Journey of life

Thursday, February 21, 2019

5:11 PM

Nak pudarkan parut cara pantas macam mana?

Nak pudarkan parut cara pantas macam mana?
    
Masa ni lepas baik demam campak. Jun 2018

Assalamualaikum. Apa khabar korang? Sihat?

Haa, ibuElly tahu korang memang suka sangat tajuk ni kan. Suka sangat nak cara PANTAS sangat tu. Kahkah.

      Ok pantas tu takde la pantas sangat. IbuElly dah buat eksperimen kat kulit sendiri. Rasa macam ok la boleh tahan cepat la untuk produk semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya ni untuk menampakkan kesan dia.

      Kalau kau nak yang jenis 2-3 hari nampak kesan tu, baik kau pakai KRIM TIMBANG KILO yang warna warni tu je. Kahkah. Ala kau ni gurau pun tabole. Kenapa serius sangat?

Ok la taknak cakap banyak sebab korang pun nampak macam dah tak tak sabar sangat dah tu kan.

◾◾◾

Ok ibuElly terangkan langkah demi langkah ye macam mana korang nak dapat kesan pantas pudarkan parut ni. Laa tanya lagi? Guna Cosmoderm la apa lagi cekk oii!

1) MESTI kena rajin scrub kulit! 

Ini WAJIB! Sebab bila kita scrub kulit, secara tidak langsung kita akan buang sekali sel kulit mati dan kotoran di atas permukaan kulit tu.

      Ni bukan apa. Untuk licinkan dan bersihkan pori-pori kulit agar segala produk yang kita pakai lepas tu akan meresap elok ke dalam kulit.

      Kesannya, of course la kulit akan jadi lebih halus, cerah (sebab tona kulit dah sekata) dan licin.

IbuElly guna yang facial scrub. Sebab kulit berminyak. Kalau kulit korang kering atau normal, boleh guna yang magic exfoliating gel. Sama je fungsi. 

2. Kena rajin pakai serum! 

      Haa, sapa kat sini dah mulakan rutin pakai serum setiap malam? Serum ni tekstur dia lagi halus daripada pelembap. Kalau pakai serum ni lagi senang dia nak meresap ke dalam kulit. 

      Bayangkan masa korang tidur, serum ni tadi akan bekerja keras untuk membina semula sel-sel baru yang dah banyak sangat rosak pada waktu siang tadi.

      Kita tidur, dia buat kerja. Perghhhh, dah tentu-tentu lah kulit jadi flawless habis! Nak lagi berkesan untuk pudarkan parut, guna serum yang ada kandungan vitamin E, rosehip oil dan juga vitamin A. 

Sebab bahan-bahan ni yang paling utama untuk pudarkan parut tau! IbuElly of course lah guna yang ini aje 👇

Serum pencerah siri Luminous Pearl Cosmoderm. 

3) Sapu krim parut tiap-tiap malam! 

      Haa, ni lagi lah WAJIB! Dah kau nak pudarkan parut, takkan nak pakai krim jeragat pulak kan? 

      Mesti lah kena ada krim parutnya. Krim parut ni kalau dalam produk Cosmoderm, ia adalah daripada siri vitamin E (kuning). 

      Siri kuning ni bagus sangat sebab nilai IU dia tinggi weh. IU ni maksudnya International Unit. Untuk kita tahu berapa banyak kandungan Vitamin E dalam sesuatu produk. Cuba periksa produk hilangkan parut yang korang pakai sekarang ni berapa IU?


Haa, ni set asas je tau. Ada pelembap + serum sekali. Senang je pakai ni, janji kena konsisten SETIAP MALAM! Baru dia jadi. Kalau setakat pakai selang-selang pastu kau claim kata ibuElly pentipu, aii cili jari tu nanti! 😜

      Ni ada yang ful set kalau korang jenis kulit NORMAL atau NORMAL TO DRY tau. 



Beza hanya pada pelembap dan serum je. Yang lain semua sama. Serum dia tu untuk kulit sensitif pun boleh guna tau. BEBAS PEWANGI. 

4) Bersihkan kulit guna penanggal mekap

      Yang ini ramai yang suka salah faham. Even korang tak makeup pun, korang tetap kena bersihkan kulit sebelum guna pencuci muka tau. 

