Journey of life: tips atasi masalah jerawat
Showing posts with label tips atasi masalah jerawat. Show all posts
Showing posts with label tips atasi masalah jerawat. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

5:16 PM

Penting ke ESSENCE dalam skincare?

Penting ke ESSENCE dalam skincare?
      Assalamualaikum wbt.

Selamat datang 2019! Excited ibuElly ni haa sebab tahun ni, dua-dua anak pergi tadika. Masya Allah! Besar dah anak-anak ibu. Sekejap sangat rasanya.

      Apa azam tahun baru korang? Bawak azam dari tahun lepas ke? Hehe. Ala gurau pun tabole. Awat serius sangat?

      IbuElly nak cerita pasal ESSENCE harini. Korang tahu ke apa essence tu? Pernah tengok tak?

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Essence ni kalau orang Korea, dia suka pakai sebelum tidur dan selepas mandi. Macam ibuElly yang peminat k-drama ni haa, selalu nampak mereka tuangkan atas tapak tangan, dap-dap dan setel!

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Essence fungsi dia lagi superb daripada pelembap biasa yang kita selalu pakai tu. Dia masih lagi berfungsi untuk melembapkan kulit juga membersihkan pori-pori kulit jauh ke dalam lapisan kulit kita. 

      Kita orang Melayu ni masih ramai lagi tak tahu dan tak kenal apa itu essence. Meh nak tunjuk sikit,

Korang ada yang dah mula pakai essence ke?

      Alhamdulillah. IbuElly mula ber essence since awal Disember 2018 aritu. Masa tu masuk Watsons nak beli wet tissue je pun. Emm terlajak la beli benda lain sama kalau dah masuk tu. 

      Biasalah manis mulut betul kakak cashier tu, " cik taknak tambah apa-apa? Purchase with purchase? "

Adeh, tergugat iman iolss tau. Ambik juga lah Bio Essence Rose Water yang saiz comel 30ml tu. Masa tu offer jatuh rm15 sebotol. Nampak macam menarik je kan.

Haa ni lah dia wajah Bio essence rose water 30ml. Comel kan? 

Essence ni essence kedua yang ibuElly cuba. Sebelum ni pernah try Loreal essence  yang ada ekstrak pegaga tu. Emm rasa tak best sebab dia buat kulit ibuElly melekit dan rasa lagi berminyak. Mungkin tak sesuai. Pakai seminggu je, pastu pass ke suami. 

      IbuElly sememangnya mempunyai masalah kulit berminyak dan mudah naik jerawat. Jadi kalau boleh ibuElly nak produk yang boleh kurangkan minyak dan tak buatkan kulit ibuElly melekit. 

      Bio-essence ni best sangat sebab dia tak buatkan kulit melekit, lepas sapu terus meresap ke dalam kulit, dan kecutkan jerawat sekaligus! Haa sebab tu pada kali pertama guna, terus jatuh cinta! 

      Berbaloi la guna yang kecik ni dulu. Nanti boleh beli yang besar pulak kan. Tak sabar nak guna yang besar pulak.

KENAPA ESSENCE PENTING UNTUK KULIT? 

1) Kelembapan insentif
Kulit kita ni sama ada berminyak, kering, kombinasi mahupun normal sekalipun, kulit WAJIB kena sentiasa lembap! 

Bila kulit lembap, baru pori-pori dapat bernafas dengan baik. Dan seterusnya dapat memberikan efek glowing pada wajah. 

2) Vitamin tambahan untuk kulit. 
Selain serum, essence juga membantu dalam meremajakan kulit. 

Sebab essence ni partikel dia lebih halus dan mudah menembusi kulit berbanding dengan serum. 

Dan ada sesetengah individu yang tak sesuai gunakan serum, boleh gantikan dengan essence. 

Macam ibuElly, rutin setiap malam tu lepas je essence, pakai lagi serum. Kihkih. 

      Tu lah specialnya essence. Apa yang serum tak boleh buat, dia kasi lancarkan. Pori-pori kulit pun akan lebih terpelihara dan tak nampak ketara sangat lubangnya nanti. 

      Jadi, korang pun dah boleh la mula masukkan essence ni dalam skincare korang. Bukan untuk kulit orang lain, kulit kau jugak! 

Kahkahkah! 

Wednesday, December 26, 2018

8:01 PM

Arghhhhh bestnya travel!!

