Journey of life: sustain release vitamin c
Showing posts with label sustain release vitamin c. Show all posts
Showing posts with label sustain release vitamin c. Show all posts

Saturday, April 11, 2020

7:40 AM

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?

Orang-orang Ipoh nak Shaklee?
      Assalamualaikum korang. Apa khabar? Sihat ke semua? Duduk rumah je tau. PKP dilanjutkan lagi haa sampai 28 April 2020. Bertabah jela kita semua. IbuElly pun keje sendiri je ni haa dengan suami. Kami patuh pada PKP. Daripada anak-anak jadi mangsa kan, Baik kita beringat. Virus ni tak kenal budak-budak ke dewasa ke  orang kaya ke miskin ke. Dia rasa senang, haa dia masuk je dalam badan orang tu.

      Eh, maaf lah. Panjang pulak bebel. Hahahaha. IbuElly ada berita baik untuk korang ni. IbuElly ambil keputusan nak buat comeback! Yer, ibuElly nak onz balik produk Shaklee yang terkubur sekejap masa 2019 itu hari. Malas nak cerita banyak. Asal korang tahu yang ibuElly  jual Shaklee sudah. kalau nak, jangan lupa roger ibuElly kat LINK ni tau?

      Dah setahun ibuElly tak aktif berShaklee, rupa-rupanya banyak yang dah terjadi tau. Salah satunya adalah KEAHLIAN SHAKLEE YANG SEKARANG MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA! Haa, best kan? Sebab dulu harga dia rm68 tau tak silap ibuElly dulu. Dah la tu, KEAHLIAN SHAKLEE PUN PERCUMA je sekarang ni. Dengan syarat, MESTI BUAT BELIAN 3 BULAN SEBELUM BULAN BIRTHDAY korang. Haa baru korang layak claim renewal Shaklee secara percuma!


See, mudah kan sekarang?

      Haa korang nak tak join member Shaklee dengan ibuElly? ibuElly boleh guide dari alif sampai ya tau. Nak tanya apa, tanya je. Bukan itu je, promosi tiap-tiap bulan masih ada macam biasa. Tiap-tiap bulan promo lain-lain tau. Sangat-sangat beruntung korang grab vitamin Shaklee dengan harga ahli. Sangat jimat!


Haa lupa nak inform korang. Vitamin Shaklee sekarang ni pun banyak yang dah tukar baju baru tau. Hehehe. Setelah beberapa zaman mereka asyik berbaju lama. Kini mereka tampil dengan baju baru. Lebih seksi dan comel. Hehehe. Ni order repeat customer ibuElly . Beliau memang rajin repeat dua-dua vitamin ni tau. Umur dah 50-an pun, kulit sangat dia cantik sangat. Licin mulus je tau! dari ibuElly aktif berShaklee, stop kejap, sampai la ibuElly buat comeback. Masih setia repeat vitamin Shaklee dengan ibuElly!

      ibuElly tak sangka juga beliau ni masih amalkan vitamin. Ingatkan dah stop. Heheh. Btw, customer ni ada pangkat Datin tau. Tapi sangat low profile dan lembut tutur kata. Memang rezeki sangat ibuElly dapat customer Shaklee baik macam beliau. Dan beliau dah selamat register ahli Shaklee. Hehehe. Alhamdulillah, syukur nikmat!


Haa, comel kan baju baru Vitamin C SR? Aummm!!

      Amacam? korang takkan tak tergoda dengan Shaklee versi baru? Harga ahli dah murah, renew percuma, vitamin dah banyak tukar baju baru. Nampak lebih comel dan eksklusif sangat! Jom kalau nak daftar Shaklee, cari ibuElly ye?

Jom contact ibuElly kat nombor 017 560 4426 atau boleh scroll ig yang ada kat page utama tu tau.. Daaaaa



Thursday, January 18, 2018

1:12 AM

Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana?

Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana?
Assalamualaikum.

      Siapa yang ada masalah macam ni selalu angkat kaki? masalah badan lesu dan tak bermaya ni rasanya semua orang akan rasa kan. ada yang tahap bese-bese je lesunya. Ada yang sampai tak boleh buat apa pun.

