Journey of life

Thursday, June 22, 2017

7:59 AM

Peppermint-Ginger Plus Shaklee

Peppermint-Ginger Plus Shaklee
      Assalamualaikum semua.. Hari ni ibuElly nak cite pasal Peppermint-Ginger Plus Shaklee yang sangat terkenal dalam kalangan mereka yg ada angin berlebihan dlm badan.. Ibu² pregnant yg ada alahan teruk pun sgt digalakkan tau ambil Peppermint ni.. In shaa Allah perut pun takkan rasa sebu je kan..

   
Haa ni rope peppermint tu.. IbuElly belum pernah cuba lagi peppermint ni

      Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dgn melalui penggunaan teknologi sains yg terkini. Secara klinikal, ia sgt membantu dlm merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.  4 herba tu adalah daun pudina, halia, adas dan cekur manis.  

      Antara manfaat utama herba² di dalam Peppermint ni adalah :
  • PUDINA  : melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Bantu masalah penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yg timbul drpd rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan drpd pudina membantu memelihara pemikiran yg jelas dan tetap fokus
  • HALIA  : Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih drpd 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia utk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak(semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan sakit wanita : penyelidik di Switszerland mendapati halia adalah berkesan sbg remedi lain spt merawat kesan mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan
  • POKOK ADAS (fennal)  : orang² Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dpt membantu masalah alergi pd saluran usus
  • CEKUR MANIS (anise)  : digunakan oleh orang² mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yg menyebabkan penyakit kulit yg biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut
          Peppermint ni boleh dihisap mcm tu je tau.. Terutama masa kita batuk atau muntah lepas makan² tu kan.. Biasa ibu² pregnant atau mereka yg mengalami keracunan makanan la yg banyak muntah² ni.. Ibu mengandung mesti risau kan nak amek ubat yg tinggi kandungan steroid tu.. So cuba Peppermint-ginger plus ni in shaa Allah.. 

          Bagi yg nak dapatkan produk Shaklee di kawasan Ipoh, boleh wasap je ibuElly terus kat SINI tau.. In shaa Allah kalo wasap tu cepat je ibuElly reply.. Hehhee.. 

    Jemput like juga dan follow :
    Ig : @elifaismail

    Wednesday, June 21, 2017

    8:54 AM

    saya agen Cosmoderm kawasan Ipoh! 💜💜

    saya agen Cosmoderm kawasan Ipoh! 💜💜
          Assalamualaikum korang!! Haa berita baik!! IbuElly dah jadi agen dropship sah untuk produk COSMODERM!  lepas ni korang beli dengan ibuElly je tau! Kihkih! Eh gurau je, beli kat farmasi pun boleh, tapi kebanyakan farmasi tak jual full range.. Jadi bolehlah cari produk Cosmoderm yg takde kat farmasi tu dgn ibuElly eik.. For sure, ibuElly akn consult sekali la mcm mana ibuElly consult customer Shaklee..  Hehehe..


    Rangkaian produk Cosmoderm.. Ada banyak tau, boleh je wasap tanya nak brg apa

          IbuElly dah lama kenal produk Cosmoderm ni, sejak 2 tahun lepas.. Masa tu baru stop skincare online + mengandungkan Dahlia.. Mgkim hormon imbalance sama kot muka naik banyak sgt jerawat dan tinggalkan bintik² hitam! Mmg rasa meremang tgk muka masa ngandungkan Dahlia.. Masa Iskandar licin mulus je.. Hermmmmm! 

          So pegi Farmasi nak cari produk utk hilangkan parut² kat muka masa tu.. So akak tu cdangkan krim Cosmoderm Vitamin E 3000.. Masa tu krim ni dok dalam bekas kaca lagi, bukan macam sekarang bentuk tiub.. Lagi senang rasanya dlm bentuk tiub, kang buh lam bekas senang pecah + bnyk ruang dlm beg Kena guna.. Hahahahhaha! 


