Ok lah xnk lah celoteh panjang.. Nak fokus pada masalah ni.. Musim hujan ni Dahlia my daughter kerap sgt kena selsema.. π abgnya idak la sgt.. IbuElly ni sangatlah pelupa sebenarnya.. Dok berulang klinik je semedang pdhal boleh je setelkan selsema tu dr rumah.. Ya Ampunnn banyaknye perabih duit ke klinik! π
Guna NASAL ASPIRATOR je
Jenis ni yg ibuElly beli kat farmasi, mudah sangat gunanya!
Takde lah gmbr masa ibuElly dok sedut dari hidung Dahlia.. Menggelupur kawan tu, ibuElly dah la buatnya sorang.. Ayh deme takde outstation.. Kihkih.. Boleh terlupa dah beli benda alah ni lama sah dari farmasi.. Tapi haram ingat nk guna pun.. Ada juga baca tips kat facebook guna air panas yg direndam sekali dengan bawang putih ke ape tah pastu halakan muka bby kat bekaa tu kan..
Tak larat nak oii nak buat gitu.. Dahlia ni dah beso panjang.. X dia maunye relakan muka dia kena haba panas tu.. Menjerit pekik kawan tu tau! Baiklah guna nasal aspirator ni, sambil dia baring pun boleh buat.. Ni laah gunanya alatan gini bila ibuElly sorang je yg slalu handle ank²..π
Nasal aspirator ni boleh beli kat farmasi je atau kedai² baby pun mesti ada.. Try jela jelajah kan tmbh² bg ibu² baru ni.. Bukan apa, kalau tak disedut hingus tu mmg lambat la nak hilang selsema.. Alhamdulillah dalam 5 minit sedut, hidung Dahlia TAK BERAIR dah tau, siap kahak keluar melalui batuk lagi. Senang keje ibu dia kua abeh!
Cara sediakan Nasal Aspirator
Senang bebeno kome nk sediakan benda alah ni.. Benda yg korang kena buat adalah :
- Rendamkan nasal aspirator tu dalam air panas dalam lebih kurang 3 minit
- Keringkan guna tisu/kain yg bersih
- Peganglah anak sekuat kudratmu
- Masukkan bahagian muncung tu ke dalam hidung baby
- Sedut lah hingus tadi, ala macam sedut air guna straw tu π
- Agak² dah habis sedut bukakkan alatan tadi, cuci hingus² yg ada dalam alat tu sebersihnya dan rendam lagi dalam air panas
- Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara (ok ni gurau je π)
Punyalah senang sebab kita boleh sedut sendiri hingus anak tu keluar abeh sume sampai takde lah sisa yang tertinggal.. Elok je Dahlia bernafas mcm biasa je lepas tu, takde dgr mcm susah beno.. Tpi time menyedut takyah cakap lah memang merah² muka dia mengggelupur sebab dia rimas benda tu.. Menggelupur sekejap je, lepas tu upahlah susu.. π
Buat pengetahuan ibu², hingus tu tak masuk dalam mulut kita pun masa sedut.. Kan dia ada mcam tali getah panjang tu kan.. Hingus tu dok dalam benda muncung tu.. Takde rasa geli ape pun.. Ase macam bernafas ikut mulut je.. Serius talk! Lepas je sedut habis hingus sampai takde sisa yang tertinggal, ibuElly sapukan Herbal Cream Tropika pada dada, belakang dada dan batang hidung Dahlia tu.. Proses tu semua ambil masa dalam setengah jam la bagi ibuElly sebab Dahlia menggelupur kuat gila! Tergeliat sume urat ibuElly ni haa.. Ganas betul anak dara tu..
Dari Iskandar lahir lagi dok guna krim ni.. IbuElly suka bau dia
Bau dia mmg best.. Berangin dia pun tak kuat sangat tau.. Sedang² je.. Memang kalau anak² selsema ke batuk ke ibuElly suka sapukan kat 3 tempat keramat ni : dada, belakang dada & batang hidung diorang tau.. Lantaklah diorang nak mengamuk ke ape ke kan (seban deme adik beradik sejenis tak suka ibu sapu krim² ni kat badan tambah yg berangin).. Alhamdulillah sangat selsema Dahlia berkurang dan dah takde pun.. Sehari je baik, takyah ke klinik perabih duit, masa dan tenaga..
Boleh cerai² kan badan dia.. Hehe.. Time ni baru habis rendam dalam air panas.. Utk sterile kan, nak guna kat anak wei.. Kena jaga kebersihan elok²
Semudah alif baa taa je rupanya ada guna benda alah ni.. Selama harini asyik pk nk ke klimik, hospital je stp kali Dahlia selsema.. Hahaha.. Ok lah ibu², setakat ni je perkongsian daripada ibuElly.. Moga bermanfaat!
wahhh.. baru tahu ada yang macam ni.. selama ni Nurul tengok yang jenis pam tu..
ReplyDeleteHaha.. Ade je.. Tu pn tgk biras pakai.. Kalau tak, taktau jugak.. π
ReplyDelete