Journey of life

Thursday, May 31, 2018

3:43 PM

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?
      Assalamualaikum.

Nak raya ni korang dah siapkan persiapan raya ke? Baju je? Kulit muka tu taknak kasi upgrade ke? Takkan tiap-tiap tahun nak sama je kan?

IbuElly, saya pakai yang hijau je selama ni. Boleh ke saya nak pakai yang kuning ke merah ke? 

      Asal pulak tak boleh? Selagi masih dalam brand yang sama, takde masalah kalau korang nak campur pun. Sebab apa?

      Sebab, setiap produk Cosmoderm ni berbeza fungsi memgikut siri masing-masing. Jadi sebab tu untuk masalah berbeza, korang boleh je campur-campur guna produk Cosmoderm ni.

      Yang penting sesuai dengan jenis kulit korang. Contoh macam ibuElly, asalnya guna set anti jerawat Tea Tree Oil (hijau) je untuk masalah berminyak dan berjerawat.

      Lepas sebulan bila kulit dah ok, ibuElly mula berjinak-jinak dengan siri yang lain sebab nak cari penyelesaian untuk pudarkan parut pulak. 

     Makanya, tu yang ibuElly cuba item dari siri KUNING dan juga MERAH. IbuElly pun dah tanya pendapat konsultan Cosmoderm, takpe kalau campur-campur pakai. Sebab masih dalam brand yang sama. Bahan yang digunakan  kebanyakannya sama. Jadi in shaa Allah sesuai je untuk semua.

Sebagai contoh macam yang ibuElly guna dah nak hampir setahun ni :


Krim dah nak setahun. Minyak baru 15 mei aritu. Sebab minyak 30k ni tak penah try lagi 😬


See, ada merah dan kuning. Yang ni memang item yang ibuElly guna tau. Tu suar jean somi. Hahahha


IbuElly guna set ni dah nak setahun dah tau

      Nampak macam banyak kan? Tapi ada la urutan pakai dia. Bukannya kena tonggeng semuanya skaligus. Kalau skaligus mau menjerit kulit korang.

      Best sangat guna Cosmoderm ni sebab MAINTENANCE RENDAH SANGAT! Maunye tak, macam set jerawat tu rm80, tahan sampai 2-3 bulan tau! Gila tak jimat?!

      Serum merah tu pulak harga rm69.90 tapi ibuElly guna sampai 3-4 bulan! Mana ada serum murah pastu tahan lama woii? Tambah ibuElly agen pulak, lagi lah murah weh!

      Memang tak menyesal sangat cuba tau. Dalam banyak-banyak skincare yang ibuElly penah guna, Cosmoderm la yang paling tahan lama. 


Yeayy, raya tahun ni no more parut!

Bulan Jun 2018 genap SETAHUN bersama Cosmoderm! Cosmoderm dah banyak bantu masalah kulit ibuElly. Korang pun boleh dapat kulit cantik dan flawless dengan Cosmoderm. Nak ibuElly guide? ⤵️⤵️

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail

Thursday, May 24, 2018

10:47 PM

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱
Assalamualaikum wbt

      Apa kabar awak di sana? IbuElly alhamdulillah, setakat ni semua ok. Parut kat muka pun makin beransur menghilang. 😍

      Best kan rasanya bila parut yang bertahun-tahun kat muka tiba-tiba lesap macam tu je? Selain nak nampak cantik dan peloles, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita tau.

      Yela, parut ni semacam cela yang tak dapat nak ditanggalkan macam tu je. Nak ke mana pun rasa tak yakin. Sedih sangat weh!


Teruk kan masa ni?

      Aduhai, kalau boleh taknak ingat dah kisah lampau. Tapi kome jangan pandang rendah pada kisah lampau. Kisah lampau la yang membuatkan kita semua jadi lagi matang tau.