    Tu haa yg 1000iu.. IbuElly pakai dr tahun lepas lagi, lepas tu stop konoN nak cuba produk lain.. Now setia balik dengan Cosmoderm.. Kihkih.. Rutin setiap malam : toner Enfuselle Shaklee + vitamin E cream + vitamin E oil 15 000 iu

          Alhamdulillah, nampak la juga makin lama makin pudar parut yg liat sgt nk hilang tu.. Pakai balik cosmoderm vita E Masa tgh bulan Jun ni.. Nak raya kan, kena usaha lebih la kasi hilang parut.. NantI dah habis yg ni, nak cuba yg 3000iu pulak.. Lagi umphhhh Tau sbb kandungan rose hip Oil dia lagi tggi.. Produk ni ade jual di farmasi, tapi kat farmasi tak semua produk la ada.. So korang boleh je contact ibuElly kat wasap atau klik je www.wasap.my/60175604426 tau.. Mudah beno dah skang ni kan.. Kihkih! 


    Nasib sempat sampai before raya.. Ni pun dah nak sold out.. Paling best yg banyak org beli pencuci intim Manjakani tu! Best Bak angg! Sejuk dan berangin je lepas cuci tau! 


    Memang pihak Cosmoderm yang pack mcm ni tau! 

          Haa menarik kan?? Beli dr hq, mmg akaN ade jela offer best.. Tak sama mcm beli kat farmasi tau.. Ni dah siap bungkus gini, so senang sgt la kome nk bg hadiah kat sape² kan.. N harga murah sikiT la berbanding beli di farmasi.. Ingat Beli di farmasi dapat ke harga murah dan packaging gini??? Takde kan... Haaa kat Cosmoderm IPOH ade .. Ni page cosmoderm ibuElly di fb.. Klik link tu dan jgn lupa like ok! 

    Fb Page Cosmoderm : Cosmoderm IPOH
    Ig : @cosmoderm_personalcare

    Monday, June 19, 2017

    7:23 PM

    Cinch Shake Mix sebagai pengganti makananan.. 😋

    Cinch Shake Mix sebagai pengganti makananan.. 😋
          Assalamualaikum korang.. Pagi ni IbuElly nak share pasal Cinch shake Shaklee.. Haa mesti korang Jarang² sgt dengar pasal Cinch ni kan?? Sebab jarang nampak SID promote.. Biasa deme dok promote ESP tu je.. Cinch ni ibuElly belum penah try, tpi mmg nk try dlm masa terdekat sbb Cinch ni pun salah satu produk bagi kurus.. Kihkih!


    Ni yg perisa Vanilla, kata deme sedap! 

          Korang tau tak, stp kali korang minum Cinch Shake ni korang akn dapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting, serta 6 gram serat larut  (dicadangkan diambil bersama 1 sudu ESP).. Protin ni mmg penting utk badan tau sebab protin digunakan utk membina otot, dan ototlah yg menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori..  Makanan yg kaya lrotin blh buatkan kita tahan lapar, yg mana boleh bantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan..  Haa selain tu LEUCINE - nutrisi penting di dalam Cinch utknkeprluan tubuh kita tau! 


    Ni Cinch rasa coklat pulak.. Mesti sedap gilaa ni! 

          Ok kita dh bincang ttg apa itu Cinch. Jadi apa pulak manfaat utama Cinch Shaklee ni ye?? 

    1. Indeks glisemik - 22 : sesuai utk penghidap kencing manis
    2. Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine  - asid amino
    3. Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
    4. 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang 
    5. Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
    6. Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
    7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
    8. Penggunaan soya BEBAS GMO
    9.  tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

          Haa nampak macam menarik daripada ESP kan?? Haa menarik la sebab ESP tu at  kena mkn jugak sikit baru boleh tahan lama laparnya tu. Kalau Cinch ni, tak payah.. Shake² je pastu memang in shaa Allah lapar sampai ke tengah hari TANPA makan pape pagi tu.. 


    Cinch perisa Latte.. IbuElly tak boleh nak describe rasa dia sebab belum cba.. Nanti dah cuba ibuElly bagi review dalam next entry eik.. 


    Ok korang boleh la wasap ibuElly terus di www.wasap.my/60175604426 untuk pertanyaan dan pembelian eik.. 

    Fb : Elifa bt Ismail
    Fb Page : Pengedar Shaklee Ipoh
    Ig : elifaismail




    Sunday, June 18, 2017

    7:13 AM

    ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia, tak semuanya sama.. 😢😢 (part 1)

    ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia, tak semuanya sama.. 😢😢 (part 1)
          Assalamualaikum rakan² pembaca, terima kasih sudi singgah lagi kat blog ibuElly ni.. 2 3 hari ni takde mood lagi nak update pasal bisnes.. Dah alang² berblog ni, ibuElly sukannk kongsi serba sedikit ttg kehidupan utk dijadikan pedoman kita pada masa hadapan.. Moga² coretan kisah ibuElly di sini akan dapat naikkan semangat korang dikala duka dan lara ni ye..