      Sebab guna pencuci muka sahaja tak cukup. Sebab tu skincare Korea ada selitkan sekali double cleansing (iaitu guna oil cleanser). Pencuci muka tak cukup kuat nak tanggalkan kotoran lagi-lagi kalau korang yang memang suka mekap tu. 

      IbuElly yang tak mekap ni pun memang gigih bersihkan muka guna makeup remover. Apatah lagi korang yang selalu mekap kan? 

Kantung minyak pun dia boleh bunuh kasi meninggal. Jangan main-main weh! 

◾◾◾

      Ok ini tips kulit daripada ibuElly. Buat eksperimen sendiri, dan alami sendiri. Bukan main sauk testimoni daripada pelanggan tau.

Ni kalau tak silap masa bulan September ke Oktober. Allah lupa la pulak. Tapi nampak kan parut pudar? Sori eik, no makeup tebal atau foundation ok! Masa ni malas sangat ku pakai pelembap Tea Tree Oil aje.

      Kalau korang nak kesan macam ni, kena cuba dan KONSISTEN! Bukan pakai selang 2-3 minggu ye. 

Kalau korang malas nak keluar cari semua barang ni, haa kau klik je kat nombor telefon ibuElly ni terus wasap tau : 0175604426

      Dan kalau nak ambik masa tengok-tengok, boleh jenjalan kat fb page : Cosmoderm IPOH

Atau kat instagram pun boleh : cosmoderm_personalcare

Selamat survey-survey ya! 








Monday, February 18, 2019

5:22 PM

Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje!

Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje!
      Assalamualaikum. Ohoi lamanya ibuElly tak menulis kat sini kan. Busy sesangat ni maklumlah dengan kelas tuisyen lagi, anak-anak lagi. Hehe (macam kau sorang je ada anak)

Harini ibuElly nak share pasal kupon parking atau Bahasa Melayu dia, kupon letak kereta. 

      Ala, yang kena gores-gores tu. Yang korang malas sangat nak buat tu kan. Kahkah. (sama la macam iolss)

      Jadi harini ibuElly nak share sikit macam mana kita nak bayar untuk parking dengan hanya klik dan klik sahaja!

Jom ibuElly share kat bawah ni.

Pergi dekat google playstore atau applestore dan install apps ni. 

1) Taip negeri masing-masing

Cuba taip je ' negeri ' korang dan diikuti dengan ' park '. Contoh :

" Selangor park " 

Apa yang keluar kat apps tu haa cuba tengok satu-satu eik. 

2) Daftar korang punya details kat apps
Ni contoh Majlis Bandaraya Ipoh punya

Tulis je maklumat yang dia nak tu. Senang je kan? 

3) Selesai daftar, ready untuk bayar


Untuk pertama kali guna, apps ni akan minta korang topup sebanyak rm10 paling minimum. 

Ya, dia bukan macam kupon biasa. Yang korang boleh beli sama ada kuning (rm3.50) atau merah (tak ingat berapa ringgit). Ohh ya, ni untuk Ipoh sahaja tau. 

4) Log masuk ke online banking dan topup! 


Pilih bank mana korang nak guna untuk bayar

Log masuk! 

Lepas dah bayar, dia akan bagi resit macam ni. 

5) Dah boleh guna! 

#ibuElly dah try untuk kali pertama guna kupon online ni. Ok la senang juga yang penting, JANGAN LUPA  je. Hahahaha. 

Yela selalu kita nampak kupon parking depan mata, boleh terus gores. Kalau online ni takut lupa je terus kereta. Haha. Tapi keluar dari kereta baru key in pun takde masalah. 

Well, takkan tukang cek tu terus melompat depan mata kita kan?

Minimum memang boleh guna bermula daripada 1 jam. 30 minit not available. 

      Lagi satu yang best, kupon online boleh guna satu negeri. Kalau kupon gores biasa tu, lain kawasan kena beli kupon lain-lain. 

      Kita tak boleh guna kupon area Ipoh kat area Manjung kan? Kena beli yang Majlis Perbandaran Manjung punya. Kalau tak sia-sia kena saman. Kihkih

◾◾◾

So, korang faham tak step yang ibuElly tunjuk ni? Korang cuba taip yang negeri korang punya kat apps store. Rasanya sama je langkah dia. 