      Ingat best ke lesu-lesu je sentiasa? Dah la banyak lagi keje nak buat. Dah tu badan asyik lemau je. Acane kan? Jadinya korang boleh je follow simple tips daripada ibuElly yang tak seberapa ni haa.

      Benda ni kadang-kadang ibuElly skip kan. tapi most of the time memang akan buat. Hehe.



1) TIDUR AWAL 
 
 Benda ni selalu orang amek ringan je. Yela, banyak kerja nak kena setel, kalau tak siap rasa tak lengkap jiwa raga. Jangan macam tu!!

      Kalau nak rehat yang berkualiti, korang WAJIB tido awal tau. Maksudnya, tidur awal sekarang, lepas tu nanti boleh bangun awal sikit dan siapkan kerja.

      IbuElly memang sejenis makhluk yang tak boleh tido lambat. kalo lambat tido, bersiap sedia lah pening-pening kepala sepanjang hari. Ye, pening macam nak demam tu. Padahal, kisahnya tak cukup tido je pun. Haishh!

      Jadi, sekarang ni ubah habit korang. Lepas Isyak ke gitu atau dalam pukul 9.30 ke dah boleh tidur. Ajak anak kecik tido skali. Nanti lama-lama diorang biasa lah.

2) RAJIN BERSENAM

Ya, nampak remeh.tapi ni lah yang paling ramai tak suka buat. Laa, tak semestinya korang kena hiking (kalau minat tu lain lah) ke, keluar rumah ke. Dalam rumah je pun boleh la!

      IbuElly slalu bukak je youtube, taiplah yoga ke zumba ke dance ke yang boleh bagi keluarkan peluh. Dok umah sambil tengok anak-anak pun boleh bersenam. Apa yang susahnya?

      Badan kita ni kalau nak sihat, mesti keluarkan peluh. barulah toksin-toksin dalam badan yang menyebabkan lesu tu puffttttt ditiup ombak laut di Pulau Langkawi (tak boleh move on lagi).

      Sel-sel dalam badan kita perlukan oksigen yang segar untuk diorang boleh menjalankan proses pernafasan tu.Bila oksigen-oksigen dah diganti barulah badan kita pun rasa bertenaga dan tak cepat letih. Macam kita la dapat air sejuk panas-panas ni rasa lega sangat kan. Macam tu jugak lah sel kita! 

3) MINUM AIR SECUKUPNYA
 
Ni tak, asyik mentekederah air manis, air starbuck, air gas aje. Minuman macam tu SANGAT TINGGI KANDUNGAN GULA tau! Sebab tu anak-anak kecik pun sangat tak digalakkan minum air gini masa dalam lingkungan bulan-bulan umurnya.

      IbuElly sendiri pun, takde air manis kalau di rumah. Kalau di luar jela tak dapat nak elak kan. Yela, nak-nak kalau balik kampung, memang enjoy sakan anak-anak sebab mak mentua ada kedai runcit. Dok berulang la ke kedai amek air kotak.

      So, korang yang taknak ase lesu sokmo, kenalah minum air masak yang bersih secukupnya. macam mana dikatakan air masak yang bersih?

Menurut dalam buku kesihatan yang ibuElly baca, air bersih ni maksudnya air yang telah ditapis. Bukan yang kita masak dari air paip tu. Haa, nampak tak? Air yang bersih pun mempengaruhi tau.

Bukan saja-saja nak minum sampai nak terkencing. Tapi sebab nak singkirkan toksin dari dalam badan. Sebenarnya badan lesu ni bukan apa sangat pun. Sebab toksin dah banyakkkkkkk sangat dalam badan tau tak!

Bila dah banyak, dia akan kacau lah segala mak nenek hormon yang ada dalam badan tu. TU yang selalu letih, penyakit datang, kulit kusam.

Nampak tak permainannya kat situ?

4) SUPPLEMEN YANG BERKUALITI
 Haa, yang ni pun penting! Amalkan supplemen atau vitamin yang berkualiti je tau. Maklong lah, skang ni banyak sangat lambakan produk. Semua orang nak kaya. 😄😄

      Kita yang sebagai pengguna  ni je nak kena pandai memilih. IbuElly memang taknak lain dah. Memang Vita C, Esp dan Vita lea Shaklee lah jawapannya!