Arghhhhh bestnya travel!!
      Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, ingat lagi ke kat ibuElly ni? Heheh. Rasa dah lamanya tinggal blog ni. Sebab sibuk sikit hujung-hujung tahun. 

      Ni pun kurang sibuk ngan kelas sebab husband dah cuti kan. Jadi relaks la sikit. Sebab husband rajin ajak berjalan. Hehehe. Alhamdulillah, bila hujung tahun ni baru lah merasa nak jalan jauh-jauh. Sebab masa tu je husband cuti.

      Paham-paham la bila nak pi holiday ni, mesti nak berangkut barang mandi semua skali kan? Tapi jenuh la nak bawak banyak-banyak penuh luggage kan? Haa ibuElly ada idea!

      Apa kata korang sumbat je Travel Set Cosmoderm ni dalam handbag?? Ye wak, dalam handbag pun muat. Dah la BELI 3 PERCUMA 3 tau! Betul lah wei, tak caya pulak. Dalam set ni korang akan dapat sabun mandian Tea Tree Oil, Losyen badan Tea Tree Oil dan juga krim pelembap vitamin E 3000 iu. Tu yang sepatutnya korang dapat. Yang PERCUMA tu korang akan dapat cleanser, bb cream dan juga tuala muka Cosmoderm.




      Please eik jangan mintak sample macam-macam. Dalam set travel ni item sample dia random tau. IbuElly sendiri tak boleh nak request kat hq nak letak item apa dalam set ni haa. So bersyukur ye nak apa yang bakal korang dpat kalau beli nanti set ni. Hehe.

      Tapi tu lah ada 6 benda ni jela. Shampu takde. Memang Cosmoderm takde keluarkan shampu lagi setakat ni. Heheh.



Meh IbuElly nak terangkan sikit pasal item dalam set Travel ni haa :

1) Sabun Mandian Tea Tree Oil (80ml)
Sabun ni sesuai untuk kulit badan yang berjerawat dan berbau tau. Gel mandian ni memnag pekat sangat-sangat. Pakai sikit pun dah boleh cover satu badan (kalau pakai span tu). Haa, ibuElly guna satu picit je sabun mandian ni haa. Kalau yang besar 500ml tu, sebulan lebih tahan tau. Best sangat sebab JERAWAT BADAN ibuElly ni dah takde dah tau. kalau tak dulu pantang berpeluh mesti ada punya ruam-ruam dan jerawat belakang badan ni haa.

2) Magic Body Lotion Tea Tree Oil (30ml)
Yang ni serius best! Kulit badan jadi sejuk dan berangin je bila sapu tau. nak-nak pulak lepas mandi dengan Sabun mandian Tea Tree Oil tadi haa. Perghhhhh! rasa macam kena tabur salji atas badan ni tau! Yang best lagi losyen ni boleh juga membantu mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga masa kita pi bercuti tu nanti.

Bukan tu je tau. Losyen ni jugak bertindak sebagai deodoran semulajadi untuk kulit badan. Kira macam untuk kurangkan bau badan tu laa.

3) Krim Vitamin E 3000 I.U (30ml)
Krim ni ada kandungan antioksidan yang tinggi untuk lindung kulit daripada cuaca panas yang terlalu kering! Maklum la kalau macam kulit ibuElly ni, memang tak boleh kalau berubah tempat. Mesti naik ruam la, jadi kering la,kulit kasar la. Jadi krim ni memang sangat membantu tau.

Selain tu, kalau korang tetiba kena SUNBURN pulak, krim ni jugak la penyelamat! Sapu je krim ni kat kulit muka untuk sekatakan balik tona kulit, meredakan sunburn dan juga boleh pudarkan parut! Jangan main-main dengan produk Cosmoderm ni. Semua masalah dia kasi setel tau!

      Yang lain tu nanti bila korang beli, baru korang tahu apa yang korang akan dapat. Tuala muka tu dah confirm la. Cuma pencuci dengan bb cream tak pasti dapat yang hijau ke kuning. Tapi jangan risau, memang total korang akan dapat 6 barang tau!

      Dia siap letak dlam beg lutsinar lagi. Means sumbat terus je beg tu dalam handbag atau luggage. Tak payah nak bubuh satu-satu guna plastik lain. Sebab tu la Set Travel ni LIMITED EDITION tau. Sebab dah ada semua dalam tu kecuali shampu. Haaa gituuu!