      Segala rencah kehidupan dan segenggam kenangan lalu tu lah yang menjadikan siapa kita harini. Alhamdulillah, ibuElly bersyukur atas segala peluang yang Allah bagi. Alhamdulillah ibuElly mampu jadi diri sekarang ni 😿

      Segala kenangan buruk kita jadikan sempadan. Tu la jangan membuta tuli guna produk yang kita tak tau kesahihannya. Baiklah kita guna produk yang memang mendapat pengiktirafan macam Cosmoderm ni haa.


Kulit sekarang.

      Nampak macam gelap la pulak daripada first picture ye. IbuElly rasa kamera pun main peranan. Gambat tudung hitam ni guna kamera iphone, tudung bunga pulak guna kamera Vivo V5 yang kamera depan dia 20mp tu.

      Memang la nampak elok, dah 20mp kan. Hahahahaha. Adehh tapi daripada cerah banyak parut, baik cerah tanpa cela kan? 😬

      Rasa harini macam nak share SEMUA PRODUK COSMODERM YANG IBUELLY GUNA. Teruja tak nak tau?

      Ok jom layan gambar-gambar ibuElly 😋😋


Pembersih mekap penting untuk bersihkan kotoran sebelum cuci muka

      Mekap remover ni kalau kita tak mekap pun, tapi better kita guna jugak tau. Sebab kita tak tau berapa banyak debu dan kotoran melekat kat muka kita. Jadi sebelum cuci muka guna cleanser, better cuci guna pembersih mekap dulu. 


Untuk muka, ibuElly guna scrub, pencuci hijau dan merah

      Merah tu ibuElly guna sekejap je. Tak habis sebotol pun. Sebab dia berbuih, tak macam pencuci hijau. So dia senang naik jerawat bila ibuElly tak bersihkan muka guna mekap remover sebelum cuci muka guna cleanser. 

      IbuElly refer konsultan Cosmoderm, katanya sebab pencuci merah ni berbuih. Jadi dia agak kasar sikit. Kena bersihkan muka betul-betul dulu dan baru cuci guna cleanser.

      Scrub tu ibuElly guna sebelum cuci muka guna cleanser jugak. Means lepas mekap remover la. Cuci bagi bersih guna scrub, kasi semua kotoran dan debu yang melekat kat muka tu. Kalau nak tau, dengan scrub, kulit kita akan kelihatan lebih cerah, tak kusam dan parut-parut pun boleh pudar tau. 

      Best kan? Scrub dia dah la murah. IbuElly pakai yang first tiub tu sampai 11 bulan weh. Gila jimat banyak poket ibuElly ni haa! Tak menyesal guna!


IbuElly memang pengguna tegar SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL sejak 11 bulan lalu

      Paling best anti blemish (ubat jerawat) tu. Guna satu malam je habis semua jerawat kecut! Biasa lah kan kalau kadang-kadang tu muka naik jerawat. Tu tandanya kulit kita normal tau. 

      Yang tak normal tu bila pakai, kulit licin halus mulus peloles dalam masa 3 hari pastu takde naik jerawat langsung pulak. Merkuri tinggi tu!



      Serum merah pun ibuElly guna tau. Dah nak setahun. Toner merah pun ibuElly guna sekejap je. Lepas tu guna balik yang hijau. Ni memang rutin ibuElly tiap-tiap malam tau. Sejak 11 bulan lepas 😋😋


Ok ni rutin sekarang

      Lepas HQ bagitau yang serum merah takde stok, ibuElly tukar la serum dengan minyak vitamin E 30k iu ni pulak. Nak guna serum brand lain takut pulak kan. Yela weh, dah 11 bulan guna kan.

      Memang best la. Parut nampak makin pudar skang. Tak sia-sia ibuElly cuba minyak ni 😋😋

      Haa ni la semua yang ibuElly guna dalam masa 11 bulan ni. Memang akan sentiasa dengan Cosmoderm je sampai bila-bila. Pegi Guardian dan Watsons pun ibuElly dah tak tergugat dah. Kihkih. Padahal bukan ibuElly tak tergugat tengok skincare yang belambak kat rak-rak tu. Hahahahaha.







      Gambar kat atas ni semua kesan penggunaan Cosmoderm selama 11 bulan. Korang taknak macam ni?

