Journey of life

Friday, July 20, 2018

6:04 PM

Cosmoderm halal ke?

Cosmoderm halal ke?
      Assalamualaikum korang. Ada yang rindu ibuElly ke? Heheehehe. Sori la wehh. IbuElly kena chicken pox 2 minggu lepas.

      Eleh alasan je kan takleh nak update blog. Hahha. Sebelum tu, ibuElly nak wish HAPPY BIRTHDAY TO COSMODERM yang ke-17 tahun! Tak sangka dah 17 tahun umur Cosmoderm kesayangan korang dan ibuElly kan?


      Opsss pada korang yang still tak tau, Cosmoderm ni halal, BUATAN MALAYSIA dan BEBAS PARABEN,SLS,SLES serta BAHAN KIMIA MERBAHAYA! Haa best kan? Nampak macam produk international je sebab jual kat farmasi, Watsons, Guardian kan? Padahal produk Malaysia kot!

      Pada korang yang memang tercari-cari produk penjagaan kulit yang HALAL, haa boleh sangat la consider Cosmoderm ni as skincare baru korang. Selain halal, Cosmoderm ni juga harganya sangat berpatutan tau! 

      Tak mahal sangat la bagi ibuElly. IbuElly pernah guna skincare yang mahal jugak macam Cetaphil. Memang bagus Cetaphil tu, tapi tak mampu nak maintain bulan-bulan. Kahkah! Mahal sangat la bagi ibuElly. So ibuElly bertukar ke Cosmoderm. 

      Dah la asalnya ibuElly salah beli. Hahaha. Beli yang tak sesuai ngan jenis kulit. Yela cerdik sangat, dah beli baru tanya konsultan Cosmoderm. Sebelum beli taknak tanya, main google sendiri je kan. Haaa melayang dan terbanglah duit yang kusayang-sayang sangat tu! 😆

      Alhamdulillah produk Halal memang sesuai ngan kulit ibuElly. Alhamdulillah akhirnya ibuElly jumpa produk penjagaan kulit untuk muka, badan dan intim yang super awesome bagi ibuElly! 😋😋


Alhamdulillah, set ni dah setahun bersama ibuElly 😃


Untuk badan, best tau weh. Lembut gila kulit badan lepas guna ni


Ni pun untuk mandian. Wangi nak meninggal!


Yeayyy, raya tahun ni BEBAS PARUT!

      Ni sebahagian je tau produk Cosmoderm yang ibuElly guna. Boleh dikatakan hampir semua produk Cosmoderm ibuElly dah try, kecuali set skincare warna biru. Biru biasanya untuk kulit sensitif dan terlampau kering. So memang ibuElly tak amek port sangat la yang biru tu.

      Untuk skincare, ibuElly guna hijau, kuning dan merah. Babe, takpe ke campur-campur? Takpe weh selagi masih brand yang sama. Jangan khuatir, kalau nak lagi berkesan produk korang tu, haa korang boleh beli kat Cosmoderm IPOH (page fb) ataupun kat ig ibuElly, cosmoderm_personalcare . 

      Mana-mana pun boleh. Nak wasap terus pun boleh wehh. Ni nombor telefon ibuElly, 017-5604426 . Lagi senang kan? Hehe

      So, Cosmoderm is calling for all of you that keen to search for halal brand (skincare, bodycare, eye care and hygiene care). So don’t wait till tomorrow! Ask me now! Wahhh gituu!

Friday, June 29, 2018

1:33 AM

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍
Assalmualaikum.

Selamat Hari Raya wehh. Dah Syawal ke-15 dah pun. Cepatnya masa berlalu kan.

Post ni sepatutnya lama dah. Hahahah. Tapi lupa nak tulis dengan panjang lebar. Amacam raya korang tahun ni? Berseri tak dari sebelum ni? 😆

Ala gurau pun tabole. IbuElly tanya je pun. Jangan lah nak emo sangat. Kahkah! Nak tak ibuElly share kulit ibuElly time raya 2017 dan raya 2018 tahun ni?


