sebanyak mengenai didikan ibuElly untuk anak-anak. Mungkin boleh jadi rujukan pada korang yang bakal jadi ibu ayah tak lama lagi ke kan.

      Tapi benda ni bukanlah 100% korang kena tiru. Mana yang korang rasa baik dan boleh ambil, ambillah. Mana yang korang rasa tak suka dengan cara tu, cukuplah hanya sekadar baca aje. 😁

MENDIDIK ANAK PADA ZAMAN MILLENIUM. MENCABAR?? 

1) SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK 
      Emm, memang ibu bapa zaman sekarang, letak tugas untuk berkomunikasi tu pada SMARTPHONE, IPAD, KOMPUTER dan macam-macam lagi alat canggih lain. Ibu bapa kini semakin sibuk mengejar kemewahan dunia.
     
      Ibu bapa sekarang ni nak senang. Yelah, balik keje penat, penat-penat lagi best scroll facebook, instagram, baca gosip dari layan kerenah anak-anak kan,😅

      Jangan macam tu tau ibu ayah. Anak ni sekejap sangat membesarnya. Jangan lepaskan peluang untuk berada di memori anak-anak masa diorang kecik-kcik ni. Hargai setiap masa dan saat bersama anak-anak walau di mana dan apa-apa saja kerjaya kita.  

                               
                             Iskandar gendut

2) MINIMUMKAN PENGGUNAAN GADGET
      Yang ni tak boleh nak kata. Anak kita membesar dalam zaman ni. Tapi semua tu kita sendiri yang tentukan. IbuElly sendiri kat rumah, memang takde bagi gadget kat anak-anak.

      Gadget diperlukan bila nak kawal diorang time makan kat luar. kalau kami pegi bercuti ke, berjalan hujung minggu ke, haa time nak makan la yang paling mencabar. Jadi, kami suami isteri akan gunakan henfon untuk bukak nursery songs dan senyapkan anak-anak.

      Bukan apa, senang nak suap anak-anak makan jugak. Kahkah! Kesimpulannya, nak guna boleh gadget ni, tapi biarlah bertempat.

3) TERUS BETULKAN KESILAPAN KALAU TERNYATA APA YANG DIORANG BUAT TU, SALAH! 
      Haa, ni bukanlah semua. Tapi kebanyakan parents tend to just look at their child's mistakes and didn't even correct them on the spot. Bagi IbuElly, budak-budak umur 2-6 tahun ni sangat fragile dan mudah serap apa saja yang kita ajarkan kat diorang.

      IbuElly memang akan terus betulkan kesilapan anak kat situ jugak, tapi buat bagi tak obvious sangat. Budak kecik pun ada rasa malu tau. Jangan pukul atau marah depan kawan-kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja lah yang ada kat situ.

      Kalau dia salah, cakap elok-elok dan terangkan sebab kenapa dia tak boleh buat macam tu. jangan terus marah atau pukul KALAU BOLEH la. hehe. IbuElly sendiri pun kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Kalau kat rumah kadang tu terlepas jugak marah dulu instead of tanya dulu.

      Tapi jangan buat selalu, tak baik gituu tau. kalau jenis degil tu, haa cubitan ibuElly akan sampai dulu then barulah diikuti dengan sebab! 😄 Pun sama jangan buat selalu. hahaha.

4) DARIPADA TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' UBAH KEPADA, ' KENAPA NI SAYANG? ' 
       Haa ibuElly rasa yang ni ramai sangat yang buat macam ni, IbuElly pernah dengar dalam satu ceramah agama ke ceramah kesihatan kalau tak silap. Betul-betul lupa.

      Seelok-eloknya kalau anak bergaduh dengan kawan atau adik beradik sekalipun, JANGAN TERUS TANYA, ' SIAPA YANG BUAT? ' Sebab menurut kata penceramah tu, soalan yang kita tujukan pada anaktu akan membuatkan anak-anak SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DI MASA HADAPAN. 

                                                          Throwback Dahlia masa baby 
 
      Yela kan, asyik dok tanya siapa buat je. Nanti anak tu akan terbiasa menudingkan jari ke arah orang lain instead of sedar kesilapan sendiri. Nak ke ibu ayah anak kita jadi macam tu?

      Dalam Islam pun tak salah kalau kita beralah dan tak mulakan pergaduhan. Yelah, dunia je pun. Nanti akhirat sana dia akan mendapat jugak balasannya kan? Tak gituu?

