Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭 - Journey of life

Wednesday, May 16, 2018

Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

      Alhamdulillah, Allah bagi lagi kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam bulan Ramadhan. Kali ni bulan Ramadhan lebih bermakna sebab anak-anak dah bijak, banyak benda nak diajar 😍

      IbuElly nak share dengan korang ni produk Cosmoderm yang dah mengubah kulit ibuElly. Alhamdulillah setelah hampir setahun dengan Cosmoderm, ibuElly dapat balik kulit sihat!


Percaya tak ni ibuElly setahun yang lepas? Raya 2017 tu?

      Korang tau kan kulit ibuElly pernah breakout teruk dulu gara-gara stop skincare local? Ala, skincare timbang kilo yang agak famous dulu. Taknak cakap banyak pasal tu, kita fokus pada journey ibuElly dengan Cosmoderm ya.

      Sebelum ni, 2 tahun lepas memang ibuElly ikhtiar dengan Shaklee dulu. Masa kulit breakout teruk, ibuElly amalkan vitamin C, vitamin E, dan juga gla complex. Masa ni memang tak pikir dah poket kempis, yang penting muka dirawat!

     IbuElly memang asalnya takde masalah jerawat teruk pun. Tapi biasalah gatal kan nak try macam-macam konon nak bagi lagi cantik. Ambek kau mendapat! Sejak tu terus insaf!

      Ok buat pengetahuan korang jugak sebelum guna Cosmoderm balik (3 tahun lepas juga pernah guna Cosmoderm, tapi stop sebab asyik tak setia), ibuElly juga skincare Enfuselle by Shaklee, Mora by Mira Filzah dan juga Huna skincare. Tengok punya banyak guna kan. Hahaha. Alhamdulillah la kulit elok je masa tu. Actually masa makan Shaklee pun, memang kulit dah slowly ok. Cuma parut je masih bermaharajalela di seluruh muka menyebabkan sekali lagi ibuElly hilang keyakinan!

      Dan disebabkan maintenance yang terlalu tinggi, ibuElly decide nak guna balik skincare Cosmoderm tanpa toleh ke belakang lagi. Bermula la episod ibuElly bersama Cosmoderm, sekali lagi!

      Gambar tadi tu, jerawat dah surut tapi minyak, parut masih lagi taknak kalah. Masa ni ingatkan muka dah abeh elok dah. Konfiden je nak selfie. Sekali tengok balik alahai, masih lagi tak memuaskan! 

      Jadi ibuElly mulakan perjuangan dengan SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL COSMODERM dulu. Dalam masa 3 minggu pertama tu memang la naik sikit jerawat. Mungkin nak cuci dalaman kita ke apa kan. Masa ni masih lagi makan Shaklee, tapi dah konsisten vitamin C je. Yang lain tak makan dah. Ada beberapa tips yang ibuElly nak share masa jerawat beronok-ronok datang ni :
  1. Jangan selalu usik muka!
  2. Jangan picit jerawat!
  3. Minum air masak secukupnya!
  4. Tukar sarung bantal seminggu 2 kali!
  5. Jauhi JARI dan KUKU daripada muka!
  6. Bersihkan muka dengan MAKEUP REMOVER walaupun kita tak pakai mekap!
  7. Cuci muka 2 kali sahaja dalam sehari!
Senang kan tips ni? Korang ikut je semua apa yang ibuElly komgsi ni. Sebab semua ni adalah berdasarkan pengalaman ibuElly sendiri mengadap muka breakout bertahun-tahun. 

      Ok lepas dah guna set jerawat tadi dalam masa sebulan, ibuElly tambah lagi item daripada produk Cosmoderm dengan Serum Luminous Pearl, krim vitamin E 3k iu. Masa ni untuk PUDARKAN PARUT pulak. Sebab ibuElly tengok keadaan kulit dah terkawal masa ni.


Set anti jerawat Tea Tree Oil


Dalam ni ada krim 3k iu dan juga serum

      Yang lain tu item sampingan la yang ibuElly guna. Semua siri guna kecuali siri warna biru, siri Gentle tu. Sebab Gentle lebih sesuai untuk mereka yang BERKULIT KERING dan SENSITIF. So ibuElly bukan dalam kalangan jenis kulit sebegitu. 

      Mekap remover ni memang ibuElly guna setiap hari. Walaupun duduk rumah je tak keluar ke mana, tapi sebelum mandi akan cuci dulu muka dengan mekap remover. Supaya kotoran semua boleh dibersihkan dengan lebih efektif!