Beza ke tak weh?

      Rasa masa tahun lepas ni kulit berminyak gila. Parut bersepah. Tepek bb cushion pun parut masih degil taknak kalah. Nak buat macam mana, gatal sangat kan guna produk beracun dulu. Padanlah muka!

Kalau korang nak tau, masa pagi raya aritu kan, ibuElly hanya guna serum Tea Tree Oil, pelembap Tea Tree Oil (both Cosmoderm) dan tepek bb cushion nipis dan lipmatte Fever Glam sikit. Haa simple kan mekap ibuElly di pagi raya?

      IbuElly memang tak gemar sangat nak bermekap beria. Sebab SUSAH NAK CUCI TIME NAK SOLAT dan makan banyak masa 🤣

      IbuElly suka benda yang simple dan mudah. Mudah pakai, mudah dibersihkan. Mudah dapat. Semua mudah lah! Dah tu ibuElly Agen retail produk Cosmoderm kan, lagi-lagilah mudah sangat nak dapatkan produk Cosmoderm ni tau. 

      Berbaloi sangag rasanya dengan harga dan kualiti. Tambah pulak Cosmoderm ni produk BUATAN MALAYSIA and kita wajiblah sokong produk tempatan kan?

      Produk tempatan pun bukan semua tak elok. Cosmoderm ni memang ada jual kat farmasi dan drugstores lagi. Jadi memang trusted dan bagus tau! 

      Jom cekidaut apa ibuElly guna untuk parut nak kasi hilang dalam masa setahun tu :


Ni kalau keluar waktu siang. Kulit rasa tak berminyak dan smooth!


Minyak 30k baru pakai je bulan 5 aritu


IbuElly guna FACIAL
SCRUB


Rajin bersihkan kulit jugak sebelum cuci muka

      Ni BUKAN fullset tau set skincare Cosmoderm yang ibuElly guna. Ni hanya untuk PEMUDARAN PARUT. Untuk kawal minyak kat muka ni ibuElly guna yang hijau Tea Tree Oil tu. Superbbbb! 

     Ok takpelah korang boleh la terjah media sosial ibuElly ye kalau nak tengok dan baca konten fresh setiap hari 😋

Fb page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 0175604426

Friday, June 8, 2018

12:48 AM

Bantal murah tapi setanding bantal mahal?

Bantal murah tapi setanding bantal mahal?
Korang tukar bantal berapa kali dalam setahun? Apa?!!! Guna bantal yang sama sampai lunyai dan berbau?

      Ewwww! Korang tau ke dah berapa banyak pepijat atau hama yang menumpang dalam bantal korang tu? 

      Seram tau kalau teringat. Yela ibuElly pun tak penah tau yang kita memang kena tukar bantal setiap 1-3 tahun. Bantal pun ada tarikh luput dia tau. Ingat makanan je ada tarikh luput?


Haa ni la akibatnya kalau pepijat takmo pi mana dah

     Yela dia dah selesa kat situ. Sampai satu tahap, bila kita basuh pun, pepijat wat lek wat peace je. Apah pun dia tak heran. Kome sanggup ke tido atas bantal gini? Ya Allah, mintak simpang!

Bantal murah, tapi setanding dengan bantal mahal dan mewah? 

      Percaya ke? Daripada beli bantal mahal-mahal kat Aeon tu kan, baik lah korang spend rm150, dah boleh dapat 4 biji bantal tau! Tapi tak kisah la, nak beli 1 je pun boleh.

      Kalau satu je, rm39. Yang jauh kita boleh pos. No worries. Postage kita guna POS DOMESTIK tau. Murah la sikit. Tapi sampai dalam 3-5 hari gitu. Yela dah murah kan, lambat la sikit. Kalau nak yang laju pun boleh, tapi MAHAL!