      Ok la penat dah oii tangan ni dok menaip. Kalau rindu ibuElly boleh la terjah kat instagram dan page ibuElly ye. Nak wasap pun boleh 😬😬

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail









Monday, May 21, 2018

5:14 PM

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?
Assalamualaikum

      Sihat ke korang? IbuElly alhamdulillah setakat ni. Semuanya berjalan lancar. Aamiin

     Nak tanya nak dekat-dekat raya ni, dah ada semua baju raya, tudung raya, cadar raya. Tapi BANTAL RAYA dan ada dah? Korang taknak tukar ke?

      Tau tak korang, bantal ni pun ada TARIKH LUPUT tau. Ingat boleh guna je sampai bila-bila ke? No, nehiii!

      Kalau korang nak tahu, bantal ni mempunyai tarikh luput sehingga 1-2 tahun tau. Dalam tempoh ni, kita gigih la dok basuh sarung bantal tu sebulan 3-4 kali kan. Tapi bantal tu sendiri kome basuh tak?

      Haa?? Tak pernah?? Ni ibuElly nak share bantal terbaik punya. Siap boleh basuh dan boleh ejas tinggi bantal lagi! Best tak? Ni jom layan video ni 👇🏽👇🏽


Tengok, maintain gebu kan lepas basuh? 😍

      Masya Allah, korang tak terliur ke tengok bantal ni? Kat luar memang takde weh bantal macam ni tau. Kat ibuElly je ade 🤣🤣

      Masa mula-mula ibuElly guna, somi pun teringin. So ibuElly pun restok la 8 biji. 1 bagi kat somi, 1 bagi kat MIL, 1 bagi kat ibu, 1 bagi kat ayah. 2 biji adik- adik beli. 2 biji kawan beli. Memang terbaik lah!

      Ni jiran sebelah pulak nak. Sebab bantal ni tinggi. Ada jugak kebanyakan orang yang suka bantal tinggi-tinggi kan. Tapi jangan risau. Bantal ni korang boleh ejas sendiri nak tinggi macam mana. Isi dalam dia boleh dikeluarkan dan masukkan dalam sarung bantal lain atau simpan je kot-kot nanti nak tinggikan balik bantal tu kan. Walaweii! Bantal kome boleh ejas tinggi rendah ke wei? 
#tanyaaje 😂


2 biji di rumah. Awak satu saya satu ❤️❤️




Gebu kan weh?


Setanding bantal mahal tau!


Keistimewaan bantal Leyna

      Bantal ni memang gebu, ringan dan memang mudah sangat nak dibawa ke mana-mana. Zip bantal ni tersorok tau. Jadi zip ni takkan menganggu kepala korang time korang tidur. Best kan?


Omaigadd!

      IbuElly pun ada open kutu tau. Kalau korang berminat, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 tau. Jom lawat instagram bantal Leyna bantal_mewah dan page facebook ibuElly Bantal Mewah Gebu dan Merah

😍😍😍😍😍😍





      

Sunday, May 20, 2018

1:02 AM

Tips memulakan penggunaan skincare 😍

Tips memulakan penggunaan skincare 😍
      Assalamualaikum wbt. Amacam Ramadhan ke-4 harini? Ada baik?

Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk kita beramal dalam bulan Ramadhan yang mulia ni lagi sekali. Sungguhpun kita ni PENDOSA, Allah tetap bagi peluang untuk kita bertaubat dan kumpul pahala 😿

      Ok cukup dengan tazkirah. Harini ibuElly nak share tentang Tips Penting Macam Mana Nak Mula Guna Produk Penjagaan Wajah. 