      Tambah-tambah Vita Lea tu. Dalam tu ada lebih 20 jenis mineral penting dalam tu tau. Apa yang kita tak dapat daripada makanan harian kita, Vita Lea boleh tolong cukupkan.

ibuElly ni pun bukan makan vitamin untuk suka-suka tau. makan sebab nak jaga dalaman kita supaya tak mudah sakit sana sakit sini. IbuElly ni ada banyak benda nak kena capai. nak  jaga anak-anak sebaik mungkin, taknak lah disebabkan asyik sakit je, anak-anak pun terabai gitu.

Vita C pulak walaupun dia lebih sinonim untuk kulit, tapi ada jugak customer mengadu makin bertenaga amalkan dia ni. IbuElly memang makan Vita C untuk kulit. Untuk elakkan kulit dari cepat sangat naik jerawat, jeragat.

Maklong lah, dah masuk 27 ni, kena jaga lah segenap benda. Tapi alhamdulillah masih ramai yang kata ibuElly ni tak nampak macam ada anak pun. Kihkih! Itu yang nak dengar tu!

      Esp pulak, memang super duper best untuk kembalikan tenaga korang. Sebab protein dia tinggi. memang Esp ni soya, tapi soya jenis non-gmo tu. Bukan soya biasa tau. Jarang ada produk berasaskan soya ada bagitau yang soya tu soya non-gmo.


Soya NON-GMO (non genetically modified origin) haa gitu lah kot maksudnya. Means that para saintis yang buat takde pun ubah genetik asal soya tu sendiri, masih mengekalkan kesemulajadian dan keoriginalan soya tersebut.

Berbelit lidah nak sebut kan. Hahahaha. So sebab tu ibuElly kata tiga ni BAGUS UNTUK ELAKKAN LEMAU badan kita ni. Tak caya korang boleh cuba dulu. Dah cuba jangan lah expect makan seminggu nak ada perubahan ketara. Produk semulajadi kan, akan ambil masa sikit.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Ok ni antara tips yang ibuElly amalkan lah. Tak susah, ada 4 benda je pun. nak ikut ikut, taknak ikut sudah. IbuElly tak paksa pun. kihkih. Mana yang rasa sesuai dengan korang, boleh cedok dan cuba amalkan. 

Ubah ikut keserasian masing-masing tau. Buat lah inovasi sikit. Pasal Shaklee tu, kalau nak tanya  lebih lagi, boleh je klik 017-5604426

Boleh jugak jengah-jengah ke Pengedar Shaklee Ipoh
 

           

Monday, November 20, 2017

10:41 PM

Jerawat ni boleh dicegah ke??

Jerawat ni boleh dicegah ke??
Korang suka usik² muka tak? Sat² tengok cermin, jari jemari tu mulalah gatal je kan nak usik² jerawat, nak pegang² jerawat. Pastu sampai picit² pulak! Bila dah picit, tinggal parut pulak. Parut pun bukan senang nak hilang tau! Makan masa nak hilang.

      Jerawat dan parut memang berpisah tiada. Kadang kalau kita tak picit pun, ia tetap tinggal parut. Nak buat macam mana kan, lumrah. Hahah! Kita ni je kena sabo, jangan nak usik² sangat muka tu.

      Ni ada tips nak elakkan pembentukan jerawat & cegah pembentukan jerawat  daripada awal. Jerawat boleh dielak. Kalau kita jaga persekitaran kita dengan baik. Nak buat macam mana tu? Jom cekidaut!