      Tapi nak senang, korang mesej je ibuElly dulu. Bagitau kome area mana. Nanti ibuElly carikan agen berdekatan. Haa senang kan? Kome tak payah cari merata.


Bukan main sedap anak ibuElly Leyna. 😋

     Tambah raya-raya ni kan. Elok sangat tukar bantal baru terus! Dah bertahun asyik bantal sama je dok dalam almari, atas katil. Tah berapa ribu pepijat dok berpesta dalam tu 🤣

      Bantal Leyna ni, korang boleh guna dari 1-2 tahun gitu. Ingat tau! Bantal pun ADA EXPIRED DATE! Jangan main hentam je guna sampai 20-30 tahun.


Mula-mula kempis la, bila bukak jadi gebuu


      Bantal Leyna ni pun dah viral tau skang. Even artis, insta famous pun guna bantal Leyna. Kome taknak? 😃

      Kalau nak, meh roger ibuElly kat 👇🏽

No tel : 0175604426
Instagram : bantal_mewah



Mak mentua iolss pun berbantal Leyna tau 😁

Wednesday, June 6, 2018

6:34 PM

Produk penjagaan intim wanita yang MURAH tapi cenggini 👍🏻👍🏻

Produk penjagaan intim wanita yang MURAH tapi cenggini 👍🏻👍🏻
Assalamualaikum korang!

      Masya Allah, rasa lamanya tak post apa-apa entry. Maaf ye anak ibuElly warded. Demam on off la. Rupa-rupanya darah kotor + kuman dalam darah tinggi. Tu pasal la demam takmo stop.

      Tengok demam tak surut, ibuElly pun bergegas la bawak anak ke hospital. Alhamdulillah nasib baik takde benda yang teruk. Masih lagi dalam kawalan la.

      Ok nak tanya, korang ada ke pencuci intim untuk bahagian intim korang tu? (Wanita je ye) apa?? Tak pernah ada?

      Memang la ramai jugak yang berpendapat, pencuci intim TAK PENTING. Sebab kononnya kawasan tu sangat sensitif, dan seeloknya tak perlu cuci dengan sabun!

      Emm, tapi bagi ibuElly, pencuci intim tu penting tau. Memang la kawasan tu sensitif, sebab tu lah kita kena cari yang sesuai. Bukannya guna sabun mandi! Sebab tu lah, ibuElly cadangkan korang guna Cosmoderm ni haa.

      Cosmoderm ni sebenarnya ada 2 jenis pencuci intim wanita. Satu yang KUNING dan satu lagi PINK. Tapi kebiasaannya customer ibuElly lebih prefer yang pink la.


Haa nampak yang botol pink putih tu? 


Ni yang botol kecik

      Biasa yang kuning sesuai untuk para remaja manakala yang pink ni untuk ibu-ibu lepas bersalin, pengantin baru, dan semua peringkat umur. 

     IbuElly pun lagi suka restok yang pink. Yang pink ni ada ekstrak manjakani. Jadi ia sangat sesuai untuk semua golongan sebenarnya. 

      Tau tak, seisi keluarga ibuElly guna tau. Ibu, mak mentua, biras, kawan-kawan eh semua lah. Sebabnya lepas pakai pencuci ni, bahagian intim jadi dingin, segar, wangi dan gatal-gatal pun hilang! IbuElly adalah guna dalam setahun lebih dah pencuci ni. 

      Ye, skang packaging baru. Lebih pekat dan lebih berkesan. Thats why la nampak lain daripada sebelum ni. Hehe. Dulu yang besar 400ml, kecik 150ml. Skang yang besar 375ml, tapi yang kecik masih saiz sama.

     Tapi sama je sebenarnya. Pencuci ni ada customer dia sendiri tau. Ada pernah sekali tu customer ibuElly beli sampai 4 botol besar tau pencuci ni! Katanya kat luar susah nak dapat. Sebab memang takde jual pun!