      Haa, siapa kat sini yang belum pernah guna apa-apa skincare? Dah meningkat baru ada kesedaran kan nak berskincare bagai? 😹

      Takpe, ibuElly share kat sini sedikit sebanyak tips untuk mulakan rutin penjagaan kulit wajah tu tau. Ni berdasarkan pengalaman sendiri ye 😁


Zaman lepas stop skincare timbang

Tips untuk mulakan pemakaian produk untuk kulit wajah :
  • Pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah
Ni sangat penting. Korang sendiri kena tau apa jenis kulit sebelum mula mencari produk untuk kulit wajah korang tu. Jangan main hentam je beli, nanti kesannya korang jugak yang tak puas hati 😢
  • Pilih jenama atau brand yang korang percayai
Ok dah tau jenis kulit yang sesuai, now lets hunt for the suitable and best skincare! IbuElly nasihatkan, elak produk skincare timbang kilo! Nak selamat, cari produk yang betul-betul selamat yang memang ada jual kat farmasi ataupun drugstores. Contohnya macam Cosmoderm 😋 Nanti korang jugak menyesal terlibat dengan produk timbang kilo ni. Korang tengok sendiri jela apa yang jadi kat kulit ibuElly tu 😿
  • Guna item yang penting, asas
Ok, item paling basic dalam pemakaian produk wajah adalah : pencuci muka, penyegar wajah (toner),pelembap dan juga serum. Ada 4 ni, haa you are ready to go!
  • Wajib la konsisten
Bila dah ada semua ni, janganlah tak konsisten pulak. Korang kena konsisten dengan produk yang korang pakai at least 6 bulan untuk tau sama ada dia berkesan, sesuai atau tidak. Kalau dah beli tapi tak pakai, tak guna jugak der!


Hasil konsisten dengan skincare Cosmoderm

  • Kena rajin bersihkan muka (bukan guna pencuci semata-mata)
Ni ramai yang tak tau. Diorang ingat, orang yang pakai mekap je kena guna makeup remover! Salah tu! Ingat kita yang tak pakai mekap ni tak terdedah dengan habuk dan debu ke? Dok umah je pun kulit muka kotor tau! Tak caya esok cuba try.

Yela sekurang-kurangnya bila kita dah cuci guna penanggal mekap tu, takdelah pori kulit tersumbat dan seterusnya menggalakkan pembentukan jerawat. Kulit pun steady je takde kusam pun. 

      Haa amacam? Ok tak tips simple ibuElly tu? Ni apa yang ibuElly sendiri memang amalkan. Ikut logik akal. Kalau korang ada penambahan lain, takde masalah boleh je masukkan skali.

      Ok nanti entry lain ibuElly share tips lagi eikk.

Wednesday, May 16, 2018

3:59 PM

Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭

Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭
Selamat menyambut bulan Ramadhan.

      Alhamdulillah, Allah bagi lagi kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam bulan Ramadhan. Kali ni bulan Ramadhan lebih bermakna sebab anak-anak dah bijak, banyak benda nak diajar 😍

      IbuElly nak share dengan korang ni produk Cosmoderm yang dah mengubah kulit ibuElly. Alhamdulillah setelah hampir setahun dengan Cosmoderm, ibuElly dapat balik kulit sihat!


Percaya tak ni ibuElly setahun yang lepas? Raya 2017 tu?

      Korang tau kan kulit ibuElly pernah breakout teruk dulu gara-gara stop skincare local? Ala, skincare timbang kilo yang agak famous dulu. Taknak cakap banyak pasal tu, kita fokus pada journey ibuElly dengan Cosmoderm ya.

      Sebelum ni, 2 tahun lepas memang ibuElly ikhtiar dengan Shaklee dulu. Masa kulit breakout teruk, ibuElly amalkan vitamin C, vitamin E, dan juga gla complex. Masa ni memang tak pikir dah poket kempis, yang penting muka dirawat!

     IbuElly memang asalnya takde masalah jerawat teruk pun. Tapi biasalah gatal kan nak try macam-macam konon nak bagi lagi cantik. Ambek kau mendapat! Sejak tu terus insaf!

      Ok buat pengetahuan korang jugak sebelum guna Cosmoderm balik (3 tahun lepas juga pernah guna Cosmoderm, tapi stop sebab asyik tak setia), ibuElly juga skincare Enfuselle by Shaklee, Mora by Mira Filzah dan juga Huna skincare. Tengok punya banyak guna kan. Hahaha. Alhamdulillah la kulit elok je masa tu. Actually masa makan Shaklee pun, memang kulit dah slowly ok. Cuma parut je masih bermaharajalela di seluruh muka menyebabkan sekali lagi ibuElly hilang keyakinan!