Kalau korang berminat nak dapatkan Set Travel ni, boleh je roger ibuElly kat semua media di bawah ni :

Nombor telefon : 017 560 4426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Instagram : cosmoderm_personalcare
Facebook personal : Elifa bt ismail

Tuesday, October 2, 2018

8:35 AM

Solusi masalah kulit berminyak by ibuElly 😁

Solusi masalah kulit berminyak by ibuElly 😁
Assalamualaikum wbt!

      Hai korang! Mana berjalan harini? IbuElly buat posting ni hari Ahad, jadi memang akan tanya soalan macam tu la. Hihi.

      Ada tak sesiapa kat sini yang rasa tak selesa tak bila setiap kali nak keluar berjalan? Rasa macam satu tong besar minyak tertumpah atas muka korang?

      Yayaya, ibuElly pun pernah rasa benda sama! Pakai bedak pun cair habis macam aiskrim Vanila. Tak sempat nak melawa selfie bagai depan kamera. Bedak dah cair dulu. Habis macam mana?

      Kalau korang nak tau, kulit berminyak ni ada kebaikan dan keburukannya tau.

 Kebaikannya korang akan tampak lebih muda daripada usia sebenar. Sebab kulit berminyak ni dia akan melambatkan pembentukan garis halus dan kedut penyebab tanda-tanda penuaan. Haa, best kan? Tapi kalau mampu tahan minyak yang bergenang atas kulit tu, takde masalah. Hihi.

Keburukannya pulak, pori-pori terbuka luas dan jerawat senang datang singgah buat picnic. 😆 Tu dah semestinya la kan sebab memang kalau terlalu berminyak, ia akan mengundang pembentukan jerawat dengan mudah. 

      Jadi, apa penyelesaian masalah terbaik untuk kulit berminyak ni? Jangan risau lah! Cosmoderm ada boleh bantu! 


Set kawalan minyak

     Set ni sangat sesuai bagi korang yang ada masalah kulit berminyak tapi tak berjerawat. Sebab dalam set ni kita ada serum kawalan minyak yang boleh membantu mengawal pengeluaran minyak. Pakai full set terus senang dan cuba JANGAN campurkan dengan mana-mana produk lain untuk lihat keberkesanannya. 

Namun, 

      Sekiranya kulit korang berminyak dan berjerawat sama, ibuElly cadangkan korang cuba set Anti Jerawat ni haa. Sama je macam dalam set atas. Cuma bezanya set jerawat ada anti blemish express (ubat jerawat). Macam dalam gambar ni haa.


Set anti jerawat

Harga pun beza sikit je. Set kawalan minyak rm95. Set anti jerawat rm80. Masih lagi mampu milik la sebab bawah rm100, korang boleh dapat 5 barang kot! Dah la jimat sangat. Satu set boleh tahan 2-4 bulan. Berbaloi-baloi weh!

Meh nak share TESTIMONI panas yang ibuElly ada!


IbuElly sendiri ni tau


Customer




Lelaki pun boleh guna tau

Best ke best? Dah la murah, berkesan pulak tu. Siapa yang nak jimat belanja dan nak produk murah serta berkesan, Cosmoderm lah jawapannya! IbuElly boleh, takkan korang tak boleh?

Kalau berminat nak pinang set ni boleh la contact ibuElly kat 017 560 4426 atau boleh terus ke instagram ibuElly, cosmoderm_personalcare dan page facebook, Cosmoderm IPOH

Nak wasap boleh, pm pun boleh. Ikut la tahap kesabaran korang. Rasa tak sabar lagi dah, wasap je terus! Kihkih!



Saturday, September 29, 2018

4:38 AM

Foundation Cosmoderm! Best ke BEST?

Foundation Cosmoderm! Best ke BEST?


      Pernah tengok ke bb cream Cosmoderm ni? Hehe. Ni bukan saiz sebenar tau. Ni saiz sample je ni, 10ml. Saiz sebenar 30ml. Tahan lama kemainnn!

      Bb cream Cosmoderm ni ada 2 jenis sebab dia ikut jenis kulit! Yela kulit kita tak sama kan. Setiap manusia Allah ciptakan berbeza-beza. Dah tentu jenis kulit pun tak sama!

      Hijau ni lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Bb cream jenis hijau ni in shaa Allah dia akan bantu kulit korang kawal pengeluaran minyak dan mengurangkan kilatan pada wajah. 