      Ye, ramai customer ibuElly bagitau yang tak banyak produk Cosmoderm yang ada jual kat luar. Tu pasal ibuElly bawak masuk semua produk Cosmoderm. Itu yang menjadikan ibuElly rare. Yela kat luar biasanya jual skincare je. Body care dan hygiene care memang takde.

     So kalau korang nak pencuci intim ke, nak sabun mandi ke, roger ibuElly je tau. In shaa Allah stok pencuci intim dan badan memang sentiasa ada.


Saiz besar, 375 ml


Ni wajah lama

Kalau korang berminat nak try produk Cosmoderm yang lain ni, boleh la hubungi ibuElly di media sosial atau nombor telefon kat 👇🏽👇🏽

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail






Thursday, May 31, 2018

3:43 PM

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?
      Assalamualaikum.

Nak raya ni korang dah siapkan persiapan raya ke? Baju je? Kulit muka tu taknak kasi upgrade ke? Takkan tiap-tiap tahun nak sama je kan?

IbuElly, saya pakai yang hijau je selama ni. Boleh ke saya nak pakai yang kuning ke merah ke? 

      Asal pulak tak boleh? Selagi masih dalam brand yang sama, takde masalah kalau korang nak campur pun. Sebab apa?

      Sebab, setiap produk Cosmoderm ni berbeza fungsi memgikut siri masing-masing. Jadi sebab tu untuk masalah berbeza, korang boleh je campur-campur guna produk Cosmoderm ni.

      Yang penting sesuai dengan jenis kulit korang. Contoh macam ibuElly, asalnya guna set anti jerawat Tea Tree Oil (hijau) je untuk masalah berminyak dan berjerawat.

      Lepas sebulan bila kulit dah ok, ibuElly mula berjinak-jinak dengan siri yang lain sebab nak cari penyelesaian untuk pudarkan parut pulak. 

     Makanya, tu yang ibuElly cuba item dari siri KUNING dan juga MERAH. IbuElly pun dah tanya pendapat konsultan Cosmoderm, takpe kalau campur-campur pakai. Sebab masih dalam brand yang sama. Bahan yang digunakan  kebanyakannya sama. Jadi in shaa Allah sesuai je untuk semua.

Sebagai contoh macam yang ibuElly guna dah nak hampir setahun ni :


Krim dah nak setahun. Minyak baru 15 mei aritu. Sebab minyak 30k ni tak penah try lagi 😬


See, ada merah dan kuning. Yang ni memang item yang ibuElly guna tau. Tu suar jean somi. Hahahha


IbuElly guna set ni dah nak setahun dah tau

      Nampak macam banyak kan? Tapi ada la urutan pakai dia. Bukannya kena tonggeng semuanya skaligus. Kalau skaligus mau menjerit kulit korang.

      Best sangat guna Cosmoderm ni sebab MAINTENANCE RENDAH SANGAT! Maunye tak, macam set jerawat tu rm80, tahan sampai 2-3 bulan tau! Gila tak jimat?!

      Serum merah tu pulak harga rm69.90 tapi ibuElly guna sampai 3-4 bulan! Mana ada serum murah pastu tahan lama woii? Tambah ibuElly agen pulak, lagi lah murah weh!

      Memang tak menyesal sangat cuba tau. Dalam banyak-banyak skincare yang ibuElly penah guna, Cosmoderm la yang paling tahan lama. 


Yeayy, raya tahun ni no more parut!

Bulan Jun 2018 genap SETAHUN bersama Cosmoderm! Cosmoderm dah banyak bantu masalah kulit ibuElly. Korang pun boleh dapat kulit cantik dan flawless dengan Cosmoderm. Nak ibuElly guide? ⤵️⤵️

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail

Thursday, May 24, 2018

10:47 PM

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱
Assalamualaikum wbt

      Apa kabar awak di sana? IbuElly alhamdulillah, setakat ni semua ok. Parut kat muka pun makin beransur menghilang. 😍

      Best kan rasanya bila parut yang bertahun-tahun kat muka tiba-tiba lesap macam tu je? Selain nak nampak cantik dan peloles, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita tau.