      So, mulai saat ni ubah ye ibu-ibu. Anak nangis lepas bergaduh ngan kawan atau adik beradik, peluk dia dan tanya, ' kenapa ni sayang, cerita kat ibu meh ' Nampak tak, benda simple je, tapi tu yang akan mempengaruhi pemikiran anak sehinggalah diorang dewasa tau.

5) JANGAN MALU MINTAK MAAF DENGAN ANAK
      Ye, ibuElly akan selalu mintak maaf kalau terlepas kata atau perbuatan masa terlalu marah pada anak-anak. 😢 Kita manusia biasa, ibu biasa, tak sempurna. Kadang terlepas jugak marah yang melampau sangat sampai anak betul-betul terluka,

       jadi, lepas ibu dah reda sikit, mintak maaf la dengan anak. Jangan malu nak kata kita mintak maaf. IbuElly selalu cakap macam ni pada anak-anak, ' abang, adik, ibu mintak maaf ye. Ibu mintak maaf sebab selalu marah adik ngan abang. Ibu manusia biasa, ibu mintak maaf ye '

      Hari-hari sebelum tidur ke, mintak maaf pada anak-anak. Bagitau apa salah kita pada dia. Anak akan paham. Dan akan teruskan budaya mintak maaf ni pada orang lain sampai dia dewasa in shaa Allah. Tak salah kan kalau kita yang mintak maaf dulu? Allah pun suka pada manusia yang selalu mintak maaf.

      Tapi kalau ternyata bukan anak kita yang salah tapi dia still nak mintak maaf, haa korang bolehla ajar dia self defense dari segi emosi ni sendiri nanti ye. Yang ni ibu la kena take note. Yela, nak baik dengan orang atau nak mintak maaf pada orang ada hadnya jugak tau.

      Pandai-pandai la ye susun ayat untuk diceritakan pada anak-anak. Hehe.    

6) AJARI ANAK-ANAK UNTUK INGAT ALLAH SELALU SEBELUM BUAT SESUATU
      Nak makan, nak minum, nak mandi, nak baca buku, nak tengok tv, nak naik kereta, nak keluar berjalan, ehhh semualah! Ingatkan diorang untuk baca doa.

      Biar diorang tau, hidup ni kita memang kena selalu bergantung pada Allah. Tak boleh lalai, tak boleh sombong, tak boleh bongkak.

      Kenapa IbuElly kata sombong? Yela, buat apa-apa taknak ingat Allah. Buat apa-apa taknak berharap pada Allah. Sedangkan semua ni pun Allah yang bagi kan?

      Jadi, mula ubah cara kita berkomunikasi dengan anak mulai sekarang tau. Tak susah pun ibu ayah. Kena banyak membaca dan cari ilmu kalau kita nak didik anak supaya boleh jadi saham akhirat kita.

      Anak-anak kan AMANAH ALLAH yang kita WAJIB jaga dan bentuk sebaiknya kan? Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah beri pada kita sebagai ibu bapa. Tak semua pasangan tau yang dapat merasa semua ni.

 

      Kita yang Allah dah bagi rezeki ni, kena sentiasa bersyukur dan manfaatkan sebaiknya.  

Ok lah, tu sedikit sebanyak perkongsian ibuElly. ibuElly takde la education background tentang early childhood pun. Ni semua atas pengalaman sendiri dan pemerhatian sendiri. Hope bermanfaat untuk ibu bapa baru di luar sana,

 Enjoy your life as parents! Appreciate it! 
       
    
       

   

Monday, March 12, 2018

5:46 PM

Gla Complex untuk Keputihan??

Gla Complex untuk Keputihan??
Biasa tak alami KEPUTIHAN ni? Ke rasa macam, ' Emm, tak penah tau pun. ' ?

      Keputihan ni boleh jadi pada bila-bila masa je. Masa hamil, aktif, tak aktif. Kadang kalau kita terlalu aktif dalam satu-satu hari pun boleh menyumbang kepada keputihan.

      IbuElly pun penah kena. Masa hamilkan Dahlia la paling teruk rasanya. Gatal-gatal, tak selesa, berdarah-darah (sebab garu), dan berbau.

      Ish ish, sangat tak selesa tau! 😣 Nak kua umah pun rasa tak best, pakai baju pun rasa tak kena, kalau boleh taknak buat pape.