      Tau kan kulit kita ni sangat sensitif. Senang pulak tu nak tangkap habuk. Disebabkan habuk yang melekat tu la kulit kita senang naik jerawat, nampak kusam, tona tak sekata dan macam-macam la. Haa untuk masalah tu korang disarankan guna scrub vitamin E. Scrub pun ada 2 jenis :
  1. Magic Exfoliating Gel - untuk kulit normal dan kering
  2. Facial scrub - untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak
Dua-dua ni dari siri vitamin E tau. Hanya siri vitamin E saja ada scrub dan juga mekap remover. Tapi dua benda ni universal la semua jenis kulit boleh guna.


Tahan lama tau. Dalam masa 11 bulan, baru kelmari bukak yang baru. Hahaha


Gel eksfoliat dan ubat jerawat

     Korang ingat senang kulit muka nak pulih balik? Banyak sangat kesabaran diperlukan tau sepanjang kulit breakout ni. Sabar jela.

      Ok now dah 11 bulan, ibuElly dah on off makan Shaklee. Tapi masih makan ye. Sebab kadang-kadang lupa wei. Adoii maaf la. IbuElly memang jual dan makan juga Shaklee ni. Blog ni pun asalnya dibuat untuk share tentang Shaklee. Hahahah. Tapi takpelah selit-selitkan juga cerita lain. Kang kome boring pulak kan asyik Shaklee je.

      Ni haa stok serum habis pulak buat sementara waktu. Macam yang korang tau, ibuElly dah sebati wei dengan Cosmoderm, jadi memang taknak pun tukar skincare lain. Tapi takde serum, tak lengkap pulak hidup! Jadi macam mana?


Serum habis, terpaksa ganti dengan minyak vitamin E 30k iu


Pekat dan likat

      Ni kiranya vitamin E paling tinggi la dalam produk Cosmoderm. Nilai iu ni untuk menentukan kandungan vitamin E dalam sesuatu produk. SEMAKIN TINGGI NILAI IU, SEMAKIN BERKESAN DAN CEPAT KADAR PEMUDARAN PARUT. Haa, amacam? Tak tergoda ke wei? Yes, parut memang BOLEH HILANG dengan Cosmoderm. Tak tipu!

      Dari 15 haribulan guna sampai skang. Tekstur yang 30k ni sangat pekat dan likat. Bila titikkan kat tangan, jadi melekat-lekat macam gam tu. Minyak vitamin E ada 3 jenis tau. Yang 15k iu dia berminyak sikit. Means memang dia rasa licin la bila letak kat tapak tangan. Tapi yang 30k ni tak! Dia macam gam!

       Rasa kalau lalat lalu pun boleh melekat kat muka. Hahahah. Lepas sapu minyak, sapu pulak krim vitamin E 3k iu. Walawei, rasa parut tu makin lama makin hilang! Yeayyy raya tahun ni peloles lah!

      Nasib baik wei ibuElly terfikir nak gantikan serum dengan minyak vitamin E ni. Kupikir nak tukar serum lain, tapi nasib baik ibuElly tanya KONSULTAN COSMODERM dulu. Apa-apa memang ibuElly akan rujuk diorang ni tau. Bukan menjual sembarangan! 

      Alhamdulillah, jimat duit dengan hanya guna produk
Cosmoderm aje. Tak sia-sia jadi agen! Kihkih! Meh ibuElly share lagi kulit sekarang :


Teruk kan dulu? 😑


Masa ni dah guna Cosmoderm (shawl floral), parut memang dah pudar sikit guna serum + krim 3k iu


Masa ni tak pasti dah guna Cosmoderm ke belum. Tapi dah ok skit breakout dari sebelum tu


Teruk sangat parut dulu


Gandingan serasi



      Buat pengetahuan korang, ibuElly memang TAK MEKAP dan TAKDE TEMPEK PONDESEN TEBAL UNTUK TUTUP PARUT. Sebab memang tak reti nak mekap lebih-lebih! Sebab tu la usaha jugak bagi cantikkan kulit. So tak payah la nak kena belajar mekap pulak kan. Hahahahha

      IbuElly kalau keluar rumah,memang just sapu BB CREAM + PELEMBAP HIJAU je. Tu paling malas. Kalau rajin tempek la bb cushion PALING NIPIS je. Macam layang jela bukan beria pun tekan kat span kasi pondesen dia banyak.

     So apa yang korang nampak dalam gambar, memang gambar muka ori, takde mekap tebal dan takde 360 ye. 🤣

      Amacam? Best tak perkongsian ibuElly ni? Kalau rasa best dan rasa teringin nak cuba produk Cosmoderm, korang boleh je roger ibuElly tau. Ingat ya, hanya pembelian daripada IbuElly je layak dapat konsultasi percuma sepanjang hayat mengenai cara pakai dan fungsi produk.

     Kalau beli di luar, mohon tanya dulu penjual ye. 😐

No tel : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail










No comments:

Post a Comment