Korang cuba nanti ok?








Monday, January 14, 2019

5:27 PM

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?
      Haa cuaca dah kembali panas dan membahang. Siap-siap la sesiapa yang alah kepada cuaca macam ni.

      Macam ibuElly cuaca panas macam ni akan membuatkan ibuElly CEPAT BERPELUH dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan jerawat di belakang badan dan akan rasa gatal-gatal merenyam macam tu.

Sungguh tak selesa!

      IbuElly ni kerja sendiri. Jenis selalu ke sana dan ke mari. Mengajar tuisyen kat rumah pelajar. Biasa la rumah kita tak sama macam rumah orang lain. Adakalanya ibuElly akan mudah berpeluh bila berada di tempat yang bagi orang lain takde la panas mana. Tapi bagi ibuElly, sampai boleh tadah sebaldi tau peluh tu! Fuhhh!

      Bila dah naik jerawat kat belakang badan, mulalah rasa gatal-gatal dan tak selesa. Ini yang ibuElly tak suka! Korang suka tak?

Biasanya apa yang korang akan buat bila dalam keadaan macam ni?

1) Belasah je menggaru di khalayak ramai? 

2) Menggesel badan sana sini? 

3) Mandi dengan kerap? 

4) Sapu losyen atau krim untuk kurangkan kegatalan? 

      Bagi ibuElly, semua tu adalah salah satu usaha yang boleh kita cuba selagi tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, ada petua lain yang lebih sesuai ibuElly nak kongsikan dengan korang kali ni.

APA NAK BUAT YE? 

a) Boleh letakkan tuala basah atau pek ais di atas permukaan kulit

Pek tu korang boleh beli kat farmasi juga. Rasa nak guna untuk sejuk, letak dalam peti ais. Rasa nak panas, rendam je dalam air panas. Mudah!

b) Lembapkan kulit

Boleh guna losyen yang sesuai dan krim yang tak berminyak serta melekit. Ini bagi mengelakkan lebih banyak kawanan jerawat tumbuh di belakang badan awak nanti!

c) Boleh cuba sapukan krim penyejuk yang ada kandungan MENTHOL dan CALAMINE. 

Yang ini best! IbuElly nak tunjuk kat korang nanti.

◾◾◾◾◾◾◾

Ni antara cara mudah la nak atasi masalah kegatalan dan jerawat badan tu. Korang boleh cuba nanti.

      Tapi kalau korang tanya rahsia ibuElly, ibuElly lagi suka guna ni. 😋

Sabun mandi dan juga losyen.

Losyen ni best sangat bila dapat sapu selepas mandi. Rasa sejuk dan dingin satu badan tu, arghhhh! Buatkan kita berada di awangan tau. 

      Rasa macam taknak buat apa-apa satu hari tu. Nak rileks je. Kihkih. 

Ok yang atas ni sesuai untuk dewasa lah. 

Yang ni Lotion Talc sesuai untuk kanak-kanak 

      Losyen ni pun sejuk juga. Masa anak-anak ibuElly kena demam campak haritu, ibuElly sapu jugak losyen ni ke badan anak-anak. Memang best! 

      Dah la MURAH  lepas tu tahan lama pulak. Rasa berbaloi sangat la dengan harga rm13.90 tu. Tahan sampai 2-3 bulan.

      Dengan dua jenis losyen ni, in shaa Allah badan takkan gatal-gatal lagi dah. Ibu ayah pun seronok sebab belanja bawah rm50 dah dapat 2 jenis losyen. 

Yang penting HALAL, BEBAS PARABEN & SLS/SLES dan yang paling best, Cosmoderm ni PRODUK BUATAN MALAYSIA! 

Korang boleh tengok banyak lagi dekat 

Page facebook : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 017-5604426

Tuesday, January 8, 2019

5:08 PM

Kulit normal pun nak kena jaga ke?

Kulit normal pun nak kena jaga ke?
Alah-alah, badan kita ni pun. Nampak ok je. Maksudnya TAK PERLU jaga ke? Sama la macam kulit oiii.

      Cuma bezanya, kulit normal ni mudah nak jaga. Boleh pilih mana-mana jenis produk yang tak khusus kepada satu-satu masalah kulit. Tapi still, kena hati-hati!

