Ejen produk Cosmoderm boleh guide dan consult mengenai produk. 🤗 - Journey of life

Tuesday, January 16, 2018

Ejen produk Cosmoderm boleh guide dan consult mengenai produk. 🤗

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, lama betul rasa tak menulis. Maaf lah, busy sikit. Alhamdulillah, Januari 2018 ibuElly SAH BERGELAR AGEN PRODUK COSMODERM YANG SAH!

      Gituuu! Setelah 6 bulan hanya bergelar hanya sebagai AGEN DROPSHIP (means promote je, tak pegang stok pun) akhirnya ibuElly mengorak langkah le arah agen yang sah. Bunyi macam, ' hek eleh, tu pun nak poyo '

      Kome tau bukan senang tau ibuElly buat keputusan ni. Yela, sebab dia tak macam Shaklee. Shaklee memang berbeza la. Untung retail setiap item, dah tu ada bonus bulanan lagi, Cosmoderm tak macam tu. Hehe.

      Tapi ok gak, ia bagi ibuElly pengalaman berbeza. IbuElly still buat juga Shaklee. Still serius jugak. Bah kan kerana Shaklee lah terhasilnya blog yang tak semegah ni. Hehe. Untuk cerita dan kongsi segala kebaikan produk yang ibuElly jual malah guna!

      Keluar dari zon selesa. Daripada tak pernah simpan stok banyak-banyak, cabar diri untuk order lebih dari biasa. Mula macam gerun tau sebab tak pernah order sampai nak dekat beribu. Rasa sayang sangat duit. Tapi alhamduliah, dapat sambutan nak-nak yang COD.

      Sebab kebanyakan customer memang suka COD pun. Senang boleh jumpa muka ke muka, bersembang dan tengok ibuElly secara dekat (ko perasan retis sangat kan!)

Maka, tercapai sudah hajat nak pegang stok Cosmoderm sendiri. Shaklee pun simpan stok, senang customer nak terus merempit je kan. Kihkih.

Kome abaikan lah barang yang berselerak atas tu

      Sukanya lah sangat ibuElly bila tengok stok tersusun rapi macam tu! Lain rupanya feel dia bila stok ada depan mata. Kita lagi gigih nak buat marketing sebab seronok nak restock lagi dan lagi. Hahahahaha. 

Barisan-barisan item yang ibuElly pinang dari HQ

      Skang ni ibuElly tengok, customer pun semua dah pandai. Dah taknak lagi dah guna produk bukan-bukan. Yang boleh rosakkan kulit (ibuElly lah tu dulu-dulu), yang buat kulit jadi kusam, buat kulit naik jerawat bernanah. Ya tuhan, taknak dah mimpi ngeri tu!

      Cosmoderm ni jugak lah yang ibuElly rasa memang thorbaik! Selain harganya yang memang murah, ia juga berkesan setanding dengan jenama-jenama antarabangsa macam Cetaphil, Sebamed, Clinille  dan macam-macam lagi. 

      Paling best, Cosmoderm ni JENAMA TEMPATAN tau. Memang MADE IN MALAYSIA punya! Halal, bebas paraben, bebas sls, bebas sles. Apa benda sume ni nanti ibuElly cite dalam entry lain. 

      Antara set hot customer slalu amek, SET JERAWAT TEA TREE lah! Memang kebanyakannya kulit breakout lepas stop skincare local. Kesian sangat! 😣

Jadi ibuElly memang nak tolong korang dengan suggest produk yang betul dan berjimat jugak sebenarnya. Hehe. Yela, kalau beli kat luar mahal kot! Ramai je customer bagitau kat luar memang mahal. 

      Ada yang kata kalau beli set kat luar memang bapak mahal. Sebab dia kira harga retail satu-satu. Bukan harga set. IbuElly memang guna harga HQ. Jadi harga memang sama la macam HQ. Tak mahal macam kat luar. 

Masa ni 2 ke 3 tahun lepas tah. Pakai tapi tak setia. Janji takkan berpaling dah! 

Tak sangka ibuElly pun dah jadi macam sama taraf ngan farmasi. Kahkah! Yela, bukan senang kan nak belajar dan tau pasal produk. IbuElly pun banyak belajar sendiri je. Takde pegi kursus bagai pun. 

      Tapi in shaa Allah dah upgrade ejen ni, rasanya ada kot HQ offer kelas nanti. Hehe. IbuElly mesti takkan lepaskan peluang punya lah! Ok nak tido dah ni. Korang kalau nak sembang lebih lagi, boleh sembang kat SINUN . Kompem memang ibuElly reply cepat punya. Haha. 

Jangan lupa follow instagram Cosmoderm ibuElly, @cosmoderm_personalcare

Dan page facebook jugak, Cosmoderm IPOH 

Thanks korang yang support ibuElly. Kalau datang Ipoh nak cod Cosmoderm, bagitau jelah. Hahaha. Ni no ibuElly, 017-5604426 tau. Semoga dipermudahkan urusan korang. Bai! 



No comments:

Post a Comment