Cara elak pembentukan jerawat :

  • Cuci muka guna PEMBERSIH MEKAP sebelum cuci muka guna pembersih muka.
  • Guna hanya pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit
  • Guna TUALA yang berasingan untuk lap badan dan muka
  • Elakkan selalu menyentuh muka guna jari
  • Minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari
  • Boleh gunakan skincare yang bersesuaian, yang ada toner, pelembap dan serum (lebih bagus) 
  • Tukar sarung bantal dengan kerap
  • Elakkan menekap telefon bimbit di pipi ketika bercakap dengan pemanggil
  • Gunakan mask istimewa untuk mengurangkan minyak di kulit wajah
  • Jangan tidur SEBELUM menanggalkan mekap anda! 
  • Amalkan supplemen yang sesuai dan berkualiti
Ini amtara apa yang ibuElly amalkan sepanjang setahun lepas. Kalau korang dah tengok dan baca previous entry, kulit ibuElly dulu memang sangat teruk! IbuElly klinik je tak pegi lagi, sebab apa pun tah la 😄😄

      Taktau macam mana ibuElly amek keputusan untuk ikhtiar dengan Shaklee dulu masa tu. Sebab sebelum kulit teruk, memang dah penah makan Shaklee. Beli kat kawan belajar masa di Matrikulasi dulu. Lepas tu cari distributor Shaklee area Ipoh ni je. Senang nak COD kononnya. Haha

      Alhamdulillah, dalam masa kurang 2 bulan, jerawat semua kecut dan perlahan-lahan kulit makin baik. Lepas 2 bulan #ibuElly topup dengan Vitamin E pulak untuk PUDARKAN PARUT JERAWAT.  Masya Allah, memang best sangat feeling dia! Dan sekarang genap lah 1 tahun 2 bulan dengan Shaklee. Ni kulit ibuElly skang.

Sekarang dah nampak kulit ok sangat. Somi pun tegur tau

Parut² masih ada, tapi tak sebanyak dulu 😍

Korang tengok ajelah muka ibuElly setahun lebih yang lepas

      Semua ni ada cara makan dia la wei. Bukan gogop semua dalam satu² masa. And yes, tak bermakna ibuElly tak makan sayur buah bagai. Masih makan je macam biasa. Cuma supplemen ni untuk topup mana yang tak cukup dalam diet harian. Bukan bermaksud dah makan supplemen, sayur dan buah tolak tepi. No! There are no such rules like that! 

      Buah dan sayur WAJIB kena makan. Tapi supplemen dan vitamin, tolong topup lobang² dan lopong² yang tak cukup dalam badan tu. Dan lagi satu vitamin Shaklee ni TIADA steroid eik, jadi in shaa Allah takkan ada kesan jangka masa panjang.

      Sama jugak mana ada makan vitamin boleh kurus dalam tempoh sekian² masa TANPA DIET, TANPA SENAMAN! Masya Allah, berat dan kerak yang dah bertahun-tahun dalam badan, takkan la boleh buang dalam sekelip mata kan. Kadang di media sosial memang ramai sangat penjual yang overclaim macam ni. 

      Kita sebagai pembaca je kena bijak buat keputusan. IbuElly memang takkan ganggu pesakit kronik. Even diorang tanya, ibuElly akan minta mereka terus ke hospital jumpa pakar. IbuElly bukan doktor atau pakar untuk suka² hati nak bagi vitamin kepada pesakit kronik. Kang jadi benda lain, macam mana nak jawab? 

      Jadi berbalik kepada masalah jerawat ni tadi, pastikan korang jaga oersekitaran dengan baik. Jari tu jangan asyik nak sentuh muka sangat. Kuku tu KOTOQ tau tak! Kuman dan virus melambak-lambak! Tu yang muka senang sangat naik jerawat, kuman yang dok kat jari tadi abeh sume pindah kat muka tau! 

      Skincare pun ibuElly guna skincare yang hanya jual kat drugstore je. IbuElly skang agen produk Cosmoderm. Jangan risau eikk ia bukan FAKE! ibuElly jual guna harga hq tau. Tambah² kalau beli set, berganda lagi murah! Wasap je ibuElly kat 017-5604426



Tuesday, November 14, 2017

8:33 AM

Tips Hadap kulit Breakout 😇

Tips Hadap kulit Breakout 😇
Masya Allah, baru datang ni haa mood nk berblog. Sat² hilang sat² dia datang. Adoii parah mak nak. Kome rindu ibuElly tak ni? IbuElly ade je haa, dok aktif je kat Elifa bt Ismail (pesbuk) ibuElly tu. Ig pun aktif jugak, jemput lah follow @elifaismail dan @cosmodermpersonalcare.