      Bagi ibuElly yang pencinta tegar Cosmoderm ni, semestinya nak cerita pasal skincare Cosmoderm yang sesuai untuk kulit normal jela. Kihkih

      Nak tau kulit korang normal ke tak, korang dapat perhatikan yang kulit korang tak kering dan tak berminyak, biasa-biasa je. Means masih rasa selesa dalam apa jua keadaan sekalipun.

      Selain itu, pori-pori kulit korang juga tampa halus, atau hampir tak nampak macam kulit limau. Sebab cukup kelembapan.

      Tapi kan nak bagitau jugak la. Pori kulit dia sebenarnya tak boleh membesar dan mengecil dalam satu-satu masa tau. Kalau sejak azali pori korang memang dah besar, haa in shaa Allah memang sampai ke sudah besar. Hahaha. Ala gurau pun tabole.

      Pori memang akan kekal dalam keadaan begitu. Cumanya kena tambah rutin lain (pakai essence) nak bagi nampak pori tu tak nampak besar sangat. Eh paham tak? Hahaha

      So bagi korang yang kulit normal ni, sujud syukur lah nak. Kulit korang takde masalah. Cuma masih tetap kena jaga dan belai macam kulit jenis lain-lain tu.

      Ingat eik, nak pilih skincare biar pilih yang elok-elok. Yang tiada BAHAN KIMIA MERBAHAYA, tiada PARABEN dan yang penting HALAL. Kita kan umat Islam, HALAL tu jadi keutamaan kan? Pilihan semua di tangan kita.

Ni set vitamin E yang rm100. 

Haah ye rm100 dapat semua barang ni. Best tak? Siap ada cleanser, toner, magic exfoliating scrub, moisturiser dan juga serum! Wow berbaloi dapat semua ni dalam satu harga! 😱

      Set takde jual kat luar. Korang kena beli satu-satu. Kalau tak jumpa, nasib la. Penat-penat je pusing satu mall tapi hampeh. Hahaha

      Kalau korang order SINI, haa kan dah jimat masa dan tenaga. Kihkih

Ni set rm65

Set rm120

      Macam mana? Tak terliur ke tengok set-set ni? Siri ni nama dia Vitamin E, bagus sangat untuk pudarkan parut, dan beri kelembapan maksimum untuk kulit NORMAL dan kering. 

      Siri ni kan, ibuElly yang kulit berminyak pun pakai sebab nak pudarkan parut. Memang berkesan weh! 

      IbuElly konsisten 2 tahun ni, ni yang ibuElly dapat? 👇

Berparut balik sebab kena DEMAM CAMPAK Jun 2018.

      Kalau nak tengok banyak lagi kome boleh scroll kat Cosmoderm IPOH nun. Haa situ senang semua muka teruk-teruk ibuElly post kat situ. Hahaha. 

      Lagi satu kome yang suka main instagram, haa kat cosmoderm_personalcare ada ibuElly letak. Nanti terjah eik! 





Sunday, January 6, 2019

5:30 AM

Rawatan asas untuk KULIT BERMINYAK?

Rawatan asas untuk KULIT BERMINYAK?
Assalamualaikum wbt. Apa khabar orang kampung? Lama sudah tak berjumpa. Ewahh menyanyi pulak. Hahahahaha.

      Amacam kulit korang tahun 2019 ni? Masih sama macam dulu ke? Dah penat cari alternatif lain tapi masih macam tu ke?

Sabar, sabar.

      Dalam dunia ni, tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Tiada sakit yang tiada penawar melainkan mati. Allah tazkirah pulak dah. Tadi nyanyi. Hahaha

      Siapa sini ada masalah kulit yang sangat-sangat berminyak? Tak best kan? Rasa tak selesa, pakai apa pun rasa macam tak lut. Nampak berkilau dari jauh, lepas tu siap la JERAWAT INTAI-INTAI CARI TEMPAT BERTEDUH atas kulit kau.

Emm, menurut pengalaman #ibuElly dulu, ni yang #ibuElly buat bila kulit terlampau berminyak!

Tahun 2017 punya kulit. Masya Allah rasa nak benam diri sendiri dalam lumpur! 