          IbuElly bukanlah asal org kaya, bukan juga org senang.. Bersederhana aje, semuanya berubah bila bisnes ayah kandung muflis, dia diisytihar bankrup sewaktu ibuElly darjah 4..masa tu kami masih menyewa di Desa Pakatan, Ipoh.. Rumah teres 2 tgkat yg mana pada waktu tu ibuElly ingt itu rumah kami sendiri.. Kami takkan ke mana² smpai bila²..

           bila ayah bankrup, kami Sekeluarga terpaksa pindah keluar.. Ayah tak mampu lagi nak sewa rumah² kat situ.. Nasib baik, opah ada tanah di kawasan setinggan area pasir puteh, rumah tu pada masa tu masih elok.. Jadi kami sekeluarga berpindah ke situ, kononnya utk sementara je.. Daripada rumah teres 2 tgkat, dah duduk di rumah kayu kawasan setinggan yg kecil dan sempit.. Alhamdulillah, ada tmpt tinggal.. IbuElly positif je masa tu, mengharap yg ayah akn cari rumah lain utk kami nnti..

          Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sehinggalah tahun berganti tahun.. Kami masihndi rumah setinggan.. Sehingga lah IbuElly dah naik sekolah menengah.. Rumah kami memang takde elektrik masa duduk, jadi kami mengharap ehsan kakak ibu iaitu maklong ibhElly utk tarik elektrik dari rumah dia.. Kami byr pd die jela bulan² instead of bayar pd TNB.. masa tu mmg susah, balun jelah apa ada..

          Tak Tau kenapa, makin lama ayah makin x bersemangat nk keje.. Keje sambil lewa sehingga ibu yg terpaksa keluar bekerja padahal Ayh masa tu sihat walafiat je.. Ibu start keje sbg tukang cuci di TM pasir Puteh.. Start ibu kerja, ibu yg bagi kami adik Beradik duit belanja, belanja dapur, bil² semua ibu yg mula bayar.. Ayah?? Minta pada ibu lagi ada, makin hari ibuElly rasa makin teruk.. Sehingga ibu dah tak tahan, minta dilepaskan..

           habis SPM, ibuElly dapat tawarAn ke Kolej Mara Kuala Nerang utk sambung matrikulasi selama setahun.. IbuElly mmg xnk pegi, siapa nak tanggung, siapa nak bagi duit utk beli keperluan asrama?? Xde sape. Saudara mara? Hilang entah ke mana waktu kami susah.. IbuElly pasrah, mmg xharap dpt masuk matrik timE tu, sbb mmg x berkemampuan langsung.  Duit yg ada (ibuElly buat keje part time juga masa tu) hanya cukup utk belanja hari².. Mmg takde lebih..

          Masa tu susah, hanya ada basikal je.. Dn kalau Nk ke pekan, ibuElly kena naik bas.. Nk beli moto Pun tak mmpu.. Risau sgt tak cukup duit utk keperluan harian.. Ibu gigihkan juga, ajak ibuElly ke pekan utk minta bantuan Baitulmal dan yayasan Perak.. Ibu nak sgt ibuElly pegi matrik tu, katanya Ade rezeki boleh sambung universiti.. Boleh belajar dan ubah nasib keluarga nnti katanya.. Mengenangkan usaha keras ibu Jalan Kaki sampai rasa nak tercabut je waktu tu, ibuElly gagahkan juga.. Masa ni, ayah tak tahu lah pegi mana.. Belum lagi bercerai, tapi ayah mmg xamek pot pun pasal ibuElly nak sambung bljr.. Katanya takyah pegi sbb xde duit.. Lain sgguh pemikirannya drpd ibu sendiri.
     
          Pegi mintak bantuan, alhamdulillah dpt la rm1500 utk beli brg keperluan.. Tmbah sikit dgn duit masa kerja part time (keje kedai fotostat kena berdiri je tak dibenarkan duduk dr pukul 10 pagi  smpai 7 petang demi gaji bulanan rm450).. 3 bulan juga ibuElly kerja, lepas tu berhenti keje dekat kedai fotostat lain.. Bosnya lebiH baik, boleh buat keje smbil duduk, waktu rehat sejam pun gaji kira, nak mkn megi ke air tin ke amek je.. Cina juga, tapi karakter yg sgt berbeza berbanding bos lama.. Syukur alhamdulillah..