      Keputihan ni kalau tak dibendung, teruk tau korang. Ni ibuElly nak share suplimen Shaklee yang SANGAT BAGUS  untuk keputihan! 💪

1) Gla Complex



Gla ni memang KAWAN BAIK semua wanita di luar sana tau! Bukan setakat keputihan je dia boleh hilangkan.

      ibuElly pun amalkan Gla ni masa kulit breakout teruk dulu. Upline ibuElly kata Gla nii ada kandungan Vitamin E yang boleh bantu pudarkan parut, seimbangkan hormon dan  jugak bantu untuk kawal kolestrol dalam darah.

      Gla Complex ni jugak bagus untuk kawal gula dalam darah t au. ada satu lagi suplimen yang lebih kurang sama macam ni, pun bagus untuk orang perempuan jugak, Kalau korang penah dengar, EPO yakni Evening Primrose Oil. 

      Haa Gla ni lebih kurang sama la functionnye macam EPO tapi kandungannya lagi tinggi dan pekat. Makanya ia lebih bagus dan lebih efektif dalam menangani masalah berkaitan kewanitaan.

Selain tu, apa lagi fungsi Gla ni ye?

Herba tradisi yang dipercayai - Borage merupakan herba kegemaran orang Barat kerana ia boleh MERAWAT UKSER, MENGELUARKAN VIRUS, MELEGAKAN KELESUAN, MEMBERSIHKAN KAHAK, MERINGANKAN KEBAS URAT SARAF dan MENINGKATKAN STAMINA

Mengawal selia Estrogen dan Testosteron - GLA mmebentuk prostaglandin untuk MENGAWAL SELIA HORMON LELAKI dan WANITA, MEMPERBAIKI SIMPTOM PMS seperti KESAKITAN, MOOD SWING, RETENSI AIR dan SAKIT PAYUDARA

Melambatkan Menopouse - pengambilan jangka panjang akan melambatkan PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, MEMBERI TONE kepada uterus untuk kulit lebih muda

Memperbaiki Prostatomegaly - memperbaiki masalah prostat lelaki dan MASALAH KERAP KENCING

Memperbaiki Inflamasi Kulit - mengurangkan ECZEMA, ALERGI, KEGATALAN, KULIT KERING, MEMPERBAIKI BINTIK PENUAAN, TINEA, KURAP. Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada RHEUMATISMA, ARTRITIS

Menentang kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang sel tumor dan kanser

Menghalang Komplikasi Diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi,mengelak masalah jantung seperti  arterioklerosis dan myocardial infraction

      Haa, bukan saja LELAKI dan WANITA boleh amalkan GLA COMPLEX ni. IBU HAMIL pun boleh amalkan tau. Maklumlah masa pregnant kan kita lebih cenderung untuk dapat KENCING MANIS la, DARAH TINGGI la danmacam-macam lagi penyakit lain,

      Tapi yang peliknya, masa hamil je macam tu, Lepas bersalin takde ape dah. Hehehe.Ok ibuElly dah terangkan sedikit sebanyak pasal Gla Complex ni, korang yang berhajat nak ikhtiar dengan Gla untuk masalah korang, boleh je roger ibuElly tau.

ni ibuElly tinggalkan no telefon, 0175604426 so boleh je wasap bila bila masa tau. Jangan lupa jugak ollow ig ibuElly, elifa_ismail dan like page fb ibuElly Pengedar Shaklee Ipoh tau. hehehe.tatatatatata....
9:45 AM

Tempat yang korang WAJIB pegi di Langkawi. 😯

Tempat yang korang WAJIB pegi di Langkawi. 😯
Masuk ni dah kali kedua la ibuElly ke Langkawi. Somi la, tak jemu-jemu ke Langkawi. Hahahha. Yelah, masa first time pegi, tak sempat ke mana pun. 3 hari 3 tempat je dulu. Ko rasa?

So kali ni, ibuElly dah buat research awal-awal, dan bersedia nak jelajah Langkawi sekali lagi. Tempat yang kitorang dah pegi macam Cable Car, Sky Bridge, Pantai Cenang, memang tak pegi dah.

      Kali ni pegi tempat lain. Luas wei Langkawi ni. Jenuh jugak la drive musing. Tu pun kali ni ada juga yang tak sempat nak jelajah. Taktau la pulak kalau somi nak pegi untuk kali ketiga kan. Hahahaha

      Tapi dalam banyak-banyak tempat, Kompleks Haji Ismail tu lah paling best! Yela, dapat soping cekelat bebanyak! IbuElly bukan sejenis suri rumah yang gila pinggan mangkuk. Nasib baik la dompet somi time tu. Kihkih!