      Yela, parut ni semacam cela yang tak dapat nak ditanggalkan macam tu je. Nak ke mana pun rasa tak yakin. Sedih sangat weh!


Teruk kan masa ni?

      Aduhai, kalau boleh taknak ingat dah kisah lampau. Tapi kome jangan pandang rendah pada kisah lampau. Kisah lampau la yang membuatkan kita semua jadi lagi matang tau.

      Segala rencah kehidupan dan segenggam kenangan lalu tu lah yang menjadikan siapa kita harini. Alhamdulillah, ibuElly bersyukur atas segala peluang yang Allah bagi. Alhamdulillah ibuElly mampu jadi diri sekarang ni 😿

      Segala kenangan buruk kita jadikan sempadan. Tu la jangan membuta tuli guna produk yang kita tak tau kesahihannya. Baiklah kita guna produk yang memang mendapat pengiktirafan macam Cosmoderm ni haa.


Kulit sekarang.

      Nampak macam gelap la pulak daripada first picture ye. IbuElly rasa kamera pun main peranan. Gambat tudung hitam ni guna kamera iphone, tudung bunga pulak guna kamera Vivo V5 yang kamera depan dia 20mp tu.

      Memang la nampak elok, dah 20mp kan. Hahahahaha. Adehh tapi daripada cerah banyak parut, baik cerah tanpa cela kan? 😬

      Rasa harini macam nak share SEMUA PRODUK COSMODERM YANG IBUELLY GUNA. Teruja tak nak tau?

      Ok jom layan gambar-gambar ibuElly 😋😋


Pembersih mekap penting untuk bersihkan kotoran sebelum cuci muka

      Mekap remover ni kalau kita tak mekap pun, tapi better kita guna jugak tau. Sebab kita tak tau berapa banyak debu dan kotoran melekat kat muka kita. Jadi sebelum cuci muka guna cleanser, better cuci guna pembersih mekap dulu. 


Untuk muka, ibuElly guna scrub, pencuci hijau dan merah

      Merah tu ibuElly guna sekejap je. Tak habis sebotol pun. Sebab dia berbuih, tak macam pencuci hijau. So dia senang naik jerawat bila ibuElly tak bersihkan muka guna mekap remover sebelum cuci muka guna cleanser. 

      IbuElly refer konsultan Cosmoderm, katanya sebab pencuci merah ni berbuih. Jadi dia agak kasar sikit. Kena bersihkan muka betul-betul dulu dan baru cuci guna cleanser.

      Scrub tu ibuElly guna sebelum cuci muka guna cleanser jugak. Means lepas mekap remover la. Cuci bagi bersih guna scrub, kasi semua kotoran dan debu yang melekat kat muka tu. Kalau nak tau, dengan scrub, kulit kita akan kelihatan lebih cerah, tak kusam dan parut-parut pun boleh pudar tau. 

      Best kan? Scrub dia dah la murah. IbuElly pakai yang first tiub tu sampai 11 bulan weh. Gila jimat banyak poket ibuElly ni haa! Tak menyesal guna!


IbuElly memang pengguna tegar SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL sejak 11 bulan lalu

      Paling best anti blemish (ubat jerawat) tu. Guna satu malam je habis semua jerawat kecut! Biasa lah kan kalau kadang-kadang tu muka naik jerawat. Tu tandanya kulit kita normal tau. 

      Yang tak normal tu bila pakai, kulit licin halus mulus peloles dalam masa 3 hari pastu takde naik jerawat langsung pulak. Merkuri tinggi tu!