          Ehh ada ke lagi yg nk ibuElly sambung???

    Saturday, June 17, 2017

    8:17 AM

    hebatnya memberi.. 🤗🤗

    hebatnya memberi.. 🤗🤗
          Assalamualaikum korang.. Kejap beno asenye dah weekend balik kan.. Asenye baru je lagi cuti hujung minggu.. Harini ibuElly nak g amek report card Iskandar di tadika.. Terasa tua dah ibuElly ni haa padahal baru je 26 tahun.. Hahahahahahahahahahaha perasan muda lagi tu!!! Hari ni pun birthday Dik Lia yg ke-2 tahun.. Alahai ape hal cepat sangat membesar anak² ibu! 😦😦😦😦

    POWER OF GIVING 

          pernah tak korang terfikir, hebatnya kuasa memberi ni?? Ke korang rasa makin banyak korang memberi, makin miskin? Dalam Islam, ada pepatah yg berbunyi, ' tangan yg di atas lebih baik daripada tangan yg di bawah '.. Means tgn yg memberi lebih baik drpd tgn yg menerima.. Bukanlah maksud tgn yg asyik terima je tu x baik kan.. Jgn salah Paham pulak, point kat sini nak cerita ttg the power of sadaqah ..


          Korang kena rasa sendiri tau kuasa sedekah ni.. Dah tau dan rasa sendiri kan, baru tau mcm mana perasaan dan rasa puas hati tu bila kita memberi pada org lain.. Paling best, bila pemberian kita tu sedikit sebanyak dapat bantu org lain utk jalani kehidupan dengan lebih baik.. Tak kisah korang nk kena Sedekah brp sebenarnya, apa yg ada dlm Purse/akaun bank, haa bagi jela.. Percayalah, rezeki korang akan mencurah-curah kalau korang amalkan sedekah ni tau.. Niatkan dan redha atas sedekah kita tu..  Kat suami ibuElly pun, ibuElly bagitau die gini.. Lagi² lelaki kan, tanggungjawab pada mak ayah, adik beradik lagi lah kena utamakan.. 

          Cumanya, org kita ni anggap makin banyak kita dok bagi pd org makin sikit harta kita tu.. Salah sama sekali!!  Jadi, tu sebab ibuElly anjurkan korang buat dulu, hayati dulu apa makna sedekah ni.. Nanti korang sendiri akan rasa ketagih tau, trust me! Apa yg membuatkan ibuElly lagi yakin dengan kuasa sedekah ni, bila dok dgr ceramah Ustaz Kazim, ceramah ustaz²/ustazah² (serius tak ingt nama)  lain, dgn penceritaan diorang, dgn cara penyampaian diorang, tu yg membuatkan ibuElly rasa tertarik utk jadikan sedekah ni sbg satu amalan harian. .. IbuElly sndri pun, akan peruntukkan sedikit payment tuition utk tujuan sedekah ni.. Bonus Shaklee simpan nk buat travel.. Kihkih! Tapi kdang² trguna juga sikit kan, time sesak² tu.. 

          

    Saluran Sedekah ni banyak.. Korang boleh pilih apa saja jenis sedekah janji tak melanggar hukum syarak.. 🤗

            Korang, sedekah tak semestinya dengan duit semata.. Banyak lagi sebenarnya Cara lain utk kita smpaikan sedekah tu kpd org ramai.. Salah satunya guna fizikal dan tubuh kita lah! Ilmu Allah tu kan luas, jadi jgn spesifikkan sedekah tu hanya pd wang ringgit.. Even kata² kita yg dpt menenangkan dan menggembirakan hati org lain pun dianggap bersedekah tau.. Tolong alihkan objek tajam yg ada di atas jln, bg kucing mkn, pun dikira sedekah.. Jadikan benda² baik yg kita buat, yg dpt memberikan manfaat kpd org lain tu Sbg salah satu cara utk kita bersedekah juga.. Jgn sempitkan fikiran kita tau.. 