      Kadang ibuElly banyak sangat benda nak cite dalam blog ni, tapi nauzubillah MALAS bebeno kome! Padahal kelas tuisyen takde banyak sangat pun, budak² dah cuti semua. Jadi ibuElly agak renggang la sikit. Taktau la apa yang di busy kn sangat tu 🙄

      IbuElly nak cite ni baru² ni kan somi asyik puji je kulit ibuElly dah licin dan cantik daripada dulu 😇😇 sampai tersekat sore ibuElly di skala enam bila mengenangkan bait² perkataan yg keluar dari mulut beliau. Sungguh padu sekali sore somi ibuElly dok memuji #ibuElly masa tu! 😜😜

      Yela, ko apa tau. Seksa tak seksa nya ibuElly menanggung derita dan malu dulu². Sampai ibu dan kak ipar pun tegur awat kulit lagu tu. Awat keluar lagu Sudirman bukan keluar lagu Mas Idayu. 😢 tapi berkat kesabaran dan kekonsistenan ibuElly ni, alhamduliah dapat balik kulit sihat secara perlahan-lahan. (ko nak cantik cepat, haa sila pakai balik produk penuh merkuri tu, aii tak larang 😏)

      Dengan Shaklee dan jugak Cosmoderm, masya Allah bergetar la pankreas ibuElly ni hari² sebab seronok sangat dengan keadaan kulit skang tau! Meh sini nak kongsi TIPS HADAP KULIT BREAKOUT.
  1. Tak usah didihkan nafsu sangat nak cuba itu ini, fokus rehatkan kulit dulu. Biar je jerawat, nanah bagai nak keluar berjemaah.
  2. Guna tuala yang berbeza untuk badan dan muka
  3. Seelok-eloknya, cuci muka hanya dengan air suam sahaja
  4. Keluar rumah, guna pelembap dan SUNBLOCK BEBAS MINYAK (halang jeragat) 
  5. Minum air masak secukupnya
  6. Boleh juga sapukan ALOE VERA setiap malam ke muka
  7. Boleh cari ubat jerawat di farmasi untuk kurangkan radang, ibuElly guna Dalacin-T dulu. 
  8. Lepas sebulan atau 2 bulan, haa boleh dah survey skincare lain yang sesuai. CARI KAT DRUGSTORE JE TAU! 
haa, tu yg ibuElly amalkan sebelum tukar ke skincare baru. Tobat lahum la takmo guna skincare merapu dah! Biarlah lambat pun, asalkan selamat ye dakk. IbuElly pun amalkan vita C & vita E Shaklee  sebelum beralih balik ke Cosmoderm ni. Rawat dalaman dulu, lepas tu baru intai balik skincare sesuai.

      So far alhamdulillah, kulit dah ok sgt brbanding dulu. Dah boleh tarik nafas lega dah bila anak² pn asyik nk kiss dan main cubit² pipi je. Dulu deme tak berani, sbb muka ibuElly banyak merah² & darah² 😭😭 kena sabar je tau.

Supplemen Vita E, tahan 4 bulan. Sangat bagus untuk pudarkan parut

Ni lagi tak ngagak, 6 bulan kot tahan

Ni utk sapuan luaran, gabung dua² produk ni mmg torbaikk! 

      Korang jangan xtau, ibuElly jual produk Shaklee dan Cosmoderm ni. Takde buat ape jemputlah like page Pengedar Shaklee Ipoh dan juga Cosmoderm IPOH tau. Jangan malu²!

Wednesday, November 1, 2017

9:48 AM

dalam pantang, tapi nak kekal cantik dan cergass? 😎

dalam pantang, tapi nak kekal cantik dan cergass? 😎
      Assalamualaikum korangg.. Alhamdulillah ada lagi yang sudi baca perkongsian ibuElly kat blog ni haa.. Harini fefeling macam dalam pantang, sebab konon November ni nak mula lah program KURUS & SIHAT  kononnya, tapi emmm taktau lah! Hobi makan, tapi ada hati nak kurus!

      Sebab ibuElly rasa dalam pantang je badan slim sikit, lepaihhh tu ke lautan Hindi peginya! Takpe lah nak, kita buat pelan² ye, biarlah sikit janji konsisten gituuu!

