Pengalaman di Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan. - Journey of life

Wednesday, January 2, 2019

Pengalaman di Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan.

       Assalamualaikum wbt. Dah hari ke-3 Januari, amacam? Ada baik?

IbuElly masih lagi di hospital. Temankan Dahlia warded kat sini. Sebab keracunan makanan. Dari hari Selasa kitaorang kat sini.

Adeh, rasa lambatnya masa berlalu. Kesian Iskandar kat rumah pergi sekolah ayah uruskan. Balik minta tolong pengasuh ambilkan di tadika.

Alhamdulillah pengasuh dekat, tadika dekat. Rezeki sangat!

IbuElly dah tak payah risau akan anak-anak. Kelas tuisyen pun belum boleh mula lagi. In shaa Allah minggu depan baru mula balik rutin cikgu. Hehehe.

IbuElly nak share dekat korang, hotel best dekat Port Dickson haritu. Kami pergi holiday ke PD akhir Disember 2018 baru-baru ni.

Pergi tak dirancang. Asalnya balik dari Maps, Ipoh tu nak ke Melaka. Tapi rasa macam jauh sangat. Makanya kami tidur dulu satu malam kat KL, rumah sewa yang bos suami sewakan untuk pekerja-pekerja dia dan esoknya gerak ke PD.

Alhamdulillah, sampai juga kami ke PD. Dengan tak tempah hotel, kami google je hotel-hotel berdekatan tepi laut. Teringin pulak rasanya. Nak check-in di Lexis Hibiscus  masih belum mampu. Hahahah.

Maka, di sini lah destinasi tempat tidur kami 👇

Pemandangan dari atas, Corus Paradise Port Dickson 

Bangunan tu la hotelnya. Memang semua mengadap ke laut

Sebenarnya ibuElly pilih hotel ni pun sebab ada swimming pool. Biasa la anak-anak lebih teruja dapat mandi kolam berbanding laut. Laut tu besar, diorang takut. Hahah

Dan sebab kedua dah tentunya kerana viewnya yang menghadap laut. Kami suami isteri memang sukakan pemandangan laut. Tu yang untuk 2019 ni, buat tabung siap-siap. Nak merasa hotel tepi laut negeri lain pulak. Kihkih. 

Kawasan sekitar hotel

Depan hotel yang mengadap laut ni, selain ada kolam renang, dia ada jugak macam satu kawasan bujur yang dikelilingi air laut. Korang boleh jalan-jalan ambil angin waktu pagi dan petang untuk bergambar. Memang best sangat view dan angin dia masa ni. 

View dari atas

Waktu kami turun ni, waktu petang. Best sangat sebab korang boleh jalan sampai ke tengah. Air tak dalam sangat. Mungkin sebab air laut surut sama.

Boleh jalan sampai ke tengah. Bawak anak-anak best. 


Masa ni dah tengah sangat ni. Paras air pun takat betis anak-anak je

Swimming pool ada slide. Iskandar la seronok main. Adiknya takut. Slide ni untuk bahagian kanak-kanak je. Bahagian dewasa kat sebelah takde. 

View waktu malam

Hihi. Memang diletak di sini untuk selfie

Antara lain yang bestnya kat sini, ada juga aktiviti memanah (rm10 untuk 15 arrows), rumah kampung mini, ada video game, ping pong table, snooker, laundry dan kedai runcit. 

Owh ya hotel ni dia ada skali breakfast tau. Dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ok la nice makanan dia. Pelancong dari China kat sebelah meja ibuElly pun menambah berkali-kali. 


Ada yang sup-sup (mee dan kuew tiaw tapi kena celur sendiri la) 

Ramai jugak yang stay sini haritu

Rumah kampung mini

Kawasan luar hotel yang korang boleh jalan-jalan. Nice view! 

Hotel ni ada 200 bilik. Masa ibuElly call, dia kata tak payah booking. Walk in je. Alhamdulillah nasib baik banyak bilik. Hihi. Harga dia bagi ibuElly ok la, rm300/night. (ikut bilik) 

Overall, ibuElly bagi 4.5 bintang! Kondisi bilik ok, pemandangan cantik, dan mesra kanak-kanak. 

Berbaloi dengan view dan juga kemudahan yang disediakan. Korang yang baru nak rancang destinasi percutian 2019, boleh la check in di Corus Paradise Port Dickson. 

















No comments:

Post a Comment