1) BEBASKAN KULIT DARIPADA SEBARANG SOLEKAN
Ya, ini lah ibuElly buat dulu. Plus ibuElly memang tak gemar sangat makeup makeup ni. Tak pandai pun ye. Hahahaha. 

Jadinya keluar rumah pun, hanya guna sunblock dan pelembap. Kang naik jeragat pulak. 

2) RAJIN SAPU GEL ALOE VERA
Ala, dulu-dulu kan popular gel aloe vera yang bekas hijau tu. IbuElly suka letak dalam peti sejuk. Tiap-tiap malam sapu sebelum tidur. Biar sampai pagi. 

Masa pakai tu masya Allah sejuknya muka! Best sangat perasaan tu rasa macam dibelai-belai je. 

Ala beli kat Shopee atau Lazada pun boleh. Murah je yang tu. 

3) SENTIASA SEDIAKAN TISU UNTUK LAP PELUH
IbuElly ni sejenis makhluk yang kuat berpeluh. Kalau dah siap tu MESTI kena keluar rumah dah. Tak boleh melenggang kangkung dalam rumah lagi. 

5 saat lepas bersiap je pun ibuElly dah mula berpeluh. Siap sedia tisu. Nanti bila muka berpeluh, campur pulak dengan bedak dan makeup yang kau pakai, pori kulit jadi tersumbat. Tu yang buat naik jerawat! 

4) PILIH PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG SESUAI DENGAN JENIS KULIT, BUKAN MASALAH KULIT
Ni paling ramai orang silap. Kulit berminyak dan berparut, sibuk nak rawat dua-dua. 

Kau tahu tak biasanya produk untuk parut ni agak berminyak? Dah kalau gabung dengan minyak sedia ada kat kulit kau, tak ke berlawan bergendang nanti? 

Lepas tu mula la jerawat berlumba-lumba nak tawan hati kau 🤣

Kalau kulit berminyak, jangan pulak beli skincare untuk kulit normal. Bahan-bahan dalam tu mungkin tak sesuai untuk kulit berminyak macam kita. Sedar diri sikit ye

◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾

Haa tu lah antara cara-cara ibuElly kawal minyak kat kulit muka. Tak senang tau, tapi tak susah juga. Kau nak cantik, kena la usaha sikit. Kau ingat kulit kau ni tabah sangat boleh buat semua benda sendiri? 

Set anti jerawat

      IbuElly setia dengan set ni. Dah nak masuk 2 tahun pun. Best sangat sebab harga pun MURAH, TAHAN LAMA dan yang penting HALAL! 

Kau tahu lah ibuElly ni memang KEDEKUT orangnya. Nak yang murah-murah je semua. Hahaha

      Tapi kalau korang risau nak pakai full set, takut tak sesuai, boleh pakai yang ini. 

Untuk kawal minyak

      Kalau kulit korang berminyak tapi jerawat jarang-jarang naik, boleh guna set asas ni haa. 

      Set asas ni ada CLEANSER, TONER dan PURIFYING MASK Tea Tree Oil Cosmoderm.

      Cleanser dia best tau takde la berbuih macam sesetengah cleanser. Mungkin sebab Cosmoderm ni tiada sls dan sles. Sebab tu takde buih. 

      Toner dia pun tak pedihkan kulit. Rasa segar je lepas sapu ke muka. Bau pun best lembut je takde la macam bau ubat sangat. 

      Yang last ni mask dia. Bau mint-mint gitu. Rasa sejukkk je kulit kau lepas sapu. Tunggu 15 minit, lepas tu bilas! Fungsinya untuk sedut segala jenis minyak yang bertapak kat muka kau tu. Jerawat pun BOLEH KECUT tau! 

Walah! Rasa macam salji dibaling-baling je ke muka. Dah la jima wei tahan sampai. 2-3 bulan. Macam mana la ibuElly nak berpisah dengan Cosmoderm ni kau bagitau sikit?

Ni rangkaian produk Tea Tree Oil Cosmoderm. Bb cream dia pun best ibuElly guna tau! 

Rasa dah konfiden tak nak guna set asas ni? In shaa Allah kau takkan menyesal punya! 

