Ok point hari ni ibuElly nak bincang tentang SKINCARE.. ibuElly pasti ramai di antara korang yang dah cuba mcm² jenis skincare kan terutama yang beracun dan banyak sangat kandungan bahan kimia merbahaya.. Tambah kita orang Melayu ni memang taksub sangat nak putih, nak cantik, nak licin! Apa saja produk yang menjanjikan CERAH DALAM MASA 3 HARI pasti menjadi rebutan korang kan???! Kahkahkah termasuklah ibuElly sendiri dulu sebelum BUTA tentang kepentingan memilih skincare yang betul..
IbuElly masa remaja takdelah masalah jerawat teruk sangat pun, sedih tau bila tiba² naik macam ni..😷😷
Memang ternyata la muka nampak makin teruk lepas stop pakai satu skincare ni.. Skincare ni ibuElly beli online je, memang tak famous dan takde jual kat luar pun... Nak beli, kena cari kat fb die je.. IbuElly pakai dalam sebulan lebih je sebab takde bujet, gila mahal 1 set rm100+.. Masa tu buat Juga tuisyen tapi belum start dengan Shaklee, jadinya duit tu mmg sangat limited la penggunaannya.. Kihkih..tapi disebabkan nak cantik punya pasal, gigih juga nak try sebab tergoda sangat dengan testimoni² yang slalu diorang dok upload.. Dasar tak tahan godaan!!
Korang kalau sayangkan kulit, harus elakkan bahan kimia merbahaya yang ada dalam skincare yang bakal korang beli / yang tengah guna sekarang.. Bukan apa, toksin tu semua akan masuk dalam darah tau.. Bila dah masuk dalam darah, haa boleh mengundang pelbagai penyakit lain yang kita sendiri takkan sangka! Jom tengok apa yang tak patut ada salam skincare korang!
List yang ada dalam dalam ni, kalau korang nampak dalam ingredients skincare korang, sila letak balik / buang aje..
Mula² pakai memang kulit akan cantik sangat! Tapi lepas kita berhenti je, haa masa tu lah mimpi ngeri akan bermula! Korang tau tak masa ibuElly pakai skincare online tu, kejap sangat ase dalam masa seminggu gituu lah, LICIN bak hang!!!! Memang flawless habis! Suami ibuElly pun suka juga dok tenung² masa muka licin dulu. Haha. Dah tu dia putih lain macam tau (padahal bahan kimia dalam tu tengah menghakis kulit time tu).. Tak sangka la pulak dulu kulit jadi cepat flawless disebabkan ada merkuri dan bahan kimia merbahaya.. Dulu memang tak tahu, asal boleh cantik, licin dan flawless tu dah cukup! Memang la orang kata bila kita ada ilmu, kita akan lebih bijak buat pilihan..takde nak main hentam kromo je pakai sembarangan..
Tips untuk kenal pasti jika kulit dah rosak akibat bahan kimia terlarang :
Ok ibuElly nak cite ade 3 jenis kesan sampingan yang korang akan rasa bila guna sesuatu produk ni.. Yela, kulit semua orang tak sama, imun badan tak sama, metabolisma badan pun tak sama.. Jadi, kesan sampingan tu mmg akan berbeza ikut individu.. Ok jemput baca kat bawah ye apa kesan sampingan yang selalu dialamai oleh mereka yang terjebak dengan skincare beracun :
PENGGUNA 1- bila pakai produk bermerkuri muka rasa gatal/merah. Pengguna macam ni untung sebab kulit mereka boleh tahu produk tu bermerkuri atau tak. Terus tinggalkan produk itu
PENGGUNA 2 - masa pakai cantik sangat. Bila stop naik jerawat nanah bengkak-bengkak. Selalu terjadi pada orang Malaysia
PENGGUNA 3 - pakai 2 3 tahun kulit cantik. Stop berbulan pun kulit tak naik problem tapi pengguna macam ni lagi bahaya sebab merkuri makan organ dalaman, badan cepat demam, lesu, migrain, kerosakan buah pinggang & sistem saraf. Selain tu bagi preggy mummy & breastfeeding boleh menggangu perkembangan otak anak-anak.. Yang takutnya baby yang di dalam perut pun turut akan terjejas, tu sebab jangan sembarangan pilih produk skincare..
Haa korang yang mana? IbuElly no 2 tu..hahahahahha.. Tu lah apa yang terjadi skang, kulit dah tak macam dulu lagi.. Nak cantik kena berbelanja lebih tapi kan bila kulit dah rosak lagi lagi lagi lahh kena berbelanja lebih tau!!! Korang sanggup ke nak hadap kutukan dan teguran orang sekeliling tentang kulit muka korang yang dulunya elok tapi skang dah berjerawat tu??? IbuElly pasal tak sanggup dah yang beralih kepada Shaklee ni.. Alhamdulillah, kulit makin ok sesangat.. Nanti next entry ibuElly share rutin skincare skang..
Ok tu je untuk entry kali ni.. Ingat ye pilih hanya produk yang selamat dan diyakini ajee.. Cek dulu berdaftar ngn KKM ke tak, semulajadi ke atau banyak bahan kimia aje, semak betul² kandungan sebelum beli.. Ada yang murah ada yang mahal.. Terpulang korang nak pilih yang mana. Jangan cakap ibuElly tak payung!!
Kulit muka sekarang alhamdulillah.. Hanya pelembap Enfuselle Shaklee + bedak anti jerswat Wardah + lip matte (NO EDIT, NO FILTER, NO 360, NO EXTRA LIGHTNING).. guna camera VIVO V5 depan (20 MP)
Set Enfuselle Shaklee untuk kulit berminyak.. IbuElly guna semua sekarang KECUALI eyen treatment
Skincare NutriWhite Shaklee untuk kulit normal
No tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
Website : elifaismail.blogspot.com
No comments:
Post a Comment