    Alhamdulillah jika ini yg dijanjikan Allah.. 😻

          Perasaan ibuElly bila amalkan sedekah dlm kehidupan seharian ni, Allah je tau! Serius sekarang ibuElly rasa lgi tenang, lebih bertawakal pada Allah, lebih menghargai insan lain, lebih syg dan ada sifat empati yg tggi ehh mcm² lagi lahh kesan positif yg ibuElly dpt rasa.. Alhamdulillah sgt! Sale Shaklee pun alhamdulillah tiap² bulan mmg akan ade je bonus tunai.. Point ibuElly la yg banyak ye bukan harap downline punya point semata.. Nnt ada masa ibuElly cite pasal sistem dlm Shaklee.. Totally bukan macam sistem piramid iaitu kita akan terima point drpd downline utk selama-lamanya, sama sekali tidak!!  Jadi bila kita rajin bersedekah, tawakal dan serah bulat² pd Allah setelah kita usaha sekerasnya, maka mmg kita akan terima something yg lebih besar daripada Allah.. Something yg kita sndri takkan jangka dan takkan pernah terlintas pun! 

         Salah satu rezeki Allah yg ibuElly tak terlintas langsung di fikiran, adalah harini.. Ya Allah mmg ibuElly sebak dan menangis dlm kete sorang² mengenangkan sygnya Allah pd ibuElly dn masih lagi nak beri ibuElly kebahagian dan kegembiraan walau diri ini terlalu banyak khilafnya.. 😢😢😢


    Ni salah satunya.. Asalnya pergi kedai emas nak tindik subang utk Dahlia (because today is her birthday) tapi tup² ibu yg dpt hadiah.. 😄😄😅😅

          Syukur tak terhingga, sebak pun ada.. Kita nak tgk² je, husb dok tanya nak ke.. IbuElly biasa lah gelak² jelakan.. Harga beribu kot, mmg ibuElly xde pun rasa membuak-buak nakKn jugak gelang tu.. Dok la belek² konon mcm nk beli, pdhal saja je nk menerai satu² gelang emaa tu kahkah! Rupa²nya encik suami SERIUS!!  tak sangkanya dapat gelang emas harini.. Tak penah terfikir pun tau nak ada brg kemas yg nilai ribuan ringgit.. 😢😢 pernah belikan cincin emas hadiah  ibu pun takat rm500 lbh sikit gituu je..  Sbb dulu husb belikan gelang gini, tapi ZHULIAN lah! Kihkih! Hbis naik merah² dan gatal² pergelangan tgn ibuElly ni.. Means dia taknak emas tipu lah nak emas ori.. Kahkahkah! Tu yg husb beli juga gelang ni tadi.. Katanya, "kalau kali ni pun gatal lagi tgn tu, jual terus gelang tadi".. Kahkah! Sangat kejam!

          Selain gelang comel ni, dapat juga hadiah dari parents student yg ibuElly dok ajar.. Student ni dari Pakistam, menetap kat Malaysia sbb parents dia sambung bljr rasanya.. Sbb nampak paper² lambang USM kan.. Universiti ibuElly dulu.. 😍😍


    Ni haa mak dia bagi.. Terharu sgt tau.. Dlm beg putih tu mak dia hadiahkan telekung.. Sweet gila mak dia tu.. 😘

          
          Mengenangkan semua rezeki yg ibuElly dpt harini, ibuElly betul² rasa yg amalan sedekah yg ibuElly slalu amalkan tu Allah dh lipatgandakannya.. Taktau lah nk explain mcm mana tapi rasa mcm Allah dah balas semuanya secara tunai.. Sbb Allah tau sama ada hati kita ikhlas atau tak dgn pemberian kita tu.. So itU sbbnya kita disarankan niat yg baik² aje dlm melakukaN setiap perkara yg baik.. In shaa Allah, Allah akan balas segala keikhlasan kita tu berlipat ganda malah kurniakan rezeki yg sangat² kita tak jangka.. IbuElly harap, korang akan sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam memberi dan dikurniakan rezeki yg mencurah dan tak terduga daripada Allah S.W.T..

    Percayalah bila kita jadikan Allah sebagai yg utama, Allah memang takkan pernah lupa dan abaikan kita.. In shaa Allah semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah selalu.. 😇😇








    Thursday, June 15, 2017

    11:56 PM

    parut jerawat??? macam mana nak pudarkan/hilangkan??😦😦

    parut jerawat??? macam mana nak pudarkan/hilangkan??😦😦
          Assalamualaikum korang. Ok hari ni taknak la intrO pnjang², nak cite pasal produk utk pudarkan parut.. Korang pun mesti ada masalah sama kan? Mesti rasa parut ni lah musuh paling utama kan? Kihkih sama la kita!