      Serum merah pun ibuElly guna tau. Dah nak setahun. Toner merah pun ibuElly guna sekejap je. Lepas tu guna balik yang hijau. Ni memang rutin ibuElly tiap-tiap malam tau. Sejak 11 bulan lepas 😋😋


Ok ni rutin sekarang

      Lepas HQ bagitau yang serum merah takde stok, ibuElly tukar la serum dengan minyak vitamin E 30k iu ni pulak. Nak guna serum brand lain takut pulak kan. Yela weh, dah 11 bulan guna kan.

      Memang best la. Parut nampak makin pudar skang. Tak sia-sia ibuElly cuba minyak ni 😋😋

      Haa ni la semua yang ibuElly guna dalam masa 11 bulan ni. Memang akan sentiasa dengan Cosmoderm je sampai bila-bila. Pegi Guardian dan Watsons pun ibuElly dah tak tergugat dah. Kihkih. Padahal bukan ibuElly tak tergugat tengok skincare yang belambak kat rak-rak tu. Hahahahaha.







      Gambar kat atas ni semua kesan penggunaan Cosmoderm selama 11 bulan. Korang taknak macam ni?

      Ok la penat dah oii tangan ni dok menaip. Kalau rindu ibuElly boleh la terjah kat instagram dan page ibuElly ye. Nak wasap pun boleh 😬😬

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail









Monday, May 21, 2018

5:14 PM

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?
Assalamualaikum

      Sihat ke korang? IbuElly alhamdulillah setakat ni. Semuanya berjalan lancar. Aamiin

     Nak tanya nak dekat-dekat raya ni, dah ada semua baju raya, tudung raya, cadar raya. Tapi BANTAL RAYA dan ada dah? Korang taknak tukar ke?

      Tau tak korang, bantal ni pun ada TARIKH LUPUT tau. Ingat boleh guna je sampai bila-bila ke? No, nehiii!

      Kalau korang nak tahu, bantal ni mempunyai tarikh luput sehingga 1-2 tahun tau. Dalam tempoh ni, kita gigih la dok basuh sarung bantal tu sebulan 3-4 kali kan. Tapi bantal tu sendiri kome basuh tak?

      Haa?? Tak pernah?? Ni ibuElly nak share bantal terbaik punya. Siap boleh basuh dan boleh ejas tinggi bantal lagi! Best tak? Ni jom layan video ni 👇🏽👇🏽


Tengok, maintain gebu kan lepas basuh? 😍

      Masya Allah, korang tak terliur ke tengok bantal ni? Kat luar memang takde weh bantal macam ni tau. Kat ibuElly je ade 🤣🤣

      Masa mula-mula ibuElly guna, somi pun teringin. So ibuElly pun restok la 8 biji. 1 bagi kat somi, 1 bagi kat MIL, 1 bagi kat ibu, 1 bagi kat ayah. 2 biji adik- adik beli. 2 biji kawan beli. Memang terbaik lah!

      Ni jiran sebelah pulak nak. Sebab bantal ni tinggi. Ada jugak kebanyakan orang yang suka bantal tinggi-tinggi kan. Tapi jangan risau. Bantal ni korang boleh ejas sendiri nak tinggi macam mana. Isi dalam dia boleh dikeluarkan dan masukkan dalam sarung bantal lain atau simpan je kot-kot nanti nak tinggikan balik bantal tu kan. Walaweii! Bantal kome boleh ejas tinggi rendah ke wei? 
#tanyaaje 😂


2 biji di rumah. Awak satu saya satu ❤️❤️




Gebu kan weh?


Setanding bantal mahal tau!


Keistimewaan bantal Leyna

      Bantal ni memang gebu, ringan dan memang mudah sangat nak dibawa ke mana-mana. Zip bantal ni tersorok tau. Jadi zip ni takkan menganggu kepala korang time korang tidur. Best kan?


Omaigadd!

      IbuElly pun ada open kutu tau. Kalau korang berminat, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 tau. Jom lawat instagram bantal Leyna bantal_mewah dan page facebook ibuElly Bantal Mewah Gebu dan Merah

😍😍😍😍😍😍