Meh scroll lagi kat :

Facebook personal - Elifa bt Ismail
Page facebook - Cosmoderm IPOH
No telefon - 017 560 4426 





Wednesday, January 2, 2019

8:13 PM

Pengalaman di Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengalaman di Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan.
       Assalamualaikum wbt. Dah hari ke-3 Januari, amacam? Ada baik?

IbuElly masih lagi di hospital. Temankan Dahlia warded kat sini. Sebab keracunan makanan. Dari hari Selasa kitaorang kat sini.

Adeh, rasa lambatnya masa berlalu. Kesian Iskandar kat rumah pergi sekolah ayah uruskan. Balik minta tolong pengasuh ambilkan di tadika.

Alhamdulillah pengasuh dekat, tadika dekat. Rezeki sangat!

IbuElly dah tak payah risau akan anak-anak. Kelas tuisyen pun belum boleh mula lagi. In shaa Allah minggu depan baru mula balik rutin cikgu. Hehehe.

IbuElly nak share dekat korang, hotel best dekat Port Dickson haritu. Kami pergi holiday ke PD akhir Disember 2018 baru-baru ni.

Pergi tak dirancang. Asalnya balik dari Maps, Ipoh tu nak ke Melaka. Tapi rasa macam jauh sangat. Makanya kami tidur dulu satu malam kat KL, rumah sewa yang bos suami sewakan untuk pekerja-pekerja dia dan esoknya gerak ke PD.

Alhamdulillah, sampai juga kami ke PD. Dengan tak tempah hotel, kami google je hotel-hotel berdekatan tepi laut. Teringin pulak rasanya. Nak check-in di Lexis Hibiscus  masih belum mampu. Hahahah.

Maka, di sini lah destinasi tempat tidur kami 👇

Pemandangan dari atas, Corus Paradise Port Dickson 

Bangunan tu la hotelnya. Memang semua mengadap ke laut

Sebenarnya ibuElly pilih hotel ni pun sebab ada swimming pool. Biasa la anak-anak lebih teruja dapat mandi kolam berbanding laut. Laut tu besar, diorang takut. Hahah

Dan sebab kedua dah tentunya kerana viewnya yang menghadap laut. Kami suami isteri memang sukakan pemandangan laut. Tu yang untuk 2019 ni, buat tabung siap-siap. Nak merasa hotel tepi laut negeri lain pulak. Kihkih. 

Kawasan sekitar hotel

Depan hotel yang mengadap laut ni, selain ada kolam renang, dia ada jugak macam satu kawasan bujur yang dikelilingi air laut. Korang boleh jalan-jalan ambil angin waktu pagi dan petang untuk bergambar. Memang best sangat view dan angin dia masa ni. 

View dari atas

Waktu kami turun ni, waktu petang. Best sangat sebab korang boleh jalan sampai ke tengah. Air tak dalam sangat. Mungkin sebab air laut surut sama.

Boleh jalan sampai ke tengah. Bawak anak-anak best. 


Masa ni dah tengah sangat ni. Paras air pun takat betis anak-anak je

Swimming pool ada slide. Iskandar la seronok main. Adiknya takut. Slide ni untuk bahagian kanak-kanak je. Bahagian dewasa kat sebelah takde. 

View waktu malam

Hihi. Memang diletak di sini untuk selfie

Antara lain yang bestnya kat sini, ada juga aktiviti memanah (rm10 untuk 15 arrows), rumah kampung mini, ada video game, ping pong table, snooker, laundry dan kedai runcit. 

Owh ya hotel ni dia ada skali breakfast tau. Dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ok la nice makanan dia. Pelancong dari China kat sebelah meja ibuElly pun menambah berkali-kali. 


Ada yang sup-sup (mee dan kuew tiaw tapi kena celur sendiri la) 

Ramai jugak yang stay sini haritu

Rumah kampung mini

Kawasan luar hotel yang korang boleh jalan-jalan. Nice view! 

Hotel ni ada 200 bilik. Masa ibuElly call, dia kata tak payah booking. Walk in je. Alhamdulillah nasib baik banyak bilik. Hihi. Harga dia bagi ibuElly ok la, rm300/night. (ikut bilik) 

Overall, ibuElly bagi 4.5 bintang! Kondisi bilik ok, pemandangan cantik, dan mesra kanak-kanak. 