      Dan disebabkan maintenance yang terlalu tinggi, ibuElly decide nak guna balik skincare Cosmoderm tanpa toleh ke belakang lagi. Bermula la episod ibuElly bersama Cosmoderm, sekali lagi!

      Gambar tadi tu, jerawat dah surut tapi minyak, parut masih lagi taknak kalah. Masa ni ingatkan muka dah abeh elok dah. Konfiden je nak selfie. Sekali tengok balik alahai, masih lagi tak memuaskan! 

      Jadi ibuElly mulakan perjuangan dengan SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL COSMODERM dulu. Dalam masa 3 minggu pertama tu memang la naik sikit jerawat. Mungkin nak cuci dalaman kita ke apa kan. Masa ni masih lagi makan Shaklee, tapi dah konsisten vitamin C je. Yang lain tak makan dah. Ada beberapa tips yang ibuElly nak share masa jerawat beronok-ronok datang ni :
  1. Jangan selalu usik muka!
  2. Jangan picit jerawat!
  3. Minum air masak secukupnya!
  4. Tukar sarung bantal seminggu 2 kali!
  5. Jauhi JARI dan KUKU daripada muka!
  6. Bersihkan muka dengan MAKEUP REMOVER walaupun kita tak pakai mekap!
  7. Cuci muka 2 kali sahaja dalam sehari!
Senang kan tips ni? Korang ikut je semua apa yang ibuElly komgsi ni. Sebab semua ni adalah berdasarkan pengalaman ibuElly sendiri mengadap muka breakout bertahun-tahun. 

      Ok lepas dah guna set jerawat tadi dalam masa sebulan, ibuElly tambah lagi item daripada produk Cosmoderm dengan Serum Luminous Pearl, krim vitamin E 3k iu. Masa ni untuk PUDARKAN PARUT pulak. Sebab ibuElly tengok keadaan kulit dah terkawal masa ni.


Set anti jerawat Tea Tree Oil


Dalam ni ada krim 3k iu dan juga serum

      Yang lain tu item sampingan la yang ibuElly guna. Semua siri guna kecuali siri warna biru, siri Gentle tu. Sebab Gentle lebih sesuai untuk mereka yang BERKULIT KERING dan SENSITIF. So ibuElly bukan dalam kalangan jenis kulit sebegitu. 

      Mekap remover ni memang ibuElly guna setiap hari. Walaupun duduk rumah je tak keluar ke mana, tapi sebelum mandi akan cuci dulu muka dengan mekap remover. Supaya kotoran semua boleh dibersihkan dengan lebih efektif!

      Tau kan kulit kita ni sangat sensitif. Senang pulak tu nak tangkap habuk. Disebabkan habuk yang melekat tu la kulit kita senang naik jerawat, nampak kusam, tona tak sekata dan macam-macam la. Haa untuk masalah tu korang disarankan guna scrub vitamin E. Scrub pun ada 2 jenis :
  1. Magic Exfoliating Gel - untuk kulit normal dan kering
  2. Facial scrub - untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak
Dua-dua ni dari siri vitamin E tau. Hanya siri vitamin E saja ada scrub dan juga mekap remover. Tapi dua benda ni universal la semua jenis kulit boleh guna.


Tahan lama tau. Dalam masa 11 bulan, baru kelmari bukak yang baru. Hahaha


Gel eksfoliat dan ubat jerawat

     Korang ingat senang kulit muka nak pulih balik? Banyak sangat kesabaran diperlukan tau sepanjang kulit breakout ni. Sabar jela.

      Ok now dah 11 bulan, ibuElly dah on off makan Shaklee. Tapi masih makan ye. Sebab kadang-kadang lupa wei. Adoii maaf la. IbuElly memang jual dan makan juga Shaklee ni. Blog ni pun asalnya dibuat untuk share tentang Shaklee. Hahahah. Tapi takpelah selit-selitkan juga cerita lain. Kang kome boring pulak kan asyik Shaklee je.