1) Pantai Tanjung Rhu

      Pantai ni memang ibuElly tak penah tau pun. Masa dok google (jumpa website yang memang cerita pasal Langkawi, bukan blog) barulah masukkan tempat ni dalam list.

Boleh pergi sampai ke tengah laut wei

Masa ni pegi nak dekat Maghrib, tu yang gambar gelap gitu. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak jalan sampai ke tengah laut. Scary jugak wei sebab takde protection kan kat kiri kanan. 

      Nak bawak anak memang kena pegang elok-elok. Kalau kome reti berenang, kalau sesiapa jatuh dalam laut tu boleh jugak korang selamatkan. Kalau tak, tengok saja lah. Tapi bila sampai ke tengah rasa best sangat! Rasa puas. 

      Korang boleh waze je nanti bila dah sampai kat Langkawi. Taip je ' Tanjung Rhu ' haa nanti dia bagilah korang ke jalan yang benar. 

2) Gunung Raya  

      Tempat ni lagi lah ibuElly tak pernah tau kewujudannya di Pulau Langkawi ni. Hahaha. Memang masa pegi pun, ramai pelancong je. Orang kita takde sangat. Masa nak ke sana pun masya Allah lama wei! 

      Ade la dalam 40 minit nak naik sampai ke puncak nun. Jauh tau. Dah macam gaya ke Genting Highlands. Kalau korang jenis yang sukakan kedamaian dan suka ambil gambar berkaitan alam sekitar, sesuai la ke sini. 


Gunung Raya ni merupakan TEMPAT TERTINGGI DI LANGKAWI.  Masa sampai tu, sunyi sepi je. Rupanya para pelancong asing banyak lepak kat atas menara tu. Dapat tengok seluruh Pulau Langkawi tau dari atas menara tu. 

      Tiket masuk ke sini adehh tak ingat la berapa. Rasa ada gambar, nanti ibuElly tepek sini. 

Ni haa harga tiket masuk

See, tinggi kan tempat ni. Kata penjaga di menara ni, tempat ni orang Melayu memang takde sangat. Ramai pelancong dari luar negara je datang ambil gambar dan lepak-lepak atas ni. Tempat ni tutup pukul 7 petang. 

      Tapi dinasihatkan korang gerak awal la masa nak balik. Sebab sepanjang jalan nak turun ibuElly tak nampak sangat ada lampu jalan. Memang gelap la nak balik terutama bagi yang naik moto je kan. 


Takde la restoran mewah bagai kat atas ni. Just restoran lama je. Lepas tu ada penjaga menara bancuh kopi untuk pengunjung minum sambil menikmati keindahan alam. Free je kopi ni, minum la kome sepuas hati. Hehe

Pemandangan dari atas Gunung Raya

3) Pulau Beras Basah 
     
      Sebenarnya bukan pegi satu pulau je. Kami satu keluarga naik bot pusing 3 ke 5 Pulau tak silap. Satu family rm95 pusing selama 3 jam. Rm95 ni sebab naik beramai-ramai. Kalau korang nak private bot boleh je. Bayar lebih sikit la. 


Pulau ni cantik dan bersih. Tapi kalau nak mandi tak best sangat. Sebab banyak batu kat sini. Mandi kat tengah-tengah sikit ok, tapi bahaya la pulak. Sebab bot dok lalu. Ramai gila orang kat sini. 

      Tips yang ibuElly nak kongsi. Kalau korang jenis suka mandi laut, dinasihatkan pakai baju untuk mandi je masa naik bot ni. Sebab memang banyak kena air je nanti. Sampai kat tempat parking kereta korang baru boleh salin baju. 

      Tapi mak aiii toilet bapak jauhh! Kitaorang dok lapik baju je masa lam kete dan mandi kat bilik. Renyah wei ngan budak kecik lagi. Lapik lah sebab kete sewa. Kalau kete sendiri bedal je basah-basah pun naik. Hahahaha

Abang ni sangat ramah dan petah bercakap. Laju je dia dok terang tentang satu-satu tempat dan sejarahnya. Masa ni bot terkena pukat pulak. Lama tersadai sebab nak buang pukat tu.

4) Pulau Dayang Bunting  

Siapa tak kenal pulau ni kan. Ni antara daya tarikan utama pelancong ke Langkawi. 