Berbaloi dengan view dan juga kemudahan yang disediakan. Korang yang baru nak rancang destinasi percutian 2019, boleh la check in di Corus Paradise Port Dickson. 

















Tuesday, January 1, 2019

5:16 PM

Penting ke ESSENCE dalam skincare?

Penting ke ESSENCE dalam skincare?
      Assalamualaikum wbt.

Selamat datang 2019! Excited ibuElly ni haa sebab tahun ni, dua-dua anak pergi tadika. Masya Allah! Besar dah anak-anak ibu. Sekejap sangat rasanya.

      Apa azam tahun baru korang? Bawak azam dari tahun lepas ke? Hehe. Ala gurau pun tabole. Awat serius sangat?

      IbuElly nak cerita pasal ESSENCE harini. Korang tahu ke apa essence tu? Pernah tengok tak?

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Essence ni kalau orang Korea, dia suka pakai sebelum tidur dan selepas mandi. Macam ibuElly yang peminat k-drama ni haa, selalu nampak mereka tuangkan atas tapak tangan, dap-dap dan setel!

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Essence fungsi dia lagi superb daripada pelembap biasa yang kita selalu pakai tu. Dia masih lagi berfungsi untuk melembapkan kulit juga membersihkan pori-pori kulit jauh ke dalam lapisan kulit kita. 

      Kita orang Melayu ni masih ramai lagi tak tahu dan tak kenal apa itu essence. Meh nak tunjuk sikit,

Korang ada yang dah mula pakai essence ke?

      Alhamdulillah. IbuElly mula ber essence since awal Disember 2018 aritu. Masa tu masuk Watsons nak beli wet tissue je pun. Emm terlajak la beli benda lain sama kalau dah masuk tu. 

      Biasalah manis mulut betul kakak cashier tu, " cik taknak tambah apa-apa? Purchase with purchase? "

Adeh, tergugat iman iolss tau. Ambik juga lah Bio Essence Rose Water yang saiz comel 30ml tu. Masa tu offer jatuh rm15 sebotol. Nampak macam menarik je kan.

Haa ni lah dia wajah Bio essence rose water 30ml. Comel kan? 

Essence ni essence kedua yang ibuElly cuba. Sebelum ni pernah try Loreal essence  yang ada ekstrak pegaga tu. Emm rasa tak best sebab dia buat kulit ibuElly melekit dan rasa lagi berminyak. Mungkin tak sesuai. Pakai seminggu je, pastu pass ke suami. 

      IbuElly sememangnya mempunyai masalah kulit berminyak dan mudah naik jerawat. Jadi kalau boleh ibuElly nak produk yang boleh kurangkan minyak dan tak buatkan kulit ibuElly melekit. 

      Bio-essence ni best sangat sebab dia tak buatkan kulit melekit, lepas sapu terus meresap ke dalam kulit, dan kecutkan jerawat sekaligus! Haa sebab tu pada kali pertama guna, terus jatuh cinta! 

      Berbaloi la guna yang kecik ni dulu. Nanti boleh beli yang besar pulak kan. Tak sabar nak guna yang besar pulak.

KENAPA ESSENCE PENTING UNTUK KULIT? 

1) Kelembapan insentif
Kulit kita ni sama ada berminyak, kering, kombinasi mahupun normal sekalipun, kulit WAJIB kena sentiasa lembap! 

Bila kulit lembap, baru pori-pori dapat bernafas dengan baik. Dan seterusnya dapat memberikan efek glowing pada wajah. 

2) Vitamin tambahan untuk kulit. 
Selain serum, essence juga membantu dalam meremajakan kulit. 

Sebab essence ni partikel dia lebih halus dan mudah menembusi kulit berbanding dengan serum. 

Dan ada sesetengah individu yang tak sesuai gunakan serum, boleh gantikan dengan essence. 

Macam ibuElly, rutin setiap malam tu lepas je essence, pakai lagi serum. Kihkih. 

      Tu lah specialnya essence. Apa yang serum tak boleh buat, dia kasi lancarkan. Pori-pori kulit pun akan lebih terpelihara dan tak nampak ketara sangat lubangnya nanti. 

      Jadi, korang pun dah boleh la mula masukkan essence ni dalam skincare korang. Bukan untuk kulit orang lain, kulit kau jugak! 

Kahkahkah!