      Ni haa stok serum habis pulak buat sementara waktu. Macam yang korang tau, ibuElly dah sebati wei dengan Cosmoderm, jadi memang taknak pun tukar skincare lain. Tapi takde serum, tak lengkap pulak hidup! Jadi macam mana?


Serum habis, terpaksa ganti dengan minyak vitamin E 30k iu


Pekat dan likat

      Ni kiranya vitamin E paling tinggi la dalam produk Cosmoderm. Nilai iu ni untuk menentukan kandungan vitamin E dalam sesuatu produk. SEMAKIN TINGGI NILAI IU, SEMAKIN BERKESAN DAN CEPAT KADAR PEMUDARAN PARUT. Haa, amacam? Tak tergoda ke wei? Yes, parut memang BOLEH HILANG dengan Cosmoderm. Tak tipu!

      Dari 15 haribulan guna sampai skang. Tekstur yang 30k ni sangat pekat dan likat. Bila titikkan kat tangan, jadi melekat-lekat macam gam tu. Minyak vitamin E ada 3 jenis tau. Yang 15k iu dia berminyak sikit. Means memang dia rasa licin la bila letak kat tapak tangan. Tapi yang 30k ni tak! Dia macam gam!

       Rasa kalau lalat lalu pun boleh melekat kat muka. Hahahah. Lepas sapu minyak, sapu pulak krim vitamin E 3k iu. Walawei, rasa parut tu makin lama makin hilang! Yeayyy raya tahun ni peloles lah!

      Nasib baik wei ibuElly terfikir nak gantikan serum dengan minyak vitamin E ni. Kupikir nak tukar serum lain, tapi nasib baik ibuElly tanya KONSULTAN COSMODERM dulu. Apa-apa memang ibuElly akan rujuk diorang ni tau. Bukan menjual sembarangan! 

      Alhamdulillah, jimat duit dengan hanya guna produk
Cosmoderm aje. Tak sia-sia jadi agen! Kihkih! Meh ibuElly share lagi kulit sekarang :


Teruk kan dulu? 😑


Masa ni dah guna Cosmoderm (shawl floral), parut memang dah pudar sikit guna serum + krim 3k iu


Masa ni tak pasti dah guna Cosmoderm ke belum. Tapi dah ok skit breakout dari sebelum tu


Teruk sangat parut dulu


Gandingan serasi



      Buat pengetahuan korang, ibuElly memang TAK MEKAP dan TAKDE TEMPEK PONDESEN TEBAL UNTUK TUTUP PARUT. Sebab memang tak reti nak mekap lebih-lebih! Sebab tu la usaha jugak bagi cantikkan kulit. So tak payah la nak kena belajar mekap pulak kan. Hahahahha

      IbuElly kalau keluar rumah,memang just sapu BB CREAM + PELEMBAP HIJAU je. Tu paling malas. Kalau rajin tempek la bb cushion PALING NIPIS je. Macam layang jela bukan beria pun tekan kat span kasi pondesen dia banyak.

     So apa yang korang nampak dalam gambar, memang gambar muka ori, takde mekap tebal dan takde 360 ye. 🤣

      Amacam? Best tak perkongsian ibuElly ni? Kalau rasa best dan rasa teringin nak cuba produk Cosmoderm, korang boleh je roger ibuElly tau. Ingat ya, hanya pembelian daripada IbuElly je layak dapat konsultasi percuma sepanjang hayat mengenai cara pakai dan fungsi produk.

     Kalau beli di luar, mohon tanya dulu penjual ye. 😐

No tel : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail










1:49 AM

Selalu sangat sengal-sengal dan sakit-sakit badan. Ada cara tak nak bagi hilang?

Selalu sangat sengal-sengal dan sakit-sakit badan. Ada cara tak nak bagi hilang?
      Assalamualaikum! Haa esok dah puasa weh! Dah ready ke bahan masak untuk sahur karang? Bantal dah tukar baru ke? (Tetiba kan hahah. Sila rujuk entry lepas. IbuElly jual bantal dah wei)

      Bulan pose ni kena banyak-banyak minum air masak masa waktu malam tu. Sebab siang-siang takut jadi nyahhidrasi pulak kan. Pastu badan pun mula lenguh sana, sakit pinggang.