Nampak macam perempuan mengandung tengah baring. Tu sebab dinamakan pulau ni Pulau Dayang Bunting

Kata abang yang bawak bot tadi, Dayang Bunting ni ialah seorang BUNIAN, kalau mahsuri tu manusia biasa katanya. Setakat tu jelah yang ibuElly ingat. Sebab banyak wei tempat kitorang pegi. Mana nak ingat satu-satu. Hahah. 

      Mana tau nanti korang boleh share pulak kan apa cerita di sebalik Tasik Dayang Bunting ni. 

Tasik Dayang Bunting

Memang agak berliku sikit wei nak sampai ke tasik ni. Tasik ni ada tempat mandi. Memang kena naik tangga, bukit, macam ala-ala hiking la. Alhamdulillah anak-anak ibuElly mampu jugak la hiking sampai dalam nun. 

      Kalau bawak orang tua yang tak larat jalan memang diorang penat sikit la. Tapi best la dapat tengok apa sebenarnya kat dalam tu. Hehe

Meh layan gambar-gambar lagi. Memang nak bagi korang muntah tengok gambar je. Kihkih. 

Bot yang kitorang naik untuk keliling pulau

Ni antara kolam kecik yang sesuai untuk budak-budak mandi kat
tengah-tengah tasik tu. Korang boleh juga sewa life jacket, dan bot kayuh untuk explore sekitar tasik.
Jalan masuk ke Tasik Dayang Bunting. Masa ni time Disember, ramai orang putih. 

5) Pantai Pasir Hitam  

      Pantai ni kitorang pegi last skali. Masa nak balik. Sebab pantai ni dekat ngan rumah kawan somi. So lepas balik dari rumah kawan somi terus ke sini la. 

Memang real wei pasir dia warna hitam! 

Ada juga orang panggil nama tempat ni Beras Terbakar. Tapi tah la tulis kat signboard memang Pantai Pasir Hitam. Hehe. Sini memang takde ape sangat, memang pantai je takde orang jual air ke makanan ke takde. 

      Tapi kat atas-atas tu ada la kedai cenderamata dan baju-baju. Boleh la grab sebarang dua buat kenangan di hari tua. Hahaha. 

Nampak tak beza pasir ni? Hahaha. Maklong lah, pakai vivo je. 😝

      Tak lama pun wei kitaorang kat sini. Sebab masa ni nak balik dah. So setakat tengok pasir pastu chaw! Singgah beli cekelat pulak. Kihkih!

6) Air Terjun Telaga Tujuh

ramai gila foreigner mandi sini

Kami takde pegi sampai Telaga Tujuh tu pun wei. Bapak kena naik tangga kot. Ko tau aje lsh ibuElly dah tak se fit dulu. 

      Tambah bawak anak-anak, perghhh memang boleh pancit teruk di tempat kejadian tau. Naik sekerat jalan, ehh nampak ada signboard tulis, 'Air Terjun' pulak. So kami decide berenti jela sini. 

      Masa kami sampai serius ramai gia dari Korea. Dok jerit kat bapak dia suh hati-hati. Nak aje aku speaking Hangguk dan bagitau takyah risau lah, takde bahaya mana pun. Hahha. Kang dia pandang aku atas bawah pulak. Ku kuburkan saja niat itu. 

      Best jugak sini. Airnya sejuk yak amat! Sesuai la bagi korang yang gemar alam semulajadi macam kami sekeluarga ni. 

7) Bird's Park

Jinak sungguh burung sini

      Masa ni pun sama, nak dekat balik baru pegi. Ni memang plan last minit. Kete pun ibuElly yang drive. Sebab ngelejat sangat nak pegi kan. Hahaha. 

      
      Kat sini korang boleh beli makanan haiwan kat depan tu. Ada macam-macam, sebab burung-burung ni pun ade macam-macam makanan kesukaan. Nama je Bird's Park, tapi binatang lain pun ada wei dalam ni. Usah la ko tertipu. 

Apa tengok-tengok? 

Ni mau hilang tapak tangan kalo ko bagi makan macam tu je

Jinak yakmat burung-burung ni. Comey sangat! 

Aku memang cantik. Ko tak puas hati?

Adehh, mampu tengok je. Dah la favourite kale. 😦

Serius wei dalam tu macam-macam ada tau. Berbaloi ibuElly rasa harga tiket tu. Korang kena rasa sendiri la. Taktau nak cakap macam mana. 

      Ok ni ibuElly share yang ni je dulu. Sebab dah lupa sebenarnya tempat lain. Haha. Nanti lain masa kita cita lagi eikk.