      IbuElly nak cite pasal vitamin yang bagus diambil masa dalam pantang. Ikut korang sebenarnya nak amek FULL SET atau SET ASAS je.. Dua² pun bagi manfaat terbaikk pada ibu², usah khuatir!

Antara Vitamin Shakler yang ibu² boleh amek adalah : 

1) SUSTAIN RELEASE VITAMIN C
- yang ni memang ibuElly sarankan tak kisahlah ibu hamil ke, berpantang ke, anak dara ke, untuk cuba vita C ni! Vita C ni kalau korang nak tau, banyak manfaat dan khasiat tersembunyi yang kita tak tau! IbuElly sendiri pengamal tegar vita C ni sejak setahun lepas! Apa manfaat lain vitamin C ni lagi eikk?

🌹 merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
🌹 menghalang otot menjadi lembik akibat proses bersalin
🌹 mempercepatkan penyembuhan luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar
🌹 meningkatkan SISTEM IMUN, elak demam dan seram sejuk ketika dalam pantang
🌹 mengandungi ANTI OKSIDA yang merangsang pengeluaran T cells untuk melawan sel² kanser
🌹 mencantikkan kulit
🌹 melambatkan penuaan
🌹 menyekat PEMBETUKAN JERAGAT
🌹 memperbaiki imsomnia, stress dan elak MEROYAN
🌹 mengekalkan kolestrol sihat

Ni pun ibuElly rasa sikit je ni. Ada banyakkkk lagi yang kita tak tau sebenarnya.. Ni apa yang tercatat dalam buku jela yang ibuElly boleh satukan di sini.. Kome jugak boleh google sendiri ehh nanti.. 🤗

2) OSTEMATRIX  
- kedua yang bertakhta di paru-paru ibuElly ni haa.. Best sangat Oste ni (nama manja) sebab selain untuk atasi lenguh-lenguh dan sakit² badan, ia juga mampu melawaskan!  Ramai customer ibuElly TAK PERNAH lagi kecewa dengan Oste ni tau.. Setiap kali repeat order, mesti nak 2! Manfaat lain Oste ⤵⤵

💪 menguatkan tulang
💪 memperbaiki kekejangan dan kebas²
💪 meringankan stress
💪 memperbaiki masalah haid
💪 pengalkalian tubuh
💪 memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
💪 mengandungi bukan hanya kalsium tetapi VITAMIN D, MAGNESIUM, ZINC, BORON, MANGANES dan KUPRUM

Tengok, bukan setakat ada kalsium aje tau! Ada sekali Vitamin D yang MEMBOLEHKAN KALSIUM DISERAP DENGAN EFEKTIF OLEH TULANG KITA!  Sebab menurut pembacaan ibuElly sebelum ni, KALSIUM semata-mata tak bagus juga untuk tulang dan badan kita.. Alahhh, tak hengat apa kesan dia! Jadi korang takyah ragu² lagi dengan kandungan lain Ostematrix ni, bukan sekadar Calci-yum! 

Best sangat sebab sebotol boleh tahan 6 bulan! 

Kecil² cili padi Oste ni.. Macam² kebaikan boleh kaut! 

      Namun, yang ibuElly cite ni hanyalah SET ASAS  je tau.. Ada je yang full set, nanti ibuElly cite yang tu.. Set asas ni sesuai bagi ibu² yang ada bujet sederhana tapi nak kualiti premium! Aet asas ni untuk sejenis makhluk yang tak suka telan banyak² pil pun ye jugak.. Hahahahahaha.. 

      Jangan marah ahh Cik Salmah, kalau marah nanti kena jual! 😝😝 ok rasa clear tak dengan penjelasan ibuElly ni? Kalau ada banyak lagi nak tanya, boleh ramas² keypad henfon tu untuk dail no ni 017-5604426 tau,.. For sure ibuElly akan layan korang sebaiknya! 

      Korang pun boleh scroll page Shaklee ibuElly di Pengedar Shaklee Ipoh atau scroll ig Shaklee, @elifaismail. Feel free la to follow semua tu ye.. Tak luak pun masa ketik like/follow kan.. 🤗🤗

Babaiiiii!!!!