          IbuElly nak kenalkan produk sapuan di luar yg boleh korang gunakan utk atasi masalah parut jerawat.. IbuElly mmg cari kat farmasi je produk gini.. Takut dh oii nak guna produk yg mcm² kat luar tu.. Sbb kulit dulu penah rosak teruk.. 😦😦 jadi ibuElly sangat fobia dgn skincare ataupun produk luar..

          Produk ni ibuElly penah pakai sebelum kenal Shaklee jugak.. Tpi biasa lah org tak sabar kan.. On off je pakai, but skang setia balik.. Hahahahahaha.. So far dah seminggu it works!


    Produk Cosmoderm Vita E.. Vita E sangat tinggi antioksidan dan bagus untuk parut²

          Produk Cosmoderm ni ada juga utk kulit berjerawat, jeragat, kulit kering, kulit sensitif, badan.. Ehh banyak lagi wei.. Korang boleh je godek kat Cosmoderm IPOH untuk usha apa lagi produkyg best! IbuElly pun penah try skincare Cosmoderm yg Tea Tree Oil (utk jerawat) tapi bagi ibuElly tak best sangat sbb kulit rasa berminyak lepas pakai especially pelembap dia.. So ibuElly tukar la.. 

          Tapi yg vita E ni ade 2 jenis tau.. Satu yg cream 1000iu, satu lagi 3000iu.. Kalau yg 3000iu ni utk parut yg mmg dalam la mcm parut eksiden ke, parut berlubang ke haa gitu.. Disebabkan ibuElly ni parut biasa je, so guna yg krim 1000iu jela.. And add up vita E oil 15 000 iu.. Yg oil ni pun sama ada 2 jenis, 15 000iu dan 30 000 iu.. Mcm biasa la lagi tggi iu lagi tinggi la kepekatan rose hip oil die.. Dn kegunaan die pun utk yg lebih teruk la.. 

          Krim dan minyak ni mmg sangat berminyak tau, so bg korang yg kulit berminyak dan berjerawat, hanya sapu tempat yg brparut dan pada waktu mlm je. Siang² tak yah pakai, kang berminyak muka naik pulak lagi jerawat lain.. IbuElly pun guna gini je : Campurkan vita E cream dan oil atas tapak tangan, gaul hingga sebati dan lepas tu sapukan pada tmpt yg berparut pada kulit wajah .. Senang kan?? 

          Tapi tu lah, kena pakai mlm jela.. Sbb ibuElly risau jugak kot dia tumbuh jerawat lain pulak nanti kan... Selain sapuan luar, ibuElly pun amalkan supplemen juga utk rawat dari dalam.. Tokey spa yg cantik tu pun bgtau kena rawat luar dalam nk bg parut hilang cepat.. Ni antara yg ibuElly amalkan :


    Ni paling favourite, ni produk Shaklee yg membuatkan ibuElly jatuh cinta dgn Shaklee.. Sebotol ni tahan 6 bulan 😍


    Ni pun sgt bagus utk pudarkan parut jerawat.. Sebotol tahan 4 bulan tau, berbaloi sgt beli! 

          Ni kalau korang under bujet la.. Tapi if ade bujet lebih, boleh  kolagen jugak.. Kolagen ni dlm minggu ke-8 baru dia tnjukkan kesan positif.. Tapi ade stgh org dlm 2 3 sachets je dh nmpk kesan.. Dlm ni ada 15 sachets je pun sekotak, now ibuElly tgh cuba makan.. Sbb nk kasi pudar parut jerawat cepat la kononnya.. Hihi.. Tpi mcm blum nmpk je lagi kesannya.. SabO jela, mayb banyak sgt kot toksin dlm bdan ibElly ni.. Tgk org lain pakai kejap je dh cantik.. 😝


    IbuElly try kolagen je dulu.. Vivix Belum mampu.. Kahkahkah! Vivix tu cust punya order, ku selitkan skali utk photoshoot.. Kihkih.. 


    Esp pun bagus utk pudarkan parut jerawat, ESP ni mmg antara produk dlm set kecantikan Shaklee.. 

