Tips atasi demam bagi anak² kecik di rumah jeee.. - Journey of life

Friday, May 26, 2017

Tips atasi demam bagi anak² kecik di rumah jeee..

      Assalamualaikum w.b.t.. alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam entry kali ni.. ibuElly nak share kat korang apa nak buat kalau anak² ada tanda² nak demam.. senang wei takyah ke klinik, tapi kalau demam berlarutan lebih 4 hari sila pergi ke hospital atau klinik ye..


Time baik boleh la main suap²


     Ok benda first korang kena buat adalah :

  • CEK SUHU ANAK
Ni penting tau supaya korang dapat monitor suhu badan dia.. jangan biarkan terlalu panas, if panas lekas² lapkan dengan tuala basah

  • LAP BADAN ANAK DENGAN TUALA BASAH
ambil kain tuala bersih, lapkan ke seluruh badan anak tu.. lepas tu letak kain basah atas dahi, celah ketiak, dan pelipat² untuk turunkan suhu badan anak

  • SAPU GEL ALOE VERA
If korang ada gel aloe vera, boleh sapukan ke kawasan pelipat juga.. belakang telinga, kat dahi.. sebab aloe vera ni sejuk.. sesuai sangat untuk turunkan suhu yang tinggi

  • PAKAIKAN STOKIN GUNA TEKNIK double socks
Doble socks ni maksudnya kita pakaikan stokin tu 2 kali lah! Kihkih.. first pakaikan stokin yang basah dulu (yes rendam kejap dalam air sejuk dan perahlah sikit, jangan perah sampai takde air langsung pulak)

Lepas tu pakaikan stokin yg kering untuk satu lagi lapisan..teknik ni untuk turunkan haba melalui kaki diorang.. serius mmg sangat berkesan pada anak² ibuElly.. agak² dh kering, basahkan lagi stokin pada lapisan pertama tadi tu ye..

  • HANYA PAKAIKAN PAMPERS atau BAJU BERLUBANG-LUBANG TU
cara ni adalah Untuk turunkan suhu badan diorang jugak.. Bila dah bukak baju atau pakaikan hanya baju lubang² tu dioang akan cepat rasa sejuk.. Sambil² tu lap juga dengan kain basah.. Terutama kat bahagian² pelipat tu.. Sampai bila ni tak pakaikan baju? Ibu atau ayah kena rasa la badan diorang dan cek guna termometer.. Pastikan setiap rumah ada at least satu termometer.. Ala belas² je, kalau pandai cari ringgit² pun ada termometer ni.. 


  • BAGI MAKAN VITAMIN
If korang ada vitamin C kat rumah yang sesuai dengan budak kecik, boleh bagi diorang kunyah vitamin tu.. sbb vitamin C mampu untuk tingkatkan balik imun badan anak tu (ibuElly jarang buat ni sbb kadang time diorang demam je vitamin habis..

      Ok ni je apa yang ibuElly amalkan pada anak² setiap kali nampak tanda² nak demam.. alhamdulillah, dalam masa kurang 3 hari dah elok! Kadang 1 malam je demamnya 😄😄.. esoknya aktif macam biasa..😝

      Semoga bermanfaat yaa bagi ibu².. kalau ada sebarang tanda yang meragukan terus bawak jumpa doktor tau, jangan pandai² sendiri pulak! Tatatatatatatattatatattaaaa.................

      

No comments:

Post a Comment