      Sebelum tu, siap sedia krim panas Cosmoderm ni siap-siap sorang satu. Ni time sakit kepala pun kome boleh je sapu kat dahi tu haa. Bau pun nice sangat tau!


Memang padu weh krim ni!

      IBU BERPANTANG, IBU HAMIL pun boleh guna krim ni. Sebab macam biasa la kan kome sedia maklum yang produk Cosmoderm ni  bebas paraben, sls dan sles dan sangat selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

      Memang wei semenjak kulit ibuElly jadi teruk dan breakout dulu, ibuElly sangat menitikberatkan perihal kandungan sesuatu produk sebelum mula menggunakannya. IbuElly akan perati dan teropong satu persatu apa isi kandungan sesuatu produk tu untuk pastikan yang ibuElly hanya guna produk yang selamat je.

      Yang berbaloinya sebab produk Cosmoderm ni semuanya MURAH, BERPATUTAN, HALAL, BUATAN MALAYSIA dan BEBAS BAHAN KIMIA
MERBAHAYA. Dari support barang negara luar, baik support produk buatan Malaysia je. Boleh jugak tingkatkan ekonomi negara walaupun tak banyak mana pun hahah.

      Ok berbalik pada krim tadi. Krim ni berfungsi jugak untuk :

🌶 rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot² yang lenguh
🌶 losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan yang tidak berminyak atau melekit
🌶 membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat


      See, multipurpose jugak kan Cosmoderm Deep Heat Lotion ni? Harga pun mur mur je wei, rm17.90 je satu tiub ni. Berbaloi sangat dengan kualiti. 

      Korang jangan lah ingat bila ibuElly jual murah, ibuElly jual barang FAKE! Nehi, kabi nehi!! IbuElly pun taknak dapat dosa kering weh sebarkan benda tak elok kat orang ramai. IbuElly ni hidup tak lama. Tah esok ke lusa kubur dah memanggil.

     Elok la ibuElly cari pahala lebih dalam berniaga ni (niaga kan Sunnah Nabi) daripada menambahkan hutang di akhirat sana kelak. Kaya mana la sangat kalau menjual dengan cara menipu ni kan. 

      Jadi korang dah tau kan produk Cosmoderm pun ada item yang sebegini hebat? Ate, janganlah lengah lagi. Dapatkan daripada IbuElly! 👇🏽

No tel : 017-5604426
Page facebook : Cosmoderm IPOH

Monday, May 14, 2018

8:05 AM

Produk untuk rawat tumit kaki merekah 😎

Produk untuk rawat tumit kaki merekah 😎
      Dah jenuh jaga muka, apa kata kita belai badan pulak? IbuElly memang excited sangat nak share benda baik dan murah ni tau. Kome pun boleh berjimat tau.

      Kome penah dengar ke krim untuk tumit merekah Cosmoderm? Jangan ingat Cosmoderm ada skincare je tau. Bodycare pun banyak jenis ada.

      Advanced Theraphy Moisture Cream :


Pernah nampak kat luar tak?

      Krim kaki ni kalau ibuElly jual rm17.90 aje. Kat luar tak pasti la ade ke tak. Tapi mungkin sesetengah tempat ada kot. Boleh juga nanti korang try cari.

      Krim ni memang bagus untuk tumit merekah tu sebab krim ni mempunyai kelembapan yang sangat tinggi berbanding krim untuk muka tu.

      Tengok la tu ada minyak zaitun dan jugak lidah buaya. Minyak zaitun kan memang elok untuk kelembapan insentif kan. In shaa Allah korang takkan menyesal la guna.

      Amacam? Best kan? Murah dan berkesan pulaktu. Testimoni takde sebab tak edit lagi. Hahahahahaha! Tapi kalau nak wasap je takde hal.

No tel : 017-5604426