          Dah cuba ikhtiar luar dan dalam ni, nampak jugak la parut tu slow² nak nyahh! Kalau harap dalam je atau harap luar je nokk harom!!!! Stress aiihhhh ibu pun.. Alhamdulillah kulit makin ok, cuma pipi belah kiri je lagi yg belum nk nmpk surut parutnye.. 


    My face now.. Nak tgk kulit dulu, sila refer to previous entry.  Kihkih.. IbuElly mmg tak pakai makeup, kamera ni pun guna kamera depan vivo v5(ala yg ct nurhaliza jdi DUTA tu), tak edit, tak pakai camera 360.. Pokoknya gambar ori la ni.. Kihkih.. 

          Parut je masih ada lgi pipi belah kiri.. Ni pun ibuElly pakai bedak anti jerawat Wardah dan pelembap Enfuselle Shaklee je.. Hehehehe.. Ok tu je nk cite, if korang nk dptkan produk Shaklee atau nak tanya sebarang soalan mengenai masalah kulit, meh roger ibuElly di www.wasap.my/60175604426 tau.. Klik je, mudah sgt! 


    Fb : Elifa bt Ismail
    Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
    Ig : elifaismail
    Website : elifaismail.blogspot.com






    5:09 PM

    Spa muslimah di Ipoh..

    Spa muslimah di Ipoh..
          Assalamualaikum korang.. Haa dah Ramadhan ke-21 dah wei.. Cepat gila masa berlalu kan.. Kejap je dah weekend balik.. Masa tu sangat² la berharga bagi kita, jgn lah buat benda tak berfaedah, buat jahat kat org, takut xdan nak mintaK maaf dan bertaubat pulak.. 😞

          Bulan puasa ni, ibuElly memang xckup tido, tak cukup rehat.. Ase nak baham org je tau bula badan penat ni.  Mana ngan kelas tuisyen, rumah, suami, anak², biz lagi kan.. Kome jgn nk kata, " dah penat Takyah la buat " ibuElly cepuk satg.  Hahahahhaa! Jadi semalam ibuElly pegi lah manjakan diri di Jentayu Spa, Station 18 Ipoh. Dah lama tau sbnrnya x g urut, reward diri sendiri mcm ni. Kebetulan suami pun bagi green light dan elaun khas utk belai badan, ape lagi kann!


    Ni haa kedainya.. Dia sebelah kedai dobi tau.. 

          Spa ni  khas untuk muslimah je.. LELAKI DILARANG SAMA SEKALI  ke sini ye.. Sila cari tempat lain yang khas utk lelaki.  Hahahahaha.. Ala, kat gerbang mlm ke psr mlm ke belambak lelaki yg boleh urut.. Husband ibuElly pun biasa urut di Gerbang Malam je. Takde ehh nk ke spa bagai.. 😝

          Banyak jugak tau rawatan yg ada kat spa ni.. Harga pun affordable, tak mahal sgt.. Xde rawatan yg cecah beribu pun.. Nk yg murah² pun ada.  Memang berpatutan la sgt.. Ni nk dekat² raya, ade promosi dan pakej tau.. IbuElly amek yg pakel la smlm.. Mmg best dan terasa dimanjakan laa gitu.. Hilang stress dan penat tau!



    Ni antara pakej yg ada.. Setiap bulan ade je pakej² lain yg menarik.. Memang berbaloi la bak anggg! 

          Owner dia pun baik tau.. Korang blh la mintak tips² kecantikan ke, rumah tangga ke.. Hahahahha.. Dah la cantik, tau tak umur dah 40-an tpi muka awet muda sesangat! Dia pun rajin berfacial katanya, patutlah kulit cantik kan. Plus dia pun mmg mkn supplemen dan gunakan skincare Wardah dari Indonesia tu, kat spa pun ada jual tau if korang mmg pakai Wardah.. 

          Badan ibuElly pun rasa cergas balik pagi ni.. Kalo tak lemau je badan ni tau.. Korang yg masih tercari² spa muslimah terbaik kat Ipoh dan harga berpatutan kena pegi kat Jentayu Spa Ni.. Staff dia pun cantik dan comel dua².. Kihkih! 


    Ni haa nombir owner die.. Korang boleh tgk² kat fb dulu then contact la owner utk pakej atau rawatan yg korang nak.. Korang in shaa Allah takkan menyesal.. 🤗