      IbuElly pun guna tau bb cream ni. Dah la ada SPF 35, elokk sangat dia lindung kulit kita daripada sinar UV penyebab jeragat tu. 

      Bukan tu je tau. Bb cream ni juga berfungsi untuk memudarkan parut, mengecutkan jerawat, memberikan kemasan untuk kulit lebih ploles, takyah pakai mekap dah pun takpe! IbuElly skang ni malas skala ke namploh kome tau tak?

      Jadi bila nak keluar rumah tu, memang nak yang paling instant! Toner + pelembap + bb cream + liptint! Simple! Bagi korang yang MALAS atau alasan TAK RETI MEKAP tu, haa elok sangat korang tiru macam ibuElly. Kihkih.

      Dah dah dah, jangan tunggu lagi! Mana nak cari? Cari ibuElly kat sini. Eh satt! 

LUPA PULAK NAK EXPLAIN YANG WARNA KUNING! 🤣

      ok warna kuning pula sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal, kering dan kombinasi. Jadi hati-hati ya pilih yang sesuai. Jangan main rembat je. Kang tak elok di wajah kome tu, Cosmoderm jugak yang kome salahkan! 😂

Cosmoderm ada 3 kod warna. Macam kat bawah ni 👇🏽



















Jom cari ibuElly ramai-ramai kat Cosmoderm IPOH dengan cosmoderm_personalcare sabar jap no telefon pun ada ni haa 017-560 4426

Haa jangan lupa ye cari ibuElly kat situ. Ok bai!

Friday, June 29, 2018

1:33 AM

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍
Assalmualaikum.

Selamat Hari Raya wehh. Dah Syawal ke-15 dah pun. Cepatnya masa berlalu kan.

Post ni sepatutnya lama dah. Hahahah. Tapi lupa nak tulis dengan panjang lebar. Amacam raya korang tahun ni? Berseri tak dari sebelum ni? 😆

Ala gurau pun tabole. IbuElly tanya je pun. Jangan lah nak emo sangat. Kahkah! Nak tak ibuElly share kulit ibuElly time raya 2017 dan raya 2018 tahun ni?


Beza ke tak weh?

      Rasa masa tahun lepas ni kulit berminyak gila. Parut bersepah. Tepek bb cushion pun parut masih degil taknak kalah. Nak buat macam mana, gatal sangat kan guna produk beracun dulu. Padanlah muka!

Kalau korang nak tau, masa pagi raya aritu kan, ibuElly hanya guna serum Tea Tree Oil, pelembap Tea Tree Oil (both Cosmoderm) dan tepek bb cushion nipis dan lipmatte Fever Glam sikit. Haa simple kan mekap ibuElly di pagi raya?

      IbuElly memang tak gemar sangat nak bermekap beria. Sebab SUSAH NAK CUCI TIME NAK SOLAT dan makan banyak masa 🤣

      IbuElly suka benda yang simple dan mudah. Mudah pakai, mudah dibersihkan. Mudah dapat. Semua mudah lah! Dah tu ibuElly Agen retail produk Cosmoderm kan, lagi-lagilah mudah sangat nak dapatkan produk Cosmoderm ni tau. 

      Berbaloi sangag rasanya dengan harga dan kualiti. Tambah pulak Cosmoderm ni produk BUATAN MALAYSIA and kita wajiblah sokong produk tempatan kan?

      Produk tempatan pun bukan semua tak elok. Cosmoderm ni memang ada jual kat farmasi dan drugstores lagi. Jadi memang trusted dan bagus tau! 

      Jom cekidaut apa ibuElly guna untuk parut nak kasi hilang dalam masa setahun tu :


Ni kalau keluar waktu siang. Kulit rasa tak berminyak dan smooth!


Minyak 30k baru pakai je bulan 5 aritu


IbuElly guna FACIAL
SCRUB


Rajin bersihkan kulit jugak sebelum cuci muka

      Ni BUKAN fullset tau set skincare Cosmoderm yang ibuElly guna. Ni hanya untuk PEMUDARAN PARUT. Untuk kawal minyak kat muka ni ibuElly guna yang hijau Tea Tree Oil tu. Superbbbb! 

     Ok takpelah korang boleh la terjah media sosial ibuElly ye kalau nak tengok dan baca konten fresh setiap hari 😋

Fb page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 0175604426